m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, December 25, 2012

Hari jadi Haikal yang happening: Bahagian 2

Majlis meraikan hari jadi cucu saudaraku, Haikal yang kedua tahun telah berlangsung lebih sebulan lepas. Keraian ini telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran dinosaur ganas yang jinak, sejenis T-Rex yang bernama Barney. Barney memang sangat mesra dengan kanak-kanak. Dengan orang dewasa pun dia mesra jugak. Maklumlah, masa kecil-kecil dulu tak berkesempatan nak berdamping dengan Barney. Bila dah besar dan usia dah meningkat nilah baru kami semua nak ambil kesempatan bergambar dengan watak yang sangat popular di kalangan kanak-kanak ni.

Bergambar dengan Barney lagi.
Semua orang tak tahu, sama ada mamat yang jadi Barney tu tengah masam atau senyum.
Huda, Hairi dan Nadia serta anak-anak tak melepaskan peluang untuk bergambar dengan Barney.
Seluruh keluarga besar turut bergambar dengan karaktor yang popular tu.
Aku dengan tanganku yang telah terkena tembakan senapang patah.
Selain dari tu, ada jugak make-up artis yang jadi tukang conteng muka orang. Habis semua muka para tetamu diconteng dengan pelbagai gambar, termasuklah gambar Popeye, gambar rama-rama, gambar bunga, gambar kartun, gambar peta dunia, gambar enjin kereta kebal Russia, gambar Barrack Obama dan segala jenis gambar yang dipamerkan kat Galeri Seni Negara. Nasib baik jugaklah muka aku tak kena conteng.

Muka Emi kena hias dengan Popeye the Sailor Man.
Emi, Barney dan Azira.
Abang Ngah pun tumpang berposing dengan Barney.
Badut yang menghiburkan.
Amier sedang bermain-main di kawasan permainan yang luas.
Tiba-tiba Amier dan Wanie telah terperangkap di dalam jaring yang telah dipasang oleh nelayan pukat tunda.
Wanie menjadi gergasi setelah terkena pancaran ultrasonic dari senapang laser.
Dan untuk memeriahkan lagi suasana, turut dijemput seorang badut yang jugak mesra pelanggan. Badut tu buat macam-macam objek pakai belon panjang. Cekap betul dia buat kerja kreatif tu. Isteri aku dapat bunga belon. Amier dapat pedang belon. Aku pulak ada mintak special request, suruh badut tu buatkan aku enjin bas ekspres dua tingkat pakai belon. Sampai sekarang badut tu masih  belum lagi buatkan untuk aku permintaan aku itu. Badut tu jugak kemudiannya membuat persembahan silap mata secara humor. Semua hadirin nampaknya memang terhibur dengan gelagat badut tu. Tapi aku nengok bebudak kecil macam buat muka stone aje bila menonton aksi badut tu. Mungkin bagi mereka persembahan badut tu agak terlalu kompleks untuk difahami.

Syahmie bergambar dengan badut.
Isteriku dengan anak-anak saudara. Sabriena tumpang enter frame sekali.
Bunga belon yang dihadiahkan kepada isteriku oleh badut tadi.
Syakira suka terkejut. Hari-hari Syakira terkejut.
Lagi berposing dengan Barney.
Pintu masuk ke Kid's e World.
Syahmie ulang makan untuk kali yang kesepuluh round.
Ali dan Amin baru nak makan pasal datang agak lambat sikit.
Abang Ngah dengan topi ala serbannya.
Badut sedang membuat silap mata.
Ada jugak di kalangan saudara mara yang datang agak terlambat sikit. Tapi tak kisahlah, pasal makanan masih berlambak-lambak lagi. Dan suasana masih meriah dan ceria. Dan kanak-kanak sangat berasa teruja bila dapat bermain di medan permainan playground yang sangat luas dan pelbagai. Memang lokasi macam ni sangat sesuai untuk dibuat birthday party pasal kanak-kanak sangat happy dan ceria bila dapat bergerak bebas di kawasan yang terkawal dan selamat.

Bersambung...

