m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Thursday, May 7, 2020

Family Day 2019 @ Jeram: Pakaian beragam

Bahagian 23

Puas kami semua mendengar nyanyian padu dan merdu dari ahli keluarga yang bertanding dalam pertandingan karaoke Family Day di Jeram. Acara lain yang turut dipertandingkan pada malam itu ialah pertandingan pakaian beragam. Tak ada tema khusus. Pakai saja pakaian yang luar biasa. Bukan pakaian harian. Bukan yang biasa-biasa kita lihat. Mesti lain dari yang lain. Boleh jadi pakaian dari negara lain. Boleh jadi pakaian yang futuristic. Atau pakaian yang pelik bin ajaib. Asalkan jangan yang tak senonoh. Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori. Ada kategori kanak-kanak. Ada juga kategori orang dewasa. Abang Zahid telah beberapa kali memenangi kategori dewasa. Tapi kali ini Abang Zahid tak bertanding nampak gayanya. Dengar khabarnya kurang sihat.


Sabriena sebagai puteri Korea Selatan.

Atau mungkin juga puteri Korea Utara.


Ironman Falique in action.

Ini Tony Stark semasa kecil.

Masa ni Thanos pun masih kecil juga.

Semua geng-geng Avengers masih kecil lagi.

Ironman Falique nampak musuh di hujung sana.

Oops! Salah tembak. Tertembak nelayan asing.

Puteri Korea menanti Putera Korea.

Datang menghadap Tuanku Raja Korea.

Putera Korea masih tak kunjung tiba.

Memanggil anak-anak untuk berkumpul.

Sambil memegang belon.

Peserta pakaian beragam.

Pertandingan di kalangan kanak-kanak juga tidak ramai seperti selalu. Antara yang bertanding termasuklah Sabriena sebagai puteri Korea, Falique sebagai Ironman dan Aleena sebagai Minion. Comel-comel mereka bertiga. Aku pun dah tak ingat siapa yang jadi juara. Sama hebat dan sama comel gamaknya. Pertandingan ini dikendalikan oleh Kak Ogie yang juga berpakaian fancy dan futuristic bagi menyesuaikan diri dengan konsep pertandingan pakaian beragam ini.


Baby Minion in the house.

Mak bapak pakaikan baju Minion - layan ajelah.

Sampai spec mata pun dah nak tertanggal.

Penyertaan dari kanak-kanak paling muda.

Peserta pakaian beragam kanak-kanak berkumpul.

Syafiq mendukung baby Minion.

Baby Minion yang comel.

Ironman strikes again.

Ironman dan Puteri Korea.

Baju Korea ni kena bawa dari rumah.

Sabriena masih malu-malu.

Mama yang hias Puteri Korea.

Kak Ogie pengendali pertandingan pakaian beragam kanak-kanak.

"Awak semua tak bertanding ke?" tanya Kak Ogie.

Mari kita bertanding ramai-ramai.

Memberikan perhatian penuh kepada Nenda Nyah.

Nenda Nyah bercerita pasal dongeng Melayu lama kepada cucundanya.

Falique dan Sabriena dah selesai bertanding.

Pertandingan kategori orang dewasa juga tidak kurang hebatnya. Antara yang bertanding termasuklah Fai sebagai wizard. Atau mungkin juga magician, atau The Undertaker. Isteriku sebagai wanita yang menantikan suaminya pulang dari laut. Aku pun dah tak ingat siapa lagi yang bertanding untuk kategori ini. Check dalam camera, tak ada pula gambar orang lain yang ber-posing memperagakan pakaian. Hani juga bettanding sebagai dance instructor kot. Kalian tengoklah sendiri dari gambar-gambar yang dipaparkan.

Bersambung...

The Undertaker from WWE.

Eh! Rupanya Fai The Magician.

Atau mungkin Fai The wizard.

Atau Fai the Ironman's father.

In character.

Menanti suatu ketibaan di tepi pantai.
Masih in character.

Tajuk monolog ini ialah "Pulang".

Monolog "Pulang" selesai.

Hani sebagai dance instructor.

Ada dua orang anak murid di belakang.

Yang merupakan nenda-nendanya.

Tarian muda-mudi zaman sekarang.



Family Day 2019 @ Jeram: Jom kita berdendang!

Bahagian 22

Sewaktu semua ahli keluarga sedang enak menjamu selera malam, acara pertandingan karaoke juga telah dilangsungkan secara serentak. Bolehlah mendengar alunan suara merdu sambil menikmati juadah shell-out. Pertandingan karaoke ialah satu lagi acara yang memang ditunggu-tunggu apabila Hari Keluarga diadakan. Hampir separuh ahli keluarga akan mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Dari yang tak pandai menyanyi, sampai pandai menyanyi pasal dah terbiasa. Ini juga merupakan salah satu acara favourite aku sebab aku pun suka juga nak melalak dengan alunan muzik sekali-sekala.

Oleh kerana itu, aku telah menawarkan diri untuk menjadi orang pertama yang akan mendendangkan suara pada pertandingan kali ini. Dan kali ini juga aku plan nak buat kelainan. Selalu sangat menyanyikan lagu balada. Sesekali nak pekena lagu irama atau genre lain juga. Dalam banyak-banyak genre, aku pilih irama dangdut. Lagu "Yang Sedang-sedang" nyanyian Iwan. Tak pernah dibuat aku sebelum ini. Jadi aku pun ambillah mikrofon untuk memulakan nyanyian, menanti lirik keluar di monitor. Sekali kata penyelia acara, yang juga merupakan tuan tanah, Abang Hasni, pertandingan kali ini tak boleh tengok monitor. Kena hafal lagu, atau tengok lirik kat kertas atau hand phone. Aduh! Terjerat aku dengan pilihan lagu tadi. Ahhh! Bedal ajelah. Saja suka-suka. Bila muzik masuk aje, aku pun mulalah buka mulut dan berdendang. Hancurrrr!!!

