m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Thursday, February 25, 2016

TTC vs UTM lagi 2016: TTC masih di depan

Bahagian 2

Setelah bermain satu match, TTC sedang mendahului Ex-UTM 1-0. Perlawanan persahabatan dengan UTM memang diadakan setiap tahun. Tapi aku rasa, performance kami tahun lepas lagi hebat. Aku sendiri memenangi satu match ketika berganding dengan Sam. Untuk match yang kedua, Raja digandingkan dengan sang otai yang masih berbisa, dan masih boleh bagi itu sssenggggaatttt!!! Wakil-wakil dari Team Ex-UTM nampaknya merupakan kaki-kaki servis yang super laju. Kelajuannya boleh menyebabkan lantai court retak dan berlopak. Namun Raja, menggunakan kuasa kesultanannya, dan Abang Mohd Nor menggunakan pengalamannya dalam bidang menguruskan rumah tangga, serta pengalaman ketika berkhidmat dalam agensi perbankan, bagi menentang kedua-dua jagoan hebat ini.

Team TTC dibarisi oleh Abang Mohd Nor dan Raja.
Abang Mohd Nor sedang memberi sepenuh 200% fokus terhadap permainan.
Bersedia untuk membuat serangan hendap.
Pada awalnya kelihatan Team Ex-UTM memberikan tentangan yang hebat dengan servis-servis kencang yang bertali arus tanpa henti selama beberapa jam. Bila Team Ex-UTM telah kelihatan agak keletihan, Abang Mohd Nor dan Raja mula mengatur langkah, menyusun strategi lantas membuat serangan hendap secara drastik. Pukulan-pukulan mengelirukan mula dijuruskan kepada pihak lawan. Strategi ini nampaknya telah membuahkan hasil yang lumayan. Dan kesudahan dari perlawanan ini, Team TTC memungut mata kedua. Abang Mohd Nor dan Raja memenangi set ini dengan kiraan 6-1.

Pemain Team Ex-UTM yang menentang Azril dan Madi.
Azril yang senantiasa berwaspada terhadap segala gerak-geri pemain lawan.
Perlawanan selanjutnya adalah lebih mencabar. TTC diwakili oleh gandingan Dr Fattah dan Faris, manakala Team Ex-UTM diwakili oleh Abid dan Solihin. Perlawanan pada awalnya bermula agak seimbang. Sempat jugak aku membuat timbang air. Memang sama rata dan sama padan. Tetapi entah macam mana, tetiba Abid dan Solihin mula memanupulasikan permainan bagi mengaburi mata Dr Fattah. Mula-mula Abid berpura-pura sakit kaki. Dan Dr Fattah, sebagai seorang doktor yang berjiwa rakyat telah pergi membantu Abid yang kelihatannya memerlukan rawatan. Dan pada ketika inilah Solihin melibas bola dengan kencang sehingga mata demi mata diperolehinya dengan banyak sekali. Walaupun telah berkali-kali Faris memesan kepada Dr Fattah agar lebih berhati-hati dengan tipu helah pihak lawan, namun sebagai insan yang mempunyai naluri kedoktoran, tetap beliau pergi merawat Abid dan Solihin yang kerap berpura-pura sakit. Sakit kakilah. Sakit kepalalah. Sakit perutlah. Sakit jantunglah. Dan macam-macam sakit lagi. Akhirnya Team TTC tewas juga dengan kiraan 3-6. Inilah kemenangan pertama bagi Team Ex-UTM.

Bergambar sebelum memulakan perhitungan.
Team Ex-UTM: Solihin dan Abid. Team TTC: Dr Fattah dan Faris.
Bobby dan Sogol menyaksikan perlawanan dengan sangat cemas dan mendebarkan.
Pemain-pemain TTC yang juga Ex-UTMers sedang membincangkan sesuatu yang hanya mereka yang faham.
Tetiba Ashraf membuka topi dan mengibarkan rambutnya yang berkilau secara slow motion.
Ternyata teknik rebonding yang diaplikasikan ke atas rambutnya menjadikan Ashraf kelihatan lebih ayu dan menawan.
Perlawanan selanjutnya adalah agak berat sebelah. TTC diwakili oleh Hashim dan Chinmay. Bila timbang kati, ternyata pasangan TTC lebih berat dari pasangan Team Ex-UTM sebanyak 55 kilogram. Gandingan Hashim dan Chinmay tidak perlu bekerja keras untuk memperolehi mata demi mata. Malah mereka kelihatannya mengambil giliran untuk bermain. Ketika Hashim bertarung, Chinmay akan berehat sambil makan kacang putih. Dan ketika Chinmay berjuang, Hashim pulak yang akan berehat sambil pekena teh tarik. Kesudahan dari perlawanan ini, TTC menang 6-0. Dan kemenangan ini diperolehi dalam masa yang sangat singkat. Kalau tak salah aku, tak sampai tiga minit untuk satu set. Tahniah!

