m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Wednesday, October 5, 2011

Amier dan hasil kerjanya

Apakah yang digemari oleh setiap anak-anak aku selain makan, tengok tv dan main game kat komputer? Pastinya melukis. Kali ni aku nak tunjuk lagi hasil kerja seni anak bongsu aku Amier yang berusia 5 tahun. Lukisan ini dilukis semalam. Selalu dia lukis versi hitam putih, tapi kali ni dia buat versi colour pulak. Selain binatang, Amier jugak minat kereta, planet, dan bendera. Tunggulah collection terbaru dari Amier dari semasa ke semasa. Siapa yang berhajat nak beli lukisan ini yang original, bolehlah kontek aku selaku pengurusnya. Harga kurang-kurang RM3000. Tapi boleh runding. Boleh dapat 5% diskaun. Itu pun musim raya aje.

Gambar anjing besar.

Gambar binatang-binatang berparuh.

Chini dan daun-daun yang pelik

Semalam aku ke Tasik Chini. Bukan pergi memancing. Bukan jugak pergi berenang. Malah bukan pergi memburu naga yang perkasa. Aku ke sana pasal kena attend site meeting yang berlangsung setiap minggu. Meeting berlangsung agak panas, walaupun cuaca mendung. Tapi aku remain sejuk, sebab kebetulan duduk sebelah kipas angin. Tapi aku tak bercadang nak hurai panjang pasal meeting tu.

Lepas meeting, Sham ajak semua orang makan kat satu tempat special yang memang menjadi kegilaannya. Pusing-pusing jalan keliling kampung entah kat mana-mana entah. Akhirnya sampailah kami kat satu kedai makan yang bercantum dengan rumah orang. Keluarga ni asal Kedah. Telor utaranya pun masih pekat lagi. Aku nengoklah lauk pauknya, apa yang spesel sangat. Ada patin, ada baung dan yang betul-betul spesel ialah ada dedaunan pelik yang tak pernah aku jumpa.

Perkarangan hutan Chini, tempat kami bermesyuarat.

Ingatkan nak mesyuarat bawah pokok, baru ada feel sikit.
Sham dan Saifuddin berebut ikan lais goreng. Aku tak sempat merasa pasal dah habis direbut kedua jejaka tadi. Yang tinggal hanya ikan seluang goreng. Saiz ikan seluang kecil-kecil, macam bapak ikan bilis sepanjang 3-4 inci setiap satu. Aku ambil 3 ekor seluang dan sepotong baung. Tapi yang buat aku betul-betul terliur adalah apabila aku ternampak dedaunan yang terhidang di dalam pinggan. Memang tak pernah aku nengok daun yang macam tu orang makan buat ulam. Aku pun ambil dua jenis daun. Aku tanya abang tuan kedai nama daun tu, dia kata satu daun putat, dan satu lagi daun cemumak. Ada satu lagi daun yang dipanggil petai belalang (macam daun semalu). Tapi yang itu aku tak try.

Sejurus aku memamah aje dedaunan itu, terasa kesedapannya yang luar biasa. Especially daun cemumak. Daunnya pahit, tapi lemak. Menambah selera makan tengahari ku. Daun putat pulak sedap kerana kesegarannya. Setelah mengunyah dedaunan itu dengan penuh asyik, lalu aku semakin bersemangat dan semangat kekambinganku meningkat lalu kuterjah semak belukar bersebelahan dan meragut rakus segala jenis daun di belukar tanpa mengira orang yang lalu lalang. Kawan-kawanku terpaksa bekerja keras menahan inginku untuk menggondolkan semak-samun itu. Waaa!!! Begitulah penangan daun-daun ulam yang hebat itu. Turut makan bersama ialah Akmal, Sham, Saifuddin, Mazeli, Lily, dan Ija. Lunch semalam Akmal yang belanja. Lepas makan, kami terus menghala ke Kuala Lumpur.

Daun putat yang banyak kat kebuh sawit.

Daun cemumak yang pahit tetapi lemak.

Monday, October 3, 2011

Meraikan open house Syawal yang tertangguh

Budaya "open house" memang dah melekat kuat bila tiba bulan Syawal di kalangan warga kota. Tiap-tiap hujung minggu mesti ada saudara-mara dan handai-taulan yang mengajak datang ke rumahnya untuk makan-makan dan bersembang. Tetapi kekadang bila terlalu sibuk tak sempatlah nak menjemput, hanya sempat dijemput aje. Jadi oleh kerana merasa tak puas hati, dan merasa nak ajak jugak orang datang rumah kita, maka kita extend-lah sikit time open house tu ke dalam bulan Zulkaedah. Kalau bulan Zulkaedah pun miss, boleh jugak extend ke bulan Zulhijjah, ke Muharram, ke Safar dan seterusnya. Tak kiralah bulan apa pun, ajak orang datang makan kat rumah kita tu kan kira ibadat jugak. Kategori menjamu dan menghormati tetamu.

