m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Wednesday, May 6, 2020

Family Day 2019 @ Jeram: Haiwan laut merangkak ke atas meja

Bahagian 21

Aktiviti sebelah siang sangat padat dan memenatkan. Lebih-lebih lagi pertandingan memancing yang ada kalanya menduga ketahanan mental tatkala menanti umpan diragut ikan. Setelah solat maghrib berjemaah, atau bersendirian, kami berkumpul lagi di ruang umum. Kali ini bersiap-siap untuk makan malam pula. Kaum ibu berpakat-pakat menyediakan makanan istimewa pada malam ini. Kali ini kami ber-shell out. Tabur lauk di atas meja. Bersemangat kaum bapa menyusun meja. Membentang kertas dan daun pisang agar operasi shell out boleh dilaksanakan dengan sempurna. Dari jauh sudah terhidu keenakan haruman makanan yang sedang disediakan di dapur. Mmmmmm.... Nyummmmyyy...

Syauqi dan Abang Karim menyediakan meja.

Allahyarham Abang Leman datang membantu.

Daun pisang dibentangkan dengan kemas.

Biar nampak lebih menyelerakan. Juga boleh dibuat ulam. Ulam daun pisang.

Menyusun lapik di atas meja kedua pula.

Lagi ramai membantu, lagi cepat kerja dapat diselesaikan.

Meja sudah ready.

Lauk-pauk makanan laut pun ditebarkan di atas daun pisang.

Dah boleh start makan.

Setelah meja berlapik kemas dengan daun pisang nipah yang lebar, masakan makanan laut dan sayur-sayuran segar dari tanah gambut Jeram ditaburkan di atasnya. Berseraklah segala haiwan laut di atas meja dengan perasaan senang hati. Ketam mula merangkak-rangkak sambil menyepit daun pisang. Kepah, ala-ala dan kupang bergolek-golek dari hujung meja sebelah sini sampai ke hujung meja sebelah sana berjoget lambak. Udang dan ikan berenang-renang di dalam kuah mencari arus yang tidak terlalu deras. Kuda laut meloncat-loncat bagaikan dalam acara equestrian. Ikan kerapu dan jenahak berlindung di balik sayur untuk menyerang hendap ikan-ikan kecil. Ikan lumba-lumba berlumba-lumba menghala ke pantai bagai sedang bertanding juara. Tidak ketinggalan, sotong kurita memanjangkan tangan-tangannya, merayap-rayap memanjat tiang dan alang struktur teduhan kami.

Tengoklah sendiri betapa berseleranya semua orang.

Penuh meja dengan lauk.

Faridz dan Akid dah jumpa port untuk santap.

Masakan ini memang yang terbaik!

Kak Timah dan Kak Uda juga tak dapat menahan perasaan terharunya bila dapat merasa keenakan masakan ini.

Abang Karim berborak pasal memancing dengan Brader Anuar.

"Nasib baik ada kicap Jalen. Kalau tak, Elin tak berselera nak makan", kata Elin.

Mohamad juga dapat merasakan keenakan sajian ini.

Makan malam anak-beranak.

Kami sudah tak sabar. Terus mengambil pinggan, mencedok nasi, dan mengaut lauk-pauk dan sayur-sayuran yang telah seketika terhidang. Semua makan dengan sangat berselera. Tak ada komplen. Sambil makan, acara lain turut dijalankan. Ada acara karaoke. Ada acara pakaian beragam untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Ada acara sambutan hari jadi juga. Kami makan pun sambil-sambil saja. Sambil dihiburkan, sambil mengunyah. Oh! Alangkah sedapnya masakan yang disajikan kepada kami. Terima kasih kepada kekanda-kekanda dan anak-anak saudara yang telah menyediakan masakan yang enak ini.

Bersambung...

Azira sangat konsentrasi bila makan.

Zila melayan anak-anak makan.

Syahira pun makan dengan penuh fokus juga.

Kak Ogie sedang bersiap-siap untuk pertandingan pakaian beragam.

Bersama anak-anak selepas makan malam.

Aleesya sempat main belon dulu.

Abang Karim masih menghadap juadah di atas meja.

Cedok, jangan tak cedok.

Allahyarham Abang Leman bersama cucunda.

Hafez sempat belasah dua pinggan nasi shell out.

Huda, Azi dan Nadia makan berjemaah.

Habis di-clear-kan makanan di atas daun pisang. Sampai licin.

Adam sibuk makan, Mukamil tak tahu nak mula dari mana.

Nak ambil jagung dulu ke, atau nak ambil sayur dulu?

