m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Wednesday, October 3, 2012

Majlis campuran: Tetamu dah mula datang menyerang!!

Bila aroma makanan terbit aje, menyemarak dan tersebar luas ke angkasa raya, berbaur dengan udara luar yang nyaman, maka orang ramai dari segenap pelusuk taman dan negara seluruhnya, terhidu akan keenakan bau-bauan yang sangat menambat hati ini. Segala jenis bau dapat dihidu. Ada bau beriyani kambing. Ada bau kambing golek. Ada bau char kue tiau. Ada bau teh tarik. Ada bau kek. Ada bau chocolate fountain. Dan tak ketinggalan, ada jugak bau kentut. Tak kiralah bau apa sekali pun. Semuanya telah menimbulkan rasa teruja dan membuka selera orang ramai untuk datang dan makan segera di majlis kami ini.

Group marhaban memulakan santapan.
Sangat teruja bila nampak kambing bergolek-golek di atas bara.
Mula-mula geng marhaban wanita makan dulu, pasal merekalah yang paling lapar. Kemudian muncul pulak geng pelajar tahfiz. Mereka jugak kelihatan lapar. Kemudian barulah tiba tetamu di kalangan keluarga dan kengkawan. Semuanya lapar-lapar belaka. Yang sesat barat pun boleh tahan jugak ramainya. Ada yang sampai sesat hingga ke United Kingdom. Kami maksudkan UK to Ulu Kelang. Rupanya tetamu kami yang itu salah faham. Dia siap tempah kapalterbang nak ke UK yang salah.

Jangan takut, kambing masih banyak, dan masih bernyawa.
Kamilia, Intan dan Wanie tertunduk-tunduk ketika menikmati kesedapan char kue tiau.
Bertalu-talu makanan dijamah. Tanpa menoleh ke belakang lagi. Berkilo-kilo nasi habis dimakan. Berekor-ekor kambing habis dilapah. Bertangki-tangki air habis diteguk. Jumlah tetamu yang datang dianggarkan seramai setengah juta orang. Padat dan sendat kawasan tadika Kidz Cabin tu. Dan kami semua sebagai tuan rumah terpaksa bertungkus lumus melayan kerenah para tetamu demi mengeratkan silaturrahim antara kami.

Nasi beriyani, char kue tiau, semua mesti dirasa.
Aduh, sedap sungguh makanan ini. Dari manakah datangnya ia?
Adam makan sorang-sorang. Tak nak kongsi dengan sapa-sapa.
Farid makan kambing dekat lima ekor semuanya.
Hah! Kambing lagi!
Berbual selepas kenyang makan.
Bersama keluarga Juanih.
Bersama keluarga Nordin.
Bersama keluarga Pak Wie. Walaupun sesat teruk tapi sampai jugak ke destinasi.
Tetamu bagaikan tak henti-henti datang dan menjamu selera. Maklumlah, lepas acara baca doa, memang pun kami buat rumah terbuka. Dah kalau rumah terbuka, memanglah banyak orang yang datang. Tanpa had. No limit! Bagus jugak kawasan tadika ni agak luas. Tak cukup meja dan kerusi, boleh duduk atas lantai kat dalam rumah. Tak cukup lantai, boleh duduk atas rumput. Tak cukup rumput, boleh aje bertinggung atas pokok. Tak cukup pokok, kat cerun bukit dan gaung jugak boleh dijadikan tempat bersantai sambil menjamu selera.

Keluarga Pak Wie yang ramai.
Brader Jalil dan Abang Karim.
Kepada semua tetamu yang datang, kami ucapkan berbanyak terima kasih. Kami tau, ada ramai lagi yang nak datang, tapi telah tersangkut jam kat lebuhraya. Dengar ceritanya, semua jalan-jalan di KL dan Selangor, dan Seremban, dan Perak jam teruk trafiknya. Banyak yang tak jadi datang kerana itu. Tak apalah. Lain kali cuba datang lagi. Tak semestinya time raya aje. Time puasa pun boleh datang jugak, sembang-sembang.

Keluarga Jasha.
Sis Jasha dan suaminya.
Bila dua kawan baik berjumpa... gossip pasal kereta...

