m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, March 13, 2012

Ke Assam Jawa menjenguk pengantin

Kami ke Assam Jawa, Kuala Selangor hari Ahad lepas. Ada saudara buat kenduri kahwinkan anaknya yang sulung. Ikut highway LATAR cepat je sampai. Selalu try jugak ikut highway tu. Tapi memanjang sesat. Inilah kali pertama kami pergi tak sesat. Sesampai di destinasi, orang dah ramai. Macam selalu, selepas bersalam-salaman, bermaaf-maafan, kami pun bermakan-makanan, sampailah berkenyang-kenyangan.

Bapak dan mak pengantin - Sutris dan Mira.
Satu perkara yang aku perasan kalau datang kenduri kat daerah sini, mesti ada hidangan kulit lembu. Dulu-dulu tak berapa popular. Tapi semenjak dua menjak ni kulit lembu semakin mendapat sambutan di kalangan masyarakat Jawa di Kuala Selangor. Kalau kulit lembu dah dijadikan lauk, nampak gayanya lepas ni tali pinggang, beg duit, beg tangan, topi koboi, orang dah tak boleh pakai kulit lembu lagilah. Pengusaha barangan kulit terpaksa beralih sepenuhnya kepada penggunaan kulit kambing, ular, buaya, harimau, tenuk, biawak, tupai dan keluang.

Dah selesai makan.
Masa aku ambil makanan tu rasanya macam lapar sangat. Jadi letaklah lauk pauk setinggi Gunung Tahan. Tapi bila dah start makan, rasa kenyanglah pulak. Tak habis makanan kat pinggan aku. Keadaan begitu memang jarang-jarang berlaku bagi aku. Bukan aku aje yang tak habis. Wife aku pun tak habis makan. Memang perut kami dah penuh pada kala tu.

Masa untuk makan kerepek pulak.
Lepas makan, Amier terus sambar I-Pad.
Tiga bersaudara menjamah kerepek.
Ayah aku pun makan kerepek jugak.
Lepas makan nasi, kami makan pulak dessert seperti kerepek dan rempeyek. Kami duduk kat tempat orang kahwin tu memang tak lama. Lepas makan terus bersalaman, hulur sikit pemberian, dan beredar ke rumah makcik dan pakcik aku yang terletak berdekatan.

"Aaaaaaaaaa........ chooooommmmm....." kata mak pengantin kepada isteriku.
Beg tangan mak pengantin penuh berisi sesuatu.
Sepupuku Haji Wadi bertekad nak simpan rambut panjang macam Faizal Tahir selepas berkepala botak berkurun lamanya.
Amier dan I-Pad.
Alamak! Bagai tertelan biji durian di tengah hari yang hening.

Monday, March 12, 2012

Itu macam bapak to anak laaa...

Malam hari Ahad lepas kami anak beranak sibuk menunggu cerita kat TV3 untuk ke udara. Promonya yang membuatkan kami teruja. Rancangan yang kami nantikan itu ialah Mentor 6. Dan lebih khusus lagi, kami sedang menunggu nak nengok calon protege Adam AF untuk beraksi. Mula-mula Ella dan calon-calon yang menguji bakat. Kami tak hirau sangat. Bila time Adam buat ujibakat, barulah kami teruja. Kami nak nengok satu gadis Cina yang uji bakat dengan lagunya berjudul "Father to Daughter" ciptaan sendiri gamaknya. Dan akhirnya muncullah calon yang dinanti-nantikan. Dengan suara ala-ala sumbangsih, tetapi penuh konfiden, si gadis melontarkan suaranya yang bagai Tarzan tercucuk duri kat kaki. Tergelak sakan kami anak beranak menengok gelagak tak berapa nak malu si gadis itu. 

Memang dia tak layak untuk ke pusingan seterusnya, tapi untuk mengambil hati, Adam kata "You can sing, but your dance move is not so good". Dan minah tadi pun perasanlah yang dia nyanyi sedap. Tunggulah kejap lagi akan keluar single pertama dari gadis Tionghua ini bertajuk "Father to Daughter". Mungkin jugak nanti akan jadi hits di corong-corong radio. Bersedialah untuk tahan telinga!

