m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Wednesday, May 9, 2018

PRU-14: Perang bendera

20 April 2018 - Kira-kira lebih dua minggu lalu, sebelum hari pembuangan undi, setelah pembubaran Parlimen, parti-parti politik yang bertanding mula berlumba-lumba memasang bendera dan banner dan iklan bagi memikat pemikiiran rakyat awam untuk memilih dan memangkah parti mereka pada hari pembuangan undi nanti.

Semakin hari semakin banyak bendera yang dipasang, dikibarkan. Ruang taman, ruang jalan, penuh dengan bendera yang berwarna-warni. Sehingga menutupi jalan. Selak bendera, baru nampak jalan. Kali ni di kawasan Ampang pertarungan empat penjuru untuk parlimen. BN lawan PH lawan PAS lawan PRM. Dan untuk DUN pulak, BN lawan PH lawan PAS lawan PRM lawan DIVA AA. Lima penjuru. Tak pernah aku mengundi sampai lima penjuru. Macam kompleks aje bunyinya. Tak kisahlah. Tepuk dada, tanya minda. Selamat mengundi!

Wau PAS di sebelah masjid Kg Melayu Ampang.
Bendera di bahagian jambatan.
Bendera di tiang telefon.
Jambatan Kg Melayu Ampang dikuasai bendera PH dan BN.

Saturday, May 5, 2018

Amier berhari jadi: IQ siapa paling cerdas?

Bahagian 4

Permainan game quiz masih lagi diteruskan. Dan soalan-soalan yang menduga minda terus-menerus dihambur dan diajukan kepada setiap anak-anak yang mengambil bahagian. Yang dapat menjawab berasa sangat lega dan berbangga. Yang gagal menjawab berasa cuak terkilan serta bagai terpinggir. Bukan tujuan kami untuk melambung atau menjatuhkan sesiapa, cuma sekadar berniat membuka minda anak-anak ini yang rata-rata menpunyai potensi besar yang masih belum dibongkar.

Faris berjaya menjawab soalan paling susah di dunia yang wujud pada alaf ini dan mendapat hadiah lumayan dari penganjur.
Giliran Arissa pula disoal siasat.
Arissa sedang mencuba menghafaz teks dalam buku Hikayat Hang Tuah cetakan tahun 1973.
Giliran Zhar. Berdiri dan menanti soalan diajukan.
Firdaus menanya Zhar, "Macam mana kau boleh jawab soalan yang susah tadi ya?" Jawab Zhar, "Piece of cake!"
Zharfan turut mendapat hadiah kerana mengajukan banyak soalan kepada juri.
Sabriena tidak terkecuali dari disoal. Tapi soalan yang diajukan adalah sepadan dengan usianya yang baru enam tahun. Kalau tak silap aku, soalan yang dikemukakan kepada Sabriena adalah seperti berikut:

"Mengapakah Presiden Madagascar suka makan roti canai yang dicicah dengan kuah kari kambing, dan berapa keping roti canaikah yang telah dimakan oleh Presiden Madagascar sepanjang tahun 2016?" Dan dengan selamba Sabriena dapat menjawab soalan ini dengan tepat sekali.

Akhirnya Sabriena juga turut disoal.
Soalannya, "What is your name?"
Tiba-tiba Asyraf berdiri tegak sejurus mendengar lagu Negaraku dialunkan di dalam radio.
Penuh bersemangat patriotik.
Setelah selesai lagu Negaraku dikumandangkan, Asyraf bagai tertanya-tanya, mengapa tiada soalan diajukan kepadanya.
Bersiap sedia untuk menjawab soalan yang super susah dalam pusingan Finale.
Geng budak perempuan di satu sudut.
Dalam pada ramai yang dapat menjawab soalan dengan cemerlang, ada juga segelintir yang berasa ragu-ragu untuk menjawab soalan yang sangat-sangat tricky sifatnya. Namun setiap percubaan dalam menjawab, serta menampilkan keberanian untuk mencuba kami raikan dengan penuh kesungguhan. Sekali lagi dihulurkan kalungan tahniah kepada semua.

Bersambung...

Umar menyentuh dagunya yang sudah mula ditumbuhi janggut.
Danial pula yang berdiri tegak bila mendengar sebuah lagu didendangkan.
Eh! Silap. Itu bukan lagu Negaraku. Itu lagu kebangsaan Nepal! Baik aku duduk.
Danial berasa geli hati kerana tersalah dengar lagu.
Ismahani menunjukkan bakatnya dengan menyanyikan lagu kebangsaan negara Kazakshtan.
Kak Timah memberikan soalan kepada anak jiranku, Hakimi.

