m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Saturday, February 23, 2013

Pernikahan Abang Hj Khalid & Kak Shida: Muqadimah

Bahagian 1

Kira-kira waktu asar, kami dah sampai di luar rumah keluarga Kak Shida. Khemah dah terpasang kemas kat laman. Para tetamu yang terdiri dari ahli keluarga telah ramai yang datang. Keluarga Kak Shida memang dah tertunggu-tunggu kedatangan kami semua. Dan kami pun masuk ke dalam setelah dipersilakan masuk. Tapi sebarang acara tak dapat diteruskan kerana pengantin lelakinya masih belum sampai. Abang Haji Khalid ke masjid untuk solat asar bersama-sama dengan tok kadi. Dan kami pun menunggu ketibaan mereka.

Dah sampai kat luar rumah Kak Shida.
Tunggu 'Q' untuk masuk ke dalam. Bunyi kompang tak pulak kedengaran.
Petang tu agak panas.
Dan rombongan pengantin lelaki pun masuk mengadap.
Yaya, Faiisal dan Amin bagaikan hulubalang-hulubalang Melaka membawa ufti untuk Tuanku.
Kek hantaran.
Yaya, Kak Piah dan Zila.
Kak Long bersama ibuku.
Membelek cincin kahwin.
Kak Timah merasmikan pelamin sebelum pengantin sebenar menggunakannya.
Kak Saba, Kak Uda dan Kak Esah.
Kak Timah lagi. Kali ni dengan segala barang hantaran pulak.
Kami sekadar beramah mesra dengan sesama sendiri. Masih agak segan-segan dengan saudara-mara pihak Kak Shida. Lama jugak kami menunggu. Akhirnya, kami dijemput untuk makan dahulu. Dan tanpa berlengah lagi, kami pun pergilah ke meja hidang, mencedok nasi dan lauk-pauk, dan mengambil tempat masing-masing di meja makan. Aku ambil banyak jugak tulang-tulang lembu yang dicampurkan ke dalam kuah dalca. Enjoy sungguh aku makan tulang lembu tu. Kemudian aku try pulak makan rojak buah. Wah! Rojak buah dia pun hebat jugak. Sempat jugaklah aku makan dua mangkuk rojak buah. Kalau tak fikirkan pasal orang belakang, aku dah tentu bedal dua tempayan.

Abang Karim, Abang Leman dan Abang Zahid, sebelum makan.
Abang Zai, Ardi dan Ali.
Hidayat, Kois dan Faridz. Kois sedang belajar selok belok orang berkahwin, pasal tak lama lagi giliran Kois pulak.
Ali, Faiisal dan Amin gembira bila Pak Andak mereka nak berkahwin.
Nana dan Suraya ceria pada hari penting ini.
Hafez dan Huda bersama anak mereka, Qalif.
Abang Zahid dan Hidayat, salah sorang anak Abang Hj Khalid.
Aku bersama Syahmie dan Abang Zai.
Bersama Abang Zai dan Ardi.
Makan time! Dan kami pun terus makan.
Syahmie mengisi pinggannya dengan makanan berkhasiat.
Setelah habis makan, dan menanti seketika, akhirnya sampai jugak Abang Haji Khalid bersama Tok Kadi. Dan kami pun terus masuk ke dalam rumah, bersesak-sesak ruang tamu dibuatnya. Dan Tok Kadi pun keluarkanlah segala macam dokumen dari beg Doraemon-nya. Abang Hj Khalid pulak menanti dengan sabar, saat Tok Kadi akan bersalaman dan melafazkan kata-kata hikmat bagi penyatuan Abang Hj Khalid dan Kak Shida.

Bersambung...

Abang Hj Khalid dengan Tok Kadi. Tok Kadi ni cool aje.
Abang kepada Kak Shida merenung tajam Tok Kadi. Tapi Tok Kadi maintain cool...

Bersiap-siap bertemu Tok Kadi

Tanggal 26 Januari 2013 - Abang Haji Khalid dan Kak Shidah akan disatukan sebagai suami dan isteri yang sah. Dan penyatuan ini akan dilakukan selepas solat asar, selari dengan motto PM Najib - "1 Malaysia". Kami telah berkumpul di rumah Kak Timah lebih awal lagi. Last check terhadap barang-barang hantaran. Mau kasi bagi canteeek sikit! Antara barang hantaran yang disediakan termasuklah Al-Quran, telekung, buah-buahan, kek, sirih junjung, dan semestinya cincin dan mas kahwin. Aku pun tak perasan ada berapa dulang semuanya. Mungkin sembilan kot.

Barang-barang hantaran yang disediakan.
Mak aku turut hadir.
Wanie kena nampak garang sikit, pasal dia jadi penjaga barang-barang hantaran.
Ika dan Shahira pakai glamer untuk meraikan pernikahan Pak Andak mereka.
Ali, Hidayat, Faiisal dan Amin sedang mencari calon isteri masing-masing dalam Google.
Sementara menanti waktu untuk bertolak ke rumah keluarga Kak Shidah, kami kat rumah Kak Timah buatlah apa-apa yang patut. Ada yang main game kat i-pad, ada yang makan dan minum apa juadah yang tersaji, ada yang duduk bersembang sesama sendiri, dan ada jugak yang tak buat apa-apa. Dan aku sendiri sibuk mengambil gambar ahli keluarga yang ada berkumpul kat situ. 

