m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Friday, July 22, 2011

Singa Biru tak dapat membelasah Harimau

Tak seperti yang aku harapkan. Itulah yang dapat aku cakap pasal perlawanan bola sepak semalam di Stadium Bukit Jalil antara Chelsea dan skuad Olimpik Malaysia. Wife aku dah beli tiket awal-awal lagi sejak ianya mula dijual. Peluang menengok artis bolasepak beraksi di depan mata memang jarang-jarang diperolehi. Jadi kami tak lepaskan peluang ini. Dan ini merupakan kali kedua aku ke stadium menengok lawan bola. First time dulu masa aku tengah belajar kat UTM nengok Johor lawan Sarawak dengan kawan-kawan.

Tiket bola yang diidam-idamkan oleh peminat bola sepak sedunia.
Kali kedua nak masuk stadium Bukit Jalil.
Wajah depan stadium. Ada keris nak bagi warning jangan buat hal dalam stadium.
Khamis semalam kami teruja nak nengok bintang-bintang tu beraksi. Bintang favourite aku buat masa ni Messi (bukan team Chelsea). Nanti kalau Messi dah tua dan tak terer aku pilih bintang lain pulaklah. Team Chelsea ni aku look forward nak nengok kehebatan Drogba dan Terry.

Penyokong Malaysia dan Chelsea.

Hang Tuah, Adi, Hang Tuah, Adi...
Wife aku dah sampai lebih awal pasal dia naik LRT. Aku naik kereta sampai lambat sikit pasal tersangkut dalam jam. Sesampai di gate, pengawal keselamatan siap check sorang-sorang kot-kot ada yang bawak benda-benda berbahaya seperti pedang samurai, bom buatan sendiri, bom buatan US, kereta kebal Rusia dan bom atom Iran. Wife aku dah siap-siap pilih tempat terhebat supaya nampak jelas muka-muka soccer star, sampai lubang hidung dia pun kami boleh nampak. Dalam stadium agak panas dan belengas. Tapi orang tak ramai lagi waktu petang. Ada beberapa penyokong MU dan Liverpool disuruh bukak baju oleh penyokong Chelsea. Aku rasa diorang nak glamor je, boleh masuk YouTube dan dipuji oleh Rooney dan Gerrard.

"You bukak semua, Saya mau check you punya kencing manis".
Menunggu 2 jam dalam stadium adalah satu jangka masa yang agak lama. Kami sempat nengok penonton dan penjaga seat bertegang urat pasal tempat duduk. Sesekali ada pulak orang buat flag waves. Tapi aku masih duduk diam, tak sorak, tak melambai. Macam takda emosi je. Tapi sebenarnya aku tengah fokus dan nak ambil mood bila perlawanan start nanti. Ramai sungguh orang kat stadium, sampai panjat-panjat bumbung stadium dan ada pulak yang bertenggek kat atas tiang gol pasal tak dapat tempat duduk.

Maskot ni lagi popular dari artis.

Fuuuuhhhh..... ramainya umat...

Flag waves.

Penonton teruja bila nengok aku sepak bola takraw pakai tangan. Itu baru sepak bola takraw, belum lagi sepak bola sepak.
Bila waktu maghrib tiba, kami gilir-gilir pergi bersolat. Sedih jugak bila ramai umat Islam dalam stadium yang tak bersolat. Bila turn aku, aku cariklah surau. Tak tau nak pergi arah mana. Akhirnya aku hentam sajalah. Lalu aku ternampak orang berbaris di tandas nak ambil wudhu', dan ada sekelompok manusia sedang solat atas laluan tepi stadium. Aku pun join mereka. Bila aku habis je solat, ada sorang mamat buat pengumuman. Katamya, "Kiblat ni salah! Ikut arah sana! Ikut Surau!" Baru aku sedar yang surau tu sebenarnya terletak tak jauh dari tempat aku solat. Jadi aku pun masuk surau dan solat maghrib second round. Tengah solat rakaat ketiga tiba-tiba ada satu mamat yang lain pulak berteriak, "Arah kiblat ni salah! Kiblat arah situ. Tadi saya dah check dengan pekerja stadium ni. Dia lebih tau. Check kompas pun sama macam yang pekerja tu cakap." Aku terus berhenti solat. Maknanya solat aku yang mula-mula tulah arah kiblatnya betul. Mamat tu kata dalam surau tak tunjuk arah kiblat (itu yang tak sepatutnya berlaku). Jadi orang main ikut-ikut sejadah aje. Entah-entah sejadah tu orang main letak-letak aje. Last-last semua orang ikut arah yang salah.

