m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Thursday, March 9, 2017

Koas + Anis: Suamiku Abang Koas

Bahagian 3

Setelah menanti lama suasana muqaddimah nikah yang agak panjang, kini tibalah saat yang dinanti-nantikan oleh semua. Oleh Koas dan seluruh tetamu di sekelilingnya. Saat untuk diijab qabul. Juru nikah menyerahkan kuasa kepada Ustaz selaku ayah kepada Anis untuk menikahkan sendiri anaknya dengan Koas. Koas tahu detik 'bujang'-nya hanya tinggal bebarapa saat saja lagi. Selepas ini dia akan bergelar suami orang. Tanggungjawab semakin besar. Diri perlu diperkasakan. Luar dan dalam. Zahir dan batin. Untuk dunia dan akhirat. Koas membatukan diri seketika. Mengumpul kuasa dalamannya. Bagaikan Naruto Shippuden. Koas perlu siaga sebelum menerima nikah Anis.

"Mari kita bergabung tangan seketika," kata juru nikah.
"Mari kita laungkan bersama, All for one, And one for all!!!"
Ustaz memegang tangan Koas yang dingin bak embun pagi.
Memastikan genggaman cukup erat.
Ustaz mencapai tangan Koas. Erat genggamannya. Tangan Koas sesejuk embun. Mungkin gemuruh. Mungkin juga teruja. Hanya Tuhan yang tahu. Koas sedikit menggigil. Begitu juga Ustaz. "Kita buat cubaan dulu sebelum lafaz yang betul," cadang juru nikah. Ustaz setuju. Koas juga setuju. "Cobaan satu dua tiga. Cobaan satu dua tiga," tiba-tiba Koas bersuara. Semua menoleh ke arah Koas. Menyedari semua mata sedang menghala ke arahnya, Koas lalu berkata, "Nak test suaralah ni. Nak pastikan suara jantan saya terkeluar masa terima nikah nanti". Para hadirin mengangguk sedikit tanda faham. Sejurus setelah itu, Ustaz pun memulakan bicaranya, dan Koas pun menerima nikah Anis dengan mas kahwin yang telah dipersetujui. Sekali lafaz sahaja, dan kini Koas dan Anis telah pun sah bergelar suami isteri.

Koas menerima nikah Anis.
Juru nikah membaca doa sejurus Koas dan Anis sah bergelar suami dan isteri.
Bersungguh-sungguh juru nikah membaca doa.
Koas juga sangat khusyuk mengaminkan doa.
Seluruh hadirin berdoa bersama-sama.
Juru nikah lantas menadah tangan berdoa untuk kedua pasangan mempelai ini. Sekelian yang hadir turut berbuat yang sama. Mengaminkan doa yang dibaca juru nikah. Agar kedua pasangan ini hidup dalam penuh keberkatan, penuh rahmat dan redha Allah sepanjang kehidupan di dunia sehinggalah ke Jannah. Amin, ya rabbal alamin.

Bersambung...

Anis turut berdoa sama.
Amin, Ya Rabbal Alamin.
Selesai berdoa.
Acara selanjutnya dikendalikan oleh juru nkah.
Koas membaca surat tunjuk sebab.
Menghayati dan cuba memahaminya.
"Oooooohhhh.... ini kontrak rakaman suara nasyid kat dalam radio".
Koas menelitinya.
Koas setuju. Lantas menandatangani kontrak itu.
Maka sahlah Koas menjadi artis rakaman Syarikat Al-Padang Pasiruuun yang dikelolakan oleh juru nikah.
Koas berasa sangat lega.
Begitu jugak Uslaz.

Monday, March 6, 2017

Koas + Anis: Berdebar-debar menanti saat ijab & qabul

Bahagian 2

Setelah seluruh ahli rombongan keluarga tiba di pekarangan rumah Ustaz, kami dijemput masuk oleh pihak tuan rumah. Tanpa membuang walau sedikit masa pun, kami melangkah ke dalam. Terus duduk di atas lantai ruang tamu. Ustaz dan seluruh keluarga beliau, serta juru nikah telah lama berada di sana. Mereka lega kami akhirnya tiba juga. Walaupun sedikit terlewat. Kami disapa dengan baik. Dengan senyuman manis yang terukir pada setiap wajah ahli keluarga.