Nicha, Abby, Syafiq dan Ika baru nak mengisi perut dengan juadah enak yang disajikan.
Abby, Syafiq dan Ika.
Nicha sedang mencucuk tekaknya dengan garfu. Owch! Owch!

Monday, December 24, 2012

Hari jadi Haikal yang happening: Bahagian 1

Dah lama sungguh aku tak menulis kat sini. Maknanya semenjak beberapa minggu sudah ni, aku memang terhimpit di tengah-tengah kekalutan dan kesibukan kerja yang sangat dahsyat. Semua benda nak kena siap sebelum Krismas, pasal geng-geng mat saleh nak bercuti panjang sampai tahun baru. Itulah bahana bekerja dengan orang putih. Ni barulah aku dapat ruang untuk bernafas sikit. Meh aku nak kisahkan satu kisah lama pasal upacara hari jadi cucu saudaraku, Haikal di Mid Valley.

Haikal menyambut hari jadinya yang kedua tahun.
Lokasi majlis hari jadi. Memang kanak-kanak sangat sukakan lokasi ni.
Aku rasa dah lebih sebulan peristiwa keraian ni berlalu. Kami dapat undangan dari mak ayah Haikal, Zuan dan Seri untuk ke majlis ni. Maka pada tengah hari selepas solat zuhur, kami pun menghalalah ke Mid Valley. Dah berzaman aku tak pergi ke Mid Valley. Aku agak fobia untuk ke sana pasal kadar jam yang sangat teruk telah dikenalpasti. Sesampainya di Mid Valley, kami pun carilah satu tempat bernama Kid's e World - tempat permainan kanak-kanak riang. Kat situlah acara majlis akan diadakan. Kami daftarlah nama kami kat kaunter pendaftaran. Pakai stokin, dipakaikan gelang kertas, dan terus kami ke dalam.

Dari parking, kami melalui lorong yang misteri ini sebelum sampai ke destinasi.
Zuan bertugas di meja pendaftaran.
Mendaftar nama sebelum masuk ke dalam.
Di dalam telah ada ramai para tetamu yang hadir. Makanan jugak telah banyak terhidang. Tapi para tetamu macam malu-malu nak makan. Atau mungkin masih belum dijemput makan kot. Aku yang kebetulan sangat lapar bak pelarian Afrika, talah menebalkan muka dan terus ke meja juadah. Pinggan sebesar talam kucapai. Makanan dari semua jenis telah kucedok  dan kuletakkan ke dalam pingganku. Penuh satu pinggan. Aku happy. Sangat happy, pasal lepas ni aku boleh makan sampai gemuk! Dan aku cari tempat duduk yang strategik, dan acara menyuap makanan ke dalam mulutku pun berlangsunglah. Nyamph nyamph nyamph...

Yana dan Wanie terus cari makan.
Amier sangat teruja dapat makan sosej dan nugget ayam.
Sabriena jugak sangat selesa di sini.
Juadah yang disajikan sangatlah pelbagai dan enak-enak belaka. Ada nasi goreng, bihun goreng, mi goreng, ada ikan goreng, ada kuih muih, ada ayam goreng, sosej goreng, kentang goreng, dan segala macam makanan yang goreng-goreng, rebus-rebus, serta steam jugak. Tapi yang menjadi favourite aku ialah agar-agar kenyal bagaikan getah pemadam Stabilo. Tapi rasa dia sangat sedap, dan rupa dia jugak sangat menarik. Tapi dalam banyak-banyak makanan yang terhidang, ada satu makanan yang sangat unik design dia. Itulah dia kek hari jadi Haikal berbentuk karaktor kartun Barney. Sangat kreatif. Rasa kek tu pun ada ala-ala macam rasa dinosaur jugak.