Solat tak wajar ditinggalkan walau dalam keadaan apa sekali pun. Kiblat ini yang dikatakan betul oleh pekerja stadium.

Tepat jam 8.45 malam, pemain-pemain masuk padang dan game pun bermula. Overall memanglah Chelsea yang control bola, tapi payah benar rasanya nak score gol. Memang pertahanan Malaysia sangat kental. Players Chelsea pun tak main sungguh-sungguh, takut kaki patah kena bentes. Dari tempat aku duduk yang nampak kemas permainannya masa first half ialah Salomon Kalou. Yang lain agak huru hara, termasuklah Lampard. Kecewa sungguh bila masa pertama cuma seri tanpa sebarang gol. Second half pulak yang outstanding sikit mungkin John Terry kot.

Barisan pemain skuad Olimpik Malaysia. Amri Yahyah pemain senior.

Nombor 10 tu pemain Israel. Kena booo habis-habisan.

Masa main tu, aku dan isteri perasan satu benda. Bila bola sampai ke pemain Chelsea jersey nombor 10 semua ornag boooo kat dia. Kesian jugak kami nengok pasal mamat tu dahlah kecik, main sungguh-sungguh, tapi kena booo habis habisan. Lalu wife aku tanya orang sebelah. Kami diberitahu dia tu orang Israel. Ohhh... patutlah. Lalu aku pun start booo jugaklah macam orang lain. Aku check balik nama dia ialah Yossi Benayoun.

Masa ni game belum start. Masih fresh lagi.
Perlawanan berakhir jam 10.30 malam. Dan Chelsea cuma menang 1-0 je. Itu pun gol yang entah masuk entah tidak hasil sepakan percuma yang diambil Drogba. Memang aku jeles dengan orang-orang yang nengok Malaysia lawan Liverpool. 9 gol tuuuuuhhh. Mahal betul gol malam semalam. Ingatkan harga makanan je naik harga, rupanya harga gol pun dah semakin meningkat. Aduuuh!

Perlawanan sengit macam kucing lawan anjing.

Masa balik seperti yang kami jangka memang jam teruk. Tersangkut kat stadium aje dah berjam-jam. Kira sempat jugaklah aku tidur untuk beberapa malam baru boleh keluar stadium. Sampai rumah pukul 12.30. Memang cukup penat walaupun aku tak join main bola kat padang. Walaupun aku kecewa, aku tetap seronok dapat bertandang ke stadium yang gah bersama bintang-bintang bola antarabangsa.

Stadium tengah gawat.
Senyum paksa pasal dah terlalu penat ya amat.

Wednesday, July 20, 2011

Apa maknanya kalau graf menurun

Biasanya makin kerap kita berlatih, maka makin cekaplah kemahiran kita. Tapi dalam sesetengah kes, makin kerap kita berlatih, makin kelam kabut prestasi kita. Apakah maknanya tu? Aku ada buat kajian secara kasar. Aku rasa ada beberapa petanda:

1.   Badan secara fizikalnya dah tak segagah mental. Otak kata masih mampu, tapi hakikatnya sendi-sendi semua dah kepenatan.
2.   Minat pada perkara yang kita berlatih tu barangkali jugak sudah berkurangan. Akibatnya jadi kurang tumpuan dan memberi kesan kepada persembahan.
3.   Sesaja nak mengelam-kabutkan prestasi tanpa alasan apa-apa.

