m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, July 6, 2015

Pergi ke Kampung Pengantin di bandaraya

7 Jun 2015 - Musim cuti sekolah memang banyak orang berkahwin. Musim hujung minggu pun banyak jugak orang berkahwin. Musim hari-hari biasa pun ada jugak orang berkahwin. Pokok pangkalnya, pada bila-bila masa pun ada saja orang yang berkahwin. Maka pada tarikh ini, ada satu majlis perkahwinan yang telah diadakan di sebuah kampung. Tetapi kampung yang ini bukanlah terletak di dalam kampung. Sebaliknya ia terletak di pinggir Bandaraya Kuala Lumpur. Nama kampung tu bukanlah Kampung Pinang Sebatang, atau pun Kampung Pasir Sebutir, malah bukan juga Kampung Dusun tempat Sarip Dol Samseng menetap. Ia adalah Kampung Pengantin di Setapak.

Yang mengahwinkan anak adalah sepupu kepada ibuku, Makcik Ana. Nama anaknya ialah Ahmad Sabri. Dan nama isterinya ialah Nurnadiah. Inilah tempat majlis pengantin yang paling tinggi yang aku pernah pergi. Kena naik escalator untuk sampai ke tingkat 3, dewan perkahwinan. Ini adalah kali kedua aku berkunjung ke sini.

Banner perkahwinan Ahmad Sabri dan Nurnadiah.
Menikmati makanan tengah hari yang enak.
Berselera sungguh kami makan.
Pakcik Banuri dan isteri.
Keluarga Pakcik Bardan.
Masih lagi keluarga Pakcik Bardan.
Sebahagian dari saudara-mara kami yang hadir.
Oleh kerana ibu dan ayahku tak berapa sihat, maka yang pergi ke majlis perkahwinan tu cuma aku anak-beranak berenam orang sahajalah. Maka bila sampai kat tempat majlis, kenalah cari wajah-wajah yang familiar untuk kami bertegur sapa. Radar mata aku lalu cuba mengesan individu-individu yang boleh dikenali. Akhirnya aku ternampak wajah keluarga Pakcik Bardan dan Pakcik Banuri. Lalu kami duduk bersebelahan dengan meja mereka. Aku bertegur sapa dan bertanya khabar. Begini bunyinya:

"Aku tanya apa khabar, aku tanya apa khabar, aku tanya apa khabar, semuaaaa..."

Setelah bertanya khabar barulah kami duduk, dan pergi mengambil makanan yang terhidang secara buffet. Nampak enak jugak juadahnya. Dan terdapat banyak jugak kuih-kuih Melayu asli yang sangat sedap. Kuih Melayu asli ini sedap dimakan sambil mendengar lagu-lagu Melayu asli. Masing-masing melayan kehendak tembolok sehingglah kami agak kekenyangan.

Syahmie membuat pesanan untuk mendapatkan aiskerim kon.
Syahmie sangat teruja pasal dah dapat aiskerim idaman.
Di sebelah luar dewan aku terlihat ada gerai aiskerim yang tidak dikunjungi manusia untuk seketika. Berasa kasihan kerana jualan aiskerim pada petang itu tak berapa laku, lalu aku pun pergilah ke gerai aiskerim itu dan memesan dari brader si penjual aiskerim beberapa batang aiskerim kon untuk dimakan bersama ahli keluarga yang lain. Setelah makan aiskerim, dan minum air teh tarik hebat, aku pergilah berlegar-legar mengambil gambar pengantin yang sedang makan beradab. Setelah mengambil gambar pengantin, berjumpa dan bersalaman dengan ibu dan ayah pengantin, kami pun bergerak pulanglah ke rumah. Itu aje...

Makan kuih tradisional pulak.
Pekena aiskerim dan teh tarik memanglah sangat mengujakan.
Sabriena makan bersepah. Makn aiskerim pulak sampai comot mulut.
Sabri dan Nurnadiah sedang makan beradab.
Terlalu enak makanan pengantin ini.
Adegan suap-menyuap akan dimulakan sebentar saja lagi. Cameraman telah bersedia.
Dalam perjalanan balik.
Di sepanjang koridor.
Semua orang telah kenyang.
Ambil pose dulu sebelum pulang.



Sunday, July 5, 2015

Sambut hari jadi di Double Tree Hotel - 2014

22 September 2014 - Setelah menyambut hari jadi sendiri dua hari sebelumnya, kami sekali lagi menyambut hari jadiku untuk kali yang kedua pada tahun yang sama. Hari tu sambut birthday awal pasal budak-budak tengah cuti sekolah. Jadi Syahmie dan Wanie ada kat rumah. Tapi pada tarikh sebenar hari jadi aku, kami ke Hotel Double Tree pulak untuk menyambutnya dengan juadah dinner.

