m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, August 29, 2011

Bersiap-siap untuk beraya

Semalam, lagi sehari nak sambut raya. Kebetulan aku dan anak-anak semua cuti. Maka aku telah memanggil satu mesyuarat tergempar, bersidang di sekeliling meja empat segi. Agenda perbincangan ialah menyenaraikan perkara-perkara yang perlu dilakukan sebelum raya. Setelah bersidang hampir lima jam, dapatlah kami merumuskan sepuluh perkara untuk dibereskan.

Sejurus tamat mesyuarat yang sangat hangat itu, kami pun bergegas melakukan kerja masing-masing dengan penuh semangat. Tapi baru buat dua perkara - cuci akuarium dan pasang langsir, kami dah penat dan terus rehat untuk beberapa jam. Lewat petang sikit baru sambung balik vakum karpet dan buat benda-benda lain. Tapi tak semua benda dapat dibereskan pasal bila malam menjelang mata pun dah mula mengantuk. Dan apa lagi, layan tidurlah. Nanti pagi lepas solat sunat Aidilfitri kena sambung bersihkan rumah lagi nampak gayanya.

Senarai perkara-perkara yang hendak dilakukan sebelum Syawal.

Syahmie dan Wanie mencuci akuarium.

Wanie pasang langsir.

Sunday, August 28, 2011

Ziarah kubur anak sulung

Balik dari Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, aku anak beranak pergi ziarah kubur anak sulung kami kat kawasan perkuburan Islam Ampang Indah. Nasib baik jugak aku dah buat tanda sikit pakai batu bata, kalau tak memang aku tak ingat lokasinya pasal pergi cuma setahun sekali je. Kami tabur bunga rampai, siram air dan buat tahlil ringkas dan baca doa sikit. Semoga kesabaran kami diterima Allah dan dijadikan assebab untuk kami mendapat redha Allah di dunia dan akhirat. Al-Fatehah untuk semua arwah ummat Islam.

Wanie dan Amier first time ziarah kubur.

Al-Fatehah.

Ziarah kubur di Jalan Ampang

Ahad pagi aku dan ayah aku ke Tanah Perkuburan Islam di Jalan Ampang. Kawasan perkuburan Muslim yang tertua di Lembah Kelang. Ini adalah amalan tahunan, ziarah kubur, bersihkan kubur, sedekah Al-Fatehah, dan yang penting ingatkan mati supaya diri tak alpa. Kami ziarah kubur datuk dan nenek aku (arwah ayah dan mak kepada ayah aku), kubur makcik aku (arwah kakak kepada ayah aku), dah kubur arwah abang aku.

Waktu kami pergi cuaca redup dan sesekali hujan renyai seperti baru nak turun. Kat luar banyak orang yang jual bunga rampai dan batu pasir. Dan semalam memang ramai betul orang ziarah kubur saudara-mara mereka. Parking kereta pun kena beratur. Balik dari perkuburan Jalan Ampang, aku nak pergi ke perkuburan Ampang Indah pulak.

Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang.

Kubur arwah nenekku.

Kubur arwah datukku.

Kubur arwah makcikku.

Kubur arwah abangku.

Ayam golek bergolek-golek

Sabtu lalu kami berbuka di Gombak, rumah kakak ipar aku. Ayah dan mak mentuaku jugak ada kat situ. Untuk buka aku beli ayam golek. Namanya ayam Masywi. First time aku dengar nama ayam tu. Mula-mula aku ronda tepi-tepi jalan pasal aku tak sure lokasi kedainya kat mana. Bila ditanya rupanya dia jual ayam kat rumah aje, dan lokasinya pun tak jauh dari rumah kakak ipar aku. Jalan kaki pun boleh sampai.

Sesampai di sana aku nengok orang beratur panjang. Mesti ayam ni sedap, pasla tu orang sanggup beratur. Ada tiga buah oven yang besar untuk membakar ayam ini. Memang hebat. Perniagaan ni mesti dah lama dan dah semakin maju. Aku beli beberapa ekor untuk juadah berbuka puasa. Bila azan berkumandang aku capai ayam tu. Dan rasanya memang hebat. Cubalah try beli ayam ni kat kawasan Greenwood. Tapi masa makan kena panas-panas, barulah kaw!

Beratur panjang untuk membeli ayam.

Oven bakar ayam. Sekali bakar 35-40 ekor.

Permainan tradisional kembali lagi

Sabtu: sewaktu di rumah kakak iparku kat Gombak, sementara menanti waktu buka puasa, anak-anak aku main batu seremban pakai ring untuk langsir. Aku yang jugak tengah keboringan akhirnya join mereka. Banyak betul undang-undang game tradisional tu yang aku tak tau. Walaupun tak tau, aku tetap menang jugak mengalahkan anak-anak aku Syahmie dan Wanie.

Menimbang - batu seremban.

Membaling dan mengaut - batu seremban.

Lepas tu kami main tembak tutup botol. Tapi tak pakai tutup botol, pakai ring langsir tu jugak. Yang ini lagi complicated. Buat ni tak boleh, buat tu fault. Pada saat aku dah nak menang, akhirnya Syahmie berjaya mengatasi markah aku dan memenangi game tutup botol tu. Waaahhh... dah lama betul aku tak main game-game tu semua. Last sekali main masa aku sekolah rendah kat Ulu Kelang. Rupanya game tu terus hidup di kalangan budak-budak sekolah rendah.

Tembak tutup botol memerlukan pacuan yang tepat bagaikan sniper.

