m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, June 5, 2012

Elin bertunang: Sementara menanti tetamu datang

Bahagian 1

Elin dijadualkan bertunang dengan Fai pada hari Ahad lepas. Walaupun kami masih berkabung kerana pemergian Bonda / Nenda tersayang, majlis terpaksa diteruskan. Kami telah dimaklumkan oleh Kak Uda yang majlis akan bermula pada jam 11 pagi. Tapi waktu tu keadaan isteriku masih lemah. Jadi kami cuma bertolak ke rumah Kak Uda kira-kira jam 12 tengah hari dari rumah kami. Sesampainya di sana, majlis belum lagi bermula rupanya. Kami ingatkan kami dah lambat. Rupanya ada sedikit penundaan waktu di pihak lelaki. Kami okay aje. Makna kata, kami masih belum terlepas apa-apa lagi.

Lolipop cokelat yang kreatif.
Wanie kalau dah makan dia akan selalu happy. Macam sekarang ni.
Yaya mendukung Sofia.
Waktu tu kaum keluarga semua tengah makan. Kami makan awal sikit dari para tetamu. Jadi masa tetamu tengah makan, kami tak perlulah sibuk-sibuk nak tumpang makan sekaki. Siapa yang dah makan terus bergegas buat kerja apa-apa yang patut. Suasana macam nilah yang aku suka nengok. Semua ahli keluarga dari pakcik makcik sampai ke anak-anak saudara bergotong-royong menjayakan majlis. Masing-masing ada peranan masing-masing. Yang kakak-kakak tolong jaga adik-adik kecil. Yang baya-baya Amier, tolong main ajelah. Bagi suasana tu meriah sikit.

Time untuk makan bagi Akid dan Faiisal.
Hidayat, Ali dan Amin akan bekerja di belakang tabir.
Pak Long Zai sabar menunggu tetamu datang.
Abby dan Taufik.
Baby Sofia dibawak ke hulu ke hilir oleh kakak-kakak yang geram dengan kecomelannya.
Bila dah penat buat kerja, duduk bersembang kejap sambil minum kopi dan hisap rokok. Kumpul ramai-ramai macam ni memang best. Atuk Atan, bila berkesempatan akan bagi tazkirah pada kami semua. Dan kami pun mendengar dengan tekun. Kejap lagi rombongan lelaki akan sampai. Semua pembesar-pembesar negeri (termasuk aku) terpaksa bersiap-siap untuk menyambut para tetamu yang datang dari Kampung Jawa, Kelang nanti. Yeah! Kami sudah ready menunggu di sini!

Pak Uda sempat bergurau dengan Taufik, "Muka kau tak hensem. Muka Pak Uda lagi hensem. Ngeh ngeh ngeh!!!"
Pakcik Karim dengan juara senyum - Thaqif.
Atuk Atan cukup bersemangat kalau bercerita pasal agama.
Ika, Makcik Saba dan Mak Tam mengalas perut sebelum tetamu tiba.
Mak Long dan Mak Teh.
Opah juga ada untuk menyaksikan cucunya bertunang.
"Beginilah nasib diri ku yang malang, makan nasi kosong dengan ayam goreng jer... hu hu hu," kata Ika.
Amier buat aksi gymnastik yang sangat mengerikan!

Monday, June 4, 2012

Lagi pasal Brownie

Ingat lagi tak pada Brownie - kucing remajaku yang sedang rancak keluar dating dengan seekor kucing jantan yang kami panggil Apin? Bila aku buat kajian, sebenarnya Brownie bukan aje ada satu boy friend, tapi empat boy friend semuanya. Selain dari Apin, kucing jiran yang berbadan besar macam badak tu jugak minat kat Brownie. Nama kucing tu Black. Ada jugak seekor kucing yang rupa dia macam Apin, tapi lebih tua dan namanya Ipan. Ipan dan Apin memang selalu jugak kami nengok bergaduh. Dan kucing yang keempat yang minat Brownie adalah Mantop. Aku rasa si Mantop ni kucing orang jugak, pasal bulunya bersih dan badannya gempal berisi. Brownie yang macam tomboy tu nampaknya masih belum buat keputusan lagi, siapa yang dia nak pilih. Pilihlah siapa saja, aku akan restu!

