m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Thursday, June 7, 2012

Elin bertunang: Sekitar majlis selepas berunding

Bahagian 3

Fai dengan Elin bertunang pada hari Ahad lalu. Upacara berunding antara kedua-dua wakil berjalan sangat lancar, macam bawak kereta kat tengah KL pada Hari Raya Puasa pertama pada jam 7 pagi sebelum sembahyang raya bermula. Majlis rundingan bukan saja berjalan lancar, tapi jugak serba ringkas dan tepat, macam matematik moden, bukan matematik tambahan. Lepas tu masing-masing buatlah apa-apa yang patut kat bahagian bawah rumah, seperti makan-makan, borak-borak, main-main dan duduk-duduk termenung.

Atuk Atan baru mula berasa lapar setelah sessi rundingan selesai.
Hairi mengelap pinggan sampai kilat macam cermin.
Anak-anak buah berhempas pulas melakukan kerja-kerja amal seperti kutip pinggan, basuh pinggan dan gelas, lap pinggan yang basah, buat air sirap, tambah lauk dalam tray hidangan dan segala serba-serbi apa-apa yang patut. Ketua bahagian krew belakang tabir diketuai oleh Koas. "Kau, kau, kau, pergi sana buat tu. Kau, kau, kau pulak, pergi sini, buat ni. Yang lain ikut aku, kita enjoy!!! Ha ha ha!!!" Macam tulah agaknya Koas berkata-kata kot.

Para tetamu menjamu selera.
Serupa tapi tak sama.
Para tetamu dari perwakilan pihak lelaki nampak gayanya makan penuh selera. Mungkin time makan dah agak lewat. Memanglah perut time tu tengah berkeroncong. Nyom nyom nyom, bunyi masing-masing memamah nasi putih berlauk ayam goreng rempah, sayur pisang masak lemak serta sambal udang. Aku sendiri tadi pun makan penuh selera. Sendawa bau udang sambal lagi. Selain tu, ada jugak dihidangkan segala macam kuih-muih dari genre modern dan jugak etnik kreatif tradisional. Semua makanan memang laku. Sampaikan orang ramai yang lalu-lalang yang pada asalnya nak makan kat restoran mamak Fauziah Ghous bersebelahan pun akhirnya makan kat khemah kami jugak. Kami siap charge harga kaw-kaw macam kat hotel. Pun masih laku dan laris. Suasana makan tu yang membuat orang ramai begitu berselera sekali. Pergh!

Rombongan pihak lelaki sedang menikmati juadah.
Ibu Fai baru turun dari kamar pertunangan.
Macam kembar aje...
Faiisal dah makan awal. Jadi time ni dia nengok orang makan aje.
Pak Long dan Pak Tam berehat sejenak.
Lepas tetamu dah makan, giliran ahli keluarga pihak perempuan pulak yang makan. Siapa-siapa yang belum makan, akan makan masa ni. Yang dah makan awal, kira ulang makan lagi round kedua. Maklumlah, nengok lauk masih banyak lagi. Aku sendiri meratah ayam goreng, walaupun gigi aku tengah sakit ya amat masa tu. Tapi mana boleh tahan, nengok orang lain makan penuh selera. Aku pun nak jugaklah menumpang sekaki. Maksud aku menumpang semulut.

Giliran ahli keluarga pulak makan.
Nana berehat sebab baru lepas main muzik macam Kasim Selamat.
Ika dan Nana.
Mak Long dan Zila.
Isteriku bersama kakaknya, Mak Nyah.
"Okay. Tuang pelan-pelan. Jangan kasi tumpah. Ini resipi keluarga ni. Nanti lain pulak jadi rasanya", pesan Abby pada yang lain.
Sementara ada yang bekerja membantu bahagian makanan, anak-anak main kejar-kejar atau main I-Pad Mak Usu. Air sirap yang dibancuh juga kelihatan sangat sedap. Aku yang tak berapa gemar minum air sejuk pun turut terliur melihatkan warna air sirap yang sangat indah dan cantik bagaikan warna pelangi di waktu pagi. Resipi air sirap tu ialah dari resipi rahsia keluarga turun temurun yang dibawa dari generasi ke generasi. Rasanya sidikit pun tak ubah dari resipi yang asal. Air batu yang dicampurkan juga telah dipilih secara teliti dari segi tahap kesejukan dan bentuk air batu itu sendiri. Ketelitian inilah yang membuahkan hasil yang sangat luar biasa enaknya.

