m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, December 18, 2011

Menyambut majlis hari jadi di Makan Kitchen

Pada hari Jumaat lalu ialah hari jadi isteri aku. Turut disambut ialah hari jadi kakak aku yang akan tiba pada hari Selasa esok. Jadi kami pun buatlah makan-makan kat Restoran Makan Kitchen di Hotel Double Tree. Satu rumah datang makan bufet. Termasuk orang gaji, ada dua belas orang semuanya. Kami ke sana selepas solat maghrib. Sekali imbas macam meriah aje kat situ dengan pelbagai masakan dan makanan. Tapi ada beberapa perkara yang kacau sikit dari segi implementasinya. Walau bagaimanapun, kami cuba buat the best dari segala kekurangan ini. Dan yang nampak sangat enjoy bila time makan ni ialah anak saudaraku, Farid yang kami gelar dia sebagai DBKL atau bandaraya pasal dia kuat makan.

Di pintu masuk restoran.
Sedang menikmati aiskerim.
Syahmie sangat pandai cari makanan kat segenap sudut ruang.
Kakak dan anak saudaraku, Yana.
Ayahku dan Farid-DBKL.
Yang meraikan birthday.
Syahmie nak cuba makan oyster walaupun tekaknya loya.
Dengan kepayahan, Syahmie berjaya juga menghabiskan oyster yang hanyir itu.
Adik aku yang sangat sibuk di pejabat hadir juga, tapi lewat.
Bersembang kosong.
Acara memotong kek.
Amier pun nak menyelit macam biasa.
Sedang kongsi makan dim sum.
Tiga kali kami order roti nan keju, baru dapat.

Majlis resepsi perkahwinan Ilme & Seif

Malam hari Sabtu lepas aku dan isteri menghadiri satu jemputan perkahwinan kawan sepejabat isteri aku, Ilme di Restoran Nelayan, Tasik Titiwangsa. Itulah first time aku menghadiri undangan perkahwinan kat Restoran Nelayan tu. Jadi aku ingatkan nak kena pakai baju macam nelayan, siap bawak jala lagi dengan topi macam tudung saji. Tapi wife aku kata pakai baju batik aje pun dah okay. Jadi aku pun pakailah baju batik.

Kami bertolak lepas solat maghrib. Ampang dengan Titiwangsa taklah jauh sangat. Tapi bila kami sampai, nak parking punyalah susah. Tetamu yang lain telah datang lebih awal. Jadi aku kena parking agak jauh dari tempat majlis. Dari tempat aku letak kereta, bila jalan sampai ke Restoran Nelayan, siap berpeluh-peluh dan termengah-mengah kena ambil oksigen satu tank. Dan turun berat badan aku dekat 5 kilo. Bila sampai aje, kami pun daftar diri kat meja nombor 8. Kami duduk semeja dengan Shahril dan Beh.

Flower girls mengiringi pengantin.
Ketibaan pengantin - Seif dan Ilme.
Pengantin di atas pelamin.
Tak lama menunggu, maka pengacara majlis pun membuat pengumuman akan ketibaan kedua mempelai, Ilme dan Seif masuk ke dewan singgahsana. Seif nampak segak dengan tuxedo hitam. Ilme nampak cantik dengan gaun putih banyak renda. Masa pengantin masuk, jurufoto profesional pun sibuklah mengambil gambar dari angle dan sudut yang hebat. Jurufoto yang TAK profesional (macam aku) pun sibuk semacam jugak nak ambil gambar pengantin yang memang kelihatan sangat hebat. Hadirin yang tak bawak kamera siap ambil gambar pakai telefon bimbit masing-masing. Dan yang tak bawak handphone pulak, terpaksalah sketch atas kertas wajah pengantin berpakaian cantik.

Pengantin masuk diiringi oleh flower gilrs yang membawa jambakan bunga warna putih. Pengantin terus berjalan santun sampailah ke pelamin yang jugak cantik dihias dengan bunga-bungaan warna merah. Acara menepung tawar pun berlangsung dengan menjemput ahli keluarga yang terdekat. Sessi tepung tawar berjalan sangat ringkas dan cepat. Macam nilah yang tetamu suka. Sebab ada jugak majlis yang acara menepung tawarnya berlangsung sangat lama pasal ramai sungguh orang yang dijemput untuk merenjis. Kemudian pengantin diiring hingga ke meja makan di raja.