Memulakan nyanyian dengan merujuk kepada lirik di telefon yang kupinjam dari Ienah.

Aduh! Apa pulak yang ditulisnya. Mataku tak nampak jelas tulisan yang kecil.

Telefon aku pulak dah habis bateri.

Ah! Bedal ajelah, Janji ada bunyi.

Menyanyi tak ada perasaan.

Tiba-tiba aku tarik penuh perasaan macam menyanyi lagu sedih. Padahal menyanyi lagu dangdut, kot?

Terpaksa tengok screen sekejap. Tapi screen pulak kecil daaaa...

Upon request, one more song! Hahaha...

Abang Zai pun dah lama tak menyanyi.

Asyik jadi juri profesional aje.

Kali ni Abang Zai berpeluang untuk menyanyi lagu pilihan.

Suara Abang Zai macam suara Brorey Marantika sikit.

Amier pun mendaftar untuk masuk pertandingan menyanyi.

Lagu yang Abang Zai nyanyikan ini agak panjang juga.

Lagu pilihan dari era 70an.

Abang Zai yang dah lama tak menyanyi pun turut menyanyi pada kali ini. Selalu Abang Zai jadi juri. Kali ni tuan tanah kata biar dia yang jadi juri. So, yang lain-lain semua boleh menyanyi. Tak kira tua atau muda. Dewasa atau kanak-kanak. Siapa berani, sila tampil ke hadapan. "Sumbangkan" lagu. Penyertaan kali ini kalau tak silap aku hampir dua puluh orang. Zaman dulu-dulu, masa kami buat Family Day, aku rasa lagi ramai yang masuk pertandingan menyanyi. Sekarang dah kurang sikit nampak gayanya.

Giliran Kak Timah pula untuk memegang mikrofon.

Syafiq juga ingin mendendangkan sebuah lagu.

Syafiq menyanyikan lagu berjudul "Di Mana Kan Kucari Minyak Di Laut Dalam".

Nyanyian yang memukau semua penonton di stadium.

Nadia pula menyanyikan lagu "Henfonku Berbunyi".

Asyraf dengan lagunya "Kau Si Paparazzi". 

Lagu itu ditujukan khas untuk aku.

Syafiyah dengan lagu yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad.

Kalau tak silap aku, Fai menyanyikan lagu berjudul "Batu" kot. Atau pun "Pasir" nyanyian Sweet Charity.

Kali ni menyaksikan beberapa ahli keluarga yang selalulnya menjadi penonton, tetapi kini ingin mencuba nasib dalam bidang seni suara. Antaranya termasuklah Fai, Syafiq, Salina dan Hairi. Zila yang dah lama tak menyanyi pun menyanyi semula. Kebanyakan mereka mempunyai bakat terpendam yang disimpan dari pengetahuan umum sejak berzaman lamanya. Wajah-wajah kaki karaoke pada Hari Keluarga pula termasuklah aku, wife aku, Kak Timah, Kak Ogie, Syafiyah, Allahyarham Abang Leman dan Abang Karim. Oleh kerana aku tak tangkap video nyanyian peserta pada kali ini, kalian lihat sendirilah gaya-gaya profesional kami semua. Dan bayangkanlah betapa sedap, lunak, enak, lemak, merdu, syahdu nyanyian kami ini. 

Pada kali ini, penyanyi yang outstanding adalah Hafez. Hafez menyanyi memang selalunya sedap didengar. Cuma kali ini rempah ratusnya lebih sempurna dan nyanyiannya lebih menyerlah. Kejuaranan karaoke yang dimenangi Hafez pada kali ini tidak siapa mempertikaikannya, kerana bagai telah diduga. Tahniah buat Hafez dan semua yang bertanding.

Bersambung...


Abang Karim membelek-belek monitor sejak seminggu lepas untuk memilih lagu.

Akhirnya memilih lagu irama Malaysia.

Judul lagu "Perjalananku Ke Bangkok".

Hafez sedang menyedut aura bayu laut sebelum memulakan nyanyian.

Allahyarham Abang Leman turut menyanyi.

Antara peserta yang mempunyai suara yang lunak.

Isteriku nak buat pengumuman sebentar. Ada sambutan hari jadi kalau tak silap aku.

Kak Timah berpeluang memegang mikrofon lagi.

Memilih lagu heppi-heppi untuk didendangkan.

Jarang sangat Kak Timah menyanyikan lagu balada.

Wawan yang bersuara sedap juga nak masuk bertanding menyanyi.

Judul lagu ialah "Liverpool atau United?"

Zila juga mempunyai suara yang lunak. Dah lama Zila tak menyanyi.

Kali ni ingin mencuba lagi.

Memberikan penghayatan yang 200 peratus.

Amier sejak kebelakangan ni memang suka benar menyanyi.

Amier memiih lagu Salem berjudul "Tinggal Kenangan".

Isteriku juga salah seorang yang regular dalam berkaraoke.

Lagu favourite ialah "Kasih" nyanyian Hetty Koes Endang. Tapi kali ni menyanyi lagu lain rasanya.

Aku rasa ini first time kot Hairi menyanyi di khalayak ramai.

Aku pun tak pasti. Suara Hairi juga mantap.

Salina, walau malu-malu memiliki suara emas bak bapanya - Abang Hasni.