m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Friday, September 21, 2012

13 Syawal 2012: Beraya di bangunan tinggi

Pada Syawal yang ke-13 tu, kami beraya dari pagi sampai ke malam. Rumah terakhir yang kami pergi ialah rumah Zuan-Seri yang terletak nun tinggi di awan biru. Bertawaf kami sekeliling KL sebelum sampai di kawasan kondo tempat Zuan dan Seri menetap. Dari jauh memang dah nampak. Tapi bila dekat tak jumpa jalan masuk. Itu yang menyebabkan kami berpusing-pusing untuk sekian lama. Ada dekat dua tiga hari jugaklah kami pusing-pusing.

Lepas sampai kat kawasan kondo tu, rupanya kena main pusing-pusing lagi. Aku tanya pak guard orang Nepal, "Mana mau parking?" Pak guard tu jawab, "Sinni tiyada parking. Tapi boley masook dalam hujoong sanna mari, nanti sayya punya kawwan akan bawa inche naik itu parking. Itu kawwan sayya ada naik motor punya". Aku pun drop wife dan anak-anak aku kat lobi blok yang berkenaan, dan aku terus drive menuju itu hujoong punya jalan. Kat hujoong punya jalan suda ada sorang pak guard punya kawwan bawa aku naik itu parking punya tempat. Tinggi jugak tempat yang aku kena parking tu. Lelah jugak aku kena turun tangga dan berjalan jauh sampailah tiba di blok tempat Zuan dan Seri tinggal.

Isteriku bersama kakak-kakaknya.
Sesampainya di sana, kami disambut oleh tuan dan puan rumah dengan wajah yang ceria dalam kepenatan. Rupanya, dua orang kakak iparku masih bertamu kat situ - Kak Timah dan Kak Piah. Macam biasa, aku pun teruslah makan apa-apa yang patut. Tapi sebenarnya aku memang dah agak kenyang. Yang mungkin boleh dimasukkan ke dalam tekak hanyalah air. Especially teh tarik. Bertong-tong teh tarik aku telah minum pasal air teh tarik memang telah menjadi kegemaranku sejak aku di dalam perut ibu lagi.

Setelah puas minum, barulah aku mencari makanan. Ada sate, mi goreng dan nasi goreng, serta ada jugak nasi dagang. Aku jamah sate, dan semestinya aku kena jamah nasi dagang jugak, sebagai lambang Ganu Kite! 

Three piece band in the making.
Anak-anak pulak tak kisah pasal makan. Mereka terus masuk ke bilik sukaneka dan bermain dengan bermacam jenis permainan yang ada di dalamnya. Salleh dengan dram-nya. Amier dengan ukelele-nya. Syakira dengan guitar tongnya. Wanie dengan keyboard-nya. Haikal main macam-macam. Ali join Syakira layan komputer dan gitar. Syahmie jadi pemerhati. Aku sendiri yang tak ada geng borak, terpaksalah join bebudak riang bermain mainan hebat.

Asyiknya mereka bermain.
Ini dia Ringgo Star sedang beraksi.
Aktiviti di bilik kanak-kanak riang.
Salleh sedang menggoreng gitar dengan garing, bagaikan Slash.

Lepas puas main dan makan dan minum, aku ke depan, ke ruang tamu pulak. Ambil gambar kakak-kakak iparku dengan puan rumah dan isteriku. Setelah puas ambil snap shot dari segala sudut yang possible, barulah kami putuskan untuk pulang ke rumah. Time tu aku memang dah sangat-sangat letih. Zuan dan Seri turut bekalkan seperiuk nasi dagang untuk kami bawa pulang. Terima kasihlah banyak-banyak kepada empunya nasi dagang. Kami tiba rumah sangat lewat. Tapi cukup puas beraya ke merata tanah airku yang tercinta!

Bergambar dengan puan rumah.
Masih tak puas. Jom bergambar lagi!
Ali sedang nengok tv cerita Lionel Messi bermain badminton.
Wah! Banyaknya makanan. Tak tau nak pilih yang mana satu.
Akhirnya Syahmie pilih makan sate.
Bergambar kenangan sebelum pulang.
Amier dah ready nak buat pecutan pulang.

Thursday, September 20, 2012

13 Syawal 2012: Lewat di rumah Fadzal

Masih lagi kisah beraya pada Syawal hari ke-13. Dari rumah Aishah, kami terus pulang ke rumah. Mak dan ayah aku nampaknya dah agak keletihan berjalan raya. Jadi kami hantar mereka pulang dan berehat dulu. Lepas tu barulah kami keluar beraya lagi. Kali ni ke rumah Fadzal pulak yang terletak tak jauh dari Tesco Pandan.

