m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Saturday, September 3, 2011

4 Syawal 2011: Beraya di Kota Kemuning

Syawal hari ke-4 kami cuma beraya di sebuah rumah aje. Rumah sepupuku Kak Yanti dan suaminya abang Zul di Kota Kemuning. Itulah first time aku ke sana. Agak tersasar jugak. Bila pakai GPS barulah dapat haluan yang lebih tepat. Kami disaji dengan murtabak tebal yang hebat. Kemudian dessert-nya adalah kek cokelat padu yang jugak hebat. Macam biasa, aku anak beranak akan bergambar sakan di halaman rumah yang memang cantik terhias. Habis beraya kami terus pulang ke rumah. Tahun depan datang lagi.

Yana dan adikku.

Abang Mansor dan ibuku.

Ibuku, Kak Yanti dan kakakku.

Menengok ikan guppy kat kolam kecil.

Yana dan kolam ikan.

Wani dan ikan pari, oops... dengan pari-pari.

Syahmie di round-about terkecil di dunia.

Abang Mansor dan abang Zul (tuan rumah).

Syahmie di balik bunga kertas.

Amier sedang merungut.

Itik ni nak tumpang bergambar.

Bergambar bersama host.

3 Syawal 2011: Fotografi kreatif di laman

Aku anak-beranak dan anak-anak buahku banyak meluangkan masa di laman rumah bibik. Ayah, ibu dan kakakku kubiarkan terus bersembang dengan bibik dan pamanku. Banyak ruang fotogenik untuk dirakamkan. Aku dan isteriku seolah-olah berlumba-lumba untuk mengambil gambar yang paling kreatif menggunakan kamera auto fokus. Aku pakai kamera Nikon Coolpix, wife aku pakai I-Phone. Kami tak bolehlah buat shot sehebat XLR, tapi pakai auto fokus pun jadilah.

Syahmie dan buaian usang.

Amier, Syahmie, Yana dan Wanie di buaian usang.

Farid di balik dahan.

Adikku dan pokok hijau.

Yana dan Wanie merenung jauh ke hadapan.

Wanie dan parit kecil.

Menyapu laman.

Mengintai di balik terowong.

Menjolok buah cempedak di luar pagar. (Ini memang pokok buah cempedak di luar pagar).

Pokok bunga kantan yang ketandusan bunga.

Bersantai di buaian.

Yana dan gerbang kayu.

Amier dan kereta sorong.

Aku dan kayu-kayan.

Wanie masih di buaian.

Merenung lampu minyak.

Lampu minyak dan isteriku.

3 Syawal 2011: Beraya versi patriotik

Dalam banyak-banyak rumah yang kami beraya, inilah rumah yang paling patriotik yang kami pernah pergi. Banyak betul bendera Malaysia yang dikibarkan di halaman rumah. Bila aku nengok bendera tu aku pun terus naik semangat patriotik dan terus menyanyikan lagu Negaraku. Tak cukup dengan tu, aku nyanyikan pulak lagu Jalur Gemilang, dan lagu Keranamu, dan lagu Inilah Barisan Kita, dan lagu Satu Malaysia versi Faizal Tahir dan versi Lim Kok Wing. Kemudian disusuli pulak dengan lagu Maha Karya  Cinta, lagu Dan Sebenarnya, dan lagu Enjit-enjit Semut, dan macam-macam lagi lagu. Macam konsertlah pulakkan, sampaikan ada orang kampung yuang beratur panjang nak beli tiket konsert sulung aku yang terjadi secara tak sengaja ni. Selamat Hari Raya dan Selamat Hari Kemerdekaan.

Syahmie dan Jalur Gemilang.

Aku dan Jalur Gemilang.

