m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Thursday, December 6, 2012

Persidangan Wattop di teratak Roy: Bahagian 2

Okay. Sekarang aku nak kisahkan pulak bahagian kedua pertemuan warge ex-MRSM Pengkalan Chepa batched ke-6 (atau lebih glamer dikenali sebagai warga WATTOP). Bila waktu solat asar makin dekat, maka makin ramailah kengkawan yang datang ke rumah Hj Roy. Sorang-sorang datang bertandang. Ada yang datang bersama keluarga besar (macam Mus Boboque), dan ada jugak yang datang bujang (macam Izam Belon - yang memang pun bujang). Bercakap pasal nama Hj Roy, aku rasa, dulu mungkin mengambil sempena perutnya yang agak tough (a.k.a. boroi). Tapi sekarang dah semakin ramai di kalangan kengkawan yang jugak layak dipanggil Roy. Aku tak terkecuali. He he he...

Makan ajelah apa-apa yang tinggal dan masih boleh dimakan.
Korum persidangan semakin ramai.
Sekejap lagi persidangan akan bermula.
Tengah tunggu giliran untuk karaoke. Ada sessi karaoke ke?
Bila dah ramai, maka hingarlah seluruh kawasan Kubu Gajah sehinggakan gajah-gajah yang masih bermukim kat situ terus lari meninggalkan daerah masing-masing dan pergi merantau ke overseas. Kawan lama aku yang dah laaaaaaaaammmmmaaaaaaa sangat aku tak jumpa ialah Rashid Othman. Nasib baik jugaklah aku ada berkomunikasi dengan beliau di laman Facebook. Jadi dapat jugaklah aku nengok dan mencam wajah beliau. Raut muka dan susuk tubuh memang dah jauh berubah. Kalau selisih pun  belum tentu aku boleh cam.

Nasri Nyok dan keluarga.
Rafi dan JJ. JJ sebenarnya dah sudah makan. Tapi pasal tak ada aktiviti lain yang disediakan, makan dia pun terus sambung makan lagi.
Wen sedang menunjukkan arah menuju ke Kubu Zirafah (Karam Singh Walia style).
Kami minta diri untuk pulang sebelum waktu asar tiba. Kena cari masjid nak solat zuhur dulu. Cuaca pun macam ala-ala nak hujan. Jadi sebelum ada yang balik pulang, kami bergambar dululah beramai-ramai. Macam ambil gambar untuk majalah sekolah dulu. Kecoh jugaklah suasana bila semua karaktor yang hebat-hebat ini bergabung dengan gelagat masing-masing. Sebagai penutup majlis, aku sempat jugak bergambar dengan Hj Roy kat luar rumah. Maklumlah, nak kenang zaman dulu-dulu ketika rumah kami cuma terpisah kira-kira sepelaung aje jaraknya. Tahniah Hj Roy. Kami menunggu ketibaan adik Md. Rizqi Ramdhani pulak.

Mat Spring dengan keluarga tersayang.
Kapok, Mat Jen dan Nyok.
Abu Hurairah Abu Hanifah - sampai lambat sikit.
Rafi dan Rashid a.k.a. Pok Shade (dorm mate aku dulu).
Mazeli (tengah) yang sampai lewat sedang menceritakan detik-detik cemas ketika bertembung dengan gajah Afrika sebelum tiba di rumah Hj Roy.
Pok Hair datang dengan keluarga.
Daging kambing dah habis. Mazeli terpaksa menjamu daging gajah pulak.
Mazeli tersentak dari makan, bila Mail Shah dan Lias datang mencelah.
Mat Jen dan Hazli.
Nuar (kiri) baru je sampai.
Bergambar ramai-ramai. Ada sepuluh orang kat sini.
Bergambar ramai-ramai. Dah meningkat jadi 17 orang.
Bergambar ramai-ramai. Semakin bertambah kepada 20 orang.
Bergambar ramai-ramai. Kini semakin meningkat hingga menjadi 23 orang.
Bergambar ramai-ramai. "Say cumvingggg!!!"
Bergambar kenangan dengan Hj Roy. Masa ni aku sengaja mengempiskan perut aku lebih-lebih sikit biar perut Hj Roy lebih nampak terserlah. He he he...