Aku pun tak tau aku jatuh dalam kategori yang mana satu. Yang aku tau masa main badminton Selasa lalu memang agak huru-hara. Satu set pun aku takda menang. Mana taknya, kekadang pukul tangkis pun tak kena. Tak dapek sapo-sapo nak nolong. Kena cari reket yang kepala dia besar sikit kot. Tapi badan masih berpeluh lencun pasal banyak bergerak - tapi macam bersenam aerobiklah pulak.


Chelsea datang Kuala Lumpur

"Team Chelsea datang Kuala Lumpur!" Itulah sorakan peminat-peminat Chelsea dalam semangat keterujaan apabila terdengar berita akan kunjungan gergasi bolasepak di liga Inggeris ke KL. Wah nampaknya bertali arus bulan ni geng-geng EPL datang Malaysia. Tentu rakyat Malaysia happy dapat menyaksikan pemain pujaan mereka beraksi di padang secara live.

Aku pun tak tau sejak bila aku jadi peminat Chelsea. Tapi wife aku yang memang fan kepada team ni telah membeli 2 tiket perlawanan pada hari Khamis nanti. Aku pada dasarnya suka nengok persembahan pemain pro yang hebat. Tak kiralah team mana, di England, Spain atau Italy. Oleh kerana nak pergi nengok orang Chelsea main bola, kenalah aku menghafal sedikit sebanyak nama-nama pemain yang bakal beraksi nanti. Akhirnya berjaya jugak aku mengingati beberapa nama besar dan menjadi tunggak utama dalam pasukan Chelsea. Antaranya: kapten John Terry, Anelka, Didier Drogba, Fernando Torres, Frank Lepat (tapi aku tak sure samada lepat pisang atau lepat ubi, mungkin kena tanya balik kat dia kot) dan penjaga gol Petr Czechoslovakia. Sempat jugak aku nanya kat goal keeper tu, apasal dia main bola pakai helmet. Jawabnya, helmet dan kepala dia tu dah macam sebati. Dia bukan aje pakai helmet masa main bola, tapi jugak masa mandi, tidur, masa sikat rambut, bahkan masa ber-dating pun dia pakai jugak helmet tu. Itu yang menjadi kegilaan gadis-gadis rupawan tu.

Jalan masuk ke Staduim Bukit Jalil sangat sesak. Dahlah sebelum tu aku sesat barat. Kami ingatkan ada peluang nak jumpa players, rupanya takda chance langsung. Kami pun tak tau diorang jumpa time mana dan kat mana, tau-tau sessi tu dah berlalu. Hampeh. Aku paling kesian si Drogba dan Lepat beria-ia nak jumpa aku kat KL. Kata mereka nak minta autograf aku. Tapi tak kesampaian. Lalu sebelum mereka naik bas sempat jugak aku jeritkan pada mereka, "If you guys want my autograph, tweet me in the internet!" Masa aku nak masuk stadium ada pulak satu mamat Negro ni pakai baju Arsenal. Ish ish ish... nak kena bukak baju kot mamat ni macam mamat yang pakai baju MU masa nengok Liverpool berlatih (tapi Rooney kata budak tu legenda). Kami balik lepas habis training kira-kira jam 9 malam. Balik tak berapa sesak pasal ada fans yang dah berlepas awal. Nasib baiklah kami.

Pass nengok latihan.

First time aku nak masuk dalam Stadium Bukit Jalil.

Ramai jugak fans yang hadir.

Players tengah buat stretching.

Aku jadi fan Chelsea untuk hari ini.

Mascot Chelsea pun jadi popular dan disorak oleh penonton.

Tak sabar nak tunggu the real challenge!

Wife aku sangat teruja dengan kehadiran Chelsea. Dan aku happy nengok wife aku happy.

Tuesday, July 19, 2011

Kalumpang Family Day: Haiwan dan binatang ajaib

Apa lagi yang ada di Kalumpang Resort? Sudah tentu haiwan-haiwannya yang membingitkan malam dengan siulan lantang sang unggas. Tapi bingit itu tak menyesakkan damai malam, sebaliknya menambahkan emosi pada sifat suasana gelita yang hadir. (Entah apa benda entah yang aku cakap, aku pun tak paham). 

