m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, December 5, 2011

Pokok

Kat radio lagu "Pokok" dendangan group Meet Uncle Hussin sedang ligat dikumandangkan. Oleh kerana sekarang ni pokok-pokok seantero dunia tengah perasan glamer, jadi aku pun nak cerita pasal pokok jugaklah. 

Tadi pagi lepas hantar wife aku pergi kerja, aku menyimpang ke Tasik Titiwangsa nak buat booking court tenis. Sepanjang jalan kat Jalan Tun Razak aku nengok banyak jugak pokok-pokok yang tumbang. Pihak DBKL dah pun mengerat-ngerat batang pokok tu supaya tak mengganggu lalu lintas. Sesampai di Titiwangsa, aku nampak ada satu pokok besar, yang batangnya sebesar pemeluk King Kong, telah tumbang menghempap bumbung bangunan. Ranap sebahagian bumbung bangunan tu. Sibuk pekerja DBKL nak membersihkan kawasan tu. Siap bawak lori kren, jentolak, lori sampah, bomba, ambulan, kereta kebal dan kapal selam, semata-mata nak meng-clear-kan kawasan tu supaya tak lagi berbahaya kepada orang awam.

Pokok tumbang dan jatuh menghempap bumbung bangunan. Bumbung bangunan pun rosak.
Batang pokok tu punyalah besar dan berat. Tranformers seperti Autobot dan Decepticon pun belum tentu larat nak angkat pokok yang dah tumbang tu. Aku tanya salah sorang pekerja yang kebetulan memang aku kenal, "Bila dia tumbang ni?" "Hari Ahad hari tu. Ribut sabung menyabung bak tsunami yang menghentam pantai Acheh. Puting beliung dan halilintar mengaum bak dinosaur t-rex yang kelaparan. Panahan kilat petir yang membahang bak Ultraman sedang fire raksasa dari planet Utarid. Akhirnya pokok yang telah berusia beribu tahun ni pun tumbang menyembah bumi", jawabnya penuh semangat dan emosi. Wow! Memang dahsyat! Boleh buat filem nih. 

Dalam perjalanan meninggalkan tempat itu pun aku nengok masih banyak lagi pokok-pokok yang tumbang dan sedang dibersihkan oleh pekerja DBKL. Nasihat aku kat kengkawan yang nak parking kereta pada musim hujan ni, janganlah parking bawah pokok. Bukan saja dahan pokok boleh patah, tapi akar pokok tu boleh terus tercabut bila dipukul angin dengan sebegitu kuat sekali. Dan jangan parking kat tanah rendah, takut tersangkut dek banjir kilat. Okay! Kembali kita menyanyikan lagu Pokok. "Tanya sama pokok, apa sebab goyang. Jawab angin yang goncang......."

Seorang pekerja DBKL sedang memotong batang pokok untuk dibuat kayu api buat masak lemang raya nanti.

Dahan-dahan pokok yang telah dicantas-cantas.

Berlumba sampai ke puncak

Ibuku ada membeli sejenis permainan board game melalui pos daripada Reader's Digest. Nama game tu ialah "Race To The Top". Ia adalah sejenis game yang agak susah untuk dimainkan. Tetapi sangat bermanfaat  kerana ia boleh memperluaskan pengetahuan am para pemain. Beratus soalan umum tentang pelbagai hal disediakan untuk dijawab oleh pemain. Siapa dapat jawab soalan, barulah dia boleh maju ke hadapan. Yang tak dapat jawab, akan tersadai di tempat asal bertapak. Kategori soalan merangkumi sains, politik, hiburan, perkara aneh, serta geografi.

Game terbaru di pasaran.

Kategori soalan yang disediakan.

Sekarang game ni dah jadi kegilaan anak-anak aku, termasuklah Amier. Siapa yang rajin baca dan menghafaz isi kandungan soalan dan jawapan yang disediakan, dialah yang akan senang menjadi juara. Tapi kalau Amier yang main, dia akan ikut undang-undang dia sendiri. Menang atau kalah tak penting bagi Amier. Yang penting dia dapat bacakan soalan kepada pemain, walaupun soalan-soalan tu kekadang agak mengelirukan.