Duduk berehat dulu anak-beranak.

Tiga generasi bersidang di meja bulat.

Nicha dah selesai makan agaknya.

Menanti acara selanjutnya.

Pertandingan karaoke sedang berlangsung.



Friday, May 1, 2020

Family Day 2019 @ Jeram: Menduga lautan Jeram

Bahagian 20

Setelah puas kami bergambar beramai-ramai di atas pasir, kini tibalah ke acara yang dinanti-nantikan oleh sebahagian besar kaum bapa. Itulah dia acara memancing ikan di pesisir pantai Jeram. Cukup lama kami menunggu air laut pasang. Akhirnya pada kira-kira jam 4 petang, barulah nampak air laut semakin merapat ke pantai. Dan balingan umpan ke tengah sudah boleh dilakukan. Aku bawa bersamaku empat batang joran untuk pertandingan memancing ini. Dua untuk aku, satu untuk isteriku, dan satu lagi untuk Amier yang juga teringin nak mencuba nasibnya memancing di pantai. Tak ada undang-undang khusus cara macam mana nak mengikat perambut dan mata kail. Jadi aku menggunakan teknik mata rambai. Satu joran ada dua atau tiga mata kail bagi memastikan peluang ikan mengena lebih tinggi.

Ada beberapa kategori yang dipertandingkan pada musim kali ini:
1. Kategori ikan tercepat naik darat
2. Kategori ikan terbesar/berat
3. Kategori ikan terbanyak

Tak kiralah ikan spesis apa sekali pun. Bahkan kalau ikan duyung yang naik sekali pun akan dikira untuk pemarkahan.

Joran sudah disiapkan sejak awal pagi lagi.

Ini waktu aku memancing di awal pagi. Tiada hasil.

Kumpau di pagi hari.

Amier bersemangat nak memancing bersamaku.

Aku pasang joran dan membuat balingan. Kalau dapat ikan, Amier akan karau tali.

Menanti joran melengkung ditarik ikan di tengah panas.

Masih belum ada apa-apa tindak balas dari laut.

Joran-joran tersusun dengan kemas.

Siapalah yang sudi menjamah umpan yang disajikan.

Kebanyakan kami menggunakan umpan udang pasar. Ada udang besar, dan ada juga udang kecil. Di sini pantainya berselut. Kalau kat kawasan selut ni selalunya yang banyak ikan belukang a.k.a. ikan blues gang a.k.a. ikan sarjan misai. Ikan ini bukanlah dari jenis spesis yang digemari ramai kerana sifatnya yang suka makan macam-macam seperti sampah, bangkai, selut, kereta kebal dan kapal selam Rusia. Tapi di kawasan ini, kami diberi tahu ikannya lebih cermat dari segi diet mereka. Maknanya kalau nak buat lauk pun boleh saja. Takda hal.

Syauqi dan Abang Zahid menanti sambaran ikan di bawah teduhan atap pelepah kelapa.

Cuaca memang tengah panas terik pada waktu ini.

Faridz memancing ikan menggunakan kaedah membaling bola keranjang ke arah ikan yang timbul.

Geng-geng kumpau.

Aku mencangkukkan umpan udang pasar di mata kail, dan melontarkan umpan jauh ke tengah, sehingga hampir sampai ke pulau Sumatera. Belum pun sempat aku mengarau tali untuk menegangkannya, tiba-tiba joranku melendut, membengkok dengan sentapan kuat dari hujung tali. Aku lantas menyentap kuat, dan mula mengarau tali yang tersimpan dalam kekili. Dekat tiga hari jugak aku mengarau tali sebelum akhirnya aku terlihat kelibat ikan berenang menghala ke pantai diseret olehku. Kail tertancap kemas di bibir ikan. Bila kubawa dekat, ternyata ikan itu ialah ikan belukang. Besarnya boleh tahan juga. Mungkin hampir mencecah satu kilo. Aku menjerit kegembiraan bagaikan Tarzan the Ape Man. Juara kategori ikan terpantas didaratkan sudah pun sahih menjadi milikku. Aku perlu mencari ikan yang lebih besar dan dalam bilangan yang banyak agar aku dapat memenangi kategori-kategori yang lain juga.

Ikan pertama yang berjaya dinaikkan dalam pertandingan ini. Seekor belukang.

Gembiranya aku tidak terkata.

Bersama Amier yang sangat bersemangat.

Kalau dah pandai nanti bolehlah buat balingan sendiri.

Bersama Amier dan isteri tersayang.

