m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Friday, March 23, 2012

Cuti di Melaka - Resort review: Di sekitar Philea Resort

Bahagian 2

Kami sampai-sampai aje kat Philea Resort, terus kami tuju kat kaunter pendaftaran. Mamat yang jaga kaunter tu kira berbahasa jugaklah orangnya. Setelah berjaya mendaftar masuk dengan menggunakan username dan password yang sesuai, maka kami pun tunggulah kat kerusi kayu balak yang disediakan. Sementara tu orang kaunter proseslah dokumen kemasukan kami.

Baru sampai dan nak check-in.
Kat lobi resort.
Farid drive kereta satu lagi. Baru nak test lesen memandu.
Sementara menunggu tu, kami diraikan dengan minuman selamat datang yang merupakan air durian belanda sejuk. Aku yang kebetulan tengah kehausan terus minum dengan gelojoh tanpa menghiraukan keadaan tetamu-tetamu lain yang turut ada di sekitar kawasan lobi. Setelah minum, aku masih berasa haus jugak. Aku mintak lagi satu gelas air dari pelayan yang rupa dia macam mat Bangla sikit-sikit. Dia kata satu orang, satu gelas. Aku tak puas hati. Lalu aku pergi kat kolam ikan dan minum air kolam ikan sampai kering kontang. Habis ikan-ikan koi yang diternak melompat-lompat pasal air dah kering. Melihatkan keadaan ikan yang sungguh tragis itu, lalu aku makan kesemua ikan ternakan itu supaya dia tak terus menderita ketiadaan air. 

Air durian belanda yang menyegarkan.
Dari lobi, kami dibawa ke bilik menaiki buggy. Servis buggy beroperasi 24 jam. Jadi kalau nak ke mana-mana dalam kawasan resort boleh call buggy. Nanti dia akan datang ambil kita. Malah kalau nak ke Taman Rama-rama yang terletak bersebelahan resort pun boleh pakai khidmat buggy jugak. Buggy ni sangat power. Mamat yang bawak buggy tu kata, supplier dia kata buggy tu boleh bawak 7 orang Russia sebesar gajah Afrika tanpa tersangkut-sangkut. Wah! Memang hebat betul tu. Bolehlah aku beli dua tiga bijik nanti. Kami turut ada pinjam satu kerusi roda kot-kot mak aku atau wife aku nak pakai kalau-kalau tak larat jalan nanti,.

Buggy yang beroperasi 24 jam.
Best naik buggy ni. Jarak dekat-dekat pun kami naik buggy jugak.
Kawasan resort ni memanglah sangat menyamankan. Sesampai di kawasan kediaman aje kami semua sangat teruja. Aku sendiri terpaku dan tergamam dan tercengang sampai beberapa hari lamanya sehingga aku dikejutkan oleh seekor lalat hijau yang termasuk ke dalam tekakku. Sepanjang laluan ke tempat duduk tu memang menarik.

Kawasan kediaman yang hebat.
Syahmie dan Amier bergambar di pagar kayu.
Amier memang excited betul bila tiba kat sini.
Masa ni baru balik dari tempat makan malam.
Tengah tunggu buggy datang.
Semua dah kepenatan dan mengantuk.
Banyak kawasan yang fotogenik kat sini. Semua sudut sesuai untuk ambik gambar. Tak kiralah gambar apa dan gaya macam mana sekali pun. Jadi aku pun mengambil kesempatan ini untuk menyuruh anak-anak aku berposing kat semua sudut bangunan dan tumbuh-tumbuhan yang aku kira menarik dan boleh dimasukkan ke dalam frame gambar bila dah print nanti.