Amier agak kebosanan dengan hal orang-orang besar.
Kak Esah sedang menyusun strawberi bercokelat.
Kak Piah - pakar gubah bunga. Sebenarnya ini bukan bunga junjung, tapi ini sirih junjung.
Syahmie dan ayahku, datuk Syahmie lah tu...
Hairi mendukung Adrian.
Nadia tetiba nak sangat menyusun strawberi salut cokelat. Tiba-tiba buah strawberi tu didapati berkurangan secara misteri. Siapa yang ambik makan buah tu ya?
Saleh di balik rimbunan pohon yang menghijau.
Barang-barang hantaran telah dihias dan digubah cantik oleh Kak Uda, Kak Esah, Kak Piah, dan dibantu oleh yang lain-lain jugak. Aku pun sebenarnya tak nengok sangat siapa buat apa. Pokok pangkalnya hasil yang dah siap memang nampak cantik dan hebat. Temanya warna merah bercampur silver. 

Kitab Al-Quran.
Buah-buahan. Cadanganku untuk mencampukan buah durian Musang King dan buah tembikai telah ditolak bulat-bulat.
Kain telekung.
Buah strawberi bersalut cokelat.
Bekas cincin.
Kain untuk buat baju.
Sirih junjung yang dipenuhi bunga mawar.
Sebelum bertolak, sempat jugak kami pekena pisang goreng, sukun goreng, karipap dan cekodok pisang. Semua orang makan dengan sangat bersemangat, pasal ada di antara kami yang tak sempat makan tengah hari. Jadi, memanglah perut kami meronta-ronta kelaparan nak makan. Bila sampai aje makanan terhidang, kami tak tunggu lama untuk terus menerpa ke arah makanan. Sewaktu kami sibuk makan-makan, Abang Haji Khalid terus bersiap-siap menghensemkan diri dengan pakaian baju Melayu warna kelabu asap, berkupiah dan berserban di bahu. "Okay! I'm ready", bisik Abang Haji Khalid di dalam hatinya.

Menikmati keenakan kuih-muih yang tiada tandingannya.
Faridz dan Taufik. Faiisal, Intan dan Taqif kat belakang.
"Yes! Aku dah nak kahwin!"

Thursday, February 21, 2013

Sebelum berlangsungnya majlis besar

Hari yang sangat bersejarah bagi Abang Haji Khalid ialah pada 26 hb Januari 2013. Itulah hari beliau bernikah dengan Kak Shidah di suatu majlis yang sangat sederhana. Tapi kisah itu aku reserve-kan untuk kemudian. Ini adalah kisah sehari sebelum Abang Haji Khalid menjadi raja sehari. Tentunya ada banyak persiapan yang perlu dibereskan. Lalu kami semua berpakat-pakat untuk berkumpul di rumah Kak Timah, menyiapkan apa-apa yang patut sempena esok hari. Bila dah berkumpul ramai-ramai tu, maka banyaklah acara yang terkandung di dalamnya.

Abby sedang potong kek.
Salah satu acara ialah meraikan hari jadi Abby Solehin. Sebuah kek yang cantik telah dibekalkan dan upacara memotong kek pun berlangsunglah dengan sangat pantas. Belum sempat semua orang habis nyanyi lagu birthday lagi, kek dah dipotong, dan setengah dari kek telah terus dimakan dan dihabiskan oleh birthday boy. Betapa ringkas dan cepatnya majlis happy birthday tu berlalu.

Anak-anak saudara.
Abang Leman dan Abang Haji Khalid.
Berbincang cara-cara nak ambil gambar boy friend supaya namapak lebih hensem. Hik hik...
Selain dari tu, ada jugak buat bacaan surah Yasin, dan tahlil ringkas dan bacaan doa tahlil dan doa selamat agar semua urusan pernikahan esoknya berjalan lancar. Itu jugak berjalan sangat ringkas dan cepat. Selepas tu barulah acara makan-makan, sekadar apa yang ada. Tapi ada jugak yang dah mula makan sebelum acara birthday dan tahlil bermula. Memang pada petang dan malam tu, matlamat utamanya ialah untuk menyediakan barang-barang hantaran dan persiapan yang secukupnya untuk bekalan hari esok.

Kois suka makan tembikai. Hari-hari Kois makan tembikai.
Saiful melayan adiknya main benda.
Saleh terkagum dengan kebolehan Taqif bermain game dengan baik.
Sementara orang tua membuat kerja, anak-anak teruslah bermain game, atau bermain apa-apa saja yang sesuai untuk dimainkan oleh anak-anak. Sampailah mereka penat, lapar dan dahaga. Dan lepas rehat, main lagi sampai letih. Dan kami pulang ke rumah agak lewat malam. Tapi rumah kami dengan rumah Kak Timah dekat aje pun. Ya. Besok adalah hari besar untuk Abang Haji Khalid. Kita nantikan!

Amier sedang konsentrasi sesuatu.
"Satu Malaysia!" itu saja pesanan dari Adam.