m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Thursday, February 7, 2019

Reunion Amier sebelum merantau

6 Januari 2019 - Sehari sebelum kami ke Raub menghantar Amier ke sekolah SEMESTA, Amier telah mengumpulkan beberapa orang teman karibnya untuk bertandang di rumah kami. Macam buat mini-reunion lah dengan kawan-kawan sekolah rendah. Yang hadir pada petang itu adalah Zafran, Danial, Umar dan Shazwan. Zafran datang awal, dan balik pun awal jugak. Yang lagi tiga sempat jugaklah makan pizza yang kami order. Tapi lepas tu Shazwan pula kena balik. Tinggallah Umar dan Danial. Mereka bercadang nak pergi berjogging di Taman Tasik Ampang Hilir. Jadi aku bawaklah mereka ke sana. Sabriena pun aku bawak sekali pasal dia sungguh-sungguh nak ikut abangnya.

Sabriena happy dapat main di taman.
Sesak dengan anak-anak kecil.
Tapi Sabriena tak kisah.
Sabriena terus bermain.
Bergayut di tiang yang macam spring.
Nak cuba melepaskan diri dari lingkaran besi ini.
Sabriena kelihatan agak gayat di sini.
Sabriena nak main bubble pulak.
Di taman, Amier, Umar dan Danial pergi berjogging mengikut track pejalan kaki. Sementara Sabriena aku ajak dia main mainan yang ada kat taman. Tapi Sabriena cepat bosan. Dia nak main bubbles pulak. Aku pun belilah air sabun dalam bekas besen kecil yang dijual RM 5.00 satu bekas. Sabriena pun mainlah sampai bosan jugak. Bila dia bosan, aku pulak yang sambung main. Sampai bosan. Walau pun dah bosan, aku tetap teruskan permainan bubbles sampai ke tahap bosan pada level master dan expert. Namun air sabun dalam bekas masih banyak lagi. Tak mampu aku nak habiskan. Last-last aku pulangkan ke penjual tadi, dan duduk di satu penjuru sambil menanti ketibaan Amier, Umar dan Danial. 

Lama jugak aku tunggu mereka habis jogging. Memang aku dah betul-betul bosan menunggu. Mereka tiba di tempat aku menunggu kira-kira jam 7.00 malam. Terus aku bawak mereka pulang, sebab janji dengan parents mereka, aku nak hantar balik jam 6.30 petang. Ini dah terlajak jauh dah ni. Takut marah dan risau pulak mak bapak budak-budak tu. 

Nampak gayanya Amier sangat berpuas hati dapat berjumpa dan bersama dengan teman-teman rapatnya sebelum berangkat ke Raub untuk memulakan hidup baru di sana. Semoga semua anak-anak ini terus berjaya dalam pembelajaran masing-masing di sekolah yang mereka pilih.

Membuat bubble yang sangat panjang.
Buat bubbles pendek pulak.
Sabriena seronok dapat main bubbles.
Inilah bubble yang terpanjang di dunia.
Mencecah dekat 3 kilometer panjangnya.
Sabriena nak buat bentuk gajah pakai bubbles pulak.
Tapi jadi bentuk monyet pulak.
Masih banyak lagi air sabun dalam besen.
Sabriena dah mula bosan. Bilalah nak habis ni?
Ada ikan mati dalam air.
Besar jugak ikan ni. Dipercayai ikan bandaraya.
Bergambar di luar sebelum balik.
Aku belanja aiskerim kon sorang satu.
Tiga orang kawan rapat.
Umar, Amier dan Danial.

Friday, February 1, 2019

Tenis TTC lawan Ambank: Menanti Fashli

Bahagian 7 (Akhir)

Beberapa game telah berlangsung dan keputusannya agak sekata. Tapi sekarang aku nak bercerita sedikit mengenai kerja fotografer amatur macam aku yang tak berapa handal main kamera. Kamera pun tak canggih mana, tapi cukuplah nak ambil gambar level kengkawan. Aku berdiri hampir dengan Fashli. Mengharapkan Fashli membuat interception bola, main volley, buat overhead smash atau paling tidak pun stretch badan to the limit untuk capai bola pakai reket. Lama aku tunggu untuk aksi dahsyat itu berlaku. Tapi setiap kali bola dipukul, perginya ke base line, jauh dari Fashli. Yang aku dapat hanyalah gambar Fashli membongkok dan bersedia, tapi tanpa aksi. Kalian lihatlah sendiri.

Penantianku bermula di sini.
Sepuluh minit kemudian.
Sejam kemudian.
Sehari kemudian.
Dua minggu kemudian.
Tiga bulan kemudian.
Bola terlepas dari capaian.
Menanti lagi dengan sabar.
Macam ada bola nak datang aje.
"Mari-mari-mari bola. Aku dah bersedia."
"Ya! Dia semakin dekat!"
"Alamak! Dah jauhlah pulak!"
Apa kan daya. Terpaksa menanti lagi.
Walaupun penantian itu amat menyeksakan. Hu hu hu...
Memang ada bola yang datang.
Tapi kesemuanya berlalu pergi menjauh.
Akhirnya Awee datang membantu.
Bersama mereka menanti bola datang.
Duo menanti di jaring.
Fashli dan Awee sedang shuffle sambil bermain tenis.
Lets call it a day.
Aku menanti sangat lama untuk Fashli bertindak agresif, ganas, buat stunt, terbang-terbang macam cerita kungfu, buat aksi somersault macam parkour. Tapi itu semua tak kunjung tiba. Akhirnya aku bosan dan terus duduk di bangku penonton menyaksikan perlawanan sambil menyokong Team TTC. Ok. Cukup cerita pasal aku dan fotografi.

Pada sesi ini aku dapat main tiga set. Puas hati aku, walaupun kesemuanya kalah. Hahaha... Ya! Semua kalah. Partner dengan Ashraf kalah 4-6. Partner dengan Lengchai kalah 2-6. Partner dengan Fashli kalah terus 0-6. Tapi aku tak kisah. Aku cuma nak main game aje. Jarang hujung minggu dapat  main game sampai 3 set. Tapi game yang aka main tu tak dikira official. Sebaliknya dikira sebagai friendly semata-mata. Mr President Ashraf declare keputusan muktamad adalah seri - Team TTC 4, Team Ambank 4. Seri 4-4. Yeah! Terima kasih kepada Team TTC kerana menjemput aku mewakili TTC. Terima kasih Team Ambank kerana mengajak kami berentap demi persahabatan. Ada kesempatan lain, kita berentap lagi.

T A M A T

Lengchai dan Ashraf menjadi juri profesional.
Line umpire sedang bertugas.
Peminat-peminat kacang Ngan Yin.
Abang Halim suami isteri terhibur dengan persembahan para pemain.
Agak kelakar bagaikan Maharaja Lawak Mega.
Tetapi ending-nya agak menyedihkanlah pulak.