Amier pun nak main.

Sedang memikirkan strategi untuk menang.

Muntah di gelanggang

Dah sekian lama aku nak main tenis double kat gelanggang. Tapi setiap minggu ada urusan yang lebih penting yang perlu aku bereskan. Sabtu lalu aku drive kereta sorang-sorang ke Titiwangsa nak tengok kot-kot ada peluang nak tumpang main tenis dengan orang-orang yang aku kenal. Bila sampai kat sana aku nengok ada pulak orang buat tournament. Aku diberi tahu sekolah International yang buat perlawanan tenis tertutup. Jadi sah-sahlah aku tak boleh main tenis double pagi tu. Aku luangkan sedikit masa nengok bebudak main tenis. Walaupun budak, tapi sangat hebat.

Aku pulang dengan berasa sedikit hampa. Lalu aku telefon abang Hj Nordin. Dia kata mungkin Ahad pagi jam 8 boleh main kat gelanggang Jelatek. Jadi pada hari yang dinantikan, kami pun bertemulah di gelanggang Jelatek dengan penuh semangat. Tak dapat main double, terpaksalah main single. Single terlalu memenatkan bagi aku sebenarnya. Kena main slow-slow-lah.

Pertarungan bermula setelah kami buat warm-up. Mata pertama milik aku. Tapi kemudian abang Hj Nordin mengejar dan menjadikan kedudukan 2-4. Aku ketinggalan. Tak mau cepat mengaku kalah, aku bermain dengan lebih hati-hati bak memandu kereta di malam gelap, di hujan lebat dan bersalji, di atas jalan berkelok-kelok berselaput ais. Akhirnya mata kami sama, 4-4. Waktu tu otot perut aku dah mula memulas. Tekak menjadi mual. Satu bola angin gergasi terbentuk dari dalam perut dan menolak segala isi perut yang ada. Nasib baik aku belum makan. Cuma minum air aje. Jadi limpahan air pun keluarlah dari dalam perutku melalui mulut dan melimpah atas gelanggang. Uwweeekkk... Uwweeekkk... Uwweeekkk!!! Basah lencun gelanggang terkena muntah aku yang banyak. Gelanggang jadi banjir seketika dan anak-anak ikan keli dan sebarau sempat berenang-renang mencari makan di takungan air muntah ku itu. Setelah muntah barulah perutku merasa sedikit lega. Tapi waktu tu matahari pulak dah memuncak naik. Bahang panas mula terasa membakar ubun-ubun kepalaku. Aku tahu, aku selalu akan tewas pada kepanasan. Permainan diteruskan. Aku bagai tak larat nak mengejar bola. Dan akhirnya aku tewas 4-6. Kalah, tetapi puas.

Sunday, December 4, 2011

Menjamu di Sekinchan

Pada hari Sabtu siang, ayah aku tiba-tiba berhasrat nak belanja seisi rumah makan kat luar. Ayah aku plan asalnya nak makan masakan padang kat kedai di sekitar Riverside Ampang. Selepas solat zuhur kami pun keluar rumah mencari restoran masakan padang kat tempat yang telah dikenalpasti. Setelah menengok dengan teliti, kami tak nampak sebarang kedai yang menjadi target. Yang ada cuma kedai Siam, kedai Cina, kedai Korea, kedai Arab, kedai sup, kedai western dan berlambak kedai perabot yang pastinya memang tak menyediakan masakan padang. Lalu kami cadangkan makan kat Restoran Ikan Bakar Sekinchan. Semua bersetuju. Dan kami pun park kereta dan mencari tempat untuk duduk makan.

