m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, August 2, 2011

Bowling SMTM di Ampang Point: Keputusan yang kontroversi dan masuk Melodi

Kemuncak bagi acara bowling SMTM hari Sabtu lepas adalah pengumuman pemenang dan pemberian hadiah. Setiap pemain memang mengharapkan kemenangan. Walaupun bola menerjah longkang berbelas kali, namun di sudut sanubari masih terpalit rasa keinginan untuk menjulang trofi yang menjadi igauan setiap pemain profesional seluruh dunia. Juru audit dalaman dan luaran lantas berhempas pulas membuat pengiraan menggunakan segala teknologi tercanggih masa kini.

Trofi terhebat yang diidam-idamkan oleh semua pemain.
Bergambar bersama sebelum berpisah pulang.
Sementara menanti detik yang mendebarkan itu, para pemain diagihkan dengan hadiah-hadiah lumayan cabutan bertuah. Begitu banyak hadiah yang diberikan, yang merupakan pelbagai barangan kelengkapan rumah seperti batu giling, pengukur kelapa, penyapu lidi dan cangkul. Peserta yang dipanggil namanya untuk menerima hadiah cabutan bertuah sangat teruja dan gembira, melompat-lompat sehingga kepala mencecah siling. Ada yang siap memberi ucapan untuk jangka masa yang agak lama kerana kemenangan itu.

Ina menerima hadiah dari ustazah.
Norie: "Inilah cawan yang saya idam-idamkan sejak kecil lagi".
Hadiah bertatah ukiran terus dihulurkan kepada yang bertuah.
Mastura: "Tak pernah saya nengok cawan secantik, jelita dan ayu seperti ini".
Zulkhairi: "Terima kasih ustazah kerana telah mendidik saya menjadi seorang pemain bowling yang berwibawa pada saat ini".
Tak lama selepas itu tampillah pengacara majlis, Puan Reha membacakan keputusan muktamad yang telah dirumuskan oleh juru audit. Tempat ketiga jatuh kepada Kumpulan Ustazah & Geng. Tempat kedua jatuh kepada Kumpulan Chairil & Geng. Juara jatuh kepada Kumpulan Sufian & Geng. Hadiah diberikan, dan penerima hadiah bagaikan histeria menerima hadiah.

Pemenang tempat ketiga yang terpaksa ditarik semula hadiahnya kerana kesilapan teknikal.
Chairil, tempat ketiga berkumpulan yang sebenarnya.
Reha, tempat ketiga berkumpulan yang sebenarnya.
Raffi, tempat ketiga berkumpulan serta juara menggunakan bola paling berat iaitu 35 pound.
Pemenang tempat ketiga berkumpulan yang mutlak.
Tiba-tiba bantahan dibuat oleh kumpulan Azaruddin. "Ini tidak adil!" Begitulah teriakan mereka ketika menidakkan keputusan juri. Lalu Suruhanjaya Diraja dibentuk dan sisatan dilaksanakan. Jelas. Memang ada kesilapan dalam pemarkahan. Walaupun peralatan tercanggih telah digunakan, masih terdapat kesilapan. Bila diperiksa oleh pihak pengurusan dewan bowling didapati bateri bagi alat pengira markah dah lemah, weak dan tak cukup power nak buat pengiraan yang betul. Maka pihak auditor yang diketuai oleh Puan Ogy telah menggunakan cara kuno iaitu menggunakan sempoa bagi mendapatkan markah yang lebih tepat. Dan setelah hampir lima jam mengira, dapatlah satu keputusan yang lebih muktamad dari keputusan muktamad tadi. Dan inilah keputusan yang sebenarnya:

Tempat ketiga: Kumpulan Noreha, Chairil Azan, Ina Azelina & Raffi Shaari dengan jumlah markah sebanyak 1,399. Tempat kedua: Kumpulan Irwan, Intan, Azaruddin & Shahril dengan pungutan mata 1,474 (Inilah kumpulan yang membuat bantahan tadi. Nasib baik buat bantahan, kalau tak, terlepas hadiah lumayan). Dan juara: Kumpulan Sufian, Ogy, Mona dan Adi dengan jatuhan pin sebanyak 1,501. Aku siap buat lompatan somersault macam orang gimnastik bila kumpulan kami diumumkan sebagai pemenang. Aku ingat takda harapan tadi.

