m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, August 8, 2016

Pertunangan Syafiq dan Alia: Bersiar-siar di laman

Bahagian 6

Setelah puas menjamu selera di bawah khemah juadah, kami mula bersiar-siar di laman rumah yang agak luas. Luas terbentang, luas pemandangan. Boleh memuatkan padang bola untuk Piala Dunia edisi tahun 2020. Kami bergambar beramai-ramai. Bersenam-senam ringan setelah kenyang makan. Semua berwajah ceria. Tiada yang muram berduka.

Meh aku perkenalkan. Ini semua sepupu-sepapat dan adik-beradik.
Dari kiri: Nurin, Nana, Angah, Shasha, Shakirah dan Syura. Dan Baby Harith.
Berkumpul beramai-ramai dan bergambar.
Lebar sungguh barisan ahli keluarga untuk dirakamkan gambar mereka.
Dari pangkat datuk dan nenek, sampailah kepada cucu.
"Kami dari keluarga Hj Atan ingin mengucapkan, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin"!
Dua orang ketua kampung - Kois dan Fai.
Sorang Ketua Kampung Dusun, sorang lagi Ketua Kampung Pasir Berdengung.
Selaku bapa pengantin, Abang Zahid perlu memastikan keseluruhan perjalanan majlis berjalan dengan lancar.
Umar dan anaknya.
Yeah! Ketua kampung datang kembali.
Syafiq dan teman-teman akrabnya.
Best Friends Forever - ala-ala Batman Forever jugaklah.
Syafiq masih lagi denga BFF nya.
Saleh mendapat mesej dari teman tetapi mesranya.
Syafiq dengan pasangan dan Umar dengan pasangan.
Masih lagi dengan pasangan masing-masing.
Walaupun di luar mentari memancar agak terik, tetapi kami tidak terasa keterikannya. Hembusan angin petang yang sepoi-sepoi sedikit menyamankan tubuh kami. Tugasku sebagai juru foto amatur semakin mendesak. Banyak gambar yang perlu diambil. Pelbagai gaya diperagakan. Tapi aku dah makan. Dan aku dan kenyang. Maka aku tak kisah. Ambillah gambar walau sebanyak mana sekali pun. Aku sanggup. Walau tanpa bayaran.

Bersambung...

Kawan-kawan rapat menumpang bahagia.
Kembali kepada pasangan masing-masing.
Wefie beramai-ramai.
Wefie lagi tanpa mengambil kisah orang-orang di sekeliling. Cheers!!!
Anak kecil yang kebosanan.
Syauqi kini telah memasang azam.
Cokelat ini akan dibedal sorang-sorang.
Tetapi Syafiq mencelah. Ini cokelat, Syafiq yang punya.
Ali turut nak merasa sedikit colelat. Lalu dia mencelah di bahagian belakang.
Saleh pun nak cokelat jugak. Dan dia jugak turut mencelah.
Adik-beradik membawa hantaran.
Syauqi masih berlagak dengan cokelat idaman kalbunya.
Tiga beradik membawa hantaran.
Syakirah, Ali dan Saleh.
Namun bagi Syauqi, dia tetap menjadi juara, kerana cokelat masih lagi di dalam gengamannya!

Wednesday, August 3, 2016

Pertunangan Syafiq dan Alia: Jamuan nasi Al Arabia

Bahagian 5

Sangat lega pemilik-pemilik hati seperti Syafiq dan Alia apabila majlis pertunangan mereka telah dilangsungkan dengan rasminya. Dan secara rasminya jugak mereka kini telah bergelar tunangan orang. Dan sangat lega pula pemilik hati seperti aku apabila sudah boleh ke khemah santapan untuk menikmati keenakan masakan nasi Arab serta kambing gurun padang pasir yang memang telah sekian lama menjadi pojaan hatikuuuu...

Aku terus mencari sebiji pinggan buat menadah nasi. Ya. Di atas meja masih banyak lagi nasi Arabnya. Kambing Arab juga masih banyak. Malah masih mengembek pulak lagi. Lain-lain juadah juga masih ada untuk aku jamah. Tanpa membuang masa, kucapai dulu masakan dari Timur Tengah ini. Aku duduk semeja dengan anak-anak saudara serta isteriku. Tanpa berlengah, aku baca doa makan. Dan terus kusuap nasi Arab ke dalam mulutku. Aaaahhhhh... Alangkah enaknya. Terasa satu kepuasan yang tiada taranya.

