m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Friday, September 2, 2011

2 Syawal 2011: Beraya di rumah Wak Ros

Selepas makan tengahari kami menuju ke rumah Wak Ros, abang kepada ibuku. Kat rumah Wak Ros kami lebih interested dengan lamannya yang luas dan fotogenik. Lalu kami bergambar di setiap sudut laman yang kehijauan. Gelagat kami tak ubah seperti "rusa masuk kampung". Atau dalam perkataan lain seperti orang bandar menjengah desa. Okay, nengoklah sendiri gelagat kami ini...

Syahmie dan Wanie di balik tanaman.
Syahmie di tangga rumah.
Menengok semut pelik sedang merayap.
"Itulah semut pelik tu", kata Wanie.




Mangga ini sangat lebat dan hebat.
Inilah pokok kaktus zaman cowboy High Chaparal.

Cuba memetik buah sawit.
Memburu puyuh di rimbunan serai.
Wanie di tengah-tengah rimbunan serai.
Syahmie nak masak tom yam kat ladang serai.
Syahmie dan Wanie meninjau di balik pokok bunga.



Bunga ni macam wangi, tapi tak wangi.
Kumpulan the Bandar Gang.
Farid tersenyum melihat keletah semut kerengga di pokok mangga.
Syahmie meninjau di balik pohon palma.
Tingginya pokok kelapa ni. Macam mana nak petik buah dia?
Wanie dan mama.
Farid dengan magik daun ranting kering.
Wanie sedang intai di balik pasu.
Amier duduk bawah tangga rumah.
Inilah Wak Ros, pakcikku.
Isteriku dan kakakku sedang menikmati juadah sambil bersembang.
Syahmie sedang berlagak seperti askar buat serang hendap.
Syahmie dan Amier - the two brothers.
Yana, Syahmie dan Amier.
Amier gembira dan happy.


2 Syawal 2011: Beraya di rumah makcik Mini

Dari Bukit Badong kami terus menghala ke Assam Jawa ke rumah makcik Mini, adik ibuku. Jarak Bukit Badong ke Assam Jawa taklah jauh sangat. Tapi oleh kerana traffic jam yang teruk sepanjang 8 kilometer menghala ke simpang tiga Assam Jawa, kami terpaksa duduk lama dalam kereta menahan perasaan bosan yang tak terperi. Punca traffic jam bukan pasal ada accident. Bukan jugak pasal kereta rosak. Pasal orang repair jalan pun bukan jugak. Tapi pasal traffic light kat simpang tiga Assam Jawa tu lah. Dan jugak pasal highway LATAR yang baru dibuka, maka lebih banyaklah kenderaan yang memintas ikut jalan yang sempit ni.

Teruknya jam! Aku sangat tension ketika ini pasal kebetulan ayahku pulak tengah sakit perut.

Amier mengintai-intai.

Akhirnya kami sampai jugak kat rumah makcik Mini kira-kira jam 3 petang. Yang kami idam-idamkan ialah masakan makcik Mini. Perut memang dah lapar pasal belum makan tengahari.  Masakan terhebat makcik Mini ialah gulai lemak cili api daging, bersulam dengan jeruk ikan tenggiri goreng. Memang akan bertambah-tambahlah kalau makan. Aku sendiri makan sampai tak boleh bergerak pasal perut terlalu memboyot macam orang mengandung 12 bulan. 

Masakan yang sangat hebat. Betul! Aku tak tipu langsung!

Melayan I-Pad selepas makan.

Amier memang suka berekspresi yang macam-macam.

Anak makcik Mini, Hisham adalah seorang mekanik kereta. Bengkel kereta terletak betul-betul di laman depan rumah. Jadi aku, Syahmie dan Amier pun melihat-lihatlah keadaan sekelilling sambil bergambar dengan peralatan kereta dan rangka kereta yang dah tak digunakan lagi. Amier cukup seronok main kereta rosak, macam pandu kereta F1.

"Rantai ini sangat misteri", bisik hati kecil Syahmie.

Amier dan rantai besi.

Amier sedang pandu kereta F1.

Amier sedang buat drift.

Selain masakan daging masak gulai lemak cili api yang menjadi kegilaan kami, kami jugak sangat terpesona dengan minuman teh tarik yang sangat hebat hasil air tangan makcik Mini. Teh tarik kat kedai mamak pun tak boleh challenge. Sebelum pulang, kami minum beberapa cawan teh tarik dengan merasa cukup gumbira.

Menikmati teh tarik terhebat di dunia.

2 Syawal 2011: Beraya di rumah Nek Wok

Syawal hari kedua kami balik kampung. Kali ni kampung yang betul-betul kampung iaitu di Assam Jawa, Kuala Selangor. Kami nak cuba ikut highway baru yang namanya highway LATAR. Aku cuba dapatkan panduan menggunakan laluan baru tu dari sepupuku, Hisham. Tapi entah kat mana silapnya, akhirnya kami tersesat masuk pekan Rawang. Tapi tak kisahlah. Yang penting sampai dengan selamat.

Mula-mula kami tuju ke rumah nenek saudaraku, Nek Wok yang terletak di Bukit Badong di daerah Ijok. Nek Wok adalah satu-satunya mak saudara ibuku yang masih ada. Nek Wok nampaknya masih sihat, dan mungkin ingatannya sudah mengurang. Aku, ayahku dan Rosli berbual di ruang tamu dengan anak Nek Wok iaitu pakcik Banuri. Kaum ibu yang lainnya berkumpul di keliling Nek Wok. Aku, isteriku dan Syahmie ambil kesempatan berlegar-legar di perkarangan rumah sambil bergambar dengan backdrop suasana kampung.

