m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Thursday, September 18, 2014

Di Ruz Aladdin makan malam dengan lampu ajaib

14 Jun 2014 - Malam tu kami tanya ayah, "Nak makan kat mana?" Tanpa banyak berfikir, ayah kami menjawab, "Nasi beriyani kat sebelah Flamingo". Kat sebelah Hotel Flamingo memang cuma ada satu aje kedai nasi beriyani yang popular dan agak besar. Nama kedai tu ialah Restoran Ruz Aladdin. Kami memang biasa makan kat sana. Nasi beriyani kambing dia agak sedap jugak.

Menunggu makanan.
Satu, dua, tiga. Makanan pun sampai!
Pinggan besar. Makanan pun banyak.
Kami ke sana selepas solat maghrib. Semua orang kat rumah tu pergi, melainkan mak aku aje yang stay kat rumah, pasal badan dia tak berapa sihat. Tambahan pulak lagi, mak aku masih belum boleh berjalan. Jadi kami pun ke sanalah dengan perasaan suka hati. Kami perasan tempat tu dah semakin membesar. Menu makanan pun dah semakin berkembang. Walaupun pada asalnya kami datang nak makan nasi beriyani kambing, tetapi bila ternampak masakan asam pedas, terus terliur aku dibuatnya. Tak sanggup aku menengok ikan merah masak asam pedas dia, jugak siput sedut masak lemak kuning. Pergh! Tapi akhirnya aku kembali ke pangkal jalan. Aku tetap order nasi beriyani jugak. Satu pinggan isi kandungannya agak banyak jugak. Kali ni aku makan tak berapa nak habis. Selalunya kalau makan tengah hari memang boleh habis satu pinggan. Makan malam, selera ada kurang sikit.

Makan dan terus makan.
Sudah makan, senang hati.
Kembar seiras - makcik & anak saudara.
Ayah dan adikku.
Adik dan ayahku.
Aku pun tak berapa sure makan malam tu sempena apa. Tapi kalau ikutkan tarikhnya, macam sempena Hari Bapa kot? Dan yang belanja makan tu ialah adik akulah. Tatkala aku dan yang lain sibuk makan nasi beriyani, anak-anak kami pula sibuk makan western food. Ya! Kat restoran ni memang ada jual western food jugak. Tetapi ada cara dia yang tersendiri untuk mendapatkan makanan western. Mula-mula ambil lampu ajaib Aladdin. Lepas tu gosok sampai berkilat. Nanti akan keluar asap yang akan bertukar menjadi Genie. Dan cakap kat dia, "Saya nak makanan western". Tu aje. Tapi korang jangan pulak try kaedah ni. Sah-sah korang tak akan dapat makanan western. Dapat dosa adalah!

Bersama ayahku.
Amier dah mengantuk sangat.
Amier terus tidur sambil duduk tegak.
Bersama mama.
Kami makan dengan bersemangat sekali. Sampai kat hujung-hujung tu, perut kami pun dah mula penuh dan mengenyang. Semakin payah rasanya nak menghabiskan makanan yang ada kat dalam pinggan. Jolok jugak segala makanan yang masih tersisa sampai macam nak muntah. Akhirnya kami beralah. Terpaksalah tapau aje saki-baki makanan yang masih ada di dalam pinggan. Sewaktu kami semua dah selesai makan, ayah aku masih menjamah makanannya secara perlahan-lahan. Dan kami semua pun baliklah dulu bila badan dah semakin penat kerana banyak sangat makan. Adikku menemani ayahku makan sampai habis. Kepada adikku, kami ucapkan banyak-banyak terima kasih. Semoga murah dan berkat rezki, dan dijauhkan dari segala penyakit. Amin.

Di dalam suasana speed of light!
Menikmati lenchikang.
Kenyang dan puas.

Sunday, September 14, 2014

Beh said "Good Bye".

12 September 2014 - Aktiviti berhenti kerja dari ofis wife aku berterusan lagi. Kali ni giliran Beh, salah seorang pekerja senior di situ. Macam biasalah, kat ofis ada buat majlis makan-makan dan majlis farewell, dan ambil gambar kenangan. Dan macam biasa jugak, aku tolong lukis gambar aje. Good luck dan all the best wishes kepada Beh.


Wednesday, September 10, 2014

Vice President letak jawatan

9 September 2014 - Orang kuat a.k.a. Vice President company tempat wife aku kerja telahpun resign dari ofis. Dua hari lepas merupakan hari terakhirnya di pejabat. Maka setelah waktu ofis, ada dibuat majlis farewell untuk beliau di Avenue K. Ada makan-makan, ada minum-minum, ada sessi karaoke, dan berborak-borak dengan sesama staf. Aku tak join, sekadar datang kejap aje nak jemput wife aku dari situ setelah aku habis kerja kat ofis. Sempat jugaklah aku main dart menggunakan sejenis mesin dart yang spesel. Best jugak. Bayar RM2.00 untuk satu player. Tapi aku tak pandai main. Asyik kena dia punya mesin aje, bukan kena kat target pun. Oh! By the way nama Vice President ni ialah Inche' Ron. Dan beliau adalah die hard fan Team Manchester United!


