m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, February 19, 2018

Neuformation di Avillion PD: Birthday & group photos

Bahagian 7

Para hadirin dan hadirat sangat berpuas hati setelah menerima hadiah yang lumayan dari pihak penaja. Mereka yang tidak mendapat hadiah turut tumpang gembira dengan imbuhan yang diterima oleh teman-teman seperjuangan.

Kini majlis ke acara yang seterusnya - sambutan hari jadi bagi mereka yang dilahirkan pada bulan Disember. Aku tak berapa pasti siapa yang menyambutnya. Tapi antara lain termasuklah anak kembar Ar Jalid, anak lelaki Akmal, anak perempuan Azrin, isteriku (yang diwakilkan oleh Sabriena), dan ada lagi beberapa orang lain rasanya. Kek hari jadinya pula sangatlah istimewa - ilham dari teman-teman ofis, menggunakan karikatur yang kubuat suatu ketika dulu sebagai hiasan. Lagu Happy Birthday dinyanyikan beramai-ramai dan kek pun dipotong dadu untuk diagih-agihkan bukan sahaja kepada staf Neuformation dan ahli keluarga, tetapi juga untuk seluruh para tetamu yang hadir di Avillion Admiral Cove pada malam itu.

Inilah kek hari jadi istimewa pada malam itu.
Patung karaktor Adika sedang buat over time.
Awie dan Awal setelah kenyang makan.
Akmal dan Afiq dengan anak masing-masing.
Puan Amna sedang mengira budget untuk Family Day tahun depan pulak. Dengar ceritanya nak ke Hawaii.
Ar Jalid turut membuat pengiraannya sendiri.
Zu dan Adika sedang membuat pakatan rahsia.
Salam menceritakan detik-detik cemas ketika beliau dikejar ikan jerung di pantai Marang.
Shafiq dan Salam. Lepas ni nak pergi memancing ke?
Antara ahli keluarga yang hadir.
Muhaimin dan baby girl-nya.
Keluarga Azrin - dah tak larat nak makan lagi.
Anak-anak berkumpul untuk acara memotong kek hari jadi.
Tak sabar-sabar nak potong dan makan kek gamaknya.
Sedapnya kek kartun ni.
Sedang mengagumi reka bentuk kek hari jadi.
Jom kita potong kek.
Potong kek beramai-ramai.
"Kita potong kek ni sampai lumat," kata Ar Jalid.
Masih memotong kek.
Ada tangan nak ambil patung Adika.
Akmal geram aje nengok Adika kecik tu. Rasa macam nak gigit-gigit aje.
Giliran Sabriena pulak untuk memotong kek.
Nak potong lagi.
Okay, kek telah pun dipotong.

Acara terakhir pada malam itu sudah pastilah acara bergambar beramai-ramai sebagai kenangan. Mula-mula gambar staf Neuformation aje. Lepas tu gambar staf Neuformation dengan ahli keluarga. Lepas tu gambar staf Neuformation dan ahli keluarga dan staf hotel. Lepas tu staf Neuformation dan ahli keluarga dan staf hotel dan seluruh tetamu hotel. Lepas tu tambah lagi dengan warga PD, warga Negeri Sembilan, dan warga Malaysia sampai dah tak muat dewan tempat kami makan tu untuk menempatkan seluruh warga negara Malaysia untuk acara bergambar.

Selepas bergambar, aku dan famili terus balik ke bilik untuk istirahat. Ada sebahagian teman yang lain masih lepak-lepak kat dewan makan mencuba sedaya upaya untuk menghabiskan segala juadah yang masih banyak tersisa di atas meja. Ada juga yang keluar dari pekarangan hotel untuk lepak di luar. Dan tak kurang juga ada yang mencari tempat untuk memancing ikan segar di laut Port Dickson. Sebelum tidur, aku dan anak-anak sempat jugak menyanyi-nyanyi sambil bermain gitar di dalam bilik.

Bersambung...

Dah selesai mengacara, barulah Shamyl berasa lapar.
Shafiq, Salam dan Adika.
Adika kata makanan kat situ memang best.
Menyusun tempat duduk untuk sessi bergambar pulak.
"Yang hensem duduk depan. Yang kurang hensem duduk belakang sikit", kata Ar Jalid.
Beginilah posing-nya.
Satu lagi posing, walaupun tak cukup korum.
Free style yang tak berapa free.
Neuformation staff plus family members.
Semakin meriah.
Aku pulak masuk dalam frame.
Pinggan bersepah pun masuk frame jugak.
Free style.
More free style.
Shafiq jadi focal point.
Suasana semakin meriah.
Penutup dengan satu lompatan setinggi 300 meter dari Salam.