Cantik menawan di atas singgah sana.
Tiba-tiba suasana menjadi gelap seketika. Para hadirin menjadi agak panik! Adakah elektrik kena potong oleh TNB? Maka ada jugak di antara hadirin yang siap telefon TNB mintak suruh sambung balik elektrik. Ada jugak yang suruh pakai genset masa dewan telah bergelap. Tiba-tiba kentung buluh diketuk berkali-kali dan dua orang pendekar membawa obor-obor (Eh! Tak kan obor-obor kot. Jellyfish?) Maaf. maksud aku bawak obor yang menyala. Setahu aku, kalau dah bunyi kentung tu macam ada kecemasan. Jadi aku tiba-tiba menjadi sangat cemas dan bergerak mundar-mandir tak tentu hala. Tiba-tiba kat belakang orang yang ketuk kentung tu ada sekumpulan masyarakat kampung membawa nasi dalam pinggan besar. Ooooohhhhh.... Barulah aku faham. Rupanya itu semua gimmick food presentation. Menarik nafas lega aku sambil mengusap dadaku yang kembang kempis.

Atlit Malaysia membuat larian obor untuk sukan apa, tak taulah aku.
Kentung kecemasan dipalu berkali-kali.
"Wahai orang-oang kampung sekelian! Persembahkanlah juadah yang enak untuk para tetamu!"
Dan tetamu pun dijemput makan tanpa lama menunggu. Nasi dicedok. Lauk pauk disudu. Ada banyak makanan yang enak-enak disajikan. Udang galah masak lemak, bawal hitam masak sweet sour, ayam bakar bercili, rendang lembu yang lembut, acar timun, dan nasi minyak yang sangat sedap. Minumannya pula ialah air Ribena apple. Bak kata Sharifah Shahira, "Ada kelaaassss". Ia tidak tamat begitu saja. Ada pulak sajian kuih lopes (mungkin ada kena mengena dengan Jennifer Lopez kot) dan buah-buahan tempatan. Ada lagi! Cendol satu mangkuk besar yang sangat hebat rasanya. Banyak kali aku tambah makan cendol yang mengalahkan cendol mamak tepi jalan.

Lauk-pauk yang hebat.
Bersama Shahril dan isteri.
Beh dengan seseorang.
Rosihan nak ambil gambar sendiri.
Teman-teman sepejabat.
Keluarga Linda.
Kamarul dan isteri.
Ice turut hadir.
Puan Mona pun ada.
Zila dan teman-teman lain sedang memerhatikan pengantin.
Linda bersama tetamu yang hadir.
Hafiz berpakaian santai tetap hadir.
Menikmati hidangan yang enak.
Keluarga Ana.
Bergambar beramai-ramai.
Bersama Puan Yati.
Bersembang pasal kisah Talisman Idol.
Ruang dalam dewan memang sangat cantik.
Sambil tetamu makan dan minum, tetamu didendangkan dengan lagu-lagu santai dendangan pemuzik profesional yang membawakan alunan akustika. Memang sesuai sangat dengan suasana malam yang damai. Memang aku terhibur. Turut mendendangkan lagu ialah anak-anak saudara kepada Ilme dan juga seorang teman rapat Ilme. Kemudian adik lelaki pengantin perempuan turut membuat ucapan yang ringkas tetapi catchy untuk didengari oleh para hadirin.

Kugiran akustika yang hebat.
Anak-anak saudara Ilme sedang mendendangkan lagu buat pengantin.
Adik Ilme membuat ucapan.
Acara terakhir ialah memotong kek. Kek yang berwarna putih itu sangatlah cantik dihias dengan bunga-bungaan yang boleh dimakan. Kek setinggi tiga tingkat itu tak mempunyai lif atau eskalator kerana ia cuma tiga tingkat. Kalau sampai sepuluh tingkat, barulah kena letak lif untuk memudahkan pergerakan. Lalu kek dipotong. Dan berlakulah insiden suap menyuap. Oh! Terlupa pulak. Sebelum potong kek, ada juga tontonan video gambar-gambar Ilme dan Seif.