Kak Long minum air. Zila makan nasi Arab.
Wawan sedang makan nasi himpit dengan kuah lodeh.
Penuh konsentrasi.
Isteriku sibuk melayan Sabriena yang tak boleh nak duduk diam.
Shasha menggosok belakan Shakirah kerana Shakirah tertelan nasi himpit sebesar bola golf  kerana terlalu gelojoh ketika makan.
Macam biasa - Kak Uda sedang makan. Dan makan. Dan makan lagi.
Zila dan Nadia masih makan lagi.
Sri pun tengah makan jugak. Ditemani Haikal.
Kak Piah dan Kak Ogie a.k.a. Datin Hajjah Salamah.
Ibu saudara dan anak saudara - pandangan yang berbeza.
Abby dan Mak Teh nya.
Kak Esah sedang bercerita pasal 1 Malaysia, bukan pasal 1 MDB ya?
Fateh happy di samping datuknya.
Setelah makan, aku mengitari kawasan khemah. Kulihat para jemputan menyerlahkan wajah kepuasan. Bukan saja nasi Arab yang disajikan, malah ada juga mi kari/rebus, kuih-muih dan lemang serta macam-macam lagi. Sambil duduk-duduk dan bersembang kosong, kami menjamah lagi makanan ringan dan dessert. Santai sungguh suasana pada petang itu. Tiada pressure. Tiada gundah gulana. Yang ada hanya keceriaan dan keramahan para tetamu dan pihak tuan rumah.

Ketua Kampung, Fai sedang mengarahkan anak-anak buahnya untuk membina tali air untuk pertanian tahunan.
Elin di samping Fai.
Bergambar sempena sambutan hari jadi Alia.
Tak lama selepas itu, dua biji kek dikeluarkan dan diletakkan di atas meja makan. Betul-betul di hadapanku. Aku ingatkan nak bagi aku makan kek tu sorang-sorang. Oooohhhh... Rupa-rupanya itu adalah kek hari jadi Alia yang menyambut hari lahirnya pada hari itu. Waahhh! Tarikh ini memang sangat bersejarah buat Alia nampak gayanya. 

Kami beramai-ramai menyanyikan lagu Happy Bithday, dan lagu Allah Selamatkan Kamu sebagai meraikan detik bersejarah ini. Untuk menambahkan lagi element patriotik pada petang itu, kami turut menyanyikan lagu Negaraku, lagu Satu Malaysia dan lagu UTC (Urban Transformation Centre). Setelah menyanyi, kek dipotong oleh Alia. Oleh kerana terlalu gembira, Alia telah memotong dadu kek berkenaan agar lebih ramai warga yang hadir dapat menikmati keenakan kek hari jadi berkenaan. Selain menyanyi dan memotong kek, kami turut bergambar. Yang sudah pasti lebih istimewa adalah apabila gambar Syafiq dan Alia dirakamkan bersama.

Bersambung...

Alia sangat gembira memperolehi kek birthday.
Potong kek bersama-sama.
Alia dan Syafiq berbincang pasal majlis perkahwinan mereka pada tahun hadapan.
Bergambar bersama anak-anak saudara - Denden dan Falique.
Tiga orang abang sado - Abby, Ali dan Syauqi.
Syafiq pun nak join kategori abang sado.
Dua orang abang sado yang mantop.

Monday, August 1, 2016

Pertunangan Syafiq dan Alia: Merasmikan pertunangan

Bahagian 4

Setelah para hadirin dan hadirat berdoa dan berselawat, maka kami semua telah dijemput makan di bawah khemah di ruang hadapan rumah. Para ibu walau bagaimana pun telah naik ke tingkat atas, ke bilik pengantin untuk menyarungkan cincin tunang ke jari manis Alia. Dan aku selaku juru kamera amatur telah diizinkan oleh Tn Hj Ismail untuk turut ke atas bagi mengambil gambar buat kenangan. 

