m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, September 15, 2015

9 Syawal 2015: Beraya di rumah Kak Hazi

25 Julai 2015 - Kami mendapat undangan untuk ke open house hari raya. Kawan sepejabat wife aku, Kak Hazi telah menjemput kami untuk makan-makan kat rumahnya. Dan kami pun pergilah. Pada tahun-tahun yang lepas, kami memang selalu datang lewat. Kali ni datang awal sikit. Macam-macam makanan tersedia untuk dimakan oleh para tetamu. Antara yang menjadi pojaan hatiku adalah chicken wings bakar berkilat. Selain dari itu ada jugak cakoi special, dan nasi lemak special. Itu tak termasuk cendol dan kuih muih lagi. Kami makan sampai kenyang. Sangat kenyang.

Wanie dan Amier sedang enak menjamu selera.
Sabriena makan chicken wing.
Sedap sungguh, hingga menjilat jari.
Sabriena masih bersungguh-sungguh menggigit kepak ayam tadi.
Sampai comot mulut Sabriena.
Tiba-tiba hujan turun dengan sangat lebatnya. Makanan di atas meja terpaksa dialihkan. Khuatir makanan jadi berkuah bila ditimpa hujan. Tapi itu tidak mematahkan semangat kami untuk terus duduk makan. Setelah kenyang, kami pun memohon diri untuk berlalu. Kami mengucapkan terima kasih kepada keluarga Kak Hazi. Dan semoga tahun depan akan dijemput lagi.

Wanie makan cendol pulak.
Amier rehat sebentar sebelum menyambung makan.
Berlatar belakangkan taman yang hijau.
Di meja makan.
Bersama Kak Hazi.
Masih bersama Kak Hazi sebelum meminta diri.

Monday, September 14, 2015

9 Syawal 2015 : Anding beraya untuk kali kedua

25 Julai 2015 - Pada hari ini, kami menanti di rumah lagi. Menanti ketibaan tetamu. Tetamu jauh, mahu pun dekat. Tetamu saudara-mara, mahu pun tetamu kengkawan. Bila menjelang malam, tampillah tetamu yang dinanti. Tercegat di depan pintu lantas memberi salam. "Waalaikumussalam!" jawab kami. Kami mempersilakan mereka masuk. Ohhh. Rupa-rupanya Anding dan dua orang lagi rakannya. Sebenarnya Anding dah pun datang ke rumah kami masa raya hari kedua dulu. Tapi yang itu lebih macam datang singgah makan lepas balik kerja aje. Kali ni barulah beraya betul-betul. Yang dulu tu cuma cobaannnn...
Adikku bersama tiga brader sado.
Masih dengan brader-brader sado.
Tumpang bergambar dengan Anding.
Lagi satu shot dengan Anding. Sabriena tumpang sekaki.
Yana dan kengkawannya turut bergambar dengan Anding.
Anding bergambar dengan Yana dan kengkawan Yana.
Free style. Kawan Yana yang kat sebelah kiri tadi tu segan. Terus melarikan diri.
Anding bersama adikku.
Bersama Anding adalah dua orang sahabatnya yang jugak bertubuh sado. Nama-nama mereka aku dah tak ingat. Tapi salah seorang tu (yang berkaca mata) adalah seorang pelakon dari Singapore yang suatu hari nanti mungkin akan menempah nama besar di Malaya seperti Aaron Aziz, Adiputra, Brad Pit dan Johnny Depp. Eh, silap! Brad dengan Johnny bukan dari Singapore, kan? Tapi maksud aku, kalau ada rezeki, beliau jugak mungkin akan hebat dan dikenali ramai di Malaysia suatu hari nanti.

Adikku dengan Anding.
Dengan Anding.
Setelah menjamu selera, dan berborak-borak kosong dengan kami, mereka pun meminta diri untuk pulang. Kami mengambil kesempatan ini untuk bergambar dengan mereka. Sabriena pun join sekaki. Anding dan teman-teman sangat sporting dengan meluangkan masa untuk kami. Terima kasih kerana sudi datang. Tahun depan singgahlah lagi!
Sabriena makan jelly.
Sabriena memang suka makan jelly.
Sabriena nak makan kuih pulak.
Sabriena memang suka makan kuih.

Sunday, September 13, 2015

8 Syawal 2015: Keluarga Pian datang beraya

24 Julai 2015 - Tetiba kami mendapat satu panggilan telefon dari anak-anak saudara kami. Katanya mereka nak beraya di rumah kami pada hari ini. Maka kami pun menunggulah di dalam rumah dengan punggung-punggung kami terpahat di atas kerusi sofa tanpa kami berganjak. Tepat pada waktu yang telah ditetapkan, tak kurang seminit, ataupun terlebih seminit, maka sampailah anak-anak saudara kami itu - Aniza dan Pian. Tetapi mereka datang dengan seseorang - Abang Zai dan Kak Long. Abang Zai dan Kak Long dah datang ke rumah kami pada hari raya pertama. Tetapi mereka telah didesak oleh anak-anak mereka untuk datang sekali lagi buat menemani Aniza dan Pian. Abang Zai telah cuba menyamarkan dirinya dengan berpakaian baju kurta. Aku hampir-hampir terpedaya dengan menyangkakan itu adalah seorang teman lain yang turut serta. Sehinggalah aku terdengar Pian memanggil 'ayah'. Barulah aku perasan yang orang yang berbaju kurta itu adalah Abang Zai sebenarnya.