Tuesday, September 9, 2014

Main bunga api macam bebudak riang Ribena

27 Julai 2014 - Dah lama tak main bunga api. Anak-anak aku pun tak berapa nak merasa main bunga api. Tak macam aku masa kecik-kecik dulu. Ayah aku selalu jugak belikan kami bunga api jenis batang halus. Atau pun kekadang dia beli bunga api yang keluar api warna-warni yang cantik. Tapi mercun, mercun roket, mercum meriam, mercun bola, mercun bom, bom atom, bom tangan dan bom nuklear memang ayah aku tak pernah beli. Cuma aku ada jugak beli mercun roket masa aku dah remaja sikit. Main sorang-sorang kat belakang rumah masa siang-siang hari. Itu aku memang pernah buat. Tapi kesemua jenis mercun yang aku main tu adalah mercun buatan orang lain. Aku tak pulak pernah main mercun buatan sendiri. Sebab aku kalau buat mercun sendiri memang dah sah-sah aku taruk serbuk belerang lebih sikit, magnesium, kalsium dan plutonium, semua aku akan letak. Campur semua sekali. Itu yang aku tak berani buat tu. Takut meletup satu taman perumahan pulak.

Syahmie menunjukkan kepakarannya membakar dua batang bunga api sekali gus.
Anak dan ibu bermain bunga api dengan riang gembiranya.
Yana turut teruja dengan bunga api di jemarinya.
Farid membakar sekepuk bunga api sekali gus. Lepas tu dia jerit, "Panas! Panas!" Lantas dilemparkan bunga api itu ke tanah.
Pada satu hari tu, aku cakap dengan Amier, "Jom malam nanti kita main bunga api". Kat rumah aku ada sedikit stok bunga api dari tahun-tahun sudah yang aku cilok dari rumah kakak ipar aku. Tak taulah masih boleh dinyalakan lagi atau tidak. Dah berhabuk. Penuh melitupi bunga api tu. Entah macam mana, siang tu, wife aku turut membeli bunga api dari penjual di tepi jalan. Maknanya memang sah-sahlah kami akan berpesta bunga api malam nanti. Itu tak ambil kira bunga api yang Farid beli lagi. Entah kenapa, tahun ni banyak pulak bunga api yang perlu kami nyalakan. Tahun-tahun lepas tak pulak macam ni. Kami memang jarang sangat main bunga api. Apa lagi membelinya.

Bunga api yang dilemparkan Farid.
Yana ada tiga bunga api. Korang ado?!
Farid main bunga api sampai api tu tukar kaler jadi black and white.
Adik aku siap ber-selfie sambil bermain bunga api.
Pacakkan bunga api di pasu bunga pulak.
Bunga api di sebelah pokok bunga.
Malam tu kami memang buat pesta bunga api kami sendiri. Taklah gempak macam bunga api KLCC, atau bunga api Putrajaya. Tapi memandangkan kami ni memnag dah lama sangat-sangat tak main bunga api, maka jenis bunga api yang kecil kemetot pun dah mampu membuatkan kami sangat teruja dan seronok. Maka bermulalah episod kanak-kanak Ribena di suatu jalan raya di kawasan perumahan yang hening. Kami main sampai habis semua stok bunga api. Macam syiok aje, walaupun masanya sangat singkat. Bila dah puas jadi orang dewasa, sesekali jadi budak-budak pun ada seronoknya. Kaaannn!

Farid melancarkan 20 das tembakan bunga api kaler-kaler ke udara.
Wanie dengan gaya bunga apinya yang tersendiri.
Yana suka main bunga api. Hari-hari Yana main bunga api.
Wanie pun suka main bunga api. Tapi Wanie tak main bunga api hari-hari. Tak macam Yana.

Monday, September 8, 2014

Ke kuburan di Jalan Ampang

26 Julai 2014 - Tiap-tiap tahun pada bulan Ramadhan, aku dan ayah aku akan ke Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang untuk menziarahi pusara empat orang Allahyarham ini: Allahyarham Yaie (datuk), Allahyarhamah Nyaie (nenek), Allahyarhamah Wak (kakak ayahku), dan Allahyarham Abang (abang aku). Tahun ni ayah aku tak ikut pergi menziarahi kubur. Katanya dia tak berapa larat, pasal jarak dari tempat letak kereta ke pusara agak jauh jugak. Tapi ayah aku memang pesan suruh aku menziarahi jugak pusara-pusara tersebut.