Abang Zai sedang membaca selawat ke atas Nabi, ditemani oleh cucunya - Fateh.
Masing-masing memberikan tumpuan ketika berselawat. Tiba-tiba Wawan berasa sebak.
Tn Hj Ismail berterima kasih kepada hadirin dan hadirat. Lantas menjemput kami semua untuk menikmati juadah yang telah disediakan.
Kami perlu mendaki setinggi tiga tingkat untk sampai ke bilik pengantin yang terhias sangat cantik. Bagi yang dah lama tak bersenam, agak sengal jugak kaki dan lutut, dan termengah-mengah jugak untuk sampai ke destinasi. Namun demikian, tak sampai pun 5 minit perjalanan, kami telah pun berada di dalam bilik. Dan Alia sedang menunggu dengan sabar kunjungan rombongan dari pihak Syafiq yang membawa cincin tunang untuk disarungkan ke jari manisnya.

Beramai-ramai di bilik pengantin.
Kak Uda menyarungkan cincin di jari manis Alia.
Datuk Abdul Wahab turut bergambar dengan anak saudaranya.
Kak Timah bergambar dengan bakal anak saudara iparnya.
Kak Timah dan Alia.
Kak Uda selaku bakal ibu mentua telah merapati Alia. Sebentuk cincin telah dikeluarkan dari bekas cepu berwarna emas. Sebentuk cincin lantas disarungkan ke jari. Alia tersenyum gembira. Bukan sebab dapat cincin, tetapi kerana secara rasminya, Alia telah menjadi tunangan orang. Orang yang disayanginya - Syafiq.

Ibu-ibu bergilir-gilir mengambil peluang bergambar dengan Alia. Masing-masing kelihatan teruja. Aku masih tak tau lagi kenapa anak-anak buah kami nampak sangat excited dan happy bila berdamping dengan Alia. Oooohhh... mungkin sebab Alia memang kelihatan sangat cantik pada petang itu. Tetapi setelah kami meninggalkan bilik pengantin, ketika kami sedang menjamu selera, barulah aku tahu yang Alia ini memang sering menjadi model tudung pelbagai jenama. Dan ada di antara anak-anak buah kami yang tahu hakikat itu. Ooooohhhh.... patutlaaaaahhhh.....  Aku tak pakai tudung, pasal tulah aku tak perasan. Tapi kalau model songkok dan kupiah, memang aku tau sangatlah. He he he...

Elin, Nadia, Amanda dan isteriku turut bergambar dengan Alia.
Sri dan anak-anak bersama Alia.
Alia bergambar bersama bakal adik dan bakal kakak iparnya.
Nadia dan Alia.
Kak Uda, Alia dan Kak Esah.
Bergambar dengan makcik-makcik dan bakal ibu mentua.
Menuruni tangga untuk ke ruang menjamu selera.
Masih di tangga rumah.
Hantaran dari pihak Syafiq.
Juga hantaran dari pihak Syafiq.
Kek brownies yang dibuat oleh isteriku.
Turun dari bilik pengantin, aku bergegas ke ruang laman hadapan untuk menjamu selera. Ketika aku mula-mula sampai tadi, beberapa ekor kambing Arab dari Gurun Sahara telah menegurku berkali-kali, seolah-olah sedang mendesakku untuk menjamah daging mereka yang lemak dan enak. Kini masanya telah tiba untuk aku menikmati Nasi Arab berlauk kambing padang pasir. Belum sempat aku mendapatkan pinggan makan, tetiba namaku dipanggil untuk terus bertugas sebagai wartawan dan jurufoto. Aku ke ruang tamu untuk mengambil gambar Syafiq dan ahli keluarga Alia pulak. Ya! Perut aku pada waktu itu memang sedang mengalunkan lagu keroncong tanpa orkestra. Namun demikian, demi tugas, demi maruah bangsa dan negara, aku gagahi jugak semangatku. Gambar demi gambar aku ambil. Wajah-wajah riang dengan senyuman menguntum kurakamkan semuanya. Setelah sessi itu tamat, barulah aku kembali keluar mendapatkan habuanku yang telah lama menanti kedatanganku.

Bersambung...

Syafiq bergambar dengan bakal bapa-bapa saudara dan bakal bapa mentuanya.
Bergambar dengan keluarga besar.
Satu lagi gambar sebelum ke medan makan.