Bersambung...

Team TTC diwakili oleh gandingan Chinmay dan Hashim.
Hashim tersenyum lebar pasal beliau tahu akan memenangi perlawanan ini dengan sangat mudah.
Bola tenis yang baru dibeli di kedai dikeluarkan untuk perlawanan.
Dr Fattah sedang bersedia terhadap sebarang kemungkinan berlakunya kecederaan pemain di gelanggang.
Keutamaan adalah bagi merawat pemain yang injured.
Sentiasa bersedia untuk berkhidmat kepada masyarakat.
Dr Fattah menunjukkan cara-cara regangan bagi mengelakkan kecederaan pada otot.
Kuda-kuda perlu dipasang dengan kemas.
Oh! Apakah itu yang sedang melayang ke mari?
Adakah ianya bola tenis?
Ya! Ia adalah bola tenis yang telah diidam-idamkan sekian lama oleh Dr Fattah.
Aril dan Azril duduk menanti perlawanan tamat.
Madi dan Nafi - telah sekian lama tak bertegur sapa.
Izat -pakar membancuh air minuman untuk atlet seMalaysia.
Antara ramuan yang dimasukkan termasuklah tongkat ali, ginseng, kacip fatimah, manjakani dan madu tualang.
Ashraf merasa minuman yang dibancuh oleh Izat.
Para pemain yang mewakili Team Ex-UTM. Wan duduk di sebelah kanan.
Berehat setelah menamatkan pertarungan dengan Team TTC.

Sunday, February 21, 2016

TTC vs UTM lagi 2016: Permulaan yang panas

Bahagian 1

14 Februari 2016 - Berlangsung di gelanggang tenis Taman Tasik Titiwangsa, satu perlawanan tenis persahabatan telah diadakan dengan Team Ex-UTM (katanya). Tapi of course-lah, kekadang kita akan import sorang dua pemain bagi memeriahkan lagi suasana pada hari itu. Bila kata Team Ex-UTM, sebenarnya aku, Ashraf, Bobby, Sogol dan Hashim pun kira ex-UTMers jugak. Malah Hashim siap wakil universiti lagi tu. Lalu kami berlima pun dalam keadaan dilema lah. Tak tau nak main untuk TTC atau Ex-UTM. Lalu kami pun buatlah mesyuarat agung tergempar, a.k.a. ad hoc meeting. Dekat tiga jam jugaklah kami meeting untuk menentukan which side kami akan wakil. Last-last sekali, Inche' Presiden kata, "Toss a coin. Kalau head wakil TTC. Kalau tail wakil Ex-UTM". Kami semua setuju. Setelah di-toss duit 50 sen, akhirnya kelima-lima kami muktamad mewakili TTC pasal kesemua toss berkesudahan dengan head.

Ashraf selaku pengendali sedang memastikan semua acara berjalan lancar.
Annuar dan Dr Fattah menanti nama mereka dipanggil untuk mewakili Team TTC.
Ashraf dan Bobby - kedua-duanya merupakan ex-UTMers.
Ikrami nak buat isyarat LOVE, tapi versi terbalik.
Napi, Amir dan Hashim sedang memanaskan mental masing-masing.
Atok baru lepas minum jus Pamoga, lantas memberikan isyarat 'good'.
Penonton yang hadir terdiri dari pelbagai kaum, keturunan, bangsa dan latar belakang.
Antara pemain-pemain Team Ex-UTM. Solihin (kanan) pernah join TTC suatu ketika dulu.
Pagi-pagi lagi semua players telah berkumpul, berkhemah dan siap buat sarapan pagi lagi pakai unggun api, dan menangkap ikan-ikan di dalam Tasik Titiwangsa. Tepat jam 8.30, match pertama diadakan. Team TTC diwakili oleh Azril dan Madi. Kekuatan players dari Team Ex-UTM memang kami tidak ketahui. Players TTC sekadar berbekalkan semangat dari kampung halaman dan pesanan dari rakan-rakan kelab yang lain, serta sebatang reket usang di dalam tangan. Sedangkan Team Ex-UTM berbekalkan reket tercanggih dari model terbaru alaf ini, sebungkus nasi beriyani gam lauk kambing, sebotol tonik Pamoga setiap seorang dan sorakan padu dari penyokong-penyokong tegar dari seluruh negara, termasuk penyokong-penyokong dari overseas jugak.

