m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, January 3, 2017

4 Syawal 2016 - Di rumah Makcik Mini: Mohon maaf dan jom balik

Bahagian 2 (Akhir)

Setelah kami puas makan-makan di rumah Makcik Mini, kami pun buatlah acara bebas. Acara bebas yang kami lakukan termasuklah membebaskan merpati dari sangkar, berenang di parit gaya bebas, pergi berjuang membebaskan Palestin, dan macam-macam bebas lagi. Nak cerita pun payah. Nengok ajelah gambar-gambar ni.

Wartawan bebas sedang mencari ilham untuk berkarya.
Sabriena sedang berbaring bebas di atas sofa sambil minum susu.
Hisham meluahkan rasa terharunya terhadap pencapaian Mohd Faiz Subri yang tercalon menerima anugerah FIFA Puskas Award 2016.
Tiba-tiba Amier mendapat ilham untuk menulis mengenai sejarah keturunan Toiman.
Sabriena berasa sangat kelakar kerana ada orang buat lawak super mega.
Dua adik-beradik dalam sessi aktiviti bebas mereka.
Amier mendapat ilham untuk menulis sisi kelakar tentang keluarga Toiman. Sabriena turut merasai kelucuannya.
Bergambar saudara-mara.
Gandingan nenek, makcik, sepupu ipar, dan biras.
Masih lagi gandingan yang sama.
Makcik Mini (duduk kiri) bergambar dengan ibuku.
Masih lagi dengan kombinasi yang sama.
Wanie, Yana dan Shieldtox.
Korum semakin penuh.
Gambar macam ni boleh diambil masa hari raya aje.
Sebagai seorang mantan Guru Besar, Makcik Mini sedang mengajar cucu saudaranya tentang kewartawanan.
Terserlah dedikasi seorang guru.
Adikku memohon ampun dari Makcik Mini.
Sebelum bersurai, kami bergambar beramai-ramai, bersalam-salaman, bermaaf-maafan di Hari Raya yang mulia. Terima kasih kepada keluarga Makcik Mini kerana telah melayan kami dengan sangat baik dan luar biasa sekali. Selamat hari raya dan semoga kita dapat berkumpul ramai-ramai macam ni lagi pada masa-masa yang akan datang.

TAMMAT.

Kami ke Masjid Kg Assam Jawa untuk solat zuhur.
Masjid ini telah diberi wajah baru.
Di bahagian pagar hadapan masjid.
Menapak pulang ke rumah Makcik Mini.
Berjalan bersama di sebelah jalan besar yang sibuk.
Pandu cermat jiwa selamat.
Rumah Makcik Mini dari jauh.
Perhatikan sebegitu banyak kereta yang berkunjung ke rumah Makcik Mini.
Selepas ini kami akan bersurai.

4 Syawal 2016 - Di rumah Makcik Mini: Datang makan

Bahagian 1


9 Julai 2016 - Okay. Nampak gayanya kita kena gostan ke masa silam kejap. Kena pergi ke musim raya kira-kira enam bulan lalu. Kisah raya puasa masih belum selesai. Maka aku akan sambung berkisah tentang sambutan raya kami pada Syawal hari yang ke-4. 

Kami ke Kuala Selangor. Kami ziarah pakcik-pakcik dan makcik kami yang masih tinggal di sini. Salah seorang makcik yang kami pergi ke rumahnya adalah Makcik Mini - salah seorang adik perempuan ibuku. Biasanya kami akan atur perjalanan kami supaya berada di rumah Makcik Mini pada waktu makan tengah hari. Menu biasa adalah daging masak lemak cili api dengan ikan tenggiri jeruk goreng. Menu yang menjadi idaman semua tetamu. Khususnya keluarga kami.

Syahmie dan isteriku sedang makan dengan penuh berselera.
Wanie dan Amier jugak suka makan lemak cili api.
Amier nak tambah lagi, walaupun masakannya agak pedas.
Dah selesai makan. Barulah happy.
Amier dan Wanie sedang menghabiskan nasi di pinggan masing-masing.
Sampai-sampai aje rumah Makcik Mini, kami terus ke dapur. Terus makan. Berlaukkan menu pilihan. Makcik Mini memang masak banyak. Memang dah jangka, tetamu yang datang memang ramai. Dan selera para tetamu memang sangat besar. Perlu dijamu kesemua tetamu sampai kenyang. Sampai perut memboyot besarnya, macam orang mengandung. Dan kami jugak tidak mahu melihat makanan yang banyak ini terbazir. Maka kami pun makanlah dengan berselera dan banyak sekali.

Masa untuk makan kuih pulak.
Dua orang pakcikku - Pakcik Tahar dan Pakcik Rizal, serta sepupu kami Zura.
Turut hadir - sepupuku Shimi, serta anak-anak saudaraku Farid dan Yana.
Sepupuku, Joe (berbaju hitam) turut nak enter frame.
Wife Joe (berdiri paling kiri) pun join sekaki.
Bukan saja keluarga kami yang ada di rumah Makcik Mini pada hari itu. Turut hadir adalah keluarga Pakcik Tahar, keluarga Pakcik Rizal, dan keluarga Joe (sepupuku). Kami memang dah pakat-pakat nak berkumpul di rumah Makcik Mini. Biar meriah sikit pertemuan pada hari raya ini.

Ibuku happy dapat beraya di rumah adik perempuannya.
Amier sedang menemubual Atok Rizal.
Sebagai seorang wartawan bebas, segala maklumat yang diperolehi perlu dicatatkan di dalam buku.
Ketika semua sedang beraya sambil makan-makan kuih, Amier lagi sibuk dengan interview-nya bagi menyiapkan buku sahsiah keluarga Toiman (Allahyarham datukku). Pakcik dan makcikku semua ditemuduga bagi mendapatkan kisah yang tersirat dalam keluarga ini. Bagaikan seorang wartawan profesional, semua kenyataan yang keluar dai mulut pakcik dan makcikku dicatat di dalam buku catatannya.

Bersambung...

Wife dan anak Joe.
Adikku bersama isteri Joe.
Ibuku bersama sepupuku, Wati.
Masih berdua lagi.
Farid sedang santai setelah kenyang makan nasi.
Syahmie dan bapak saudaranya, Shimi.
Sepupuku, Pa dengan ayah dan anaknya.
Sepupuku, Taufiq dengan baby sulungnya.
Adikku sedang berborak dengan Lin.
Menghadap kuih raya sampai habis isi di dalam balang.
Farid dan neneknya.
Seorang lagi sepupuku, Izhar.