Rosli dan ayahku sedang berbual dengan pakcik Banuri.

Yana dan Wanie mencuba sedaya upaya untuk menghabiskan kuih-muih.

Isteriku dan Yana, bukan Yuna ya...

Bergambar dengan Nek Wok.

Nek Wok dengan ibuku, kakakku dan sepupuku.

Bergambar beramai-ramai dengan Nek Wok.

Syahmie, pokok sawit dan isteriku.

Tunggul kelapa yang misteri.

Isteriku dan Syahmie.

Resipi terhebat Amier di pagi Syawal

Pada siang satu Syawal, Amier dapat satu idea untuk buat resipi minuman terhebat alaf ini. Amier bergegas mengambil kertas dan sebatang pensel. Lalu ditulisnya: air panas, air sejuk, susu, milo, tutup botol dan goncang. Macam pernah kudengar resipi ini, tapi di mana ya? Oh, rupa-rupanya itulah resipi nak buat susu cokelat kat dalam botol susu Amier. Lalu aku pun buatlah minuman tu ikut resipi Amier. Dan hasilnya... sangat mengujakan.

Amier mengarang formula resipi.

Thursday, September 1, 2011

Beraya di rumah Kak Long

Rumah terakhir yang kami pergi pada Syawal pertama ialah rumah kakak iparku, Kak Long. Semua adik beradik berkumpul kat situ untuk makan malam. Sesampai di rumah Kak Long, kami disajikan dengan tayangan gambar khas Hari Raya iaitu video perkahwinan Zila dan Ardy pada awal tahun. Semua orang terlopong dan ternganga-nganga melihat video yang sangat artistik itu. Aku kagum dengan kehandalan dan kreativiti sekumpulan anak-anak muda yang membuat dan menerbitkan video yang sedemikian. Especially masa diorang ambik close-up shot muka aku - sangat menarik. Dahlah tu lama pulak dia zoom kat muka aku. Ada dekat tiga empat jam jugaklah muka aku kena zoom sampai nampak lubang hidung dan isi kandungannya.

Bergaya sebelum menapak masuk ke dalam rumah Mak Long.
Semua sedang asyik menonton video kahwin Zila-Ardy.
Video kahwin Zila-Ardy sangat artistik.
Ali dan posing Diraja.
Syura & Norin.
Sambil nengok video, kami jugak disajikan dengan makanan kuetiau panas dengan udang besar-besar yang bergelumang dengan kuetiau tersebut. Udang tu punyalah besar sampaikan kalau letak dalam mangkuk besar, ekor dia siap terkeluar dan melabuh atas meja. Ada jugak cekodok panas yang dimakan dengan sos cili. Cukup mempesonakan betul rasa dia. Banyak aku makan cekodok ni. Bila ditanya chef yang masak cekodok ni, katanya ia menggunakan jenis spesis kodok yang terbaik yang di-blend ke dalam tepung. Oh! Patutlah sedapnya menjilat jari. Satu lagi menu yang mendapat pujaan ramai ialah chocolate fountain. Anak-anak kecil dan remaja serta muda mudi memang cepat terpikat dengan menu yang satu ini. Aku pun try dan rasa sangat sedap. Macam-macam benda boleh disalut dengan chocolate. Ada buah-buahan dan biskut. Aku turut mencuba menyalut batang pensel, selipar, kotak mancis dan televisyen dengan cokelat dan rasanya sangat menakjubkan, especially kotak mancis. Bila api dia menyala terasa kesedapannya yang sukar digambarkan.

Kamil teruja dengan chocolate fountain.
Faiisal dan Ali dengan pose terhebat dekad ini.
Hidayat sedang menghayati pancuran dan lelehan cokelat.
Makanan yang nampak sedap itu memang sebenarnya sedap.
Pak Long dan Kois turut gembira.
Wanie suka makan cokelat. Hari-hari Wanie makan cokelat.
Atuk Atan sedang menikmati juadah malam raya.
Acap Ashraf dan Faridz.
Taufik mencungkil gigi dengan penuh perasaan.
Ika gembira dapat makan kuetiau goreng banyak udang.
Aku juga dapati telah menjadi trend anak muda sekarang berjinak-jinak dengan kamera XLR dan bidang fotografi. Ini satu perkembangan yang positif. Cuma nak beli kamera tu agak mahal sikitlah. Jadi yang beli kamera, Faridz dan yang tumpang pakai ramai-ramai termasuklah Taufik, Syakira dan Syura. Hasilnya aku nengok okay jugak. Macam-macam boleh buat dengan kamera yang hebat. Kalau setakat pakai kamera autofokus kurang sikit kemampuannya. 

Syakira jadi kamera girl malam tu.
Malam tu semua orang happy walaupun letih. Pakai baju kaler-kaler, makan macam-macam, dan tengok video ramai-ramai. Kami balik kira-kira jam sepuluh malam kot. Sampai rumah memang flat. Musim raya memang musim yang memenatkan. Badan penat banyak bergerak. Perut penat banyak makan. Mata penat banyak berjaga. Tapi yang penting, silaturrahim lebih kuat terikat pada musim ini.

Syafiyah dan isteriku.
Syafika menikmati lollipop perasa masam.
Kois sentiasa gembira walaupun pada saat-saat yang sukar.
Ashraf pula buat posing Diraja.
Faiisal berbaju merah. Paling menonjol malam itu.
Mak Anjang beraya selepas penat menjadi host.
Anak-anak yang happy go lucky.