"Hello! Apa? Saham tengah naik? Okay, jual, jual sekarang. Makcik kayo! Makcik kayo!!!"
Bapa kedua-dua pasangan mempelai sedang membincangkan cara-cara untuk meningkatkan prestasi badminton dan bolasepak negara.
Nicha tengah berehat, "Lenguh tengkuk mak".
Koas baru nilah dapat peluang nak makan setelah berhempas pulas bekerja keras menjadi pengarah operasi.
Kois tersenyum lebar bagi menghilangkan penat badan. Senyuman Kois boleh buat orang lain pun hilang penat jugak.
Anak-anak main I-Pad Mak Usu dengan penuh tekun dan semangat.
Amier jual sate ayam dan sate daging. Murah aje, dua ikat seringgit.
Syauki dengan teman tetapi mesranya.
Sedang enak menjamu selera.
Sesudah semua orang makan, geng-geng belakang tabir bekerja lebih keras membasuh pinggan, mengemas meja, menurunkan khemah dan mengutip sampah. Lauk pauk yang berlebihan dibungkus untuk diagih-agihkan kepada kaum keluarga serta mangsa bencana alam di Afrika. Semua kerja selesai kira-kira sebelum maghrib. Semuanya berlangsung dengan harmoni, dengan semangat kerjasama dan kekeluargaan. Oh, aku terlupa pulak. Sebelum dikemas kerusi meja, kami turut mengadakan majlis tahlil ringkas untuk dihadiahkan kepada Allahyarhamah Bonda Rahmah. Atuk Atan yang mengendalikan majlis tahlil ini. Waktu membacakan doa tahlil, Atuk Atan agak sebak seketika. Pak Tam yang duduk bersebelahan mengusap-usap belakang badan Atuk Atan untuk menenangkannya. Jelas, masing-masing masih merindui Allahyarhamah Atuk Pon. Semoga roh beliau dihimpunkan bersama roh-roh insan-insan yang mendapat redha Allah.

Akid dan Hidayat membasuh pinggan. Ali dan Amin yang turut bekerja keras tak mau gambar mereka diambil.
Amier gembira pasal dapat makan cokelat masa kat ruang atas.
Sessi membungkus makanan.
Lagi makanan untuk diagih-agihkan kepada rakyat Afrika.
Kois tersenyum melihatkan Abby menekup dahinya dengan tisu. Abby tengah buat silap mata kot?
Makan second round di kalangan krew belakang tabir.
Makan second round lagi berselera dari makan first round pasal lauk lagi banyak boleh taruh.
Mak Long turut menjamu selera setelah penat bekerja.

Tuesday, June 5, 2012

Elin bertunang: Perundingan yang panas

Bahagian 2

Elin bertunang dengan Fai pada tengah hari Ahad lepas. Rombongan pihak lelaki yang dianggarkan seramai 15 orang tiba kira-kira jam 2 petang. Masa tu kami semua dah ready. Aku ingat siap nak buat palu kompang dan rebana ubi lagi. Tapi, eh, ini cuma bertunang. Bukan berkahwin lagi. Kalau berkahwin nanti barulah segala jenis gendang genderang akan kami palu. Aku, ayah Atan dan Abang Zai terus bergegas ke ruang atas rumah, tempat di mana rundingan dua penjuru akan diadakan. Kami bertiga menanti dengan sabar dan penuh debaran.

Kek red velvet bersulam cheese yang sangat sedap.
Hantaran dari pihak perempuan. Sangat cantik.
Menyusun hantaran dari pihak lelaki.
Hantaran dari pihak lelaki yang sama-sama cantik.
Hantaran yang cantik - pink colour!
Kat ruang atas aku nengok segala barang hantaran telah dihias dan disusun dengan cantik sekali. Pelamin ringkasnya juga sangat indah terhias. Tak lama kemudian, masuk pulaklah bapa pengantin, Abang Zahid dan pakcik-pakcik Elin yang lain untuk berada di pihak perempuan. Dan sejurus itu jugak, perwakilan dari pihak lelaki juga masuk ke kamar rundingan yang taklah seluas mana tu. Setelah semua tetamu dan tuan rumah duduk, Ayah Atan pun memulakan bicara dengan penuh hemah dengan pertuturan yang kemas dan penuh santun. "Awak semua ni datang apa hajat? Kami ni semua macam blurrr-lah sikit, datang ramai-ramai bawak barang cantik-cantik ni, apa hal?" Ayah Atan tak adalah cakap macam tu. Itu kalau bagi bebudak remaja jadi perwakilan, macam tulah gayanya agaknya.

Ayah Atan memulakan bicara selaku wakil pihak perempuan.
Wakil dari pihak lelaki pula terdiri dari orang muda yang agak straight forward gaya pertuturannya. "Faizuree nak bertunang dengan Aleeya. Apa macam? Ada setujuuuuu???" Lebih kurang macam tulah dia punya straight forward. Tak macam sesetengah perwakilan, siap dengan kias fansuri pelbagai. "Kami dengar cerita kat taman tuan ada bunga yang sedang berkembang. Harum wangi pulak tu. Ada bunga kaktus, ada bunga melor, ada juga bunga raya. Niat di hati nak bagi kat kumbang tanduk untuk menyunting kembang yang mekar kat taman tuan". Memang haru nak menjawab kalau macam ni punya kias.

