m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Saturday, June 5, 2021

Durian Kalumpang: Makan dalam gelap

 Bahagian 1

Saya mulakan dengan mengajak seluruh pembaca yang budiman menghadiahkan bacaan surah Al-Fatihah kepada ahli keluarga yang telah pergi meninggalkan kita buat selamanya, ke alam abadi. Khususnya buat kekanda kami Allahyarhamah Kalsom Binti Atan yang gambar beliau ada dipaparkan di dalam sebahagian episod kisah kali ini. Al-Fatihah...

6 Julai 2019 - Sepanjang tempoh PKP sejak March 2020 lalu, tak banyak aktiviti yang mampu dilakukan oleh kita semua. Pergerakan dan aktiviti sangat terhad. Kalau ada pun, dengan melaksanakan SOP yang sangat ketat. Pastinya tidak semeriah seperti waktu dulu-dulu. Tapi inilah sedikit pengorbanan yang seluruh rakyat Malaysia wajar lakukan untuk manfaat pada masa hadapan, demi memerangi wabak covid-19 yang sedang melanda dunia pada ketika ini.

Jadi, sudah pasti yang akan aku kisahkan pada kali ini adalah kisah lama. Kisah tahun 2019. Kisah keseronokan ketika berkumpul bersama di Kalumpang. Begini kisahnya. Kami mendapat mesej melalui grup whatsapp famili, "Jom datang Kalumpang makan durian!" (lebih kurang macam tulah tulisannya). Bila terbaca aje ajakan dari kakak iparku, Kak Ogie, kami semua terus bersemangat dan meleleh air liur kerana  terbayang wajah durian Kalumpang yang memang sudah tersohor dengan keenakan sejatinya. Resort birasku, Abang Hasni di Kalumpang memang terdapat banyak pokok durian yang sedang galak berbuah. Pokok-pokok durian ini menghasilkan buah-buah yang berkualiti tinggi. Yang sangat enak dan berkhasiat. Kaya dengan vitamin C, vitamin A, B, D, E, F, G, H....... sampai Z. Dan padat dengan fiber dan zat galian seperti zat besi, kalsium, magnesium, kuprum, aluminium, titanium, plutonium, dan kriptonite. Malah kulit durian Kalumpang juga boleh dibuat masak sayur. Potong dadu, rebus atau tumis sampai empuk. Terus boleh dimakan. (Siapa yang tak ada kerja, bolehlah try. Aku tak kan cuba punya. Keh keh keh....).

Allahyarhamah Kak Long dan Abang Zai sedang makan malam bersama.

Makan nasi goreng kicap manis berlaukkan telur goreng mata kerbau.

Hani dan atuknya, Abang Wahab.

Kak Sapiah kenyang makan durian.

Amier sedang sibuk menghubungi kawan-kawan sekolahnya.

Ardy akan makan bila perut lapar.

Abang Zahid dan Kak Uda pun sedang makan juga.

Nurin kata dia dah makan nasi goreng dua pinggan, dua kali tambah, dan dua hari berturut-turut.

Hafez sedang bersiap sedia untuk menjadi Ironman, menggantikan Robert Downey Jr.

Kak Sapiah memetik buah rambutan gading dari tangkainya.

Allahyarhamah Kak Long dan Kak Ogie berbual adik-beradik sambil makan malam.

Sabriena dah makan, Sekarang dia heppi.

Ironman Hafez baru nak makan.

Isteri aku pun dah sudah makan juga.

Kami sampai Kalumpang sekitar waktu maghrib. Selepas masuk bilik, dan solat maghrib, kami ke pinggir swimming pool dan bersedia untuk makan malam. Sebelum itu, kami dijamu dengan buah-buahan rambutan gading gajah dari Afrika. Lepas tu makan nasi goreng special. Makan ramai-ramai ketika lapar, sangatlah menyelerakan, walaupun di dalam gelap. 

Resort atau bilik kami terletak di lereng bukit yang cerun. Suspen juga nak drive kereta di atas ramp yang sangat curam. Tapi sangat penuh adventure-nya. Satu famili dapat satu bilik yang ada beberapa buah katil. Suasana bilik sangat dingin. Airnya sejuk dan menyegarkan. Kali ini kami duduk percuma, Birasku, Abang Hasni belanja kami semua.

Bersambung...

Anak-beranak makan malam bersama.

Kak Sapiah sambung makan nasi goreng.

Lampu di kepala Hafez memudahkan beliau mencari bubuk beras di dalam pinggan.