Sorang sepupu kami kat Shah Alam Ahad lepas ajak kami makan kat rumah dia. Dia hidang laksa Johor, pulut rendang dan beraneka dessert. Perut mesti dikosongkan dulu sebelum datang open house. Barulah terasa nikmat bila menjamah juadah. Lama jugak kami kat sana. Tapi satu rumah tu ajelah yang kami pergi. Lepas tu singgah Kajang hantar anak buah balik sekolah, dan terus balik rumah. Tu ajelah.

Menikmati laksa Johor.

Laksa Johor di sudu yang terakhir.

Semua makan laksa Johor.

Amier kata perut dia dah nak meletup kekenyangan. Lalu dia main I-Phone.

Terlalu kenyang dan tersandar.

Ayahku menengok pokok lanskap.

Bergambar dengan tuan rumah.

Sempena Malaysia Open ATP

Setiap hujung minggu biasanya abang Haji Nordin akan sms kat semua orang-jam berapa dan kat mana main tenis. Pasal dialah orangnya yang buat booking dan tukang coordinate semua players. Weekend baru ni abang Hj Nordin tak da kat KL. Jadi aku pesan kat dia suruh booking-kan kat mana-mana yang senang. Lalu abang Hj Nordin telah tempah court kat Jalan Jelatek hari Ahad dari jam 8-10 pagi.

Aku kontek kengkawan tenis. Ramai yang ada hal. Yang kofim nak datang cuma Bob dan abang Aziz. Itu pun pada hari Ahadnya, abang Aziz terpaksa bertugas. Tinggallah aku dan Bob terpaksa main single. Al-maklumlah kalau dah single tu memang penat bebenorlah jawabnya. Tapi sebenarnya Bob sampai pun agak lambat. Jadi aku gunakan kesempatan ini untuk train Syahmie main tenis. Dulu dia pernah coaching. Nampak gayanya Syahmie masih boleh pukul bola lagi. Cuma nak kena asah sikit. Dengan teknik yang betul dan latihan yang konsisten, pasti Syahmie lepas ni boleh sparring dengan aku pulak.

Main single ni yang penting stamina kena kuat. Pukulan kena konsisten. Dua-dua tu memang kurang pada diri aku. Jadi dengan mudah Bob mengalahkan aku 0-6, 3-6. Cuaca masa tu tak berapa panas. Jadi aku tahan jugaklah main. Kalau panas sangat, memang kejap aje aku dah surrender. Minggu depan abang Hj Nordin ada kat KL dah. Bolehlah main double macam selalu gamaknya.

Aku dan Bob. Bob badan je besar, tapi aktif bersukan.

Syahmie dan Bob.

Saturday, October 1, 2011

Menyempurnakan jemputan keluarga Ziegler

Siang tadi aku sekeluarga pergi hadiri jemputan kahwin anak Wak Ziegler kat Jalan Raja Uda, Kampung Baru. Yang kahwin ialah adik lelaki pelakon Julia Ziegler. Nama adik dia apa, aku pun tak tau pasal kad jemputan dah hilang. Kebetulan mak dah ayah aku adalah kawan kepada adik-beradik mak pengantin. Dan kebetulan jugak ayah aku ada bau-bau bacang dengan keluarga mak pengantin. Macam mana dia boleh bau-bau bacang tu aku tak tau. Tapi kalau tak silap aku, masa bapak aku bujang dulu, dia ke kebun bacang dengan adik-beradik mak pengantin ni. Entah macam mana, tiba-tiba jatuh segugus buah bacang ke atas mereka. Habis badan ayah aku dan badan adik-beradik mak pengantin. Semuanya dilumuri dan berbau bacang. Walaupun dah mandi dan pakai sabun Lux, Dettol dan Shokubutsu, namun bau bacang tu masih melekat kuat lagi pada tubuh mereka, hingga kini.

Kami disambut oleh keluarga pengantin. Dan aku sendiri ketika melangkahkan kaki masuk ke perkarangan rumah, terserempak dengan bapak pengantin yang berbangsa Jerman tu. Lalu aku berteriak, "Heil Hitler!!!" Bapak pengantin terdiam sambil berkata-kata di dalam hati, "Apo konolah budak sorang ni? Hilang akal ko apo?" Melihatkan yang beliau tak ada respond terhadap teguran aku, lalu aku senyum aje pada dia, dan beliau jemput aku makan terus.