Tuesday, February 13, 2018

Neuformation di Avillion PD: Menang hadiah berjuta!

Bahagian 6

Semua mata melihat ke arah perut masing-masing. Buncit. Kembung. Besar sedikit dari biasa. Maknanya sekelian hadirin dan hadirat telah cukup makan. Kenyang membalun segala juadah yang terhidang di atas meja. Juadah makan malam pada malam itu memang sangat memuaskan hati. Tidak ada komplen dari walau seorang pun.

Seterusnya adalah acara penyampaian hadiah bagi para pemenang acara Team Building yang telah diadakan pada sebelah petang tadi. Bermula dengan hadiah di tempat ketiga. Ar Jalid menyampaikan hadiah untuk Team All Black. Seluruh dewan bergema dengan sorak sorai para penyokong The All Black. Para pemain tersohor seperti Ritchie McCaw, Jonah Lomu dan Dan Carter turut hadir memberikan sokongan padu. Kemudian hadiah disampaikan pula kepada pemenang di tempat kedua. Team You Never Walk Alone tampil ke hadapan mengambil trofi yang sangat berprestij. Diiringi dengan sorakan yang lebih gemuruh dari peminat-peminat tegar yang diterbangkan khas dari Anfield. Turut kelihatan hadir di majlis ini adalah Danny Ings, Mohamad Salah, Sadio Mane, Emre Can dan Joe Gomez. Dan di suatu sudut terpencil, kelihatan juga bekas kaptennya, Steven Gerrard sedang bertepuk tangan sambil tersenyum kebanggaan.

Akhirnya, hadiah disampaikan pula kepada Team Warriors. Kali ni tepukan bagai tidak begitu kedengaran. Sebab scope Team Warriors ini tidak begitu jelas. Adakah ianya The Red Warriors, atau lain-lain jenis Warriors yang dimaksudkan. Namun demikian Pok Ya Cong Codei nampak gayanya tetap hadir memberikan sokongan. Beliau yang kebetulan ada di PD kerana tugasan mencari seseorang yang hilang telah singgah sebentar bagi memeriahkan majlis. Begitulah suasana penyampaian hadiah yang sangat bersejarah itu.

Team All Black gembira dengan hadiah yang dimenangi mereka.
Trofi kemenangan diperagakan.
Afiq mendapat hadiah pekerja paling cemerlang tahun 2017.
Team You Never Walk Alone merangkul hadiah di tempat kedua.
Berkat kerjasama bersepadu.
Membuahkan kemenangan yang tak dijangka.
Ar Firdaus memberikan hadiah khas juri kepada Puan Amna.
Team Warriors menjuarai kategori lari dalam guni berkelompok.
Setelah sessi penyampaian hadiah, pengacara Shamyl menjemput Pn Amna untuk tampil ke hadapan bagi memberikan sepatah dua kata. Dan kata-kata semangat yang ringkas pun diberikanlah oleh Puan Big Boss. Belum pun sempat kami pasang teinga untuk mendengar ucapannya, tau-tau dah habis. Dan para hadirin dan hadirat pun bertepuk tanganlah sekuat hati.

Acara selanjutnya yang ditunggu-tunggu adalah acara cabutan nombor bertuah. Ayu sebagai pembawa nama-nama staf telah pergi ke meja Azrin. Azrin sebagai yang ter-senior di antara kami telah mencabut satu nama dari kotak rahsia. Nama yang pertama yang bertuah milik Tuan Salam. Salam telah berjaya memenangi tempat kesepuluh dengan hadiahnya berupa sebauh drone yang mampu dikawal dari jarak sejauh 350 km. Tahniah kepada Tuan Salam.