Masuk-masuk je kat perkarangan resort anda akan disambut oleh si Untung. Untung adalah nama seekor monyet kecil yang sangat hebat mencari kutu. Bagi sesiapa yang ada kutu di kepala dan telah habis ikhtiar untuk menghilangkannya, maka jumpalah pakar kutu - Untung. 99.99% pasti hilang semua kutu dicari dan dimakan oleh untung. Tapi pastikan rambut anda tak ada kurap. Takut-takut kalau Untung makan kutu perutnya pulak yang sakit.

Beberapa trip yang lepas ketika aku berkunjung ke sini, ada juga beberapa ekor burung yang sangat berbakat. Antaranya adalah seekor tiong emas yang pandai meniru suara manusia, serta seekor burung kakak tua yang pandai berkata-kata. Tapi dengar khabarnya haiwan-haiwan hebat itu telah diambil oleh Jabatan Mergastua beberapa ketika yang dulu. Itu aku tak cerita lagi pasal biawak yang pandai bersyair, serta labi-labi yang pandai berdangdut. Semua telah diangkut oleh pihak berkuasa. Jadi yang tinggal cuma haiwan-haiwan biasa seperti ayam, angsa, itik, ikan, merak dan ayam kelabu. Sebenarnya mereka semua pandai dan berbakat. Contohnya angsa pandai buat lawak jenaka. Ayam pulak pandai bersiul dan itik kuat melatah. Tapi masa Jabatan Mergastua datang, mereka buat-buat bodoh. Jadi terselamatlah dari dibawak pergi.

Untung - monyet pakar mencari kutu.

Angsa yang jinak dan mudah untuk disembelih (kalau lauk dah habislah).

Amier ber-posing dengan merak pujaannya.

Angsa ini tidak menyudu, sebaliknya ia suka menggarfu.

Amier berhari-hari suruh aku ambil gambar merak. Inilah hasilnya.

Ayam jalak lenteng yang menjadi ketua kampung di reban.

Monday, July 18, 2011

Kalumpang Family Day: Makan & makanan

Percutian di Kalumpang hujung minggu lalu dipenuhi dengan aktiviti. Lepas beraktiviti pastinya perut meragam nak mintak makan. Tapi kami tak perlu risau kerana makanan selalu tersaji lengkap untuk kami.

Sampai-sampai je kat Kalumpang jam 12 lebih malam, makanan dah terhidang. Bangun pagi-pagi je dah ada makanan menanti. Lepas sukaneka & mandi-manda waktu tengahari, pun ada makanan menunggu. Waktu petang ada pula minum petangnya. Lepas isyak berjemaah, satu menu baru pula terhampar. Dan makanan terus menerus memburu perut-perut kami dari mula kami sampai hinggalah sebelum kami berangkat pulang. Well organised by host. Terima kasih kepada kekanda-kekandaku yang tak mau menengok para jemputan kebuluran.

Aku tak sempat pulak nak timbang badan. Takut-takut naik berkilo-kilo pulak. Bagi yang aktif berenang tu tak apalah pasal kalori akan mudah terbakar. Tapi aku yang lebih banyak melepak dari beraktiviti ada risau sikitlah. Anyway, di Kalumpang selera anda memang akan meningkat kerana suasana dingin dan nyamannya. Apa saja yang disuakan pun akan berasa enak. Sayur rumput, lauk batu pasti enak walau direbus sekali pun.

Sampai-sampai makan barbeque.

Ada kambing, ada udang, ada sosej, ada ikan. Semuanya dibakar hingga rangup.

Pagi hari sarapan mi goreng dan telur dadar.

Khusyuk mengadap makanan.

Wajah sentiasa berseri kerana ada makanan terhidang di mana-mana.

Tengah hari lauk ayam dan ikan.

Amie sedang makan ulam pucuk buluh macam panda.

Intan melepek dekat abangnya kerana terlalu kenyang.

Faridz termenung pasal terlalu kenyang. Abby juga terlalu kenyang dan gembira sambil menunjukkan peace.