Dekat dengan tempat sarapan.
Lepas sarapan pagi.
Ini bangunan pentadbiran.
Amier dengan gaya chasmosaurus.
Ini gaya triceratop pulak.
Dan ini pulak gaya t-rex tengah merajuk.
Baru keluar dari tempat makan sarapan.
Nak naik atas kat tempat buggy. TInggi tangga tu.
Dekat dengan tempat penginapan kami.
Sebelah cottage.
Amier dan Syahmie berkejaran untuk sampai atas.
Syahmie kena jadi model aku untuk bergambar.
Di jambatan yang cantik.
Jambatan yang fotogenik.
Back-drop nya ialah swimming pool.
Hari Ahad tengah hari, kami check-out dengan merasa puas hati. (Ya ke?) Ya, puas hati dengan servis dan pemandangannya. Tapi ada benda yang kami tak puas hati jugak. Kalau nak tau apa dia, ikutilah sambungan cerita di Philea Resort ini Bahagian 3.

Masa untuk check out.

Cuti di Melaka - Resort review: Philea Resort & Spa

Bahagian 1

Hujung minggu lepas kami pergi bercuti di Melaka sempena cuti sekolah selama seminggu. Ingat tak dalam blog aku yang dulu? Patut dah pergi masa bulan dua dulu, tapi oleh kerana masalah kesihatan sekeluarga, maka kami tangguhkan jadi minggu lepas.

Tempat yang kami kunjungi untuk menetap berada di Ayer Keroh. Nama tempat tu ialah Philea Resort & Spa. Terletak betul-betul sebelah tol Ayer Keroh. Kami bertolak dari Kuala Lumpur lepas solat Jumaat. Sampai sana dalam pukul 6 petang kot. Pergi dua kereta. Satu aku drive, satu lagi anak buah aku, Farid yang drive. Sampai sana dalam keadaan selamat dan sejahtera.

Di pintu masuk resort.
Meh aku ceritakan serba sedikit pasal keadaan tempat ni biar korang merasa kagum, tertarik, tercengang-cengang dan melompat-lompat nak pergi ke tempat ni. Cerita yang lebih terperinci akan aku kisahkan pada bahagian yang selanjutnya.

Bangunan administration. Memang cantik.
Tempatnya sangat lawa. Kalau tak silap aku dia jatuh rank nombor satu kat Melaka. Harganya memanglah kaw-kaw punya. Kalau ada offer atau diskaun barulah dapat murah sikit. Kami pun gunakan tiket offer jugak tempoh hari. Aku memang cukup suka nengok senibinanya yang macam ala-ala hutan tropika khatulistiwa. Banyak kayu balak dari seluruh Malaysia kena tebang untuk menjayakan corak rekabentuk yang sedemikian rupa. Sana sini pakai kayu. Dari tiang, alang, bumbung, kerusi, perabot, bantal dan tilam pun semua pakai kayu. Makanan yang disediakan pulak seprti batang buruk, biskut kayu manis. Pokok pangkalnya mesti ada kena mengena dengan kayu.

Porch bangunan pentadbiran. Banyak pakai kayu balak.
Kayu balak merata-rata, sampai ke bumbung.
Seni lanskapnya jugak sangat hebat. Jalan berbatu-batu macam zaman batu dinosaur dulu. Pokok ditanam rapat-rapat dengan bangunan supaya terasa macam duduk dalam hutan. Kata manager dia, dulu dia cadang nak letak gajah dan harimau dekat dalam setiap unit bangunan. Tapi takut semua tetamu kena lenyek dan kena ngap dengan binatang-binatang tu. Jadi cadangan tadi dibatalkan.

Jambatan menuju ke destinasi.
Meninjau swimming pool.
Kawasan resort memang penuh dengan kehijauan dan kecokelatan. Itulah yang membuat sejuk mata memandang. Lagi satu yang jugak membuat mata sejuk ialah, ia menyediakan peti ais untuk menyimpan bijik mata. Barulah mata betul-betul jadi sejuk. Hwa ha ha...