Azril dan Madi sedang bersiap sedia untuk bertarung.
Azril sedang bersedia untuk membuat volley.
Madi sedang mengambil momentum untuk membuat servis halilintar membelah bumi.
Menyedut udara segar dari taman sebelum membuat servis.
Yeah! Itu dia satu aksi Usin Bolt untuk peminat-peminat tersayang.
Azril happy setelah penat bermain selama dua jam.
Pasangan Team TTC sedang bersiap siaga.
Permainan bermula sengit. Pemain TTC memberi bola kepada Team Ex-UTM. Tetapi players Exs-UTM tak nak bola tadi. Lalu dibaginya pulak kepada players Team TTC. Macam tu ajelah pattern dia tak sudah-sudah. Setelah bertarung dekat kira-kira empat jam setengah, akhirnya kemenangan berpihak kepada Team TTC dengan kiraan mata 6-1. Tahniah kepada Azril dan Madi.

Bersambung...

Ini adalah satu lagi match yang melibatkan kedua-dua team TTC dan Ex-UTM.
Madi sedang fokus.
Pemain Ex-UTM juga sedang fokus.
Madi sedang di jaring.
Tetiba ada lalat sekor datang mengganggu.
Lalu Madi memukul lalat itu - ketepek, ketempung, keceper...
Giliran Azril pulak nak membuat servis tsunami dari negara matahari terbit.
Azril menggunakan teknik tangan kiri bagi mengelirukan pihak lawan.
Menanti bola turun dari langit yang terbentang luas.
Dan pukulan pun dibuat. Catatan kelajuan adalah 874 km/jam.
Madi masih di jaring. Mencari sisa-sisa lalat yang masih berterbangan.
Nampaknya tiada lagi lalat yang sudi menghampiri.
Team TTC bersedia.
Menanti sebarang kemungkinan.
Tetiba Madi berasa terharu bila mengenangkan kampung halaman. Tak dapat menahan  sebak di dada.
Azril cuba mententeramkan Madi yang masih mengesat linangan air mata di pipi.
Setelah Azril membuat satu lawak antarabangsa, barulah Madi berasa lega dan sedia untuk meneruskan perjuangan.

Tuesday, February 9, 2016

Bertenis dengan kawan-kawan lama

9 Februari 2016 - Sejak aku join kelab Titiwangsa Tennis Community (TTC), aku memang dah tak main tenis dengan geng-geng lain. Dengan kengkawan tenis lama aku pun aku tak main, melainkan mereka jugak adalah sebahagian dari member kelab TTC. Tetapi pagi tadi aku berkesempatan bermain dengan dua orang kawan tenis lama aku - Hj Noris dan Zul Bargong.

Aku dan Noris semasa kat UTM - lebih 20 tahun lalu.
Aku dan Hj Noris pagi tadi di gelanggang tenis Keramat.
Asalnya Hj Noris tunjukkan gambar reket tenis barunya, jenama Dunlop. Lalu dalam mesejnya tertulis, mengajak aku main tenis masa cuti Raya Tahun Baru Cina. Aku kata masa cuti tu kami nak pergi bercuti di Bagan Lalang. Kalau boleh pun cuma hari Selasa pagilah. Noris setuju. Lalu aku pun pergilah membuat booking melalui seorang lagi teman tenis aku, Abang Hj Nordin. In fact, Abang Hj Nordin siap belanja aku sewa court tenis kat Keramat. Maknanya aku tak perlu membayarnya yuran sewa. Terima kasih Abang Hj Nordin. Selain Hj Noris, aku turut mengajak seorang lagi kawan lamaku, Zul Bargong. Dan Hj Noris kata dia akan mengajak seorang lagi kawannya. Cukuplah korum seramai 4 orang.

Badan masing-masing dah semakin berkembang, selari dengan perjalanan usia.
Aku dah ada kat court sebelum jam 8 pagi lagi. Setelah buat stretching, aku pun berlatihlah buat service dan main dengan dinding. Mengandaikan teman Hj Noris yang seorang lagi tu mungkin tak datang, lalu aku pun ajaklah Abang Mohd Nor untuk join kami. Lagi pun rumah Abang Mohd Nor terletak tak jauh sangat dari court tenis. Setelah seketika menunggu, Zul Bargong sampai. Diikuti oleh Hj Noris, dan akhir sekali Abang Mohd Nor. Kami pun buat warmup dan sejurus selepas tu kami mulalah bermain. Mula-mula aku partner dengan Abang Mohd Nor. Kami menang 6-1. Lepas tu aku partner dengan Hj Noris pulak. Kami kalah 0-6. Dan dalam set yang terakhir, aku partner dengan Zul Bargong. Kami tewas jugak 4-6. 

