m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, October 1, 2012

Majlis campuran: Meraikan anak-anak yatim

Sedang jemaah wanita asyik membaca marhaban dan berzanji, tibalah anak-anak yatim dari Rumah Kasih Nurul Hasanah di Bukit Indah. Kira-kira ada tujuh belas orang semuanya. Terus mereka kami jemput masuk dan duduk bersama-sama dengan jemaah kaum ibu tadi. Setelah bacaan marhaban dan berzanji selesai, barulah kami jemput semua anak yatim tadi untuk beratur bagi mendapatkan sedikit cenderahati kerana kesudian mereka hadir ke majlis kami.

Anak-anak yatim dari Bukit Indah baru sampai.
Jom masuk rumah.
Kira-kira tujuh belas orang anak yatim semuanya.
Masing-masing malu-malu bila tiba di sini.
Anak-anak yatim sedang menumpukan perhatian dengan bacaan jemaah wanita.
Bacaan doa.
Ayah Atan tolong bagi sampul raya berisi duit kepada kanak-kanak yatim tadi. Sementara ayahku menghulurkan sejumlah wang yang merupakan sumbangan buat Rumah Kasih Nurul Hasanah tadi. Lepas tu kami jemput mereka makan. Nampak mereka sangat enjoy dengan sajian yang dihidangkan.

Ayah Atan sedang mengagihkan duit raya kepada anak-anak yatim.
"Terima kasih, atuk".
Satu orang dapat satu bungkus.
Masing-masing mendapat habuan masing-masing.
Sumbangan diberikan kepada penjaga pusat anak yatim.
Anak-anak yatim sedang menjamu selera.
Sedap jugak nasi beriyani kambing ni.

Majlis campuran: Cukur jambul Sabriena

Tepat jam 11.30 pagi, geng marhaban kawan Kak Uda pun sampai satu kumpulan. Siap pakai uniform warna pink colour. Macam tau-tau aje yang tema untuk majlis tu ialah warna pink colour. Sabriena telah awal-awal lagi dimasukkan ke dalam buaian pelamin yang telah dihias molek oleh Abang Leman dan Abang Khalid. Sabriena tak menangis. Sabriena sekadar diam sambil mata melirik ke sana dan ke mari dalam kehairanan.

Sabriena di dalam buaian pelamin yang cantik.
Hasil kerja tangan Abang Leman dan Abang Khalid.
Setelah para jemaah dari kaum ibu mengambil tempat masing-masing di ruang utama, barulah Kak Uda memperkenalkan jemaah marhaban kepada umum. "Sekarang, tanpa melengahkan masa lagi, saya selaku pengacara majlis, serta wakil ketua kampung Pinang Sebatang, mempersilakan, tak lain dan tak bukan, kumpulan marhaban yang terulung di dunia ini, terhebat di alaf ini, dan ter-glamer di benua ini, inilah dia saya persilakan, kumpulan marhaban wanita, yang dikenali sebagai The Pink Sisters!!!" Begitulah Kak Uda memperkenalkan para tetamu kepada kumpulan marhaban kaum ibu tadi.

Para jemaah wanita mengambil tempat sebelum memulakan bacaan marhaban.
Para jemaah wanita sedang membuat bubbling sebelum melontarkan suara.
Kak Uda memulakan bicara. "Cobaan satu, dua, tiga. Cobaan, cobaan..."
Mama mendodoikan Sabriena.
Sabriena sebelum diarakkan.
Marhaban dimulakan.
Sabriena sempat jugak melelapkan mata buat seketika.
Setelah seketika bermarhaban dan berselawat, Sabriena pun diarak oleh isteriku keliling jemaah untuk dipotong jambulnya. Sorang-sorang makcik marhaban menggunting rambut Sabriena dengan penuh kegeraman. Semakin lama diarak, rambut Sabriena semakin menipis. Rambut yang telah digunting dimasukkan ke dalam buah kelapa yang telah diukir di pangkalnya. Semakin lama, semakin penuh buah kelapa dengan rambut Sabriena. Kami terpaksa korek isi buah kelapa supaya muat memasukkan rambut Sabriena ke dalamnya. Aku turut tumpang sekaki memasukkan rambutku yang gugur ke dalam buah kelapa agar nampak lebih meriah buah kelapa tu.