Kursus buat ketupat bersama Atuk Atan

Segalanya bermula petang Sabtu semalam apabila melihat seikat daun kelapa yang dibeli untuk dijadikan sarung ketupat. Anak-anak aku berminat untuk mempelajarinya. Isteriku menyuruh anak-anakku belajar dari Atuk Atan. Atuk Atan tak keberatan. Sebelum tu para peserta diminta untuk mendaftar di kaunter pendaftaran dan mengisi beberapa borang bagi merekodkan keanggotaan para peserta kursus. Isteriku adalah yang paling cekap membuat ketupat, tapi untuk mengajar, suatu tahap kesabaran yang luar biasa perlu ada pada diri si pengajar kerana para pelajarnya semuanya masih terlalu baru dalam jurusan ini.

Atuk Atan memulakan demonstrasi.

Wanie dan Intan nampaknya agak terkial-kial untuk memahami tunjuk ajar Atuk Atan. Syahmie yang telah pun berusia 12 tahun nampak lebih konfiden dan mulai memahami rahsia di sebalik pembuatan anyaman sarung ketupat. Atuk Atan cuma ajar buat ketupat yang paling simple - ketupat sate. Atuk Atan juga sebenarnya mahir jugak membuat ketupat bawang dan ketupat pasar.

"Mula-mula ambil daun kelapa. Jangan pulak ambil daun pisang."

Bermula dengan tiga orang pelajar, akhirnya pelajar Atuk Atan telah meningkat semakin ramai. Semuanya merupakan cucu-cucunya sendiri. Fakehah, Nurin, Nana dan Nabiha antara yang turut mencuba nasib menghasilkan sarung ketupat yang pembuatannya sangat berseni itu.

"Gerakkan ekor dia. Jangan gerakkan kepala dia," pesan Atuk Atan.

Atuk Atan hampir hilang sabar mengajar cucunya yang kerap tersalah faham.

Fakehah memerhati dengan tekun lentok tangan Atuk Atan.

Nana meracik daun kelapa halus-halus untuk dibuat bunga rampai versi daun kelapa.

Antara ramai-ramai pelajar Atuk Atan, nampaknya Syahmie telah melangkah agak terkehadapan. Dalam diam Syahmie telah menghasilkan lapan biji ketupat sate tanpa bantuan sesiapa. Wanie yang agak kecewa kerana tak dapat menyiapkan  walaupun satu sarung ketupat walaupun telah berusaha keras sempat menitiskan air mata kesedihan.  Aku yang bersimpati terpaksalah memujuknya. Hasil usaha sepetang semalam dapatlah disiapkan kira-kira empat puluh biji sarung ketupat yang akan digunakan pada malam raya. Oh, aku? Aku tau jugak baut ketupat. Tapi aku cuma pandai buat ketupat bawang aje. Itu pun terkial-kial. Dulu aku belajar dari kawan Jawaku, Mughni Bahari ketika di MRSM Kelantan. Masa tu aku tau buat ketupat sate, bawang, pasar (sintok) dan ketupat bantal, yang paling susah. Tapi banyak yang aku dah lupa. "Dr Mughni, tolong ajar balik cara buat ketupat bantal".

Ketupat ular lidi, hasil buah tangan Atuk Pon.

Syahmie dengan ketupat sate pertamanya, tanpa bantuan sesiapa.

Wanie dengan ketupat terkecil di dunia yang dibuat bersama dengan mamanya.

Servis dan cuci sebelum raya

Sabtu semalam merupakan hari pertama aku cuti raya untuk tahun ni. Kesempatan ini aku gunakan untuk servis kereta mak aku Exora kat bengkel kereta. Free servis dah habis, jadi aku pergi kat kedai dekat aje. Kedai Proton Edar Servis tu jauh sangat dari rumah aku. Naik commuter tiga hari tiga malam pun belum tentu boleh sampai. Kedai dekat pastinya lebih convenient. 

Aku cakap kat tokey kedai, "Boss, kasi servis". Belum sempat aku bergerak ke mana-mana tokey kedai tu cakap, "Boss, sudah siap!" Eh! Cepat betul dia buat. Tapi memang macam tulah selalu kalau hantar servis atau repair, memang ekspress dia siapkan kerja. Tak macam sesetengah bengkel, kalau cakap nak tukar minyak hitam siap jawab, "Sorilah bang, tak da stok. Boleh tak abang tinggalkan kereta ni dua tiga hari kat sini? Kita kena buat kajian lebih sikit untuk memastikan kereta abang berada di tahap sesuai untuk dipandu di jalan raya". Menyampah betul aku yang jenis macam tu. 

Lepas servis kereta terus aku hantar kat tempat cuci kereta yang terletak di sebelah bengkel. Dah berkurun Exora tu tak berbasuh. Yang rajin hantar kereta tu cuci abang ipar aku. Kalau aku ... ada agak slow sikit. Tapi sempena nak raya ni aku hantar jugak, bagi dia berseri dan berkilat sikit. "Boss, kasi cuci dengan vacuum", kata aku kepada pencuci kereta. Bersungguh-sungguh dia cuci seolah-olah nak jadikan kereta tu berwarna putih. Sementara tunggu tu sempatlah aku borak-borak kosong dengan Amier. Tak lama lepas tu kereta pun siap dicuci. Okay, berkilat. Cuma ada jugak beberapa spot yang dah melekat terus dengan cat kereta sampai tak boleh nak hilang walaupun dikikis. Tulah, lain kali jangan tunggu lama sangat baru nak basuh kereta.

Aku dan Amier menunggu dengan berdebar-debar. Bagaimanakah rupa kereta Exora tu nanti.

Macha pembasuh kereta tu ingat aku nak ambil gambar dia. Dia siap berposing yang paling hensem.

Exora mak aku dah kena sabun salji.