Wanie dan Jalur Gemilang

3 Syawal 2011: Bihun goreng yang luar biasa

Kami sampai di rumah Bibik Saodah di Batu Belah Batu Bertangkup, Kelang waktu tengahari. Memang waktu makan tengaharilah. Dan perut kami waktu tu memang tengah mengalunkan lagu Keroncong Untuk Ana. Sesampai di rumah, aku terus mencapai balang kuih berisi rempeyek. Kemudian aku capai pulak balang kuih tiram, balang kerepek pisang, balang kacang goreng, balang kuih bangkit, balang gula, balang garam, balang cabutan bertuah dan segala jenis balang yang wujud di rumah bibik.

Tak lama kemudian bibik memanggil dan menjemput kami untuk makan tengah hari. Menunya ialah bihun goreng. Tajuk menu tu macam biasa aje, tapi bila dijamah, luar biasa rasanya. Kami makan, tambah, makan lagi, tambah lagi, sampai licin dulang berisi bihun goreng. Bibik kata, "Takpa, ada lagi". Kami sangat bahagia dan terus menunggu di meja makan untuk  hidangan seterusnya. Tak lama kami menunggu, dua lagi dulang berisi bihun goreng hebat disajikan. Dan kami cedok dan makan lagi, dan lagi, dan lagi sampai perut menjerit mengarahkan berhenti kerana tak sanggup menanggung risiko perut meletup. Burp! Syukur Alhamdulillah...

Yana dan kakakku nak tambah lagi.

Syahmie terus menerpa ke arah bihun tanpa segan atau silu.

Isteriku menjamah dengan gembiranya.

Syahmie terlalu lapar dan nak habiskan bihun goreng dalam dulang.

Aku makan tanpa menoleh ke kiri atau kanan.

3 Syawal 2011: Beraya di rumah Bibik Batu Belah

Hari ketiga Syawal tahun 2011 kami ke Batu Belah, Kelang ke rumah makcik saudaraku. Bibik Saodah merupakan sepupu ayahku dan sangat rapat dengan kami pasal masa kami kecil-kecil dulu dia pernah membela kami. Rumah bibik banyak pokok buah-buahan. Ada pokok rambutan, jambu madu, ciku, durian, cempedak, namnam, gajus dan macam-macam lagi. Kalau kena musim buah memang kira beruntung sangatlah kami. Tapi tahun ni nampak gayanya semua buah masih di peringkat putik dan bunga. Tak apalah. Lain kali ajelah kami nikmati buah-buahan tanaman bibik dan paman.

Bibik Saodah, ayahku dan Paman Jaie.

Farid keletihan di suatu sudut rumah.
Agak lama jugak kami di situ. Memang selalunya kami akan berborak panjang. Aku anak beranak pula akan berlegar-legar di laman dan kebun. Itu amalan biasa kalau kami singgah di rumah bibik. Rumah bibik ada satu jam dinding zaman Tok Kaduk yang telah beroperasi sejak aku kecil lagi. Aku masih ingat lagi jam ni. Nampak gayanya ia masih berfungsi dengan baik walaupun cerminnya dah pecah.

Jam antik yang dah berkurun usianya.

Syahmie dan kipas siling.

Posing di tangga kayu antik.

Syahmie di susur tangan tangga.

Bersalaman dan bermaafan.

Friday, September 2, 2011

2 Syawal 2011: Beraya di rumah Sutris

Rumah terakhir yang kami pergi pada hari kedua raya ialah rumah Sutris. Masa tu dah lewat petang. Kami sembang-sembang sambil minum-minum sampai menjelang maghrib. Lepas solat kami terus pulang ke rumah mengikut highway LATAR. Dan kali ni kami tak sesat. Memang singkat, memang cepat. 1 September plaza tol akan mula mengutip duit. Kami gunakan sekarang sementara masih percuma.

Rumah Sutris.

Semua orang makan-makan. Tapi tak lapar.

Isteriku, Syahmie dan ibuku.

Sutris dan ayahku.

Kami mau pulang.

Semua orang dah ready, jom kita balik!