Syahmie terlalu lapar. Dia nak habiskan semua sate ni.
Sedang menikmati kesedapan sate kijang jenis springbok antelope.
Masa kami sampai, suasana dah mula lengang. Pihak tuan rumah dah mula berkemas-kemas. Tapi masih lagi ada orang yang sedang makan. Mungkin mereka merupakan tetamu yang datang lambat macam kami jugak kerana ada banayk open house yang perlu dikunjungi, dan mungkin jugak tersangkut kat traffic jam.

Walaupun datang lambat, tapi aku nengok masih ada lagi makanan yang terhidang. Sate pun masih ada. So aku pun makanlah serba sedikit. Lepas tu makan nasi ayam pulak. Okay jugak nasi ayam dia. Dan aku jugak makan kuih-muih serta minum air buat pembasah tekak. Lepas tu kami lepak-lepaklah sambil berbual-bual dengan Fadzal. Amier siap round-round dan berbaring kat bench tepi taman. Lepas tu Fadzal pun bagilah duit raya kat anak-anak aku. Aku beratur jugak nak collect duit raya. Tapi sampul dah habis. Mungkin Fadzal terlupa nak bagi duit raya kat aku kot? Tak apalah. Tahun depan bila aku datang lagi, mungkin aku boleh dapat duit raya. Terima kasih kepada tuan rumah dan seluruh keluarganya kerana menjemput kami.

Sate ini memang sedap.
Amire teruja dapat duit raya.
Kegembiraan Amier tatkala mendapat duit raya tak dapat digambarkan.

Wednesday, September 19, 2012

13 Syawal 2012: Majlis 3 dalam 1 Aishah

Masih lagi beraya pada Syawal ke-13. Dari rumah Azleen, kami terus meluru ke rumah Aishah. Inilah first time kami beraya di rumah Aishah. Nampak suasana agak meriah, walaupun kami tiba sangat lewat sebelah petang. Hiasan meja dan kerusi pun kira hebat jugak. Mula-mula kami tak endahkan perkara tu semua. Kami terus duduk dan makan makanan yang terhidang. Ada beberapa juadah yang menarik perhatian kami untuk mencuba jamah.

Kami siap dapat goodies bags lagi.
Sambil menjamah kuih-muih.
Ada teh tarik yang menjadi kegemaran kami sekeluarga.
Setelah beberapa ketika, barulah kami dapat berbual agak lama dengan Aishah dan suaminya. Barulah kami tau, rupanya majlis pada hari tu, bukanlah semata-mata open house, tetapi ada majlis aqiqah, ada majlis kahwin, ada majlis cukur jambul, ada majlis bertunang, ada majlis annual dinner, ada majlis penyampaian hadiah, ada majlis konvokesyen dan entah macam-macam majlis lagi yang telah digabungkan dalam satu hari. Senang buat macam tu. (Sebenarnya aku pun tak ingat majlis apa yang telah digabungkan tu). Oooohhhh... patutlah nampak macam grand sikit...

Amier makan kuih dalam mangkuk.
Setelah berbual lebih kurang dengan tuan rumah yang peramah, kami pun mengundurkan diri dengan jalan mengundur sampailah kami tiba di rumah. Masa tu perut dah nak mula merekah pasal dah banyak sangat makan kat berpuluh-puluh rumah yang telah kami pergi sebelum ini. Tapi misi perayaan kami masih belum tamat lagi. Ada lagi rumah yang kami kena pergi meraikannya.

Bergambar dengan tuan rumah.
Apakah perbezaan gambar ni dengan gambar di atas? (Tak termasuk skema warna).

13 Syawal 2012: Di rumah Azleen ada char kue tiau

Sesudah menghadiri dua majlis kenduri kahwin pada 13 Syawal, kami terus ke Cheras menghadiri open house yang dikendalikan oleh Azleen dan Hanif. Kami sampai agak lewat. Dah petang sangat sebenarnya. Jadi, sesampainya di sana, kambing golek dah habis. Tulang kambing golek pun dah habis. Perkakas menggolek kambing turut habis. Malah orang yang jadi tukang golek kambing jugak habis. Semuanya telah habis dikerjakan para tetamu yang hadir terdahulu dari kami.

Wanie dan Amier gembira dapat makan char kue tiau.
Syahmie jugak terhibur dengan char kue tiau yang dimakan.
Tapi dari kejauhan, kami telah terhidu aroma enak dari satu masakan hebat yang turut disajikan dalam majlis open house Azleen-Hanif. Aroma enak itu datang dari kuali masakan char kue tiau. Masa kat highway MRR2 lagi kami dah terbau masakan yang hebat tu. Jadi, bila sampai aje kat rumah Azleen, kami pun terus buat order, "Mamak, kasi char kue tiau panas satu!!" Dan brader tukang masak pun teruslah menggoreng udang dan kue tiau menghasilkan char kue tiau yang sangat sedap dan hebat. Kejap aje dia masak. Tak sempat nak toleh kanan kiri pun.