Brownie yang lasak macam jantan.

Jumpa kawan Facebook

Pada hari Jumaat malam lepas, aku berkesempatan berjumpa dengan kawan Facebook aku yang menggunakan nama Ab Salim. Kami sering berinteraksi dalam laman sosial tu. Tapi langsung tak pernah berbual dalam telefon, apa lagi bersua muka.Walaupun aku tak pernah berkenalan dengan Ab Salim sebelum ini, tapi beliau bukanlah orang asing dalam keluarga isteriku serta ipar-iparku. Beliau bolehlah dikategorikan sebagai adik-beradik angkat ipar-iparku. 

Pada malam hari Jumaat tu, Ab Salim, atau nama panggilannya Dollah, hadir ke majlis tahlil ibu mentuaku yang baru meninggal dunia siang harinya. Pertemuan dengan Ab Salim memang menggembirakan. Tapi aku membayangkan pertemuan dalam suasana yang ceria, dan bukan dalam suasana sugul seperti ini. Sesudah tahlil, Ab Salim meminta diri untuk pulang. Pertemuan yang singkat tapi sangat bermakna buat aku.

Bersama Ab Salim @ Dollah.

Tahlil pada malam minggu

Sabtu - siangnya jenazah Bonda Rahmah telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Taman Kosas. Kebetulan pada hari Ahadnya, salah seorang cucu Almarhumah, Elin akan ditunangkan dengan pilihan hati. Mahu tak mahu, berat tak berat, persiapan terpaksa jugaklah diteruskan. Pasal dulu majlis ni pernah ditunda sekali. Ipar-iparku tak sempat rehat, terus ke rumah Kak Uda, bersiap-siap untuk majlis pertunangan Elin esok siang. Masing-masing keletihan, tapi terus tekun bekerja, saling bantu membantu sesama keluarga agar majis esok berjalan lancar.

Pada malam itu juga, kami mengambil kesempatan untuk bertahlil dan membaca doa selamat. Atuk Atan memimpin majlis yang disertai oleh hanya ahli keluarga kami yang ramai sahaja. Majlis tahlil dan bacaan Yaasiiiiin dilangsungkan dengan ringkas. Kemudian acara makan. Zuan dan Seri bermurah hati menaja makan malam kami. Semoga rezeki mereka berdua lebih murah dan berkat.

Amier kena usik dengan Kois, terus buat muka monyok. He he he...
Wanie, duduk diam aje kat majlis tu.
Wanie dan Syahmie, sedang lapar yang amat sangat.
Kois dan Along. Eh, siapa nama Along tu ya?
Brader Hasni dan kucing jalanan.
Majlis tahlil diadakan di sekitaran rumah Kak Uda. Tiga buah khemah telah didirikan. Tak jauh dari khemah ada sebuah restoran mamak. Kalau tak cukup makan, boleh order aje kat kedai sebelah. Main laung aje, dan order pun sampai. Juadah yang disediakan termasuklah mi rebus, sate ayam dan daging, serta kuetiau goreng. Sampingannya ada kuih muih dan buah pisang. Air minumnya pulak ada kopi kaw dan teh tarik extra kaw yang sangat laris pada malam itu. Kami pulang ke rumah lebih kurang hampir jam sebelas malam dengan berasa sangat penat.

Abang Zai dan Abang Zahid.
Nicha makan mi rebus tak ajak orang.
Suraya, Shasha dan Norin.
Syura dan Nana gembira pasal perut dah kenyang.
Pak Tam dan Faridz.
Pak Usu Adi. Eh! Itu akulah!!!
Ada cawan polisterin melekat kat mulut Wanie. Adoi!
Saiful dan Thaqif - dua orang brader.

Sunday, June 3, 2012

Bonda telah pergi

Jumaat, 1 hb Jun 2012 bersamaan 11 Rejab 1433, ibu mentuaku Bonda Rahmah Sulong telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Pakar Ampang Puteri sekitar waktu asar. Jenazahnya telah dibawa pulang ke rumah kakak iparku di Ampang. Pengurusan jenazah telah dilaksanakan di Masjid Bukit Indah pada hari Sabtu esoknya. Dan jenazah telah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Taman Kosas, tanah perkuburan yang sama di mana anak sulung kami telah dikebumikan kira-kira 14 tahun dulu.