Semua tempat penuh kehijauan.
Pandangan dari atas jambatan.
Dari segi rupa bentuk, aku memang tak ada apa nak komplen. Memang hebat dan menarik. Kalau petang-petang boleh jugak ber-jogging keliling kawasan yang nyaman ini. Aku perasan jalan laluan utama yang menghubungkan semua unit kediaman cuma selebar kira-kira 6 kaki aje. Pihak bomba bagi pulak diorang bina jalan sempit macam tu. Nak lalu sebijik kereta pun tak muat. Aku jugak perasan, kayu landasan keretapi terpakai banyak digunakan di sini. Aku rasa anggaran kos untuk membina resort ni mungkin sekitar..... entahlah. Pokok pangkalnya memang tersangat-sangat-sangat mahal. Kalau ada kesempatan untuk jenguk, cubalah jenguk. Tak payah duduk kat sini pun tak apa. Datang tinjau aje.

Hujung jambatan ada tempat kediaman.
Contoh rumah kediaman yang macam cottage orang putih.
Batu bersurat Melaka yang telah dilupakan sejak zaman Sultan Mansor Shah dulu.

Monday, March 19, 2012

Perginya Speckie si kucing manja

Hari Jumaat lepas aku ambil cuti. Sewaktu aku tengah lepak dalam bilik pada pagi hari, tiba-tiba mak aku call. "Adi! Speckie kena langgar motor." Aku terus terkejut berbaur sedih. Itu kucing kesayangan kami semua pasal dialah yang paling manja dan mengada-ngada sekali. Aku terus bergegas turun ke bawah dan pergi ke depan rumah. Ternampak tubuh kaku Speckie kat depan rumah jiran India kami. Speckie dah tak bernyawa lagi.

Aku pergi ke arah tubuh Speckie. Motorsikal telah melanggar bahagian kepalanya. Itu agakan aku melihatkan keadaan kepalanya yang mengerikan. Terus aku ambil beg plastik besar dan surat khabar lama untuk membungkus tubuh Speckie. Ibu Speckie, Snowcat juga turut mendampingi aku di situ sambil menghidu darah yang masih mengalir di atas jalan raya milik Speckie.

Lokasi kejadian.
Aku terus bawak bungkusan berisi  tubuh Speckie ke belakang rumah. Pinjam cangkul jiran, dan aku mulakan proses menggali kubur untuk Speckie sedalam dua kaki. Tanah belakang rumah kami banyak batu. Ia agak menyukarkan sedikit proses menggali. Tiba-tiba sewaktu aku mengangkat cangkul tinggi ke udara, dan menghentam muka bumi sekuat hati, terkeluarlah minyak petrolium dengan banyak sekali. Pakcik kayo! Pakcik Kayo!!! Maaf. Itu sekadar imaginasi aku sahaja. Setelah digali lubang sekadar cukup untuk menempatkan tubuh Speckie, aku pun berhenti menggali. Tubuh Speckie aku semadikan dalam kubur. Dan aku kambus semula. Seluruh rumah dan penggemar Speckie merasa sedih. Kini anak remaja Snowcat cuma tinggal Brownie aje. Tapi Brownie tak manja dan rapat sangat dengan kami. Aku harap anak-anak Snowcat yang masih kecil lagi enam ekor tu akan membesar dengan baik dan comel serta jinak dengan kami.

Aku dan tubuh Speckie yang berbungkus.
Menggali kubur Speckie.
Kubur Speckie yang tak bernesan.

Food Review: Restoran Mohd Chan Abdullah

Minggu lepas tiba-tiba tekak terasa teringin nak makan dim sum - sejenis makanan Cina yang popular. Kami nak cari yang versi halal. Lalu kakak aku mencadangkan pergi ke Taman Melawati. Ada satu restoran Cina Muslim berjudul Restoran Masakan Cina Muslim Mohd Chan Abdullah. Kat situ memang ramai pelanggan dari keturunan Melayu yang teringin nak makan masakan Cina. Ini sebenarnya masuk kali kedua kami makan kat sini. Tapi pengalaman yang kedua ini agak berbeza.