Sepantas kilat Koas duduk bersila di hadapan juru nikah dan Ustaz.
Masing-masing menantikan loceng berbunyi sebelum memulai acara pernikahan.
Koas cuba mengukir senyuman agar dapat menyembunyikan perasaan gementarnya.
Barang-barang hantaran yang disediakan.
Koas terus duduk bersila di hadapan juru nikah. Duduknya santun. Pergerakannya dikawal agar tidak kelihatan kasar. Ini adalah hari besar buat Koas. Hari yang sangat bersejarah. Koas perlu kelihatan seperti lelaki Melayu terakhir. Dan ahli keluarga nampaknya memang memberikan sokongan yang penuh kepada Koas. "You can do it bro!" bisik sepupu-sepupu lelaki ke pendenganran Koas. Koas semakin bersemangat.

Juru nikah tak sabar-sabar nak menikahkan Koas.
Juru nikah menanyakan beberapa soalan kepada Koas sebelum memulakan acara. Antara soalannya adalah siapakah Menteri Kewangan Uganda?
Ayah pengantin gembira akhirnya anak sulungnya bertemu jodoh.
Koas sedang memikirkan jawapan kepada soalan yang diajukan oleh juru nikah.
Seingat Koas apa yang pernah dipelajarinya ketika di sekolah rendah dulu, Menteri Kewangan Uganda ialah Kasaija Matia.
Jawapan Koas tepat. Juru nikah memberikan satu markah kepada Koas.
Tetapi para tetamu bagaikan tak ada emosi.
Para tetamu masih tidak faham macam mana Koas boleh menjawab soalan yang sangat susah itu.
Seperti biasa, ijab dan qabul tidak akan berlaku sehinggalah juru nikah selesai membacakan teks ucapan kata alu-aluan, khutbah nikah, kata-kata nasihat, kisah-kisah Nabi, cerita-cerita Hikayat lama-Hikayat Hang Tuah, pembentangan badjet 2016 dan macam-macam teks lagi yang perlu dibacakan oleh juru nikah. Setelah menanti agak lama, tak kurang dari empat jam setengah, barulah juru nikah bersedia untuk memulakan acara akad nikah. Ustaz akan menikahkan sendiri anaknya dengan Koas. Juru nikah dah pass batton kat Ustaz. Lepas ini ustaz akan take over.

Anis bangga sebab bakal suaminya dapat menjawab soalan yang berprestij itu.
Abang Zai dan Allahyarham Abang Hj Khalid mendokan yang terbaik buat Koas dan Anis.
Kois dan sepupu-sepupu Koas sedang berbincang tentang apakah soalan juru nikah yang selanjutnya.
Di satu sudut yang lain, ibu dan ibu-ibu saudara duduk memerhatikan perjalanan majlis.
Ayah pengantin tetap tenang.
Kelihatan semakin berdebar-debar Koas. Jantungnya berdegup pantas, seperti genderang mahu perang. (Macam pernah dengar aje ayat ni). Gegaran jantung Koas semakin memuncak. Seluruh ruang tamu turut bergegar seketika, bagai dilanda gempa bumi berskala kecil. Lidah Koas ligat berzikir. Jiwanya semakin tenteram. Dan semakin bersedia untuk menyambut tangan bakal ayah mentuanya. Dan bersedia untuk melafazkan ucapan keramat yang bakal menyatukan ikatan dengan insan yang bakal bergelar isteri - Anis. Dan seluruh tetamu turut menanti saat itu tiba. Beberapa saat saja lagi.

Bersambung...

Juru nikah sedang bersedia untuk mengajukan soalan yang kedua kepada Koas.
"Soalan Geografi. Namakan kesemua ibu negara di dunia ini".
"Alamak! Senangnya soalan ni", bisik Amier kepada dirinya sendiri.
"Habislah kau kali ni Koas. Aku pun tak tau jawapannya", kata Wawan kepada sepupunya.
"Aiseyyy maan. Apasal lah pulak dia bagi soalan yang susah macam ni".
"Oleh kerana awak tak dapat jawab, kita kira serilah. Awak satu point, dan saya pun satu point jugak", kata juru nikah.