Okay. Jom kita bertawaf sekarang!
Mendukung Sabriena.
Kak Uda bawa buah kelapa. Bila terasa haus, Kak Uda akan minum air kelapa tu.
Dan rambut Sabriena pun dipotonglah.
...dan terus dipotong...
Letak air mawar bagi wangi sikit.
Sabriena terus diarak sekeliling jemaah wanita marhaban. Lepas rambut dipotong, masing-masing mengucup dahi dan pipi Sabriena. Sabriena biarkan aje mereka berbuat demikian. Tak kisahlah, janji masyuuuukkkk... sambil Sabriena mengira jumlah wang yang dah masuk ke dalam poketnya. "Boleh tahan", bisik Sabriena pada dirinya. Sesudah upacara habis, sedikit sumbangan diberikan kepada ketua rombongan marhaban kerana sudi hadir memeriahkan dan meraikan majlis yang tak seberapa ini.

Para jemaah mengucup dahi Sabriena sambil menyelitkan barang beberapa ringgit sebagai cendera hati.
Giliran Ustazah Maharum pulak.
Kak Lin pun potong jugak rambut anak saudaranya yang bongsu ni.
Okay, acara potong rambut dah beres.
Para jemaah sambung baca marhaban dan berzanji.
Memberi sedikit saguhati sebagai penghargaan.

Majlis campuran: Majlis dimulakan

Majlis campuran ini bermula secara beransur-ansur. Mula-mula kaum keluargalah yang memeriahkan suasana tempat kenduri ni. Sebelum tetamu datang makan, ada di antara kami dah makan dulu. Masing-masing dengan tugas masing-masing. Ada yang siapkan hidangan nasi beriyani, ada yang sapu lantai, ada yang jadi coordinator, dan ada yang jadi penyembang agar suasana terus meriah dan happening.

Kois dan Faridz menanti tetamu bagai menanti buah tak gugur.
Dua orang partner tadika Kidz Cabin - Teacher Zarida dan Teacher Fatimah.
Wife aku yang menjadi penyimpan wang collection telah mengagih-agihkan duit untuk diberikan kepada tetamu tertentu yang hadir, seperti group marhaban, group tahfiz, dan kumpulan anak-anak yatim. Sorang dapat sikitlah. Buat syarat.

Wife aku sedang mengagih-agihkan duit collection.
Makan dulu sebelum bagi orang lain makan.
Faiisal, Syauki dan Ika sedang menyediakan hidangan nasi beriyani kambing.
Nana menyapu lantai supaya para tetamu ibu-ibu berkenan untuk menjadikannya menantu. Hi hi hi...
Faiisal, Hidayat dan Kois sedang rehat selepas penat bekerja.
Kita minum dulu!!!
Kak Esah, Abang Leman dan Yaya memastikan makanan terhidang kemas untuk para tetamu.
Sementara menanti tetamu datang, kami duduk melanguklah sambil berbual sesama sendiri. Kalau tak ada modal nak berbual, masing-masing nengok muka masing-masinglah sampai bosan. Lepas tu boleh nengok siling rumah pulak. Atau nengok kawanan monyet kat laman pun kira menarik jugak.

Jiranku, Abang Ibrahim datang awal. Sedang bersembang bersama ayah-ayahku.
Kak Piah - pakar buat air teh tarik.
Kakakku bersama Kak Ita.
Bila dah lama sangat duduk bersebelahan, modal bercerita pun dah habis.
Kakakku bersama Ustazah Maharum.
Ali menjaga kasut. Masa Ali kat sini, semua kasut tersusun rapi. Bila Ali beredar, semua kasut bersepah-sepah tak tentu arah.

Majlis campuran: Siap-siap nak bagi orang makan

Assalamualaikkum!