Faridz baru nak makan malam.

Dan Azi pun join Faridz makan malam.

Tiba-tiba Taufik berasa lapar. Dia pun mencedok nasi goreng.

Isteriku memberikan kata-kata motivasi kepada Sabriena.

Gaya makan durian ibu dan anak yang sama.

Azira baru nak makan nasi goreng.

"Jom kita berlumba makan rambutan", kata Nurin kepada Mak Uda.

Sabriena dan anak-anak saudaranya.

Sabriena bersama Zarith, Alisya dan Fatih.

Zila dan Ardy.

Faridz ambil gambar nasi goreng untuk di-upload dalam Instagram.


Tuesday, June 1, 2021

Reunion Alumni NUMSA: Group photo sebelum datang pandemik

Bahagian 7 (Akhir)

23 Februari 2019 - Akhirnya sesi cabutan bertuah dan memberi hadiah pun selesailah. Masing-masing puas hati dan berasa gembira dengan apa yang diperolehi. Mahzan, sebagai pengerusi majlis pun menutuplah acara dengan kata-kata semangat dan pesanan, serta mengucapkan terima kasih kepada setiap yang hadir menjayakan pertemuan para alumni ini.

Sebelum berpisah, kami bergambar beramai-ramai dalam dewan. Tak cukup di dalam dewan, kami bergambar pula di luar dewan. Tak cukup di luar dewan, kami teruskan bergambar di atas tangga lobi. Tak sudah dengan bergambar di tangga lobi, bergambarlah pulak lagi di luar hotel. Belum habis setakat kat luar hotel, kami teruskan bergambar di parking lot. Tak berhenti setakat di parking lot, kami bergambar di dalam kereta pula. Tak puas bergambar di dalam kereta, bergambar pula kat dalam rumah. Tak sudah bergambar dalam rumah, bergambar kat ofis pulak lagi. Dan seterusnya.....

Sorry. Merapu kejap.

Aku bersyukur kepada Allah kerana diizinkan dapat berjumpa dengan kawan-kawan lama yang belajar bersama di Universiy of Nebraska, Lincoln, terutamanya yang pernah duduk sekelas dan serumah dengan aku. Terima kasih tak terhingga kepada penganjur dan mereka yang telah bertungkus lumus menjadikan perancangan ini satu realiti. Insya Allah kalau ada rezeki, dan sekiranya pandemik covid-19 ini telah reda, mungkin kita boleh berkumpul dan berinteraksi lagi. Kepada semua alumni Numsa, aku ucapkan selamat maju jaya, dan sentiasa jagi diri dan keluarga. Wassalam.

T A M A T

Standing ovation.

Malek, Mail Haron dan Ustaz Mahmud juga memberi standing ovation.

Shai, Abang Shahrir dan Nazar.

Mizi dan Raja memberi reaksi tersendiri terhadap ucapan pengerusi majlis.

Said, Poi dan Haji Firdaus.

Fadzli, Mael dan Osman (front elevation).

Turut kelihatan Haji Nordin, Razif dan Che Mansor.

Tan Sri Lan tak melepaskan hadiah yang telah diperolehi tadi.

Mizi dan Rahim.

Nasar, Ahmad dan Baka.

Menumpu ke hadapan.

Mizi, Rahim dan Nasar.

Osman, Mael dan Fadzli (rear elevation).

Said dan Poi - peminat-peminat kacang Ngan Yin.

Bergambar beramai-ramai di dalam dewan.

Dekat sejuta orang kat dalam dewan ni.

Tangga ini asalnya tak popular, tak meriah dan terpinggir.

Tetapi secara perlahan-lahan ia mula diminati, dan dikerumuni.

Kakak-kakak alumni Numsa mula berkumpul.

Semakin lama semakin ramai.

Semakin meriah.

Semakin ceria.

Malek bergambar dengan bunting.

Bunting ini pun menjadi perhatian.

Namat dan Jamil pun ingin bergambar dengan bunting.

Hero-hero Malaya bersama bunting Huskers.

Tampan dan perkasa.

Macho dan hensem.

Tangga juga menjadi pilihan.

Bergambar puas-puas sebelum musim PKP bermula.

Aku pun nak bergambar dengan bunting Huskers jugak.

Wow! Sekarang tangga dah penuh!

Dalam sekelip mata.

Sekarang bergambar bawah tangga pulak.

Ini macam bergambar farewell lah.

Last snap before leaving the venue. Bye-bye!