Kisah rambu rambai

Balik dari Gemencheh tempoh hari, kami singgah di Alor Gajah kat satu gerai yang jual buah rambai. Aku rasa ada sesetengah orang bandar yang tak berapa nak kenal buah rambai ni pasal dia tak commercial macam buah langsat atau dugong, oops, maksud akku buah dukong. Masa kecik-kecik dulu selalu jugaklah aku makan buah ni. Tapi sekarang dah semakin kurang pulak sambutannya. Dan mungkin boleh dikategorikan sebagai tumbuhan yang hampir pupus. Tapi kebetulan masih banyak lagi terdapat di Melaka.

Aku singgah beli satu ikat aje. Aku bukan berkenan sangat nak makan buah rambai tu, tapi aku lebih berminat nak makan kulitnya yang boleh dibuat sayur masak lemak. Aku dengar cerita ada orang yang mengkomersilkan kulit rambai ni untuk masakan. Aku beli satu ikat dengan harga RM4.00 saja. Balik rumah aku pun makanlah isinya. Okay jugak rasanya. Kulitnya kami simpan dalam satu bekas. Nanti bila dah cukup banyak, dah cukup satu lori, barulah boleh kami masak lemak dan menjamu pulak keenakan makan nasi berlaukkan kulit buah rambai. Mmmmmm.... sedapnya.....

Bergantungan buah rambai di Alor Gajah.
Lama betul tak makan buah rambai.

All England 2012

Semalam berakhir satu episod kejuaraan badminton All England 2012. Game All England ni kira satu kejohanan yang berprestij jugaklah. Aku memang menunggu bilalah Chong Wei nak berentap dengan Lin Dan. Tunggu punya tunggu sampai tertidur. Bila aku terjaga jam satu lebih, nengok diorang tengah fight first set. Nampak sangat sengit. Walau bagaimanapun akhirnya Chong Wei kalah jugak game yang itu.

Sebelum Chong Wei main start lagi, dah ada announcement oleh pengacara tv RTM kata bahu kanan Chong Wei sakit. Sepanjang perlawanan dengan Lin Dan, pengacara asyik sebut bahu Chong Wei sakit aje. Pergerakan terbataslah. Saiz bahu besar sebelahlah. Bahu sengetlah. Muka Chong Wei tak hensem macam Lin Dan lah. Seolah-olah mahu menyediakan seluruh penonton rakyat Malaysia dengan kemungkinan Chong Wei akan kalah kepada Lin Dan.

Chong Wei nak buru kejuaraan hattrick-nya. Lin Dan cuma nak balas dendam kesumat kerana tewas tahun lepas dan tewas dalam terbuka Korea baru-baru ni. Lalu bermulalah permainan di game kedua. Chong Wei ketinggalan beberapa mata awal. Lalu Chong Wei berbisik kepada umpire wanita mat saleh, "Jom pegi dating", kata Chong Wei. Umpire kata, "I okay jerrr..." Lalu Chong Wei pun cakap, "Kalau cenggitu, I kira habiskan game ni awal ajelah. Bagi chan kat Mamat Lin Dan tu menang." "Set."

Lalu permainan ditamatkan atas alasan bahu Chong Wei sakit dan tak boleh meneruskan perlawanan. Lin Dan macam tak puas hati walau pun dia menang. Nampak jelas kat wajah Lin Dan. Dia tak dapatlah buat aksi bukak baju dan menari ala-ala robot kat penonton. Memang Lin Dan tak puas hati. Tapi Chong Wei apa peduli...