Kali ni aku bagi salamlah sikit. Aku rasa macam dah lama bebenar tak buat entry. Maklumlah, baru kerja kat ofis baru, sibuk memanjang. Tak apalah... rezeki Allah nak bagi. Kita sambung baliklah pasal majlis campuran  yang berlangsung di Kidz Cabin masa bulan Syawal dulu. Banyak lagi bendanya yang nak aku kisahkan.

Kami ada buat kenduri aqiqah untuk anak kami, Sabriena. So, tumbanglah sekor kambing biri-biri dan tergolek menjadi kambing golek yang hebat. Tapi kami tau, permintaan untuk memamah kambing golek ni terlalu tinggi, maka kami order sekor lagi kambing golek versi bukan aqiqah pulak. Kongsi ramai-ramai, tak terasa beban membayarnya. Brader-brader yang handle bab kambing golek ni memang dah expert. Tukang masak orang lain. Yang datang hidang kat tempat majlis, orang lain pulak. Tapi kami memang dah maklum benar akan keenakan resipi biri-biri bergolek dari Keramat ni.

Brader ni sedang menggolek kambing biri-biri.
Brader ni mintak aku bayar extra pasal jadi model part time bersama kambing golek. Serius! Memang dia cakap macam tu!
Brader ni sangat serius dan fokus bila membuat kerjanya.
Kambing dipotong lumat sampai jadi macam daun rampai.
Selain dari kambing golek yang tergolek, kami ada jugak panggil pemasak char kue tiau dari KL untuk memasakkan buat tetamu yang hadir masakan char kue tiau resipi keluarga. Setting untuk masak masakan ni sangatlah simple. Cuma perlukan satu meja kecil, dan satu kuali. Yang lain tu cuma guna apa-apa aje yang ada kat sekitar tempat memasak tu. Contohnya, kalau nak masak sayur, petik aje apa-apa daun dari pokok-pokok atau rumput. Kalau nak lauk, tangkap aje apa-apa binatang yang melata kat tanah atau udara. Tapi masakannya tetap sedap dan enak. Brader yang masak tu pun cukup sporting dan humble.

Brader char kue tiau sedang menyiapkan meja gorengan.
Char kue tiau enak sudah sedia untuk dimakan.
Dan untuk dessert, adalah pulak chocolate fountain. Yang ini diuruskan oleh anak-anak buah kami-Aniza, Zila dan Faridz (tiga beradik seibu sebapa). Cokelat yang digunakan diimport khas dari Ghana, pengeluar koko utama dunia. Buah anggurnya pula diimport khas dari France, pengeluar anggur terbesar di dunia. Buah apple pulak dari Australia, pengeluar apple terbesar di dunia. Buah kiwi pulak diimport dari New Zealand, pengeluar burung kiwi terbesar di dunia. Dan lidi buat cucuk buah-buahan diimport dari orang asli Malaysia, pembekal lidi sumpit terbesar di dunia. Budak-budak memang suka benar makan buah celup chocolate fountain ni. Untuk mencantikkan kesan chocolate fountain ni, siap dipasang dengan lampu lip-lap bagi memberikan suasana fountain atau air terjun seperti di taman-taman bunga yang eksklusif di seluruh dunia.

Faridz sedang memeriksa setiap lidi buah, bagi memastikan racun sumpit telah dibersihkan.
Kakak Aniza sedang menyusun sate biskut untuk chocolate fountain-nya.
Dan ada beberapa perasa air yang disediakan untuk para tetamu yang datang. Ada air sirap, Ribena dan oren yang sangat segar. Disediakan buat mereka yang kepanasan. Ada teh tarik yang telah ditarik menjadi sangat panjang sampai macam tali skipping. Air panas ini ialah untuk orang-orang yang merasa kesejukan. Dan ada jugak air mineral bagi mereka yang tak gemar kepada kemanisan. Dan semua air-air ini memang enak-enak belaka.

Akid, Faiisal, Kak Piah, antara yang bertanggung jawab membuat air minuman resipi terulung alaf ini.