Bantahan dibuat oleh kumpulan Azaruddin.
Juri menilai semua kesahihan pemarkahan.
Masih aku teringat ketika aku nak membuat balingan terakhir pada round pertama. Masa tu semua balingan aku tengah mengena strike. Aku target nak strike balingan terakhir untuk menggenapkan 300 point. Dengan penuh konsentrasi aku memegang bola. Lalu hayunan profesional aku lakukan. Dan di saat bola hampir terlepas dari jari-jariku tiba-tiba aku terdengar suara Reha menjerit, "Abang Adi, Sarah ajak balik!" Nada itu sebegitu mencemaskan. Aku tersentak dan mataku mencari-cari kelibat isteriku. Tiba-tiba Reha dan kumpulannya mentertawakan aku, sebab itu cuma satu strategi untuk menghilangkan fokusku. Usaha Reha memang berhasil. Balingan kubuat kemudiannya terus menjurus ke longkang. Bukan saja longkang di lane aku, tetapi juga bola itu melantun ke lane-lane sebelah hingga mengganggu peserta-peserta lain. Akibat dari kekacauan itu, aku dikenakan penalti dan markahku ditolak sehingga menjadi 158 mata sahaja. Round kedua fokusku terus hilang dan aku sekadar mendapat 94 markah. Round ketiga aku cuba bangkit dan berjaya mengutip 123 markah.

Ahli kumpulanku, Sufian dan Ogy mengutip begitu banyak markah. Ogy pernah mendapat strike yang berturut-turut sehingga mendapat "Turkey", dan juga "Duck", dan "Chicken", dan yang terhebat dia turut mendapat "Kentucky Fried Chicken" - tahap strike tertinggi dalam permainan 10 pin bowling.

Pemenang tempat kedua berkumpulan yang mutlak.
Sufian, pemenang tempat pertama berkumpulan. Juga tempat kedua terbanyak bagi jatuhan pin individu.
Ogy, pemenang tempat pertama berkumpulan.
Mona, pemenang tempat pertama berkumpulan.
Aku, juga pemenang tempat pertama berkumpulan.
Pemenang tempat pertama berkumpulan.
Hadiah selanjutnya adalah kepada pemain yang mendapat markah tertinggi individu. Azaruddin terbaik bagi kategori lelaki dan Suhaiza terbaik bagi kategori wanita. Tak dilupakan, ada juga juara longkang yang telah dimenangi oleh anak sulungku, Syahmie. Walaupun cukup serius dia membuat bedekan dan balingan, namun bola masih tetap menerjah longkang. Namun hadiah khas tetap menjadi miliknya. Mister Khairul yang menjadi salah seorang penyumbang terbesar dalam pesta kali ini telah juga mendapat cenderahati dari pihak komiti. Kejohanan kali ini memang hapenning. Dan kata orang kuat SMTM, Mister Hafiz, mungkin ini akan dijadikan kejohanan tahunan jika sambutan sebegitu hangat. Kalau begitu, selamat jumpa lagi tahun depan!

Azaruddin, jatuhan pin terbanyak lelaki - 444.
Suhaiza, jatuhan pin terbanyak wanita - 434.
Syahmie, juara longkang - 201.
Mister Khairul menerima cenderahati.
Hadiah wang tunai yang dimenangi oleh aku dan anak sulungku, Syahmie.

Monday, August 1, 2011

Bowling SMTM di Ampang Point: Persaingan yang sengit lagi senget

Perlawanan bowling SMTM petang Sabtu lalu bermula apabila penganjur melepaskan satu das tembakan ke langit dan terkena seorang pekerja yang sedang membaiki lampu kat siling. Nasib baik pekerja tu berjaya diselamatkan setelah dibedah siasat di hospital berdekatan.

"Pengumuman. Pemilik kereta nombor WXY 1001 diminta mengalihkan kereta dari lane bowling nombor 25. Perlawanan bowling akan dimulakan sebentar saja lagi".

"Lagu ini saya tujukan khas kepada anak kucing jiran sebelah rumah yang selalu membuang najis di pasu bunga rumah saya".
Masing-masing memilih bola kegemaran masing-masing mengikut corak dan warna yang mereka berkenan. Aku berkenan dengan warna ungu maka bola ungulah yang aku capai. Tak kurang juga pemain yang lebih pro telah membawa bola sendiri dari rumah seperti bola takraw, bola sepak dan bola golf. Tetapi pihak penganjur terpaksa menghalang penggunaan bola-bola itu, terutamanya bola takraw kerana ia boleh menyebabkan buah bowling pecah bersepai apabila dilipat menggunakan bola takraw.

"Kerepek ubi untuk raya! Kerepek ubi untuk raya!"

Para pemain membuat balingan pelbagai cara dan skill. Ada yang leret biasa. Ada yang membuang bola dengan membuat heading dengan kepala. Dan ada juga yang membaling bola penuh spin. Aku nengok Nizam membaling bola dengan spin yang sangat ligat. Malah ada sekali tu balingannya sangat ligat sehinggakan membentuk satu puting beliung bersaiz sederhana di dalam dewan bowling sehinggakan orang ramai bertempiaran lari menyelamatkan diri dan permainan terpaksa dihentikan untuk beberapa jam sehingga puting beliung itu reda.

Anak-anak aku berdebar-debar menyaksikan pertarungan yang sangat sengit.
Ada jugak buah bowling yang pecah kerana terkena hentakan bola yang sangat kuat. Sementara stok belum sampai, pengurus pusat bowling terpaksa menggunakan botol mineral menggantikan buah bowling yang telah pecah tadi. Perlawanan ini memang sangat dahsyat.