Cuti sekolah

Kami ke Gemencheh lagi hari Sabtu lepas. Cadangan awal nak pergi pagi. Pagiiiiiii sangat. Sebelum subuh! Pasal pada hari tu ada acara Haflah Multaqa'. Apa kebendanya Haflah Multaqa' tu pun kami tak tau. Yang kami tau ada acara berucap, ceramah agama, soal jawab antara ibu bapa dan guru, serta penutupnya ada acara makan-makan. Tapi oleh kerana perasaan mengantuk telah menyelubungi kami pagi tu, jadi kami lewatkan sikit waktu berangkat ke selatan. Kami keluar rumah jam 11 pagi.

Perjalanan memang tenang. Cuma sesekali dilambatkan dengan acara men-jam-kan lebuh raya. Beberapa tempat di sekitar Seremban memang sesak teruk. Tapi kami tak kisah. Kat CD player sedang asyik mendengar ceramah Ustaz Azhar Idrus yang tengah top sekarang ni. Beberapa kali Syahmie call dari MRSM bertanyakan bila nak sampai. Akhirnya kami sampai jugak kira-kira jam 2 petang. Tapi waktu tu majlis kat dewan dah langsai. Jadi kami cuma datang jemput Syahmie balik cuti ajelah.

Makan tengah hari sambil berborak ibu anak.
Lepas jumpa Syahmie kat depan asrama, kami ke kafeteria yang dah tutup. Kami tumpang makan tengah hari kat situ. Kami ada bawak bekal nasi lemak. Aku dan Syahmie makan sampai licin. Yang lain tak dapat nak habiskan nasi yang terlalu banyak dalam bekas. 

Asyik makan.
Makan bekal dari rumah.
Sementera makan tu, Wanie melayan seekor anak kucing remaja makan. Dibaginya ikan bilis goreng ia makan. Dibaginya nasi lemak ia makan jugak. Aku rasa kalau bagi sambal tumis dan timun pun mungkin ia akan bedal sampai licin. Nengok dari raut wajahnya yang sedang kelaparan tu, aku rasa ia akan makan apa saja yang disuakan kepadanya. Bahkan kalau disuakan jari pun ia akan ngap sampai putus!

Wanie menjamu anak kucing yang kelaparan.
Amier pulak sibuk bermain dengan ulat bulu kat tangga. Dia kata itu ulat gonggok. Kami kata jangan dekat. Itu ulat bulu yang boleh menyebabkan kulit terasa gatal. Amier tak pegang. Dia cuma teruja dengan ulat tu dan terus bermain kejar-kejar dengan si ulat bulu yang bergerak cuma selaju 1 meter seminit. Dan akhirnya ulat tu pun hilang bersembunyi entah di mana.

Ulat bulu pujaan Amier.
Lepas makan barulah kami ke surau bersebelahan untuk bersolat. Sementara aku solat, Amier ambil kesempatan untuk duduk berbaring kat dalam surau yang sungguh nyaman. Memang ada sekumpulan pelajar yang sedang berbaring kat situ untuk tidur sejenak selepas zuhur. Bila aku dah solat dan ajak balik, Amier mengeluh. "Alaaaaaaa...... Baru aje nak sejukkan badan...." katanya. Kami terus berangkat pulang. Singgah di beberapa kedai dan gerai sebelum menuju ke bandaraya ibu kota.

Amier berbaring di surau.

Siapakah Black-Tooners?

Tiba-tiba Black-Tooners meluru laju ke dalam rumah. Laju bak kilat. Anak-anakku berlari-lari cuba menghambat Black-Tooners keluar. Ia bagai telah terperangkap. Black-Tooners panik! Pintu yang luas di sebelah dapur telah kami bukakan untuk Black-Tooners keluar. Tapi ia terlalu gemuruh untuk lari keluar mengikut arah itu. Ia lebih cenderung untuk mencuba meloloskan dirinya melalui tingkap ram yang jauh lebih sempit dari muka pintu. Sebisik suara pun tak terdengar diluahkan oleh Black-Tooners. Semakin kami mendekati, semakin takutlah ia dan semakin bingunglah akan langkah yang paling wajar untuk diambil oleh Black-Tooners. Akhirnya kami tinggalkan ia sendirian berusaha melepaskan diri dari lingkungan rumah kami yang sesak.