Friday, March 3, 2017

Koas + Anis: Rombongan besar datang menghadap

Bahagian 1

Memohon sekelian pembaca yang budiman menghadiahkan bacaan Ummul Kitab Al Fatihah buat Allahyarham Hj Khalid Bin Hj Atan yang telah pulang ke Rahmatullah pada penghujung tahun lepas. Serta mendoakan agar roh beliau sentiasa dirahmati dan diredhai Allah hendaknya. Al Fatihah.

* * * * * * * * *

4 Jun 2016 - Setelah kira-kira 2 bulan Koas dan Anis bertunang, kini tibalah masanya untuk mereka diijabqabulkan. Barisan rombongan ahli keluarga dari pihak Koas berderet-deret tersusun menghala ke rumah Ustaz (yakni ayahanda kepada Anis). Bersusun-susun kenderaan dari bermacam jenis - kereta, van, bas, kapalterbang dan keretapi. Tidak ketinggalan kapal selam jugak. Semuanya ahli keluarga yang datang untuk meraikan ikatan Koas dan Anis. Tak siapa yang mahu terlepas saat ini. Semua ingin menjadi saksi keajaiban majlis pernikahan ini. Semua ahli keluarga berkumpul di satu penjuru berhampiran dengan rumah Ustaz. Dan secara tak semena-mena, dengan suara yang garau dan lantang, Koas menjerit, "Kita serbuuuuuuu!!!!!" Dan menerpalah seluruh ahli keluarga dari pelbagai lapisan usia berlari, bergegas ke arah rumah Uslaz tanpa menoleh ke belakang lagi!

Baru sampai di kawasan kejiranan rumah Ustaz.
Koas memastikan semua ahli keluarga sudah tiba.
Sebahagian barang hantaran yang dibawa.
Menyusun batalion rombongan ahli keluarga sebelum masuk ke rumah Ustaz.
Koas nampak sangat segak.
Barang hantaran dibawa oleh sepupu-sepapat.
Seluruh ahli keluargaku turut hadir meraikan.
Memastikan barisan tersusun rapi.
Hafez sempat ber-selfie-wefie.
Barang-barang hantaran yang berhias sangat molek diletakkan di atas meja. Bersusun kemas bagaikan hantaran yang diminta oleh Puteri Gunung Ledang dari Sultan Melaka. Gah dan terserlah. Kami masih belum mahu masuk ke dalam. Menanti sebuah lagi kenderaan ahli keluarga yang telah tersasar entah di mana. Koas perlu menyusun kembali anggota batalion ahli keluarga untuk membuat rempuhan kali kedua. Kali ini sudah pasti lagi keras, lagi memaksa, lagi dinamik tingkah dan sifatnya. 

Setelah ahli keluarga yang dinanti tiba, Koas berteriak lagi. Bak halilintar membelah bumi, "Maraaaaa.... serbuuuuu.....!!!!" Dan kami yang mengikut arahan bergegas-gegas masuk ke dalam. Berpusu-pusu. Berbondong-bondong. Koas sebenarnya sudah tak sabar-sabar untuk masuk ke dalam. Namun raut wajahnya tetap kelihatan tenang.

Bersambung...

Syafiq sebagai kapten sekolah sedang memastikan bilangan dulang hantaran cukup bilangannya.
Syafiq puas hati. Laporan telah dibuat kepada cikgu seklolah.
Elin tak ketinggalan meraikan perkahwinan sepupunya.
Kumpulan nasyid "The New Way Boyz" yang baru ditubuhkan sebentar saja tadi.
Menanti arahan dari Koas untuk masuk ke dalam rumah.
Amier turut menanti.
Adik-adik Koas -  Suraya, Syura dan Intan berasa sangat teruja.
Sempat memberikan mesej resipi masak rendang kerbau sementara menanti.
Ali turut membawa barang hantaran.
Mak Uda melayan cucu saudaranya. "Eleh eleh eleh... comelnya..."
Saleh sedang berfikir macam mana caranya untuk dapat masuk ke dalam rumah dengan lebih cepat.
Syahmie ditugaskan menjaga adiknya, Sabriena.
Alahai...comelnya budak ini. Anak siapa ya? He he he...
Ibu pengantin, Kak Esah menanti dengan resah.
Ayah pengantin, Abang Azman tetap maintain cool.
Okay, masa dah time. Jom jemput ke dalam!