Penuh konsentrasi.

"Alamak! Apasal dia buat U-turn pulak ni? Ada polis kat depan ke?"

Sementara ayah dan ibu sibuk bertarung main bowling bagai Goku dan Naruto, anak-anak mencari ruang sendiri melukis, menulis dan membuat origami. Khusyuk aku nengok anak-anak melakukan kerja-kerja yang kreatif tu. Hasilnya memang sangat hebat dan bakal dilelong di PWTC bagi mendapatkan dana untuk didermakan kepada anak-anak yang suka main bowling tapi tak berkemampuan. 

Anak-anak aku melayan diri membuat kerja tangan.
Wife aku mengajar cara-cara nak buat origami bentuk "King-kong panjat KLCC sambil main bowling".
Melukis sambil membuat kerja sekolah.
Amier melabel hasil kraftangannya.

Selepas perlawanan yang sengit itu selesai, ada pulak adegan potong kek. Sebenarnya nak buat adegan potong kepala. Tapi tak ada sesiapa yang nak volunteer kepalanya dipotong. Dan kebetulan ada sebiji kek kat tepi kaunter, makan kek itulah yang dipotong. Ada sambutan hari jadi bagi beberapa ahli Alumni SMTM. Yang disambut kalau tak silap aku adalah Zie Dingkil. Emma dan Ayu. Sedap jugak rasa kek tu. Aku sempat makan dua potong.

Kek birthday yang sedap.
Zie dan Emma  meniup lilin sampai lencun kek tu dengan air liur. Dekat sebaldi banyaknya.
Jari Zie luka main bowling. Kena tampal dengan plaster hijau.

Jari Zie luka lagi kena pisau potong kek. Kena tampal dengan plaster hijau lagi sekali.
 Dan keputusan perlawanan bowling... Tunggu selepas ini.















Bowling SMTM di Ampang Point: Sambutan yang hangat

Sabtu lalu pada 30 Julai di Ampang Point telah berlangsung satu perlawanan bowling anjuran Alumni SM Taman Maluri - sekolah wife aku masa dulu. Jadi wife aku dah daftarkan nama aku untuk main. Aku okay aje pasal bowling alley pun kat sebelah rumah aje.

Yang main hari tu ada lebih kurang 40 orang, termasuk ahli alumni SMTM dan pasangan masing-masing. Group dibahagikan mengikut undian yang dibuat secara rawak. Siapa dapat geng orang terer main kira bertuahlah. Dan tuah memang berpihak pada aku pasal aku dapat team mate yang biasa dan handal main bowling. Group aku terdiri dari Sufian, Ogy dan Mona. Biasanya aku score sekadar lebih sedikit dari 100 point aje. Itu pun dan bertahun tak main.

Kami sampai agak lambat pasal pagi tu kami sibuk kemas rumah sempena nak menyambut Ramadhan. Terpaksa kami tangguhkan kemas rumah pasal nak main bowling punya pasal. Nasib baiklah Ampang Point tu dekat sangat dengan rumah kami.

Masuk kat dewan bowling aje semua pemain kena sarung baju uniform warna merah saga. Mula-mula jamu perut dan tekak dulu. Dah kenyang barulah boleh fokus main. Sementara tunggu time main tu aku mundar-mandir dengan Amier nengok orang sambil ambil gambar. Aku menahan tangan yang terketar-ketar dari tadi. Tak taulah sebab apa. Adakah kerana nervous yang bukan kepalang, ataukah kerana terlalu teruja nak melempar bola strike ke arah botol bowling yang disusun bentuk piramid. Kita saksikanlah saja nanti.

Banner selamat datang kepada pemain profesional.

Zul dan Izham menanti detik perlawanan.

Wanie memegang kepala adiknya untuk mendapat feel pegang bola bowling.

Zumaidi dan Nasa bersiap siaga.

Reha: "Ko baling bola tu kat longkang. Boleh dapat banyak point".

Empat sekawan, berjanji bermain habis-habisan walaupun bukan dalam satu team.

Wife aku memberi tips kepada Rozi dan Ogy cara-cara membaling bola macam helikopter.

Hafiz dan isteri.

Cup cake yang cantik dan ada lambang sekolah. Aku punya ada orang makan.

Syahmie pilih bola yang matching dengan warna baju.

Wanie selaku ketua juri pemarkahan.

Norie dan Shidah.

Norie dan Reha.

Team aku yang terdiri dari Ogy, aku, Mona dan Sufian.

Raffi nak bolot semua bola yang warna warni tu.

Nizam yang tenang tetapi mempunyai spin yang sangat dahsyat.

Zumaidi dan Shidah tak sure nak pilih bola kaler apa.

Nasa dan pakar Score A.

Kawan satu sekolah forever.