Tak lama kemudian, kami datang lagi ke dapur. Black-Tooners telah lesap. Dia telah berjaya lari! Kami rasa dia keluar ikut pintu, setelah menyedari lubang tingkap ram terlalu sempit untuk ia masukkan kepalanya yang sebesar penumbuk aku. 

Tapi siapakah Black-Tooners sebenarnya. Aku pun tak tau. Ia kucing jalanan yang tiba-tiba masuk ke dalam rumah kami untuk cari makan. Tapi bila menyedari kehadiran manusia di situ, ia jadi kelam kabut dan berusaha keras untuk lari. Siapa yang menggelarkannya Black-Tooners? Siapa lagi kalau bukan Amier. Nama itu pun diberikannya secara spontan. Dan kami akan ingat Black-Tooners seandainya ia menjengah lagi ke rumah kami.

Black-Tooners terperangkap!

Thursday, March 8, 2012

Perancangan yang terbatal

Ini kisah lama. Kisah bulan Februari dulu. Ingat tak pada tarikh 3 hingga 7 Februari? 5 haribulan hari Ahad. Masa tu hari Maulidur Rasul. 7 haribulan pulak hari Selasa. Cuti hari Thaipusam. Cuti panjang macam ni memang jarang-jarang berlaku. Jadi kami dah plan sesuatu untuk diisikan pada masa cuti empat hari tu. Beginilah perancangan kami:

Pada 3 Februari (Jumaat) - kami bercadang nak off setengah hari. Nanti wife aku akan naik komuter dari KL sampai Bangi, dekat dengan ofis aku. Dan lepas solat Jumaat kami akan bertolak dari Bangi ke MRSM Gemencheh ambil Syahmie balik rumah bercuti.


Pada 4 Februari (Sabtu) - paginya ada mesyuarat PIBG Sekolah Ampang. Aku memang tak pernah miss datang mesyuarat. Pada hari berkenaan aku sepatutnya akan menyatakan dua cadangan hebat untuk didengari oleh sekelian ibu bapa dan guru-guru yang hadir. Suatu cadangan yang akan mengubah persepsi masyarakat dunia terhadap Sekolah Ampang ni. Suatu cadangan yang besar. Sangat besar. Hebat. Dan sangat hebat!!! Malah aku juga akan mencadangkan untuk menjadi salah sorang dari AJK persatuan PIBG. Dan lepas tu aku nak kempen supaya guru-guru sekelian memilih aku untuk jadi Guru Besar Sekolah Ampang yang baru. Eh! Boleh ke buat macam tu ek? Aaaahhh!!! Tak kisahlah. Aku memang plan nak rebut kuasa dari Guru Besar sedia ada. Huwaaa ha ha ha ha!!!


Pada 4 Februari (Sabtu) - malamnya kami bercadang nak ke rumah pakcik aku kat Shah Alam untuk meraikan anak beliau yang berkahwin. Walaupun majlis kahwin tu dibuat pada hari esoknya, Ahad, tapi kami memang plan nak datang awal pasal hari Ahad kami ada program lain.


Pada 5 Februari (Ahad) - kami akan bercuti di Ayer Keroh Melaka. Nak bercuti di Ayer Jerneh takut tak jumpa cari. Jadi Ayer Keroh pun kira jadilah. Kat Ayer Keroh kami nak pergi Taman Buaya dan Taman Rama-rama. Aku memang dah plan nak bergambar dengan rama-rama yang warna-warni tu. Dan aku juga nak bergasak dengan buaya-buaya ganas sungai Melaka dan mengambil kulit mereka untuk dibuat tali pinggang, wallet dan jeket kulit yang hebat.