Tak ada sesiapa yang sempat lapar di sini.

Kalumpang Family Day: Intro

Hujung minggu lepas kami sekeluarga ke Kalumpang Resort. Bermula dengan Kak Long isteriku ingin membuat majlis kenduri, bacaan doa selamat, tahlil, sembahyang hajat untuk anak-anak buah yang akan mengambil peperiksaan, serta sambutan Nisfu Syaaban dan Ramadhan. Lalu birasku, Hasni menawarkan resort miliknya di Kalumpang (dekat Tanjung Malim) sebagai tempat aktiviti dijalankan. Semua bersetuju. Dan kami pun berangkatlah beramai-ramai menghala ke destinasi. Sambil bercuti, sambil beriadah, sambil beramal.

Kami bertolak pada Jumaat malam. Aku pulang kerja agak lewat. Selepas makan malam dan bersolat isyak barulah kami melepas, maksud aku berlepas ke Kalumpang. Waktu tu hampir pukul 11 malam. Jalan clear dan aku memandu perlahan untuk mendapatkan mood sebenar seorang pemandu berhemah. Aku drive tersangat slow sehinggakan seekor siput khinzir berjaya memotong kenderaan yang kupandu di lebuhraya. Siput itu siap menoleh ke arahku dengan berwajah sinis dan lantas meninggalkan ku jauh terkebelakang.

Sesampai di Kalumpang Resort, kaum famili semua sedang makan-makan barbeque dan ada jugak yang berkaraoke. Aku sempat mendendangkan sebuah lagu Carefree-Rindu Bayangan. Kami menetap di bilik-bilik kecil dan asrama yang telah disediakan. Malamnya memang panas. Tapi paginya seluruh tubuh didakapi dingin yang mencengkam. Gigi atas dan bawah berlaga-laga. Setitik air jatuh ke badan boleh membuatkan seseorang itu menjerit kesejukan. Ayyyaaaakkk!!

Kehebatan tempat ini adalah pada lokasinya. Ada air sungai berbatu yang sangat jernih dan dingin. Boleh mandi-manda dengan ikan-ikan tengas yang sebegitu banyak berenang-renang di celah-celah batu. Siapa yang hebat boleh saja menewaskan ikan-ikan itu untuk dijadikan lauk.

Selain dari keindahan semulajadi flora dan fauna, ada juga binatang-binatang ternakan yang menjadi tarikan pelawat yang bertandang. Kafeteria juga ada di beberapa lokasi untuk memudahkan pelawat memesan makanan dengan harga yang berpatutan. Sewaktu kami di sana, ada juga pelawat-pelawat yang datang dalam rombongan yang besar mengadakan aktiviti-aktiviti pelbagai di darat dan di air. Cukup meriah sekali, terutamanya pada hari Sabtu dan Ahad.

Aku sangat merekomen siapa-siapa yang dah mati kutu nak berjalan ke mana masa cuti sekolah, datanglah ke Kalumpang Resort ini. Yang aku cerita ni cuma baru sebahagiaan kecil daripada apa yang sebenarnya ada ditawarkan kepada pengunjung yang hadir.

Bonda mentua dan abang iparku bersantai-santai di bawah pohon bambu.

Bersiar-siar di laman.

"Fuuuhhh!!! Besar peha ikan tu!!!"

Sessi wajib - karaoke.

Duduk-duduk aje pun boleh mendamaikan fikiran.

Tangga rumah penginapan yang curam dan mencabar.

Kami tinggal di rumah kakitangan pasal bilik dah penuh.

Seekor kupu-kupu datang menggugat kedamaian kami. Arrrgghhh!! Aku tersentak!

Semua angle boleh bergambar. Sekitaran yang sangat fotogenik.

Back-drop sungai yang indah.

Abby, Akid & Taufik - 3 pemuda hangat yang murah dengan senyuman.

Kak Esah dan anakandanya Yaya.

Tauke resort - Mister Hasni, simple & humble, tapi individu yang hebat.

Ika dan Faiisal.

Akid dan Kois, sama manis, sama gagah.

Anakku Amier yang tembam.