Tuesday, December 4, 2012

Persidangan Wattop di teratak Roy: Bahagian 1

Wah! Ini cerita lama. Memang sangat lama. Dah boleh dikategorikan sebagai cerita purbawala zaman Sultan Mahmud mangkat di julang. Tapi tak apalah. Cerita lama pun ada jugak syioknya kalau dilayan. Begini ceritanya... Pada kira-kira beberapa bulan lepas, aku dapatlah jemputan melalui emel dan FB dari kawan MRSM aku, Hj Fazli a.k.a Hj Roy, menjemput ke rumahnya pasal ada kenduri aqiqah menyambut anak sulungnya yang bernama Muhammad Rizqi Ramdhani.

Kek cokelat -cenderahati yang enak dimakan.
Antara pendatang-pendatang awal ke majlis.
Rumah Hj Roy  terletak di atas tanah, di daerah Sungai Buluh, kat Kampung Kubu Gajah. Kami sangat teruja bila mendapat tahu yang lokasi rumah Hj Roy kat kawasan tu. Lalu aku secara peribadi telah siap-siap pakai baju safari, menaiki 4x4 yang paling ganas dan lasak sekali, untuk meredah kawasan terpencil menuju rumah Hj Roy. Aku siap bawak teropong bagi meninjau kehadiran gajah-gajah liar yang dijangka akan banyak berkeliaran kat kawasan yang hendak dituju. Kami bertolak dari arah Kelana Jaya. Kami ikut jalan pintas yang paling mencabar sekali. Kami tak ikut highway, sebaliknya kami ikut denai-denai hutan. Kami tak ikut laluan darat, sebaliknya mengikut laluan berpaya. Ini semua untuk mendapatkan 'feel' ketika masuk di kawasan kubu gajah. Tetapi alagkah kecewanya kami, sekor anak gajah pun kami tak jumpa. Rupanya nama hanya tinggal nama. Semua gajah telah berhijrah beramai-ramai ke zoo-zoo seluruh Malaysia. Kami memang agak hampa. 

Sedang menikmati juadah.
Isteri dan isteri berbual pasal suami masing-masing.
Che Hab panas hati, sampai berpeluh-peluh, bila mendapat tahu kambing yang disaji tak pernah mandi pagi.
Kami bukan yang terawal sampai kat rumah Hj Roy. Ketika kami sampai, beberapa orang kengkawan yang lain telahpun duduk bersembang sesama sendiri di bawah khemah tetamu. Antara yang datang awal termasuklah Mus Boboque, Mat Jen Kuda, dan Che Hab. Setelah menegur tuan rumah dengan sapaan, "Hi bro!", aku pun terus menerpa ke arah meja hidangan dan mencapai apa-apa saja lauk yang boleh dimakan. Dan target utama aku tentunya kambing (kengkawan aku istilahkan sebagai cumving). Kambing kat rumah Hj Roy dimasak dalam dua jenis resipi. Satu, sup kambing berempah Timur Tengah. Dan dua, kambing masak kicap perasa biri-biri. Kedua-duanya pun sama-sama hebat keenakannya. Nasib baik aku datang awal sikit, sebab masakan kambing kat rumah Hj Roy nampaknya begitu cepat larisnya.

Kembar siam tak seiras - tarikh lahir kami sama. Karaktor lain-lan.
Sambung makan sampai muntah.
Masih menanti kengkawan lain datang.
Halm Petai frust sebab sup kambing tak letak petai.
Kaum ibu lepak kat dalam rumah - lebih nyaman.
Selain dari masakan kambing, terdapat jugak menu lain seperti masakan Al-Arabia - nasi Arab Saudi, kebab, dan roti pita. Ada pulak kat satu sudut tu disediakan hidangan mi rebus. Macam-macam jenis masakan yang disajikan untuk para tetamu. Sebijik macam kat pasar Ramadhan - mengambil sempena nama anak Ramdhani kot. Kami semua memang puas makan dan berasa sangat kenyang.