Dibuka sampai jam 11 malam.
Sebelum masuk ke kedai, kami sempai belajar cakap Mandarin melalui kitab-kitab purba zaman Dinasti Ming. Ini adalah bagi memudahkan proses memesan makanan nanti. Tapi bila kami sampai aje kat kedai, rupanya pekerjanya semua bukan dari keturunan Cina, tetapi Melayu dan Indon. Okay-lah. Waktu kami datang tu orang tak berapa ramai. Jadi agak senang jugaklah kami nak memesan makanan. Kami order dim sum, wantan goreng, sup taufu, nasi itik, nasi goreng kampung dan nasi goreng ada udang.

Syahmie dan nasi itiknya.
Dim sum yang disajikan kepada kami ada dua jenis. Rasanya agak sedap jugak Aku suka cecah sambal merah. Sambal cokelat aku tak berapa suka. Tak kamcing. Wantan gorengnya juga agak sedap. Tapi perlu dimakan panas-panas. Untuk memastikan ia masih panas ketika disajikan, aku sempat merampas dari pelayan pinggan berisi wantan tadi sejurus ia siap digoreng. Dan memang tepat agakan aku, waktu panas-panaslah ia paling mengancam dari segi perasaannya. Maksud aku dari segi rasanya. Bagi penggemar sup seperti aku, sup taufu nya juga agak enak. Banyak halia dan kobis jeruk. Tapi aku okay aje. Semua aku hirup sampai licin. Nasi goreng yang di-order oleh Wanie dan Amier boleh tahan jugak rasanya. Tetapi tiada sebarang keunikan berbanding dengan nasi-nasi goreng di tempat lain. Kini tiba pulak nasi itik yang telah dipesan oleh Syahmie. Dia macam nasi ayam jugak. Tapi tempat ayam telah diambil alih oleh itik. Daging itik agak liat sikit macam dodol. Kuah kicap yang dituang atas itik tu bagi aku kurang kaw lah. Jadi aku memang kurang minat nasi itik tu. Kalau nasi angsa mungkin lebih sedap kot.

Amier gembira dapat air tembikai.
Harga makanan agak murah berbanding dengan sesetengah restoran Cina Muslim yang lebih tersohor. Kami makan tak terlalu kenyang. Sedang-sedang elok aje. Kami pulang pun dengan perasaan puas hati. Bagi anda yang nak cuba masakan Cina Muslim, datanglah ke sini. Kelebihannya, anda tak perlu berbahasa Mandarin untuk memesan makanan. Toche...

Sedang menikmati wantan goreng.

Thursday, March 15, 2012

Mega traffic jam!!!

Ingat tak pada hari Jumaat lepas? Masa tu kat Jalan Tun Razak telah mengalami satu fenomena yang disebut sebagai mega traffic jam. Kereta dari arah selatan nak masuk ke KL memang sangkut teruk. Tempiasnya terkena jugak kat aku yang nak menghala ke selatan, ke Bangi. Bila sampai kat fly-over, barulah aku tau apa puncanya. Rupanya ada lori rosak kat tengah jalan. Tayarnya semua pancit. Lane sebelah aku jadi jam pasal banyak pemandu slow down-kan kereta nak nengok apa yang berlaku. Aku cukup kesian kat orang yang nak masuk KL kena beratur panjang sampai ke Serdang! Nasib baik aku lalu bertentangan arah.

Kini tiba waktu petang. Aku pulak nak masuk KL, nak balik rumah dari Bangi. Lepas tol Sg Besi aje aku terus kandas. Kenderaan bergerak terkedek-kedek bagaikan siput babi yang patah kakinya. Eh! Siput babi mana ada kaki! Okay-lah, bagaikan kura-kura patah kakinya. Lepas dua jam barulah aku sampai kat fly-over Jalan Tun Razak. Dan alangkah terkejut ular anaconda-nya aku bila melihat lori yang rosak tadi masih tersadai kat tengah jalan. Tak berganjak dari pagi tadi! Eh! Apa masalahnya. Kenapa tak ada pihak berkenaan berusaha untuk mengalihkan lori tadi? Persoalan bercampur kegeraman melanda hatiku. Akibatnya, ratusan, malah ribuan kenderaan tersadai kat highway tak dapat bergerak lancar.