Sedang berbicara tentang something.
Ayu membawa sekotak nama peserta untuik dicabut oleh Azrin.
"Alamak! Tak kena pulak nama aku!"
Salam memberi hadiah kepada Azrin.
Kemudian giliran aku pulak untuk mencabut satu nama bertuah. Kali ini keluar pula nama Farah. Farah juga mendapat hadiah istimewa sebuah drone yang mampu menyelam di lautan Pasifik dan Bermuda Triangle. Tahniah Farah. Tiba giliran Akmal mencabut satu nama. Pemenangnya kali ini adalah Afiq. Hadiah Afiq diambil oleh isterinya, dan ia berupa sebuah voucher penginapan percuma di Artik dan Antartika selama 7 hari 7 malam, sambil melihat penguin dan beruang polar. Tahniah Afiq. Yang selanjutnya mencabut nama adalah Ar Firdaus. Tapi entah kenapa, Ar Firdaus tidak mencabut sendiri nama-nama yang ada dalam bekas. Dia menyuruh anaknya melaksanakan tugas yang amat berat itu. Kami semua memang tak tahu apakah alasan di sebalik perbuatan itu. Namun kami tidak pula mempersoalkannya. Dan pemenang yang seterusnya adalah Ayu. Ayu pula memenangi voucher penginapan percuma di Banjaran Himalaya. Berpeluang bergambar bersama Yeti dan melihat pemandangan dunia dari ketinggian 7,300 meter.

Farah dengan hadiah cabutan bertuah.
Akmal mencuba untuk mencabut nama sendiri.
Memberikan sekeping cek bernilai RM 30,000 kepada pemenang bertuah.
Cabutan nama bertuah oleh si cilik.
Ayu bagi hadiah kepada Ar Firdaus.
Pengacara Shamyl kemudian pergi ke arah Tuan Direktor Ar Jalid untuk membuat cabutan bertuah. Antara nama-nama yang terpilih untuk memenangi hadiah termasuklah Awie, Adika, Hafeez dan Shamyl. Masing-masing mendapat hadiah berupa voucher makan malam percuma di Hotel Etosha Village, Namibia. All you can eat buffet. Semua pemenang nampak gayanya sangat gembira dan teruja. Dan masing-masing telah berazam untuk tidak tidur malam nanti bagi mengenang saat-saat kemenangan bersama teman-teman.

Ar Jalid bagi tiket saman kepada Shamyl.
Awie telah sign contract untuk bekerja dengan Ar Jalid seumur hidup.
Ar Jalid pilih nama lagi.
Adika telah sign contract untuk jadi anak angkat kepada Ar Jalid.
Forever together!
Pemilihan nama diteruskan lagi.
Hafeez gembira mendapat cek bernilai RM 50,000 dari Big Boss.
Cek Hafeez telah ditarik balik dan diberikan pula kepada Shamyl. Shamyl pun happy lah.
Cabuan nama bertuah diteruskan lagi dengan menjemput Puan Amna untuk melaksanakan tugasan ini. Beberapa nama telah naik. Dan Ar Firdaus adalah salah seorang dari mereka. Ar Firdaus yang memenangi hadiah berupa sebuah jet peribadi memang tidak terduga dan menyangka akan menerima nasib bertuah seperti ini. Ar Firdaus siap buat ucapan kemenangan walau tanpa disuruh berbuat demikian. Dan kini tibalah ke kemuncaknya apabila Puan Amna perlu mencabut satu lagi nama untuk hadiah utama - juara. Cukup lama nama-nama pada kertas kecil yang berlipat di kocak oleh Puan Amna. Pemilihan perlu dibuat dengan sangat teliti. Perlu adil dan tidak ada pilih kasih. Setelah hampir lima jam mengocak kertas, akhirnya satu nama telah dipilih. Dan apabila kertas dibuka, terjawablah segala teka-teki yang bermain di fikiran masing-masing. Pemenang hadiah utama merupakan Farhana. Farhana yang sangat tidak menyangka akan memenangi hadiah bertuah ini telah tampil ke hadapan dan mengambil hadiah dengan penuh keterujaan. Sampai saat ini kami satu ofis masih tak tahu apakah hadiah misteri yang telah dimenangi pada malam itu.

Rahsia di sebalik kejadian: Adalah suatu misteri dan fenomena, kami para Head of Department (HOD) yang telah ditugaskan untuk mencabut nama telah tidak terpilih untuk mendapat apa-apa hadiah. Lihat sajalah pada Akmal, Azrin, dan aku sendiri. Bila Ar Firdaus menyedari akan hakikat ini, beliau telah menyuruh anaknya mencabut nama. Sebab itulah dia masih boleh menerima hadiah cabutan bertuah. Dan kami para HOD yang lain hanya sekadar melopong dan berpuas hati dengan hadiah yang telah dimenangi oleh orang lain.

Bersambung...

Puan Amna pulak yang cabut undi.
Ar FIrdaus dapat cek bernilai RM5.00 sepuluh sen.
Ayu menyuruh Puan Amna untuk terus mencabut nama.
Dan pemenang hadiah utama adalah...
Shamyl mengumumkan pemenang ultimate pada malam itu.
Jatuh kepada Farhana!!!