Menantu mithali sedang mencedokkan ayah mentuanya sepinggan char kuetiau.
"Satu senduk untuk ayah, dua senduk untuk saya. Satu senduk lagi untuk ayah, dua senduk lagi untuk saya".
Kak Long sedang menikmati char kuetiau Ampang Jaya.
Pian mendukung si kecil, Aqif.
Aniza sedang menikmati juadah pada malam itu.
Abang Zai dengan imej barunya.
Yang Arief sedang menaiki motor berkuasa besar.
Yang Arief baru nak parking motornya.
Yang Arief masih dengan motornya.
Motor ini telah diubah suai oleh Pak Sudin. Kini motor itu dah tak bunyi langsung.
Kami jamu para tetamu dengan masakan char kuetiau. Nampaknya para tetamu menggemarinya. Mereka makanlah sampai kenyang. Setelah bersembang panjang pasal macam-macam hal seperti jerebu di Jelebu, mereka pun meminta diri untuk pulang. Sebelum pulang, isteriku sempat jugak memberikan sedikit donation kepada anak-anak buah dan cucu-cucu saudaranya. Terima kasihlah kepada semua kerana sudi menjenguk kami di sini.

Aniza dan Kak Long.
Atok mendukung Aqif.
Imej terbaru Abang Zai - Mujibur.
Memperagakan pakaian kurta.
Bersama salah seorang cucu saudara - Arief.
Donation diberikan kepada Aniza.

Friday, September 11, 2015

Former Mott's Mechanical backups

They used to be part of Mott MacDonald's family members. Now, they are somewhere else. Frankly speaking, I still do not know their stories with Mott. I guessed they were loaned by some companies to get some jobs done. Zukri, or we used to call him Comel is the "stickerman". He makes decorative stickers for cars etc. I've seen his work. Quite neat. Impressive. Well, the sticker stuff, of course has nothing to do with Mott.


The other mechanical guy is Fendi, or we sometimes called him Panjang. He's the tallest in the office. Mat salehs not included. Everybody has to look up when talking to him. And he has to look down instead. Funny guy. Ha ha ha... That's it!


Tuesday, September 8, 2015

Mott's electrical individuals

Hello again! Let's take a break from Hari Raya stories for a while. Again, I'm introducing another two colleagues of mine from Mott MacDonald. The first one is Abiramee. We call her Abi. I've never heard anyone called her by her full name. She is the cheerful type. Loves to laugh. Brings some colours in the office. Abi is an Electrical Engineer.


The second individual is Shukor. A very quiet person. A lot quieter than me. Very hard working. Focused. And recently just got a baby. Congratulations! Shukor is one of the technical persons in the Electrical Engineering section.


6 Syawal 2015 - Melawat kebun buah-buahan antarabangsa

22 Julai 2015 - Setelah Abang Ngah dan Kak Timah anak beranak datang beraya di rumah kami, kami terus meluru ke Kampung Ampang Indah. Ke sebuah kebun tanaman ekzotik untuk mengutip hasil tuaian tanam-tanaman yang telah diusahakan oleh seorang pekebun moden, iaitu abang iparku, Abang Leman. Sebelum tu Kak Ita telah pesan suruh kami singgah ke rumahnya pasal dia sendiri ada menyediakan juadah untuk para tetamu menjamu selera. Jadi permintaan ini perlulah kami penuhi.

Kak Timah turut datang ke rumah Abang Leman.
Zuan anak-beranak pun ada.
Menyuapkan kerepek bayam ke mulut anak saudara yang tak suka makan sayur.
Walaupun malam agak lewat, kami tetap juga datang beramai-ramai ke sana. Maklumlah, masih bulan raya. Sampai malam buta pun masih boleh datang beraya (dengan izin tuan rumahlah). Kami terus masuk ke ruang tamu. Kak Ita menjamu kami dengan pelbagai makanan dah kuih muih yang berunsurkan tanaman. Semua juadah ini telah dituai dari kebun di halaman rumah yang nampak gayanya sangat menjadi suburnya. Ada kerepek bayam. Ada cili goreng manis. Dan macam-macam lagi makanan yang berunsurkan tumbuhan. Malah nasi beriyani yang Kak Ita hidangkan jugak berasal dari beras basmathi yang pokok padinya telah dituai dari bendang belakang rumah.

Sebahagian dari pokok buah-buahan di tapak semaian.
Kalau tak silap aku, ini pokok buah lai.
Ini pokok buah teen.
Setelah selesai makan, Abang Leman ajak aku bersiar-siar ke sekeliling kebun tanaman dengan menaiki four-wheel-drive. Mula-mula kami nengok ladang anggur yang buahnya sedang membesar. Dulu kami dah pernah makan sekali ketika musim anggur tahun sudah. Malah anggur ini jugak pernah dibuat jus seperti Ribena, dan telah dibotolkan untuk dieksport ke dalam dan luar negara. Setakat ni jus anggur Abang Leman ini telah dipasarkan di beberapa buah negara seperti di Brazil, New Zealand, Zimbabwe, Argentina, Canada, dan Amerika Syarikat (pengimport terbesar).

Dari ladang anggur, kami ke ladang strawberi pulak. Masih belum berbuah lagi. Tapi Abang Leman dah ada perancangan untuk membuat jem, dan aiskerim dan memasarkannya ke negara-negara di Asia Barat. Lain-lain tumbuh-tumbuhan yang turut ditanam termasuklah pokok buah teen, pokok buah lai, pokok buah epal, pokok buah kiwi, markisa, durian musang king, durian lion king dan beruang king. Sebenarnya banyak lagi pokok buah-buahan tempatan dan luar negara yang ditanam. Cuma tak dapat aku nyatakan di sini pasal senarainya terlalu panjang. Semoga Abang Leman beroleh kejayaan cemerlang dalam usaha menjadi pekebun moden dan berinovasi ini.

Pokok anggur yang sedang lebat berbuah.
Pokok teen semakin membesar.
Pelbagai pokok di tapak semaian.
Ini pokok strawberi.