Di tepi pusara Allahyarhamah Nyaie.
Pusara Allahyarhamah Nyaie yang berwajah baru.
Di sisi pusara Allahyarham Yaie.
Aku ajak Syahmie untuk menemani aku. Kami bertahlil ringkas dan baca doa arwah di pusara kaum keluarga kami. Aku perasan pusara Nyaie dah bertukar wajah jadi lebih kemas. Jubin yang pecah-pecah semua telah diganti dengan yang baru. Setelah selesai bertahlil dan berdoa, kami pergi meninggalkan perkarangan tanah perkuburan itu.

Bersebelahan pusara Allahyarhamah Wak.
Syahmie di tepi pusara Allahyarham abangku.
Sebelum kami berlalu pulang.

Saturday, September 6, 2014

Selamat pengantin baru - Aqilah dan suami

6 September 2014 - Majlis resepsi kawan sepejabat wife aku ni berlangsung semalam di Paroi, Negeri Sembilan. Kami memang dah plan nak pergi sejak dapat emel jemputan beberapa minggu sebelum tarikh majlis ini diadakan. Pada waktu pagi, aku ada beberapa perkara yang perlu aku selesaikan. Dan ini menyebabkan kami tak dapat bertolak keluar lebih awal. Kebetulan pulak pada hari semalam, keadaan trafik sangat teruk yang agak luar biasa. Walau pun kami dah mula keluar rumah untuk ke arah selatan, tapi kami menjangka akan hanya tiba ke destinasi sekitar jam 5 petang. Sedangkan majlis di dewan sepatutnya berakhir pada jam 4 petang. Akhirnya kami putuskan untuk tidak meneruskan perjalanan. Sebaliknya berpatah balik dan pulang ke rumah. Kepada pihak pengantin, kami mengucapkan jutaan maaf kerana tidak dapat hadir ke jemputan perkahwinan semalam. Dan kami juga ingin mengucapkan tahniah kepada kedua mempelai. Semoga kehidupan kalian selepas ini penuh barokah dan hidup dalam kebahagian bersama hingga ke alam jannah.


Monday, September 1, 2014

Hari menziarahi kuburan

20 Julai 2014 - Kira-kira dua minggu sebelum Aidilfitri, aku dan isteri ke Tanah Perkuburan Taman Kosas. Pada hari tu kami menziarahi kubur ahli keluarga kami yang telah pergi meninggalkan kami di dunia ini. Mula-mula kami ke kubur Allahyarham anak sulung kami. Muhammad namanya. Sesampainya di sana, kami bagi salam, tabur bunga, siram air, dan bertahlil. Aku lihat isteriku agak sebak ketika di sana. Tahun-tahun yang lalu dia tidak sedemikian. Pastinya ada sesuatu yang bermain di fikirannya.

Menabur bunga di pusara Allahyarham anak sulung kami.
Batu-bata kat pusara tu aku yang susun supaya mudah mengecamnya.
Dari kubur Allahyarham Muhammad, kami ke kubur Allahyarhamah ibu mentuaku pulak. Wajah kubur Allahyarhamah ibu mentuaku telah berubah sejak kali terakhir kami menziarahinya. Abang-abang iparku telah menyiapkan pusara batu dan menanam rumput karpet di atasnya. Setelah bertahlil ringkas, barulah kami ke kubur Allahyarham ayah mentuaku pula. Ketiga-tiga kubur ini terletak di kawasan tanah perkuburan yang sama. Dan jugak berhampiran dengan rumah kami. Seperti ketika menziarahi kedua-dua kubur sebelumnya, kami bertahlil, berdoa dan terus berlalu dari situ. Kami akan menziarahi kubur Allahyarhamah kakakku pulak yang terletak agak jauh dari situ.

Menabur bunga di pusara Allahyarhamah Bonda.
Masih di pusara Allahyarhamah Bonda.
Menyiram air di pusara Allahyarham Ayahanda.
Giliran aku pula menyiram di pusara.
Masih di pusara Allahyarham Ayahanda.
Kami perlu memandu hingga melewati Taman Bukit Teratai untuk ke Tanah Perkuburan Pekan Ampang yang baru, yang terletak di pinggir bukit. Setelah parkir kereta, kami mula mencari kubur Allahyarhamah kakakku. Dulu nampak lain. Nampak bersepah. Sekarang nampak lain, nampak lebih kemas. Semua kubur dengan design standard tersusun rapi mengikut petak masing-masing. Aku dan isteri mula mencari kubur Allahyarhamah kakakku. Tetiba isteriku berkata, "Eh! Ini hah kubur Kak Lin!" Rupanya aku sedang berdiri betul-betul di sebelah kubur Allahyarhamah kakakku. Sejurus menyedari ini, tetiba aku pulak yang jadi sebak. Kami terus bertahlil dan berdoa sebelum berlalu dari situ. Waktu tu matahari dah memuncak di atas kepala. Terasa bahangnya. Kami berlalu dengan sedikit terkesan di hati bahawa ajal itu pasti akan tiba.

Di pusara Allahyarhamah kakakku.
Menyiram air.
Sebelum pulang.