Pada 6 Februari (Isnin) - kami bercadang nak ke Bandar Hilir Melaka. Nak pergi naik cruise kapal kat Sungai Melaka. Orang kata hebat pemandangannya. Waktu siang boleh nampak biawak, buaya, ular air, naga Tasik Cini, apatosaurus (dinosaur yang suka main air), ikan paus dan penguin. Kalau waktu malam pulak boleh nampak lampu yang berwarna-warni sampai berpinar bijik mata kalau tenung lama-lama. Itulah kecantikan kat Sungai Melaka yang nak sangat kami lihat dengan mata kepala mulut kaki tangan betis perut kami sendiri. Dan seterusnya kami akan menghantar Syahmie balik ke MRSM Gemencheh pada pagi hari Selasa 7 Feburari sebelum pulang ke Kuala Lumpur.


Tapi apa yang terjadi adalah sesuatu yang berbeza dan di luar dugaan sama sekali. Pada malam hari Khamis 2 Februari, Amier sakit perut muntah-muntah sampai keluar segala muntah kuning dan hijau. Badannya jadi kering pasal banyak air dah keluar. Kami hantar Amier ke hospital dan doktor tahan Amier dalam wad pasal keadaanya agak teruk. Jadi aku dan isteri pun temanlah Amier yang terlantar sakit di hospital Ampang Puteri. 

Keesokan harinya, aku pulak dilanda muntah-muntah setelah pulang dari mengambil Syahmie di Gemencheh. Keluar semua isi perut termasuk usus dan pankreas..... okaylah, usus dengan pankreas tak keluar, yang keluar hanya muntah aje. Tapi tak seteruk Amier, sebab Amier kena cirit birit pulak lepas dia muntah. Isteri aku menyusul penyakit yang sama. Kami sama-sama jumpa doktor mendapatkan rawatan. Aku diberi ubat sebagai pesakit luar. Isteri aku yang lebih teruk dimasukkan jugak ke dalam wad. Duduk satu wad dengan anak aku. Rupanya kat rumah, mak aku pun kena muntah-muntah dan cirit birit yang teruk. Kami kesemuanya kena demam jugak dan pening kepala.


Penyakit tu tak berhenti di situ saja. Orang-orang lain kat rumah pun turut kena jugak penyakit yang sama. Tapi pada tempoh yang berbeza-beza. Termasuklah ayah aku, kakak aku yang memang selalu lepak kat rumah kami, serta anak kakak aku, Yana. Dan yang terakhir kena ialah orang gaji aku. Satu penangan kuman yang sangat hebat dan dahsyat. Kami tengok penyakit ni pada asalnya sebagai keracunan makanan. Tapi bila dia mula menjangkit dari satu orang ke satu orang yang lain, kami rasa ia disebabkan oleh virus yang memang sinonim dengan penyakit macam ni iaitu "ROTA VIRUS". Tapi doktor tak pernah declare pun ia berpunca dari Rota Virus. Tapi seminggu selepas kami kena penyakit ni, kena pulak kat Perak wabak Rota Virus ni sampai melibatkan kanak-kanak seramai dua ribu lebih orang. Dan ada dua orang bayi yang maut.

Masa ni cuma Amier yang sakit. Itu pun dia dah ada tenaga sikit.
Masa ni isteri aku pula yang sakit teruk sampai perlu dirawat di wad.
Pada hari yang sepatutnya kami hantar Syahmie pulang ke asrama di Gemencheh, tiba-tiba Syahmie pula mengadu sakit kepala dan sakit perut. Rupanya Syahmie pun dah terkena jangkitan kuman ni. Kami telefon pihak sekolah minta extend cuti Syahmie hingga dia sembuh. Permohonan kami diperkenankan. Maksudnya dalam rumah tu semua orang kena serangan Rota Virus, kecuali Wanie. Sampai wabak ni selesai, Wanie masih bebas dari serangan virus yang berbisa ni.

Itulah, manusia merancang. Allah juga merancang. Perancangan Allah-lah yang terbaik. Dan ketentuan Allah itu sangat banyak hikmahnya, walaupun kita selalu tak nampak atau mengetahuinya. Setelah berusaha, seringlah berdoa, bertawakkal dan redha. Baru hati jadi tenang dan mudah untuk kita bersabar dan bersyukur.

Giliran Syahmie pulak dirawat sebagai pesakit luar.