Setelah kajian demi kajian dilakukan, barulah aku dapat jawapannya. Lori itu adalah dari keturunan Transformers. Dia tak nak orang tau yang dia tu alien dari planet lain. Lepas dah malam buta, masa orang tak ada, barulah dia berubah jadi robot dan cepat-cepat lari dari situ. Esok paginya barulah lori tu hilang secara misteri - itu kata pemberita.

Wednesday, March 14, 2012

Buah kelapa melayut ke tanah

Masa balik kampung kat Kuala Selangor Ahad lepas, aku nampak satu pokok kelapa yang hebat. Dia bukan hebat pasal air dia manis sampai boleh kena kencing manis. Dia bukan hebat pasal batangnya tinggi melangit sampai boleh jengah kapalterbang. Dia jugak tak hebat pasal pelepahnya yang lebat macam hutan Arizona. Tapi dia hebat paal buahnya tumbuh melayut kat tanah. Tak payah sibuk-sibuk nak pakai pengait kelapa. Atau tak perlu panjat pun. Dan tak payah nak panggil beruk, mawas, orang utan dan king-kong segala macam untuk memetik buah kelapa terpilih. Cukup sekadar duduk mencangkung untuk memulas tangkai kelapa hingga tanggal buah dari pokoknya. Itulah kehebatan buah kelapa tadi.

Pokok kelapa hebat.
Syahmie dan Amier kagum dengan pokok kelapa ni.
Amier nak try petik pokok kelapa.
Bila aku amat-amati sebegitu lama, hingga berkurun-kurun lamanya aku membuat ujikaji dan tesis, akhirnya aku telah menemukan jawapan kepada fenomena yang serius dan mistik ini. Dulu-dulu, pada zaman dinosaur, telah ada manusia yang korek telaga untuk mendapatkan air. Bila telaga ni dah lama tak dipakai, ia akhirnya kering dan menjadi telaga buta. Macam biasalah, pokok kelapa pada waktu tu memang dah banyak tumbuh kat kawasan berdekatan. Jadi tiba-tiba jatuhlah sebijijk masuk ke dalam perigi buta ni. Dan buah kelapa itu menunas dan membesar menjadi pokok kelapa yang dewasa. Akar pokok kelapa tu tumbuh kat dasar perigi, tapi daun dan buahnya mekar kat bahagian atas perigi.

Satu hari, Pak Mamat (aku pun tak kenal Pak Mamat mana) pun lalu kat situ dan mengambus telaga buta tadi pasal tak nak budak-budak yang berlegar-legar terjatuh dalam telaga. Dan sehingga kini, tumbuhlah pokok kelapa tadi dengan buahnya melayut hingga ke tanah seperti yang korang boleh nampak semua. Jangan bairkan hidup anda diselubungi misteri...

Ada apa dekat kampung?

Ahad lepas aku sekeluarga balik kampung kat Assam Jawa, Kuala Selangor pasal ada jemputan kahwin sedara-mara. Lepas tu aku pergilah ziarah makcik dan pakcik aku yang duduk berdekatan. Aku rasa dah lama jugak kami tak balik kampung. Kalau tak ada kenduri kendara memang tak menjengah ke kampung. Ada apa dekat kampung sekarang? Kampung masih maintain macam dulu. Dan yang itulah sebenarnya yang menarik minat kami untuk sesekali merasa suasana yang berbeza di kampung.