Brader yang kiri pakai kupiah tu wakil pihak lelaki. Pertuturan yang very the clear dan straight forward. I like!
Hajat pihak lelaki disambut dengan baik oleh kami. Maklumlah, pahala besar menyatukan dua insan ke gerbang perkahwinan. Dan bila dah kahwin pulak, separuh iman telah sempurna. Itu Nabi yang kata. Tiba-tiba wakil lelaki pun bertanya, "Apakah syarat-syaratnya?" Bila aku dengar aje soalan tu diajukan, aku yang kebetulan memang duduk bersebelahan betul dengan wakil lelaki tadi terus nak menjawab. Tapi Ayah Atan telah lebih dahulu memintas niat aku dengan berkata, "Hantarannya 12K serba satu". Eh, Ayah Atan tak cakap 12K rasanya. Dia cakap dua belas ribu ringgit Malaysia. "Dan tempoh pertunangannya kira-kira setahun". Itulah yang Ayah Atan katakan setelah berunding dengan bapa pengantin, Abang Zahid. Kedua-dua pihak nampaknya bersetuju sangat dengan segala syarat yang dinyatakan. Nasib baik bukan aku yang bagi syarat. Kalau tak mesti aku dah kata, "Syarat-syaratnya ialah, tujuh dulang kepala keretapi, tujuh dulang pankreas nyamuk aedes, tujuh dulang buah pinggang kuman rota virus, dan jeti memancing dari flat Ampang Mewah ke Kampung Jawa, Kelang".

Ibu Fai menyarungkan cincin ke jari manis Elin.
Cincin telah disarungkan.
Setelah rundingan selesai, ibu Faizuree pun menyarungkanlah cincin tunang ke jari manis tangan kanan Elin. Dan semua jurugambar termasuk aku pun menyibuklah nak ambil gambar yang sangat bersejarah ini. Sahlah Elin dan Fai kini bertunang disaksikan oleh ramai ahli keluarga dari kedua-dua pihak. Dan sejurus itu, Ayah Atan pun membacalah doa selamat dan doa makan, lantas menjemput para hadirin untuk menjamu selera di bahagian bawah rumah, di dalam khemah yang disediakan.

Cincin tunang yang tersarung rapi di jari Elin.
Mengucup tangan bakal ibu mentua.
Elin sangat ayu dan santun dalam posing ni.
Sementara golongan bapa-bapa pergi turun makan, yang kaum ibu masih lagi kat atas bergambar sakan dengan pengantin. Fai yang sepanjang rundingan berada di bahagian bawah, kini telah naik ke atas untuk bergambar bersama-sama dengan Elin. Pakaian warna biru laut yang sedondon menampakkan kesepadanan antara mereka berdua. Aku pulak dari tadi sedang mengkenen kat kek hantaran yang nampak sedap tu. Bila aku nak terkam aje kek tu, tiba-tiba kaki aku telah ditangkap oleh Ardi dan Fai. Nasib baik mereka menangkap kaki aku dengan tangkas. Kalau tak, memang dah habis licin aku kerjakan kek yang enak tu. Dan tak merasalah korang makan kek red velvet bersulam cheese tu.

Sepupu Elin, Zila dan hubby turut tumpang sekaki.
Bergambar bersama barang hantaran.
Elin dan Fai.
Fai senyum lebar sampai ke telinga.
Sama cantik, sama padan.
Elin dan Fai versi black and white pulak.
Masih belum puas bergambar nampak gayanya.
Ada orang call Fai, cakap tahniah agaknya.
Lagi kaum kerabat menumpang bergambar.
Cuba try pegang bunga pink colour pulak.
Bersanding kejap.
Abang Zahid selaku ayah pengantin, tak nak ketinggalan jugak.
Sessi memotong kek yang tak sempat aku jamah.
Kalau aku sempat makan habis kek ni, gambar ni tak akan wujud. He he he...
Masa ni Fai baru bersiap-siap nak jumpa Elin kat ruang atas. Masih malu-malu tu.
Berdoa selepas majlis selesai.
Ayah Atan membacakan doa selamat.
Bersama barang hantaran.
Thaqif nak cuba rembat cincin. Tapi tinggal bekasnya aje. Cincin dah ada kat jari Kak Elin.
Setelah upacara selesai, setelah semua tetamu berada di bawah, kami yang di atas lebih banyaklah ber-posing menangkap gambar dari segala sudut. Termasuklah dari sudut-sudut yang sukar seperti dari belakang pintu, dari hujung bumbung, dari tepi mangkuk tandas dan lain-lain sudut sukar bagi mendapatkan shot of the year dalam fotografi yang terbaik. Gambar-gambar banyak diambil oleh Taufik, Angah Nabiha dan Syakira jugak. Dan ada juga beberapa jurufoto yang lain turut menyumbangkan kemahiran mereka mengambil gambar. Majlis tunang ini berjalan dengan sangat simple tetapi sangat lancar.

Taufik mencari angle photo shoot yang terhebat alaf ini.
Syakira sedang zoom in nak ambil gambar lubang hidung seseorang.