Menikmati juadah ketika perut telah berkeroncong memang mengasyikkan.
Amier rembat karipap kat pinggan aku. Hu hu hu...
Nasib baik ada lagi karipap. Dapat jugak aku jamah.
Wanie paling banyak makan kat majlis tu.
Masa ni memang tengah lapar betul.
Kami semua duduk makan di suatu meja yang tak jauh dari pelamin. Oleh kerana kami datang agak lewat, maka tetamu banyak yang dah pulang ke rumah. Jadi suasana agak lenganglah sikit. Mata aku melilau menengok keadaan sekeliling, kot-kot ada wajah yang aku kenal. Memang tak ada melainkan beberapa orang artis seperti Neves Pretty Ugly dan Gambit. Lepas makan tu kami tak tunggu lama. Aku ambil gambar pengantin dengan Julia dan Gambit. Lepas tu aku ke meja Neves dan ambil pulak gambar dia. Kena berlakon jadi peminat nombor satulah kejap. Tapi mereka memang sporting, dah biasa menghadap paparazzi macam aku. Kami bersalam dengan tuan rumah dan terus beredar ke rumah makcik aku yang terletak tak jauh dari situ sebelum pulang ke rumah.

Menjamah makanan.
Penuh konsentrasi ketika makan.
Neves Pretty Ugly pose untuk aku. Aku salam dia banyak kali, macam fan giler kat dia.
Posing pengantin, Gambit dan Julia Ziegler.
English konsep kot, atau Jerman konsep.

Dapat pingat perak

Semalam Syahmie dan Wanie tunjukkan kat aku pingat-pingat yang dimenangi mereka kat sekolah sempena hari sukan tempoh hari. Syahmie dapat tempat kedua pertandingan catur. Dia kalah dengan classmate dia jugak. Masa tu Syahmie cuma tinggal satu King aje. Kawan dia ada satu King dan satu Queen. Dalam pertembungan tu, kawan Syahmie akhirnya dapat juga memerangkap King Syahmie yang terkonteng-konteng tu. Tapi kira fight jugaklah. Tahniah buat Syahmie.

Wanie pulak dapat pingat perak sebab pasukan netball-nya dapat tempat kedua. Tapi yang best-nya Wanie sekali pun tak berkesempatan nak main mewakili pasukannya. Dia cuma jadi reserve aje sepanjang kejohanan. Tapi sokongan moral kepada kawan-kawan sepasukan pun penting jugak dan turut memberi sumbangan kepada kemenangan pasukan. Tahniah jugak buat Wanie.

Wanie dan Syahmie dengan pingat masing-masing.

Transformers kat Kampung Baru

Tengah hari tadi aku sekeluarga pergi satu jemputan orang kahwin kat Jalan Raja Uda, Kampung Baru. Punyalah ramai orang datang. Nak parking kereta pun susah. Jauh aku kena drive barulah jumpa tempat letak kereta yang kosong kat bahu jalan. Sebelum tu aku dah turunkan mak, ayah, wife dan dua orang anak aku kat depan rumah pengantin. Cuma Amier sorang aje yang teman aku cari parking kereta.

Lepas parking tu aku pun pimpin tangan Amier berjalan ke arah rumah pengantin yang agak jauh. Aku kata kat Amier, "Jalan kat tempat pejalan kaki nilah, baru lebih selamat. Pasal kereta kat sini banyak dan laju". Baru berjalan beberapa langkah atas laluan pejalan kaki tu, aku ternampak ada satu lori menghalang laluan aku. Setahu aku laluan seumpama ini adalah untuk "pejalan kaki" bukan untuk "kenderaan". Lalu aku menyangkakan itu adalah robot Transformer yang kejap lagi nak tukar jadi robot. Jadi aku pun tunggulah sampai lori tu jadi robot. Mungkin lepas jadi robot barulah dia nak jalan kaki. Setelah beberapa jam menunggu, lori tu masih diam macam tu jugak tanpa berubah. Aku tak puas hati. Aku hampiri lori tadi dan amat-amati badan lori tu, kot-kot ada lambang Autobots atau Decepticons. Nyata tak ada. Maknanya ada orang parking lori betullah kat atas laluan pejalan kaki.

Hmmmm.... Lain kali panggil aje laluan ni sebagai tempat parkir lori. Ada laluan pejalan kaki pun bukan pejalan kaki boleh gunakan. Makhluk lain yang gunakan. (Aku tak nengok pulak dalam enjin dia kalau-kalau ada logo Trasformers).

Dari belakang lori ni memang ada iras-iras anak Optimus Prime.