Kek hari jadi perasa dinosaur yang sangat hebat.
Bergambar dengan T-Rex bernama Barney.
Majlis tu turut dimeriahkan dengan kehadiran maskot birthday iaitu seekor raksasa purba T-Rex. Masa mula-mula dinosaur tu sampai, semua hadirin bertempiaran lari sebab takut dibaham oleh haiwan purba yang memang telah diketahui umum sangat ganas dan agresif tu. Tapi setelah ditenteramkan oleh pihak penganjur, barulah kami tahu itu sebenarnya sejenis dinosaur T-Rex yang telah jinak dan namanya ialah Barney. Bila kami telah mula yakin dengan keperamahan dinosaur tu, barulah kami berani mendekati dan bergambar dengan Barney.

Menjamu selera.
Hairi dan Abang Ngah.
Kak Enon turut meraikan ulang tahun cucunya.
Adrian ditemani atuk dan ibunya.
Nadia dan Azira.
Keluarga Adha turut hadir.
Zuan jadi pengacara majlis.
Kakak dan adik.
Zuan mendukung Haikal yang sedang memegang dua pucuk senapang patah.
Dah sudah makan. Sedang mendengar taklimat hari jadi.
Haikal bersama mama dan papa.
Tema majlis ialah purple dan hijau. Tapi aku pakai baju warna merah.
Beramah mesra dengan Barney.
Acara kemuncak pada petang tu ialah acara menyanyikan lagu Birthday dan memotong kek. Sebelum memotong kek, dan sesudah lagu Birthday dinyanyikan, masing-masing telah menarik picu senapang patah. Bunyi das tembakan senapang patah berdentum-dentum berbunyi, menggegarkan seluruh Kawasan Mid Valley. Nasib baiklah pelurunya cuma serpihan kertas kilat. Bila ditembak, maka berterbanganlah peluru kilat tu dan jatuh ke atas pinggan yang berisi makanan. Habis rosak semua makanan dalam pinggan pasal dah bercampur dengan peluru kilat. Sebelah tangan aku pulak telah terkena tembakan tepat jarak dekat. Yang menembaknya pulak ialah Emi. Dia menghadapi masalah ketika nak menarik picu senapang yang sangat ketat tu. Dalam pada dia terkial-kial nak menembak, tertembaklah tangan kanan aku yang sedang memegang kamera. Nasib baik tak cedara parah.

Bersambung...

Acara menembak ke udara.
Habis semua makanan di atas meja rosak terkena serpihan peluru kilat.
Bersedia untuk memotong kek.
Bergambar dengan Barney yang mesra pelanggan.

Monday, December 17, 2012

Selamat hari lahir isteriku

Semalam, 16 Disember adalah birthday wife aku. Memang dah jadi amalan turun temurun, sejak bujang sampai sekarang, aku akan menghadiahkan sebuah gambar karikatur - gambar hari jadi. Kat rumah kami sekarang dah ada kira-kira 16 buah gambar karikatur tergantung di dinding kamar kami. Campur yang latest ni, jadi 17 buah gambar berbingkai semuanya. Ruang kat dinding bilik pun dah semakin menyempit. Tak apa, kat siling masih banyak lagi ruang kosong.

Kami menyambut hari jadi di Hotel Hilton PJ. Makan hi-tea ramai-ramai. Memang menyeronokkan. Apa-apa pun, di kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat hari lahir dengan segala ucapan dan doa yang baik-baik buat isteriku di dunia dan akhirat. Dan aku tahu yang isteriku pun tahu yang aku dan anak-anak memang sangat menyayanginya sepenuh hati. Selamat hari lahir wahai isteriku...


Friday, December 7, 2012

Salah mamak

Kat Malaysia ni memang banyak betul mamak. Makanya, kedai mamak pun mestilah banyak. Walau pun nama kedai lain-lain (seperti Marhabbah, Ikhwan, Tawakkal, Ihsan, Insaf, Taubat, Menyesal, dan lain-lain), tapi menu masakannya lebih kurang sama aje. Cuma ada yang lebih sedap sikit dari yang lain-lainnya. Pada satu malam tu, selepas kami menziarahi Kak Long kat Hospital Damansara, dan selepas solat maghrib, kami pun pergilah cari makan kat daerah Taman Tun Dr Ismail. Isteri aku kata, dulu dia pernah makan kat satu kedai mamak yang ada buat sejenis roti nan yang sangat special. Jadi kami pun mencuba-cubalah untuk mencari kat manakah kedai yang dimaksudkan itu. Akhirnya, wife aku kata, "Pergi ajelah kat kedai yang tu". Dan bila sampai kat kedai yang bernama Restoran Istilah tu, rupanya kami telah salah kedai. Ah! Tak apalah. Makan ajelah apa yang ada.