Tuesday, October 2, 2012

Majlis campuran: Budak-budak main-main

Tatkala para tetamu sedang asyik mengintai makanan, menjamah hidangan, mengisi perut dengan pelbagai juadah yang disajikan, anak-anak mengambil kesempatan untuk bermain-main di sekitar kawasan tadika Kidz Cabin yang memang banyak alatan permainan yang menarik. Soal makan dah jadi nombor dua. Main dulu. Bila haus, minum. Bila lapar, makan. Bila penat, rehat sebentar. Kemudian main lagi. Dan lagi...

Amier nak try monkey bar. Intan turut membantu.
Mukamil sedang pecut laju menaiki kerbau saktinya.
Wanie tolong Amier di monkey bar.
Shahira, Taqif dan Ika bermain buaian.
Antara alatan permainan yang menarik minat anak-anak kecil termasuklah, buaian, monkey bar, padang bola mini - siap dengan goal post, trampoline, spring animals dan macam-macam lagi. Itu aku tak cerita lagi pasal sebahagian lagi alat permainan yang jugak digemari anak-anak, seperti, merry-go-round, paintball, dan yang paling ultimate sekali ialah roller coaster setinggi 30 tingkat bangunan! Kami biarkan aje anak-anak dengan hal mereka. Majlis ini memang untuk meraikan semua. Kanak-kanak tidak terkecuali.

Amier meloncat-loncat di atas trampoline.
Anak-anak bermain bola di padang kecil.

Majlis campuran: Happy birthday bulan 9

Nama pun majlis campuran. Maka bercampur-campurlah segala majlis diadakan pada hari yang sama, tempat yang sama, menu yang sama, dengan host yang sama jugak. Selepas semua majlis baca doa, marhaban, berzanji selesai, kami keluarkan pulak tiga biji kek yang terhias cantik, dan diletakkan di atas meja untuk tatapan umum. Di atas salah satu kek tu tertulis frasa "Happy Birthhday". Maknanya nak sambut hari jadilah. Jadi semua yang tarikh lahirnya jatuh pada bulan September, beraturlah keliling meja untuk diraikan. Aku sepatutnya join sekali. Tapi aku nengok yang bersusun kat tepi meja tu semuanya orang perempuan, jadi aku tak jadi nak join. Aku jadi tukang ambil gambar pun jadilah.

Tiga biji kek hari jadi.
Kak Ogie melantik dirinya menjadi pengacara majlis versi sambutan hari jadi.
Kak Ogie jadi pengacara majlis menjemput semua ahli keluarga yang lahir pada bulan sembilan (September) datang menghampiri meja kek. Bukan saja ahli keluarga yang dijemput, malah para tetamu, para penduduk kat taman Ukay Height tu, jugak para pemandu kenderaan yang lalu lalang kat MRR2, asal lahir bulan sembilan aje, kami jemput diorang join sekali. Maka berpusu-pusulah orang ramai yang entah dari mana datangnya, nak join sambutan hari jadi bulan sembilan. Jumlahnya tak terkira. Pakai calculator pun tak boleh nak ditentukan jumlahnya.

Tak sabar-sabar nak potong kek.
Antara yang meraikan hari jadi bulan sembilan. Cuba nengok, semua perempuan kan?
Lalu kami nyanyilah lagu "Allah Selamatkan Kamu" beberapa kali sampai semua tetamu naik bosan. Lepas tu barulah kek dipotong oleh orang-orang yang diraikan. Sampai lumat kek tu dipotong, dicincang, ditetak. Sampai dah tak rupa kek. Lepas tu semua orang makan kek. Sebelah petang sikit, Makcik Norizan datang bertamu. Dia bawak sebiji kek cokelat yang hebat enak rasanya. Aku letakkan sekali dengan hmpunan kek-kek yang lain.

Masing-masing puas hati dengan nyanyian kumpulan koir, mendendangkan lagu "Allah Selamatkan Kamu".
Giliran Nana memotong kek dengan penuh konsentrasi dan emosi.