Isteriku memulakan makan dengan sup campur yang lazat.
Sabriena seronok dapat makan macam-macam di Restoran Makan Kitchen ini.
Makan sambil bermain.
Amier take a break sekejap.
Amier lebih suka makan nasi.
Aku pulak memilih untuk makan ayam serama masak goreng kunyit.
Rasa ayam ini sebijik macam rasa daging landak Afrika.
Sabriena melayan sate llama.
Restoran yang kami pergi tu nama dia Makan Kitchen, terletak di Hotel Double Tree. Masa kami sampai tu, tak berapa ramai orang yang ada kat situ. Dalam perkataan lain, kalau kami ni semua jenis kuat makan macam Badang dan Incredible Hulk, sudah tentu kami boleh conquer keseluruh makanan yang terhidang. Dan sudah tentu kami boleh makan kesemuanya sekali tanpa berasa segan dan silu. Dan sudah tentu jugak kami akan kenyang sangat sehinggakan kami dah tak perlu makan lagi selama setahun. Dan sudah tentu-tentulah jugak kami akan jadi gemuk gedempol macam ikan paus biru kat Lautan Hindi. Dan lantas kami akan sendawa panjang. Panjaaaaaaannngggg sangaaaattt! Buuuurrrrrrrrrrpppp!!!!!

Sabriena melayan dessert pulak.
Dua ekor udang harimau kumbang serta dua ekor siput Antartik menjadi pilihanku.
Bersama Sabriena.
Sabriena nak kiss Papa.
Sabriena nak gigit pipi Papa.
Bersama Sabriena dan Amier.
Peluk manja dari kedua-dua anakku.
Amier terhenti melamun seketika setelah agak kenyang.
Sewaktu tengah mencari-cari juadah apa lagi yang hendak dimakan, aku terserempak dengan sekumpulan siput laut berkulit cengkerang tajam yang selalu aku terjumpa kulitnya di tepi pantai yang indah. Kududuk seorang diriiii... Okay, okay. Back to story line. Kulit siput memanglah sangat cantik. Kalau ada pertandingan ratu siput, sudah tentulah siput jenis inilah yang akan menang menjadi juara. Aku terus mengambil dua ekor siput ini untuk aku mula berkenalan dengan mereka. Mula-mula aku agak seram jugak untuk menghampiri siput-siput ini. Cengkerangnya yang sangat tajam itu kukhuatiri akan mencucuk tanganku bila dipegang. Aku memberanikan diri, dan dengan menggunakan sedikit ilmu mempertahankan diri kalari payat dan silat olahraga, aku terus memegang siput tadi. Dan hanya menggunakan sebatang toothpick pencungkil gigi, aku terus merodok ke badan siput tadi. Dan bila isinya dikeluarkan, aku terus menggigit dan mengunyah siput tadi sekuat hati. Bimbang siput itu akan fight back, aku terus menelan siput tadi tanpa rasa ehsan. Rasa siput tu taklah terlalu hebat. Macam rasa lintah sawah aje dia punya kenyal-kenyal tu.

Kami pergi cuma berempat orang sahaja. Selain isteriku, Amier dan Sabriena juga ada. Selepas dah kenyang makan, barulah kami pulang. Dan di masa akan datang, aku akan memburu siput jenis lain pulak.

Aku menarik nafas panjang sebelum memeruskan makan.
Mencucuk siput Antartik dengan menggunakan pencungkil gigi.
Kasi cucuk sama ini siput.
"Adoi!" siput itu menjerit kesakitan.
'High' sekejap bila aku makan siput ini.
Kulitnya juga boleh dimakan. Rangup dan garing macam kacang parang goreng pedas.


Perkahwinan Badar dan Jue di Dewan Risda

28 Mac 2015 - Kawan sepejabat wife aku ajak kami ke majlis perkahwinan mereka. Kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan tu adalah office mate wife aku. Yang lelaki namanya Badar. Yang perempuan namanya Jue. Maka kami pun pergilah memenuhi jemputan itu. Majlis diadakan di Dewan Risda yang terletak tak jauh dari rumah kami.

Banner majlis perkahwinan Badar dan Jue.
Berselera sungguh kami makan. Memang enak pun masakannya.
"Adik suka makan. Hari-hari Adik makan".
Amier makan sampai comot mulutnya.
Aku pekena dessert aiskerim pulak.
Menikmati kerepek dan kuih muih yang turut dihidangkan.
Wah! Sedap sungguh aiskerim ini. Sampai terpejam mata Sabriena menikmatinya.
Dipendekkan cerita, kami pun makanlah dengan sangat berselera. Lepas tu pekena dessert pulak yang berupa kuih muih, dan aiskerim dalam kon jalan raya. Errr... maksud aku dalam kon aiskerimlah. Lepas makan, kami jumpa pengantin sekejap untuk bergambar dengan mereka. Tetapi masa nak bergambar dengan pengantin tu, kami kena ambil nombor pasal ramai yang beratur nak jugak bergambar dengan raja dan permaisuri sehari tu. Nombor kami adalah 1089. Maksudnya ada seramai 1088 orang di hadapan kami. Setelah menunggu kira-kira sebulan lapan hari, barulah kami dapat bergambar jugak dengan pengantin Badar dan Jue akhirnya. Sesudah itu barulah kami pulang ke rumah.

The end.

Menyuap Sabriena yang masih belum selesai makan.
Bersama rakan sepejabat, Scott (tengah) dan seorang lagi yang berpakaain tradisional Scotland.
Skirt orang Scotland ni dipanggil "kilt".
Bergambar dengan rakan-rakan.
Pengantin Badar dan Jue.
Giliran kami pulak untuk bergambar dengan pengantin.