Melayan I-pad sebelum makanan sampai.
Sesiapa yang berminat, boleh jugak main dam haji kat atas lantai.
Kesemua kami telah meng-order maggi goreng dengan telur mata setiap sorang. Berselera jugak kami makan, walaupun masakannya tak begitu mengancam. Dan macam selalu, yang makan paling banyak ialah Amier. Bahagian wife aku yang tak habis, dialah yang tolong bagi habis. Nampaknya kempunan jugaklah aku nak makan roti nan special yang sering diperkata-katakan oleh segenap pelusuk benua di Nusantara ini. Malam tu, aku tidur air liur meleleh dengan banyaknya sehingga menguyupkan bantal tempat aku melabuhkan kepalaku. Inilah bahana kempunan roti nan special.

Menjamu selera dengan maggi goreng dan telur mata.
Amier paling last habis, dan paling banyak makan jugak.

Amier main badminton

Minggu lepas aku main badminton lagi. Masa tu tangan aku tengah sakit sangat, pasal terlebih smash pada minggu sebelumnya. Tangan aku kena penyakit yang dikenali sebagai 'tennis elbow' (radang pada otot tendon). Tapi aku kena jugak pergi exercise. Jadi sepanjang permainan tu aku cuma pukul tangkis perlahan-lahan ajelah. Kalau pukul kuat sikit, atau salah ambil tangkis, akan menjeritlah aku, "Atttooyyyyaaaaiii!!!" Dan sejenak selepas tu, seluruh dewan jadi sunyi sepi kerana terkejut dengan jeritan aku yang padu itu.

Oleh kerana Syahmie tengah cuti sekolah, maka sudah pasti aku telah mengajak Syahmie untuk join aku main badminton. Amier pulak, bila nampak abangnya ikut aku ke gelanggang, dia pun nak ikut samalah. Bukan nak main badminton sangat. Tapi kata Amier, "Nanti kita pergi minum kan?" Sebab tulah dia nak ikut kami.

Abby, Ali, Amin, Amier, Amie (gelaran kepada Syahmie) dan Adi (akulah tu). Semua start dari huruf 'A'.
Selepas main badminton ala-ala auw-auww (pasal pukul tangkis lemah gemalai), kami pun pergilah ke warung berdekatan. Semua orang order air. Amier pun turut meng-order sama. Tapi Amier order lebih dari orang lain. Dia jugak order nasi goreng. Bila nasi goreng sampai, Amier pun makanlah dengan berselera sekali. Dan yang lain sekadar menengok Amier ajelah. Bila air dah diminum, dan Amier dah selesai makan, barulah kami pulang ke rumah masing-masing. 

Amier tengah makan dengan penuh khusyuk.

Thursday, December 6, 2012

Old timers

Ini gambar lama. Sebenarnya dah beberapa minggu aku tak main tenis. Ada minggu yang hujan turun lebat. Court pun basah. Memang tak sesuai main dalam hujan, atas court yang basah pulak tu. Sangat licin dan berbahaya. Ada minggu yang tak ada court kosong pasal ada tournament. Dan hikmahnya aku tak dapat main untuk waktu tu ialah pasal, tangan aku pun memang tengah sakit. Kena tennis elbow (ada radang otot sikit). Jadi sekarang tangan aku dah beransur pulih. Kejap lagi bolehlah sambung main tenis balik. 

Gambar yang aku tunjuk ni ialah kengkawan veteran aku. Sorang dah melebihi 60 tahun umurnya. Sorang lagi baru nak pencen. Tapi mereka sangat hebat bermain tenis. Sekadar nak berkempen, "Majulah Sukan Untuk Negara"!

Abang Haji Nordin dan Abang Haji Aziz.