Hj Roy dengan anak lelakinya.
Halim (kiri) tercekik tulang rusuk kambing kerana makan terlalu gelojoh.
Tulang rusuk kambing sebesar lengan budak tu akhirnya berjaya jugak ditelan Halim.
Kedua-duanya bersinar. Tapi tak siapa boleh lawan sinaran yang dipantulkan oleh Halim Petai.
Semakin ramai yang datang, termasuklah Jai, JJ, dan Izam.
Izam menyuap nasi sambil membuat isyarat 1 Malaysia.
Mael Shah (tengah) terkejut dengan berita kematian kambing aqiqah.
Muzmi baru sampai, menegur Izam dengan kata-kata, "Eeeeeeee makan tak ajak kawan..."
Kapok gembira dapat makan dengan kawan-kaan lama.
Semakin lewat petang, semakin ramailah kengkawan yang datang. Tak dapat aku nak sebutkan sorang-sorang namanya, pasal ada tak kurang dari seribu orang kengkawan dari sekolah menengah MRSM Pengkalan Chepa dulu. Bila dah jumpa kawan ramai-ramai, maka berboraklah kami sesuka hati. Macam-macam topik yang dibualkan, dari kategori yang berat seperti soal besi dan batu, hinggalah ke kategori yang ringan seperti soal kapas dan kertas. Dan aku pun terus ambil gambar semua kengkawan yang hadir, sambil memasang telinga mendengarkan cerita-cerita sensasi dari teman-teman lamaku.

Bersambung...

Jai mempersembahkan masakan Arab - roti pita ukur.
Ini gerai mi rebus. Satu mangkuk cuma RM7.50 aje.
Juadah hebat yang disajikan.
Aku memang sangat berkenan dengan sup kambing ni.

Monday, December 3, 2012

Bukan Kemaman

Korang pernah dengar tak nama daun maman? Apa? Saman? Bukan saman, tapi maman. Ni mesti korang biasa kena saman. Pasal tulah asyik teringat saman aje. Nama daun dia memang MAMAN. Banyak terdapat kat sebelah Negori (especially kat Gemencheh) dan kat Terengganu (especially kat Kemaman). Nama tempat Kemaman tu pun ada orang kata berasal dari nama pokok maman ni. Daun maman ni (Cleome gynandra) dikira sebagai sejenis sayur jugak. First time aku jumpa dan kenal daun ni ialah masa kakak aku duduk kat Mentakab. Masa tu aku ada jugaklah pergi kat pekan sehari di Temerloh. Kat situ memang ada jual daun maman. Tapi dah kena jeruk. Aku pun heran jugak kenapa dia pergi jeruk daun maman tu. Rupa-rupanya sebab rasa dia agak pahit kalau dimasak begitu aje.

Hari tu, masa lepas ambil Syahmie dari Gemencheh untuk pulang cuti sekolah, aku singgah kat satu gerai nak beli lemang. Ternampaklah satu masakan ayam lemak pekat, yang disulam dengan daun maman ni. Santan yang pekat tu pun sebenarnya bertujuan untuk menghilangkan rasa pahit tu jugak. Satu lagi cara untuk menghilangkan rasa pahit ialah dengan meletakkan asam keping. Masakan yang aku beli kat Gemencheh tu rupanya macam menarik. Bila makan sedikit, rasanya memang agak pelik, tapi menarik. Tapi kalau makan banyak, rasanya tetap pelik, tetapi agak masinlah pulak. Jadi aku tak lalu nak habiskan seluruh juadah yang aku  beli tu. Aku pun tak tahu siapa yang tukang habiskan juadah tu. Entah-entah masuk kat perut Encik Tong.

Daun dan biji maman ni, kalau digosok kat kulit, boleh kena radang kulit dan melecur. Bahaya jugak tu! Tapi pada masa yang sama dia ada khasiat yang hebat. Kalau telan serbuk biji maman, boleh buang angin. Pus pus pus kentut berbunyi. Air rebusan biji maman boleh dugunakan untuk mengubat penyakit buasir. Lain-lain khasiat termasuklah untuk memelihara kulit, untuk gatal-gatal, cirit-birit, melicinkan kahak, penawar untuk penyakit hati dan hempedu, dan menghilangkan sakit-sakit belakang. Tapi yang peliknya, ekstrak biji maman ni jugak boleh dibuat racun serangga. Betul tak betul, wallahualam. Pokok pangkalnya, kalau nak berubat menggunakan pokok maman ni, kenalah bertanya pada orang-orang yang arif. Dan tak boleh memandai sendiri. Kelak buruk padahnya.