Brader yang goreng char kue tiau - sentiasa cool walau pun order sampai beribu pinggan.
Ayahku paling suka dengan char kue tiau ni.
Masing-masing enjoy dengan masakan itu. Terutamanya ayahku. Dia nak tambah sebenarnya, tapi segan. Aku pun terfikir jugak nak tambah. Tapi bukannya segan, sekadar malu aje. Setelah makan char kue tiau dan makan kuih muih serta buah-buahan yang terhidang, kami pun ucapkanlah terima kasih dengan menyanyikan lagu Awie bertajuk 'Terima Kasih'. Kami bergambar dengan kengkawan dengan posing yang pelbagai. Memory card dengan capasity 16 gigabite penuh dengan gambar kami aje. Sesudah puas berposing, barulah kami beredar. Ada lagi banyak rumah yang kami nak pergi.

Bergambar dengan Azleen dan Eti.
Bergambar dengan tuan rumah.
Tuan rumah bergambar dengan tetamu pulak.
Bersama teman-teman - Sam, Hanif, Azleen, wife Sam dan isteriku.
Posing terakhir sebelum beredar.

13 Syawal 2012: Permaisuri yang dijulang di Bukit Jalil

Mula-mula kami nengok orang kahwin kat Batu Belah, Kelang. Lepas tu kami ke Bukit Jalil pulak nengok orang lain pulak kahwin. Kedua-dua orang yang kahwin pada hari yang sama ni, pada 13 Syawal, adalah dua pupuku. Satu sebelah ayah, satu lagi sebelah mak. Nak mencari kat mana Dewan Putra Bukit Jalil ni memanglah sangat mencabar. Kami terpaksa masuk stadium. Kena main bola dulu 45 minit. Lepas tu ke Pusat Akuatik. Berenang kuak kupu-kupu, kuak rama-rama, kuak dada, kuak pinggul dan kuak lentang serta kuak mengiring. Lepas tu kena main squash-lah pulak dua tiga set. Lepas tu barulah kami sampai ke dewan pengantin dan dibenarkan masuk, setelah cukup menunaikan semua pra-syarat.

Pelamin yang cantik terhias.
Pelamin dia memang hebat. Di-design untuk tiga pasang mempelai. Satu - pengantin baru. Dua - pengantin veteran: ibu bapa pengantin lelaki. Tiga - pengantin veteran: ibu bapa pengantin perempuan. Kami sebenarnya dah agak kenyang masa pergi majlis perkahwinan kat Batu Belah sebelum ni. Jadi masa kat sini, kami putuskan untuk tidak makan. Semua orang sekadar jamah kuih muih aje. Cuma aku yang cedok nasi sikit ke dalam pinggan pasal aku nampak lauk pauknya agak menarik jugak. Itu pun cuma sikit aje yang aku makan.

Amier dan Wanie cuma minum air aje. Dan makan kuih muih.
Wife aku pun tak makan nasi, pasal dah kenyang.
Ibu dan ayahku.
Duduk ajelah, tanpa nasi di pinggan.
Tak berapa lama kat dewan, tiba-tiba sampailah raja sehari, al-sultan pengantin lelaki mengetuai rombongan perarakan diraja menuju pelamin. Al-permaisuri pengantin perempuan pulak dijulang oleh abang-abangnya. Betul-betul aku nengok macam cerita zaman purbawara bangsawan. Hebat. Memang hebat. Dayang-dayang istana dan para panglima turut mengiringi mempelai bagi menyerikan lagi suasana yang telah pun berseri-seri. Dan akhirnya, para rombongan sampailah ke pelamin, tempat raja bersemayam.

Tu dia, raja dah datang!
Permaisuri dijulang-julang.
Abang-abang pengantin perempuan menjulang adiknya.
Pengantin perempuan yang juga dua pupuku.
Okay, brake cepat! Ada lembu kerbau melintas.
Dah sampai. Jom turun.
Pengantin di pelamin.
Pengantin gembira pasal dah sampai pelamin.
Ibu dan ayah pengantin perempuan - Pakcik Bardan dan Makcik Linda.
Pakcik Jaher membaca doa.
Kami tak banyak makan. Lepas nengok pengantin, sembang dengan saudara mara, kami pun beransur pergilah. Doa untuk pengantin dibaca oleh Pakcik Jaher, bapa saudaraku jugak. Aku parking kereta agak jauh dari dewan. Tempat letak kereta dah penuh. Jadi aku parking-lah kat tempat letak motor. Memang sempit. Sangat sempit. Cuma yang expert aje yang mampu membuat parking kat tempat yang mencabar itu. Okay, lepas ni nak beraya kat mana pulak ni? Ada puluhan rumah lagi yang perlu kami pergi. Jom segera beransur!

Bersembang sebelum beredar.
Di tempat letak motorsikal yang sangat sempit.