Tuesday, May 1, 2018

TTC Friendly: Pertarungan sengit

Bahagian 3 (Akhir)

Setakat ini, pertarungan Team TTC dan Team GSD berlangsung dengan sangat sengit. Beberapa keputusan awal telahpun kita tahu kesudahannya. Kini semua mata menumpu ke arah Court B yang menyaksikan perebutan takhta di antara Ikrami + Safa dan Akemal + Abam Macho. Aku tak dapat merumuskan siapa yang sedang di depan dan siapa yang terkebelakang. Atau siapa sedang mengejar siapa. Cuma pada pandangan aku, pada pemerhatian sekilas lalu, nampak gayanya Ikrami bermain dengan sangat baik. Mungkin jugak berkesudahan dengan seri kot?

Apa-apa pun, jom kita saksikan teknik bermain di jaring dan membuat pukulan volley dari pakar volley yang diiktiraf antarabangsa - Mr Safa:

Safa sedang menjaga net ketika Ikrami membuat servis maut.
Safa berada dalam mode bersedia.
Safa perlu memastikan bola dari pihak lawan tidak akan melepasi jaring.
So far, Safa telah berjaya menghalang bola dari pihak lawan mencerobohi gelanggang sebelah Team TTC.
Bagaikan anggota perajurit mengawal sempadan negara.
Tapi semakin lama semakin bosanlah pulak pasal tak dapat nak pukul bola.
Asyik Ikrami aje yang pukul bola, mana aci.
Lalu Safa bertekad akan memukul bola walau di mana ia berada.
"Marilah bola. Aku dah bersedia!"
Okay. Nampak macam ada bola nak datang.
Tinggilah pulak bola tu.
Sampai nak cecah kapalterbang.
Safa lantas memanjangkan badannya bak Fantastic 4 bagi mencapai bola yang tinggi.
Dan memukulnya dengan tepat. Piang!!
Oh tidak! Rupanya itu hanyalah gimik dari pihak lawan sahaja.
Safa membetulkan aksi dan memukul bola yang sebenarnya tidak tinggi. Watcha!!!
Sebelum beredar, aku sempat mengambil gambar para peserta dan pemain-pemain handalan dari segenap pelusuk dunia yang telah membanjiri stadium tenis pada kali ini. Walaupun tiket dijual mahal (kira-kira RM450 satu kepala), namun penonton dan penggiat-penggiat tenis tetap sanggup menghadirkan diri demi kesatuan ini. Pemain-pemain antarabangsa seperti Federer, Nadal, Djokovic, Zverev, Thiem, Murray, Serena, Cilic, Del Potro dan Muruguza terpaksa pulang awal sebab ada kenduri kat kampung masing-masing. Dianggarkan dekat lapan ribu orang yang datang membanjiri stadium.

Antara pemain-pemain handalan dunia ranking 15 ke bawah.
Memberikan senyuman kepuasan kerana dapat menyaksikan aksi yang luar biasa dan hebat.
Memberikan sokongan padu kepada team masing-masing.
Sudut Team TTC. Turut kelihatan pakar dan konsultan drop shot - Adrian.
Tuan Presiden berjanji akan memberikan bonus dan cuti peristiwa sekiranya Team TTC memenangi perlawanan ini.
Tuan Presiden konfiden dengan kejayaan yang bakal dikecapi.
Anakku Syahmie sedang menonton sambil belajar teknik-teknik permainan tahap international.
Awie senang hati sebab dah selesai bertarung.
Pengantin baru - Eman dan isteri.
Pengasas TTC - Faizal.
Pertarungan akhir yang sempat aku saksikan ialah pertarungan di antara Mahadi dan Azril yang mewakili Team TTC menentang Coach Youhardy dan Abam Ohsem yang mewakili Team GSD. Aku cuma sempat tengok sekejap aje. Nampak gayanya sangat sengit pertarungan ini. Dan tak mungkin dapat diramal siapakah pemenangnya. Aku tak sanggup menyaksikan pertarungan yang sangat mendebarkan ini. Rasa macam nak tercabut jantungku jika lebih lama aku berada di situ. Lalu aku mengajak anak aku, Syahmie untuk pulang. Dan kepada yang masih bertarung, selamat berjuang. Selamat bersukan. Dan selamat bertenis untuk negara!!!

T A M A T

Mahadi sedang memastikan jaring dipasang tegang.
Mahadi berpasangan dengan Azril.
Mahadi-Azril (TTC) menentang Coach Youhardy-Abam Ohsem (GSD).
Bersenyum-senyum dahulu, bermasam-masam kemudian.