Kek pengantin tiga tingkat.
Acara memotong kek.
Setelah kek dipotong, barulah hadirin dijemput pulang. Dan pengantin bersalam-salam dengan semua hadirin yang datang. Aku rasa majlis ni berlangsung dengan sangat sempurna. Semuanya dibuat sebegitu ringkas, cepat dan santai. Namun masih mengekalkan suasana elegan perkahwinan. Tak ada pengacara yang banyak celoteh yang bukan-bukan. Tak ada alunan muzik yang membingitkan. Tak ada penantian yang lama hingga perut berkeroncong. Sesiapa saja yang mengendalikan majlis ini, kami ucapkan tahniah. Dan kepada para pengantin, terima kasih kami ucapkan kerana sudi menjemput kami. Dan juga tahniah kerana telah bergelar suami dan isteri. Semoga kalian kekal bersama dan berbahagia sampai ke jannatul Firdaus.

Dan selepas bersalam-salaman, kami pun pulanglah... The end!

Bersalaman dengan tetamu ketika majlis tamat.
Dengan pengantin perempuan.
Bergambar kenangan dengan pengantin.

Saturday, December 17, 2011

Talisman Idol

Talisman Malaysia Limited biasanya akan mengadakan Hari Keluarga dan Hari Stampede sekali dalam setahun. Tetapi sejak Vice President barunya, Ron (VP-Ron) meneraju syarikat di cawangan Kuala Lumpur ini, perubahan telah dibuat. Tahun ini tiada Hari Keluarga, tiada Hari Stampede. Yang ada ialah hari Talisman Idol. Ini selaras dengan kegemaran VP-Ron yang memang mengambil serius aktivititi menyanyinya. Acara ini adalah acara tertutup. Untuk staf sahaja. Talisman Idol merupakan petandingan menyanyi berkumpulan di antara jabatan-jabatan di dalam syarikat.

Persembahan lagu medley dari filem Grease.
Tak kurang dari lapan atau sembilan kumpulan yang bertanding dari jabatan-jabatan tertentu. Para staf yang biasanya serius di pejabat kini menonjolkan bakat yang selama ini terpendam dalam kolam yang terdalam. Mungkin agak lucu jugak kerana kebanyakan peserta bukanlah biasa beraksi di depan khalayak yang ramai di atas pentas. Gemuruh dan kecamuk dalam fikiran ada kalanya menyebabkan penyanyi lupa lirik, lupa dance steps, tempo lari, pitching lari, suara tak keluar. Itu tak masuk masalah teknikal seperti mikofon tak bunyi atau muzik terlebih kuat dan sebagainya. Namun demikian, ada juga peserta yang berjaya memukau penonton dengan alunan suara yang merdu dan tarian yang mempesona. Para penonton yang juga merupakan kawan-kawan satu syarikat tetap memberikan sokongan padu dengan tepukan dan sorakan gemuruh, mengalahkan sorakan lantang di Stadium Gelora Bung Karno.

Penonton teruja sampai menarik-narik rambut sendiri sampai putus.
Menengok kembali video persembahan yang baru dipentaskan.
Berkumpul dan meninggalkan pening pejabat seketika.
Isteriku dan rakan-rakan sepejabat.
Antara peserta yang ambil bahagian dalam pertandingan Talisman Idol.
Berhibur bersama.
Ada yang menari-nari di bawah pentas.
Beratur macam keretapi.
Talisman Idol berkesudahan dengan kemenangan kepada kumpulan yang menyanyikan lagi Sway, Perhaps dan medley dari filem Grease. Penonton turut terikut-ikut menggoyangkan kaki dan tangan serta berdansa mengikut irama lagu. VP-Ron turut menyumbangkan dua buah lagu, lagu Tom Jones-It's So Unusual dan Stand By Me. Suara VP-Ron memang lunak bagaikan sudah terlalu biasa berdendang yang sedemikian.

Para hadirin dijamu dengan makanan Melayu yang digabungkan dengan makanan barat. Turut diundang pemuzik profesional yang mendendangkan lagu-lagu hits dari era 1980'an dan 1990'an. Selain itu ada juga cabutan bertuah yang menawarkan hadiah-hadiah yang hebat. Majlis tamat sebelum jam 12 tengah malam.


Bermalam di hotel pada malam majlis Talisman Idol.