Peserta-peserta lain nampak gayanya masih gagal menaikkan ikan. Ada joran yang ditarik ikan marlin seberat 50 kilogram, namun gagal didaratkan kerana tali perambut putus. Ada pula beberapa peserta yang umpannya dimakan ikan GT (giant trevally) namun gagal dinaikkan kerana mata kail patah. Seorang peserta berjaya menarik ikan kerapu bara 7 kilogram, tetapi gagal membawanya ke pantai kerana joran patah. Dan seorang peserta yang lain umpannya dibaham oleh hammer head shark seberat 100 kilogram, namun ikan itu berjaya menarik pemancing tersebut ke tengah laut. Ketika tempoh memancing hampir tamat, umpan yang terpasang di pancing Wawan telah diratah rakus oleh seekor ikan. Ikan itu berjaya didaratkan. Seekor ikan belukang jantan berskala lebih besar dari ikanku yang tadi telah berjaya dinaikkan. Oh, by the way, macam mana nak tahu ikan belukang jantan dengan betina? Jawapannya ialah, kalau ada misai itulah ikan jantan. Kalau tak ada misai, itulah ikan betina. Akhirnya juara kategori ikan terbesar jatuh kepada Wawan. Yang lain-lain aku pun dah tak ingat. Kami memancing sehingga maghrib, baru kami berhenti.

Bersambung...

Wawan menaikkan ikan belukang pada waktu senja.

Inilah ikan terbesar pada pertandingan kali ini.

Belukang pun belukanglah. Janji juara!!!

Syauqi masih belum dapat hasil.

Kami memancing sehingga matahari terbenam.

Dan buat posing romantik sikit. Hehe...


Family Day 2019 @ Jeram: Bergambar ramai-ramai di pantai

Bahagian 19

Permainan "Sambutlah Sayang" berakhir dengan kemenangan mutlak milik Abang Karim dan Kak Sabar. Aku dan isteri telah tersingkir pada pertengahan permainan lagi. Keputusan pengadil dan juri awam tidak sama sekali kami pertikaikan. Kehandalan melambung dan menangkap belon berisi air memang terserlah pada pasangan juara ini. Tahniah kami ucapkan.

Ini gambar Abang Karim setelah tamatnya permainan "Sambutlah Sayang".

Hafez sangat lega kerana segala acara yang diuruskan berjalan sangat lancar.

Mendepa dan mengangkat tangan tanda kemenangan mutlak.

Eh! Mana semua orang pergi? Hafez ditinggalkan sendirian.

Bermain baling belon air adik-beradik.

Kembali mendukung baby setelah tamat permainan.

Azira dan anak saudaranya - Natrah.

Berehat seketika mengambil oksigen secukup rasa.

Akid dan Wawan melepaskan penat.

Kami memutuskan untuk bergambar beramai-ramai sebelum matahari terbenam ke ufuk barat. Seluruh anggota keluarga kami kumpulkan. Isteriku menyusun dan mengatur formasi agar gambar yang diambil nanti kelihatan cantik dan jelas. Ianya memakan masa juga. Maklumlah, keluarga kami sangat besar. Tak kurang lima puluh orang. Itu pun ada yang tak dapat hadir.

Setelah barisan berjaya disusun rapi, aku meminta bantuan seorang abang yang kebetulan sedang berehat dengan keluarganya di wakaf tepi pantai. Abang itu tidak keberatan. Katanya dia sudah biasa mengambil gambar menggunakan kamera seperti yang kumiliki. Kami beraksi pelbagai gaya untuk difotokan. Selesai bergambar, aku mengucapkan terima kasih kepada abang itu. Sebelum beredar, abang itu sempat menyuruh aku meneka usianya. Tekaku, umur beliau kira-kira lewat lima puluhan. Katanya, tekaanku salah. Beliau sebenarnya berusia tujuh puluh tahun. Wow! Tapi nampak masih muda. Lalu abang tadi pun berceritalah pasal jamu atau ramuan tradisi yang beliau amalkan untuk kelihatan muda dan sihat seperti itu. Aku mendengar untuk mengambil hatinya. Memang aku kagum dengan susuk tubuhnya yang nampak fit dan tidak memboroi. 

Acara selanjutnya ialah acara yang sekian lama dinantikan oleh kaum bapa. Apakah itu? Tunggu...

Bersambung...

Isteriku menyusun anggota keluarga untuk bergambar.

Okay dah tersusun.

Cepat betul. Macam magik.

Jom bergambar beramai-ramai.

Aku tak mahu ketinggalan.

Masing-masing memberikan posing yang terbaik.

Tapi masih control hensem dan control ayu.

Sekarang barulah gaya bebas.