Kami singgah di rumah Makcik Mini dulu yang terletak kat depan main road. Dulu kami pernah accident sekali. Kereta Avanza hentam belakang Exora kami. Nak keluar masuk ke rumah makcik aku tu memang susah sikit pasal kenderaan suka bawak laju sangat. Kereta, motor semua bawak laju. Yang lagi mengerikan kalau lori besar bawak laju. Boleh dikatakan semua kenderaan tak kira jenis apa pun, kalau dia lalu jalan tu, mesti bawak laju. Termasuklah basikal, steam roll, keretapi, beca dan bot pukat tunda. Maka awaslah bila nak melintas kat kawasan situ.

Sama-sama main I-Pad dengan dua pupu Amier di rumah Makcik Mini.
Lepas pekena teh tarik hasil air tangan makcik aku tu, kami ke rumah Wak Ros pulak yang tak berapa sihat pada kala tu. Tapi bila kami ramai-ramai datang, maka dia lebih cerialah sikit sebab diziarahi. Kat rumah Wak Ros, macam-macam benda kami boleh buat. Kawasan rumahnya luas, dan banyak tanaman lanskap pokok bunga dan pokok buah serta sayuran. Banyak angle rumah ni yang fotogenik. Kekadang kami cari serangga. Kekadang kami nengok anak ikan kat parit. Dan kali ni kami main lukis-lukis kat kawasan berpasir.

Baru sampai di rumah Wak Ros.
Rumah Wak Ros memang fotogenik.
Main ting-ting kejap dengan anak-anak. Baru lompat dua tiga kali dah penat. Lepas tu main lukis-lukis dan tulis-tulis kat atas pasir pakai ranting kayu. Benda-benda simple macam ni pun boleh buat kami anak beranak happy semacam je. Lepas tu main baling dan tangkap buah kelapa pulak. Ini buah kelapa betul ni. Bukan tipu-tipu. Sampai sakit tangan aku masa menyambut buah kelapa yang Syahmie baling kat aku. Tapi kami taklah pakai buah kelapa yang sebesar kepala gorila tu. Pakai buah kelapa yang putik dia. Baru sebesar buah pinang. Tapi itu pun kalau baling kena dahi boleh benjol, pasal dia keras.

Inilah medan permainan kami pada kali ini - tanah berpasir!
Amier sedang menulis namanya di pasir.
Syahmie pun tulis nama Amier jugak.
Wanie sedang menghasilkan lukisan abstrak yang hebat di pasir.
Di kawasan laman rumah Wak Ros memang banyak pokok pelbagai spesis. Ada satu pokok tu aku panggil pokok durian, pasal dia banyak duri. Tapi pokok tu kecil aje dan berbunga warna pink. Aku rasa sejenis pokok kaktus kot. Kalau terjatuh kat atas duri dia, memang sure meraung punya. Ada jugak pokok serai yang ditanam berdekatan. Sekali imbas macam sawah padi pun ya jugak. Cantik aje pemandangannya. 

Pokok "durian".
"Lihatlah sawah padi yang terbentang luas ini", kata Syahmie kepada pihak wartawan.
Wanie lukis gambar ayahnya. Gambar aku lah tu.
Dan yang paling aku akan nengok dulu kalau balik kampung ialah menjenguk ke dalam parit tanah di tepi-tepi jalan raya. Sekarang hujan tengah rancak turun dari langit. Maka parit-parit kat kampung dah mula dipenuhi air macam zaman dulu-dulu. Bila ini berlaku, maka anak-anak ikan pun mulalah membiak dengan galaknya. Aku nengok memang dan mula membiak ikan sepat dan puyu kat parit. Air jernih, maka boleh nampak ikan berenang-renang. Itulah yang paling best sekali. Kalau musim kemarau, ikan semua bersembunyi di balik lumpur yang lembab. Sekarang semua ikan dah mula menampakkan diri untuk dipancing oleh orang-orang seperti aku. He he he...

Kat sinilah aku ternampak kelibat puyu dan sepat berenang-renang mencari mata kail. Oh, seronoknya.