Ibu dan kakakku.
Yana dan Wanie tak sabar-sabar menantikan saat yang mendebarkan - waktu makan ikan bakar.
Memilih makanan dan minuman.
Kakak dan ayahku.
Cuma keropok yang terhidang. Tapi kami tak layan.
Rombongan kami agak ramai. Dua kereta, dengan 11 orang jumlahnya yang nak makan siang kat situ. Kami pun membuat pesanan pelbagai jenis ikan untuk dibakar. Kami siap disediakan dengan alat pemadam api. Takut-takut ikan yang kena bakar tu masih berapi lagi. Air minuman yang spesel adalah teh Sekinchan yang merupakan air 3 layer. Harganya sedikit mahal, tapi rasanya enak walaupun rupanya sebijik macam air sungai yang mengalir kat belakang restoran ini. Anak buahku Farid mengambil kesempatan untuk meng-order air tembikai dalam gelas yang paling besar di dunia. Gelas dia terlalu besar sampai boleh muat seekor killer whale berenang-renang dengan selesa di dalamnya.

Amier pening kepala nak pilih juadah. Semuanya nampak menyelerakan. Order semualah, senang!
Meng-order makanan.
Menanti saat makan dengan tenang.
Wanie semakin resah kerana makanan masih belum tiba.
Ayahku melihat-lihat sungai kat belakang kedai.
Aku berfikir, mungkin ikan-ikan bakar ni semua diangkut dari sungai kat belakang ni aje.
Syahmie turut bersiar-siar melihat sungai.
Setelah menunggu dengan penuh sabar, akhirnya makanan pun siap disajikan. Dan kami pun makanlah nasi berlaukkan ikan bawal hitam, ikan pari, ikan siakap, ikan kembung dan sotong serta sayuran yang dibakar menggunakan kayu api dan semut api. Semua bersih licin kami makan, melainkan seekor ikan kembung yang sangat kembung perutnya. Yang itu kami bawak pulang. Setelah aku dan ayahku menghulurkan duit membayar pada cashier, kami pun berangkat pulang dengan senang hati.

Farid dengan air tembikai gelas besar.
Waktu ni yang kedengaran hanyalah bunyi nyamph nyamph nyamph...
Makan berebut memang menyeronokkan.
Masih khusyuk makan.

Bunga tanjung yang wangi

Petang hari Sabtu lepas, kami sekali lagi menziarahi bonda di hospital. Sebelum ke hospital, wife aku petik sekuntum bunga kenanga yang kebetulan mekar kat pasu rumah kami. Sesampai di perkarangan hospital, kami petik pulak bunga tanjung. Berkuntum-kuntum kami petik nak bagi bau dia lebih power. Bonda memang suka bau bunga tradisional seperti melor, cempaka, kenanga dan tanjung. Bila bonda cium haruman bunga-bungaan tadi, bonda akan merasa lebih segar. Aku pulak suka bau bunga kat tayar kereta. Tapi kalau salah bau boleh dapat resdung. Jadi aku sekarang dah hentikan aktiviti mencium bunga kat tayar. Apakah bunga terbesar di dunia? Bunga manggar gergasi kot!


Pokok "mimusops elengi" a.k.a. bunga tanjung.

Kuntuman bunga tanjung yang kecil.

.
Memetik bunga di hospital.

Siapa orang itu, macam pernah ku kenal?

Petang-petang lepas balik kerja memang kami selalu ke hospital melawat bonda yang masih dirawat di wad. Pada hari Jumaat lepas, setelah menjelang malam, datanglah seorang kerabat keluarga kami datang menziarah bonda. Tapi siapakah orang itu? Macam pernah kulihat. Tapi di mana ya? Setelah belek punya belek kira-kira hampir lima jam setengah, barulah dapat dirumuskan bahawa pemuda itu adalah salah seorang cucu bonda, anak saudara kami yang lama dibela oleh ayah Atan dan bonda Rahmah. Namanya Faiisal. Huruf I memang ada 2 bijik kat nama dia. Nama timang-timangannya adalah Ejal, atau kekadang kami panggil Pejal. Dulu Faiisal berambut panjang dan lebar. Kalau rambut tu menutupi muka, sampai sedekad pun orang tak kan kenal wajah yang berselindung di balik rambut. Barang-barang rumah pun selalu boleh hilang kat dalam rambut yang sangat tebal itu. 