Sejenis pokok maman. Macam biasa nampak kat tepi-tepi longkang.
Inilah ayam maasak lemak bercampur daun maman. Rasanya agak pelik. Tetapi mungkin jugak enak berkhasiat.



Sunday, December 2, 2012

Pergi kenduri kahwin dengan PM

Malam semalam, selepas solat isyak, aku dan isteri telah menghala straight ke Jalan Eaton, di kawasan kediaman ibu PM kita, Tun Hajjah Rahah. Ada majlis perkahwinan kat situ. Office mate wife aku, Linda yang menjemput kami datang. Adik dia yang kahwin. Ayah kawan wife aku tu, Datuk Idris adalah orang penting dalam keluarga PM kita tu. Rumah dia pun terletak di dalam perkarangan yang sama. Ini kira masuk kali kedua kami ke situ.

Sekitar khemah majlis.
Peluang bersalaman dengan PM. PM agak gemuruh kerana teruja dapat bersalaman dengan aku, hinggakan bergetar gambarnya.
Mula-mula aku ingatkan kami dah lambat. Maklumlah, majlis bermula kira-kira jam 7 malam. Bila kami sampai kat kawasan Jalan Eaton, punyalah banyak kereta yang parking kat tepi jalan. Tepi jalan besar Tun Razak pun banyak kereta yang orang parking. Sesak sikitlah flow kenderaan kat kawasan tu. Tapi polis tak boleh nak saman, pasal ini melibatkan acara yang turut dihadiri oleh YAB PM. Dalam khemah besar yang dihias cantik, penuh dengan meja makan. Dan meja-meja tu pulak penuh dengan tetamu dari pelbagai lapisan usia dan kaum. Kami mencari-cari jugak teman-teman yang kami kenal. Dan turut mencari-cari tempat duduk yang masih kosong. Akhirnya wife aku jumpa beberapa seat kosong kat tepi karpet merah - laluan pasangan mempelai. Kami pun duduklah di situ.

Ketibaan pengantin muda.
Pengiring kanak-kanak perempuan.
Tak lama kemudian, terdengarlah bunyi siren polis. Kami ingatkan polis tengah kejar penjahat yang merompak Bank RHB. Rupa-rupanya itu adalah petanda VVIP sudah sampai menghadiri majlis. Dan VVIP itu adalah YAB PM Malaysia. Aku dan wife yang kebetulan duduk kat sebalah red carpet, pun berdirilah. Aku ambil kesempatan bersalaman dengan PM Najib. Dan isteri aku sempat jugak bersalaman dengan isteri PM, Datin Sri Rosmah. Kuat genggaman isteri PM, kata isteriku. Itulah first time kami bersalaman dengan orang-orang besar negara.

Pengiring kanak-kanak lelaki.
Pengantin muda - kedua mempelai.
Kami enter frame kejap.
Kami mengambil makanan kat buffet. Dan makan ala kadarnya. Kemudian isteriku ambil pulak kuih apam balik, dan kami makan dessert tu sebelum berlegar-legar untuk berborak dengan teman-teman lain yang hadir. Sempat jugak kami mengambil shot PM tengah makan kat meja makan pengantin. Oh ya. Sebenarnya pada malam tu, aku terlupa pulak nak bawak kamera hikmat aku. Jadi semua shot pakai I-phone ajelah gamaknya. Jadi kualiti gambar-gambar ni memang tak berapa sharp-lah. tapi kira okay jugaklah, daripada tak ada langsung. Setelah seketika berada di khemah majlis, kami pun beredar. Tak sempat berjumpa dengan tuan rumah pun. Isteriku sekadar berjumpa dengan kakak kepada kawan ofisnya dan mengucapkan berbanyak terima kasih. Memang satu pengalaman baru bagi kami pada malam tu...

Ramai sungguh orang yang datang - nak tengok pengantin, dan nak tengok PM.
Khemah ni penuh warna warni.
PM dan Datuk Seri Zahid Hamidi di meja santapan pengantin.
Aku tak dapat nengok apa juadah yang mereka makan, pasal semua juadah kena block dengan deretan bunga di atas meja.
Tak berani aku datang terlalu dekat. Nanti bodyguard dia tangkap aku.
Bersama Fidah, kawan sepejabat.
Last post sebelum kami semua pulang ke rumah.