Majlis campuran: Jemaah tahfiz bertahlil

Sejurus selepas geng marhaban wanita siap bermarhaban dan berzanji, tibalah pulak geng pelajar tahfiz dari Kampung Baru ke sini. Kira-kira ada dua puluh orang semuanya, termasuklah dua orang ustaz, dan seorang penaung-Hj Abdul Razak. Aku memang agak rapat dengan Hj Abdul Razak setelah beberapa kali aku menjemputnya datang membaca Yaasiiin, atau buat majlis tahlil. Seorang hartawan yang sangat rendah diri dan peramah.

Hj Abdul Razak dan para pelajar makan nasi beriyani dulu.
Makan time tengah hari, memang sangat menyelerakan.
Sampai-sampai aje geng tahfiz ni, kami suruh mereka serang bahagian makanan dulu. Bagi mereka kenyang dulu, pasal kebetulan dah tengah hari. Masing-masing pun makanlah dengan sangat berselera sekali. Nasi beriyani dan kambing golek menjadi rebutan semua jemaah yang hadir. Kami bagi mereka tempoh yang selesa agar makanan boleh dimakan dengan tenang tanpa tergopoh-gopoh. Setelah semua ahli jemaah kenyang tersandar, sendawa dan terbaring kekenyangan, barulah kami buat announcement suruh para jemaah tahfiz buat tahlil dan doa selamat. Dan bacaan tahlil pun bermulalah...

Nak rasa daging kambing golek pulak.
Para pelajar sedang menikmati juadah.
Sedap sungguh nasi ni...
Ustaz Adnan mengetuai bacaan tahlil dan doa selamat.
Sebahagian dari pelajar tahfiz yang hadir.
Ustaz Adnan membaca doa tahlil dan doa selamat.
Setelah buat tahlil, tiba pulak giliran aku mendukung Sabriena dan membawanya berarak sekeliling kampung untuk dipotong jambulnya. Aku sempat terdengar Sabriena berbisik pada dirinya sendiri, "Habislah gondol kepala adik..." Dan para jemaah lelaki pulak yang bergilir-gilir mencantas rambut Sabriena sampai gondol. Sabriena masih diam dalam redha.

Okay. Mari kita potong rambut Sabriena!
Sabriena maintain cool.
Para jemaah terus berselawat.
Rambut Sabriena semakin menipis.
Abang Leman mengiringi aku.
Giliran Pak Long Zai melaksanakan tugas sebagai pemotong rambut.
Pakcik Karim pun nak tumpang sekaki memotong rambut Sabriena yang bergaya.
Tatkala aku sibuk mendukung Sabriena, Abang Leman pulak sibuk menatang dulang yang berisi buah kelapa tempat menyimpan rambut Sabriena yang telah dipotong, bunga rampai dan air mawar. Kalau haus, Abang Leman tak dapat minum air kelapa, pasal Kak Uda telah terdahulu menghabiskan air kelapa. Maka Abang Leman terpaksa minum air mawar ajelah sebagai penghapus dahaga.

Kerana terlalu seronok, ayahku potong rambut Sabriena untuk kali kedua.
Giliran ayahku.
Jiran depan rumahku, Abang Ibrahim turut berperanan menogelkan kepala Sabriena.
Sabriena merayu kepada orang ramai supaya reserve sikit rambut kat kepala dia, untuk dibuat rebonding.
Selesai sudah tugas ayahku.
Bukan sahaja pakcik-pakcik dan datuk-datuk yang berpeluang menggunting rambut Sabriena. Sepupu pun boleh potong jugak.
Mungkin ini first time Faridz buat upacara yang seperti ini.
Bila semua orang laki-laki dah potong rambut Sabriena, baca doa selamat sikit untuk Ayahanda Atan dan Abang Khalid. Lepas tu kami bagi sorang sedikit cenderahati tanda penghargaan kami kepada para jemaah yang sudi datang ke majlis kami. Ayahku dan Ayah Atan sekali lagi menjadi wakil kami memberikan hadiah kepada para tetamu. Akhirnya, turut diberikan sedikit wang sumbangan bagi sekolah tahfiz di Kampung Baru tu.

Setiap ahli jemaah pelajar tahfiz mendapat saguhati.
Sorang sikit, hati kuman sama dicicah.
Sumbangan untuk sekolah tahfiz diberi kepada Hj Abdul Razak.