Aku in action.
Hj Noris walaupun dah berkurun tak main tenis, aku nengok skilnya masih ada. Footwork Hj Noris jauh lebih baik dari aku yang main hampir setiap minggu. Follow through-nya jugak lebih meyakinkan dari aku. Aku sangat kagum. Begitu jugak dengan Zul. Last sekali aku main dengan Zul Bargong mungkin dekat 5 tahun lepas kot. Zul pun lepas dia pulang dari Mumbai, dah tak berapa main lagi. Tennis grip pun dan melekit dan reput. Beg pun dah berhabuk. Tapi pukulan Zul masih padu dan keras. Payah jugak nak return. Service Zul jugak agak bagus. Kedua-dua Hj Noris dan Zul memang masih berbisa, walaupun dah lama meninggalkan sukan tenis. Abang Mohd Nor, tak payah nak cakaplah. Segala tipu muslihat dalam kamus tenis, semua telah dikeluarkan oleh Abang Mohd Nor dalam game pagi tadi. Bola sideliner, baseliner, lob, backhand underspin, forehand underspin lalu ngam-ngam atas net, semua ada. Sesiapa saja yang partner dengan Abang Mohd Nor, pasti menang.

Yang paling best adalah, setelah tamat game, kami luangkan masa kira-kira setengah jam untuk berborak-borak pasal macam-macam hal, khususnya pasal tenis. Aku sangat-sangat berterima kasih kepada Hj Noris dan Zul Bargong kerana sudi bersama seperti masa dulu. Dan tengkiu jugak kepada Abang Mohd Nor kerana sudi mencukupkan korum. Alangkah best-nya kalau geng-geng tenis masa kami kat UTM dapat berkumpul dan bermain tenis bersama - Chot, Khalid, Azam, Saadon, Lan Tikus dll.

Dari kiri: Hj Noris, aku, Abang Mohd Nor dan Zul Bargong.

Amier is now a grown up man!

13 Disember 2015 - Dari awal tahun lepas kami dah plan nak khatankan Amier. Umur Amier masa ni dah lebih 9 tahun. Badan Amier pun besar, macam budak darjah 6. Amier memang kena khatan cepat-cepat. Kalau dah semakin besar semakin complicated. Aku personally memang sangat risau pasal Amier. Amier tak macam Syahmie, tak tahan sakit. Banyak kali jugak aku dan wife ingatkan Amier pasal hari berkhatan tu. Mula-mula memang nampak macam dia resah, dan selalu cakap "No!!!" Tapi setelah dijelaskan oleh kami, dan jugak oleh abang sepupunya, Saleh, maka dia nampaknya semakin tenang dan nampak macam dah bersedia.

Hari yang dinanti akhirnya tiba jugak. Kami tiba di klinik sebelum jam 11 pagi. Tak lama menanti, akhirnya nama Amier dipanggil nurse. Amier masuk ke dalam kamar operasi. Aku menemani. Mula-mula doktor nak injek Amier. Amier macam cemas. Kakinya bergerak-gerak, menyukarkan doktor menjalankan tugasnya. Aku suruh Amier fokus pada i-phone yang dipegangnya. Aku kata kalau rasa sakit, selawatlah banyak-banyak. Paling tidak, sebut aje Allah, Allah. Amier masih meronta-ronta ketika doktor nak mula injek ubat pelali. Akhirnya, doktor bagi isyarat kepada dua orang pembantunya, "Tangkap dan pegang kakinya kuat-kuat!" Kedua-dua orang pembantu tadi mematuhi arahan doktor. Aku memegang badan Amier. Dan doktor pun mulalah menyuntik ubat bius. Amier berasa sakit. Tetapi Amier tidak berselawat. Amier juga tidak menyebut Allah. Sebaliknya Amier menjerit, "Aduuuuuuuhhh!!!!! Aduuuuuhhh!!!!!" Selesai jugak doktor menyuntik akhirnya.

Bila dah dibius, dengan mudah doktor mengkhatankan Amier. Malah Amier langsung tak bising atau mengaduh lagi. Sampailah selesai semua prosedur berkhatan. Amier terus happy. Aku lagilah lega sebab kesemuanya berjalan dengan lancar. Kami tanya Amier, dia nak hadiah apa sebagai imbuhan. Amier kata dia nak drawing block. Okay. Kami belikan Amier 2 buah drawing block. Akhirnya, Amier is now a grown up man!

Amier is proud of himself.