Blog entry kali ni sengaja aku singkatkan kerana tak mampu rasanya untuk aku membutirkan kisah yang tersirat. Ayahanda Atan berkali-kali mengingatkan kami, "Kita ni hak Allah. Segala apa disekeliling kita ni pun hak Allah. Terpulang kepada Allah-lah untuk menentukan BILA segala pinjaman yang diberikan akan diambil kembali". Semoga roh Bonda sentiasa berada di kalangan para roh insan-insan solehah. Al-Fatehah.

Di Masjid Bukit Indah menanti jenazah dimandi dan dikafankan.
Ayahku dan anak buahku, Farid turut menziarahi.
Objek dan bayang-bayang. Sekadar renungan.
Cucu-cucu berkumpul menghampiri Atuk Atan.
Atuk Atan bertazkirah kepada cucu-cucunya.
Ipar-ipar dan biras-birasku menanti jenazah siap diuruskan.
Bertazkirah sesama sendiri.
Sahutlah azan bila ia berkumandang.
Saiful melayan adik-adiknya.
Siap dimandi dan dikafankan. Akan dibawa ke ruang solat untuk disolatkan.
Mengebumikan jenazah.
Suasana sugul menyelubungi kami.
Mengambus jenazah.
Imam sedang membaca talkin buat halwa telinga yang masih hidup.
Antara cucu-cucu Allahyarhamah Bonda yang hadir menziarahi.
Selesai dibacakan talkin dan bertahlil.
Menyiram pusara dan menabur bunga di atasnya.
Kois dan Saleh menyiram kubur.
Abang Long turut hadir menziarahi bonda saudaranya.
Abang Zahid dan Elin.
Amin dan Syahmie.
Pusara Bonda.

Snowcat dah tak bersalji lagi

Malam Khamis lalu, aku dapat panggilan telefon dari kakak aku. Waktu tu aku dan isteri masih kat hospital melawat bonda yang sedang tenat. Suara yang kedengaran dari seberang sana tak berapa jelas. Yang aku dapat tangkap cuma, "Snowcat kena langgar!" Kebetulan kami memang dah nak balik, jadi aku tak mempedulikan butiran mesej yang nak disampaikan oleh kakakku tadi.

Bila sampai rumah, aku nampak ada suatu objek terbungkus dengan jeket hujan warna kuning di porch kereta. Aku selak. Memang sah itu Snowcat yang dah tak bernyawa. Aku tanya anak buahku, Farid, siapa yang langgar. Katanya, jiran kami kat sebelah bawah nampak kucing mati tepi jalan. Dan dia kenal kucing tu ialah kucing kami. Lalu dibawa bangkai Snowcat ke rumah kami untuk ditanam. Kami kesian nengok Snowcat. Perutnya tengah sarat mengandung. Entah berapa ekor pulak anaknya kali ni. Ayah dan ibuku yang selalu memarahi Snowcat kerana masuk ke dalam rumah dan menyelongkar tudung saji pun turut berasa sedih dan simpati. Wanie malah menangis dengan kematian Snowcat. Cuma aku yang barangkali tengah terlalu penat pada malam tu, langsung tak berperasaan apa-apa. Sedangkan akulah orang pertama dalam keluarga kami yang memberi Snowcat makan ketika ia mula-mula meminta makanan dari kami.

Harimau mati meninggalkan belang. Manusia mati meninggalkan nama. Snowcat mati meninggalkan anak tujuh ekor yang telah remaja. Tapi enam ekor anaknya masih kami simpan dalam kandang, sebab aku khuatir perkara seperti ini akan berulang lagi - langgar lari! Kebetulan pulak rumah kami berada di bawah bukit. Kereta yang dipandu dari atas bukit memang ada kalanya menyusur agak laju dan gagal mengelak kucing-kucing yang  sedang melintas jalan. Snowcat ditanam di belakang rumah keesokan paginya oleh orang gajiku.

Snowcat yang telah tak bernyawa.