Tapi sekarang Faiisal dah potong rambut. Dah lebih kemas dan hensem (begitulah kata makcik-makcik Faiisal). Tapi kata Faiisal sendiri, tak taulah. Mungkin terlalu gonjeng atau kurang stylo. Bagi aku, fesyen rambut macam nilah yang boleh menyebabkan banyak gadis jelita dan tak jelita tertawan, tergoda dan lemah lutut. He he he... Edisi kali ni saja aku berkisah pasal Faiisal. Semoga tuan punya badan tak ambil port. Selamat berambut baru!


Faiisal dan Siti menemani Atuk Pon.

Faiisal dengan rambut yang baru dibeli di kompleks membeli-belah belakang rumah.

Friday, December 2, 2011

Selamat maju jaya untuk Najmi

Setelah cukup tempoh 5 bulan lebih, pelajar Politeknik yang buat praktikal kat ofis aku akan terpaksa meninggalkan ofis untuk kembali ke kampus belajar dalam kelas. Kali ni giliran Najmy pulak (dari Politeknik kat Tanjung Karang). Najmy buat praktikal kat sini secara bidan terjun. Cari tempat buat praktikal kat Shah Alam, tapi kena hantar kat Bandar Seri Putra. Jauh tuuuu... Tapi demi menunaikan tanggung jawab kepada nusa dan bangsa, agama dan negara, demi dunia dan planet, Najmy melangkah jugak kaki masuk ke ofis kami dan melalui hari-hari yang mendebarkan dan penuh dengan pekerja-pekerja yang insya-Allah waras.

Kad penghargaan yang memang aku bagi kat hampir semua student praktikal.
Hari ni merupakan hari terakhir Najmy melepak kat ofis. Jadi bos aku ajak makanlah kat Bangi. kami makan kat restoran Jawa - Ayam Bakar Wong Solo. Mula-mula kami ingat nak makan kat restoran Wong Ah Meng. Tapi takut tak halal pulak. Buang Ah Meng, ganti dengan Solo. Baru halalan toyyiban. Masing-masing order set ayam penyet atau ayam bakar. Dan ada tambah sikit beberapa lauk lain penambah perisa. Waktu tu dah nak time sembahyang Jumaat sebenarnya. Jadi aku makan macam ular sawa lah. Masuk mulut, telan. Masuk mulut, telan. Aku paling cepat habis makan dan licin pinggan. Ahmad pulak memikirkan waktu solat, terus dia takda selera nak makan. Setengah pinggan aje habis. Itu pun cuma makan pinggan aje. Nasi tak makan. Bila selesai makan, semua yang lelaki cepat-cepat bingkas bangun dan meninggalkan restoran sambil beri ucapan, "Terima kasih, puan".

Menuju ke Restoran Wong Solo bagaikan perajurit menuju medan perang.

Nasi dah sampai, tapi belum baca doa makan lagi.

Najmy ni datang ofis aku pada time yang tak berapa tepat sebenarnya. Masa tu kerja tengah tak berapa ada. Maklumlah, projek takda. Jadi dia buat benda yang remeh-temeh ajelah. Tugas-tugas yang lebih besar dan mencabar seperti menjadi chairman meeting, interview PM, pikul guni simen, atau design kapal selam, tak dapatlah Najmy merasa buat. Nasib baik si Najmy ni peramah dan mudah to get along dengan semua orang. Dia suka ambil gambar orang dan benda-benda. Segala macam gambar ada terkandung dalam kamera dia. Semoga Najmy akan lebih berjaya pada masa yang akan datang. Tak kiralah bidang senibina ataupun fotografi. Akhir kata, selamat maju jaya!

Lauk-pauk tak habis. Azni dan bos aku kena habiskan sampai licin pasal they all perempuan, tak pergi solat Jumaat.