m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, April 30, 2018

TTC Friendly: Jom kita berlawan!

Bahagian 2

Setelah posting pasal friendly match TTC minggu lepas, aku telah dapat beberapa feedback positif dari teman-teman tenis. Team yang kami lawan tempoh hari sebenarnya ialah Team GSD. Menurut seorang teman, GSD bermakna "Group Sembang Deraih". Siapa yang arif boleh tolong confirm-kan. Terima kasih kerana memberi segala maklumat yang sangat bermanfaat ini. Siapa yang biasa masuk tournament dan buat road tour main sana sini, lebih memahami kelompok tenis sejagat di rantau ini. Itu sudah pastilah.

Okay. Apa kata kita sambung balik pasal kisah perlawanan persahabatan di antara Team TTC dan Team GSD ini. Tapi sebelum itu, marilah sama-sama kita saksikan aksi pemain profesional dari Pantai Timur ini - Safuan a.k.a. Pok Wang. Duta Adidas, Asics dan Head.

Pok Wang memberikan fokus sebelum membuat pukulan forehand.
Bola datang menghampiri pada kelajuan 700 km/jam.
Memastikan logo Adidas dan Asics terserlah dengan jelas.
Pukulan dibuat dengan penuh bergaya.
Settle satu pukulan.
Standby untuk backhand pulak.
Menanti bola tiba dekat tiga jam dengan penuh sabar.
Bola masih jugak tak sampai-sampai.
Aaaaahhh... tak kisahlah. Pukul angin ajelah!
Sebelum perlawanan dilanjutkan, kami ambil group photo dulu buat kenang-kenangan. Bagus jugak ambil gambar pagi-pagi dan awal-awal sikit. Kalau ambil gambar sebelah tengah hari, mesti muka aku tak keluar, pasal dah balik rumah. Sebenarnya ada lagi yang datang selepas gambar ini diambil. Pasal match pada hari ni berlanjutan sampai tengah hari. 

Pada game selanjutnya, Team TTC menurunkan Tuan Presiden Ashraf yang berpasangan dengan Abam Sado menentang Team GSD yang diwakili oleh Safuan dan Abam Hensem. Pada masa yang sama, aku jugak turut turun berpasangan dengan Farid menentang Akmal dan Ijan dari Team GSD. Pertarungan yang melibatkan Ashraf dan Safuan berlangsung dengan sangat cepat dan pantas seperti kilat. Aku toleh sekali, game baru start. Aku toleh sekali lagi, game dah pun habis. Siapa yang menang dan siapa yang kalah aku pun tak tau??? Biarlah ia menjadi satu Misteri Nusantara!

Bersantai-santai sebelum memulakan perlawanan.
Bergambar bersama sebagai kenangan.
Faizal mengantuk. So dia nak tidur kat court tenis.
Sekarang kita fokus pada game aku menentang pasangan Akmal dan Ijan. Sebelum main, kami warm-up dululah. Aku sparring dengan Akmal. Farid pulak sparring  dengan Ijan. Masa aku sparring dengan Akmal aku dah mula terasa bahangnya. Akmal punya pukulan sangatlah deras. Memang tak kena dengan rentak aku. Aku punya pukulan slow and steady aje. Maklumlah, pukulan orang tua. Dan aku jugak berasa seperti ada suatu macam kuasa elektrik yang disalurkan oleh Akmal kepada bola tenis tu. Apabila bola tenis yang dihantar Akmal in contact dengan reket aku, terasa satu gegaran yang dahsyat bagaikan Dragon Ball yang mengalir sampai ke tangan aku. Sampai saat ini tangan aku masih sengal dibuatnya. Adus! Adus!! Adus!!!

Pertarungan kami pada awalnya sangat balance. Saling kejar mengejar. Aku kejar, Akmal lari. Ijan kejar, Farid lari. Akmal kejar, aku lari. Farid kejar, Ijan pulak lari. Macam tu lah lebih kurang. Pada pertembungan itu, first serve aku kebanyakannya tersasar. Memang aku dah pukul laju. Kalau ikut mesin kelajuan, servis aku tu adalah selaju 455 km/jam. Tapi sekali serve kena pagar. Dua kali serve masuk court volley ball kat sebelah belakang. Tiga kali serve, terus masuk tasik. Okay! Dah! Enough! Aku dah tak boleh tahan. Last-last aku serve slow aje dengan kelajuan 7 km/jam. Penuh santun dan sopan. Siap mintak kebenaran lagi dari pihak lawan, "Izinkanlah hamba membuat servis ini kepada tuan hamba sacara berhemah dan merendah diri". 

Dalam game ni jugak, aku banyak kantoi kat depan jaring. Itu memang kelemahan aku. Tapi sebenarnya itu dah jauh lebih baik dari standard aku yang biasa. (Bagi sesiapa yang dah biasa main dengan aku, dia taulah level aku takat mana. Keh keh keh). Bola laju boleh return. Bola slow sangkut kat jaring. Aku ingat aku sorang aje yang macam tu. Rupanya Akmal pun mengalami masalah yang sama. So kira itu bukan masalah aku soranglah. Tapi ini merupakan masalah sejagat.

Dipendekkan cerita, kami lawan punya lawan punya lawan, akhirnya team aku dengan Farid kalah 4-6. Tapi aku puas dan happy. Sebabnya, aku dah lama tak main game double pasal tak cukup korum. Aku mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Farid kerana banyak payung aku ketika saat diperlukan. Dan mengucapkan tahniah kepada Akmal dan Ijan yang telah bermain dengan cemerlang. Ada kesempatan lain, kita berentap lagi.

Aku dan Farid menentang Akmal dan Ijan dari Team GSD.
Kami kena buat posing sweeeeet sangat, pasal inikan "Friendly" match.
Game selanjutnya ialah, Adrian bergabung dengan Faizal menentang Team GSD. Aku tak berapa tengok sangat game ni. Tapi kesudahannya Team TTC menang. Entah berapa kiraannya aku pun tak tau. Di court sebelah, Team TTC yang diwakili oleh Ikrami dan Safa menentang Team GSD yang diwakili oleh Akemal dan Abam Macho. Game yang ini aku tak mengikuti sampai habis pasal aku dah balik. Siapa yang tahu tolong update ya?

Adrian bersiap siaga.
Ikrami dan Safa menentang Akemal dan Abam Macho.
Menayangkan gigi yang baru diberus dengan ubat gigi Cap T-Rex.
Satu lagi pose sebelum berentap.
Ikrami berjaga-jaga di depan jaring.
Tamatlah pertembungan di antara TTC dan GSD. Kemenangan berpihak kepada Adrian dan Faizal.
Safa dan Ikrami nampaknya sangat berpuas hati dengan prestasi masing-masing.
Bertukar gelanggang. Suka sama suka.
Sebelum menutup posting pada kali ini, kita saksikanlah dulu aksi-aksi yang mencemaskan dari pemain profesional terunggul pada alaf ini, Ikrami, membuat servis maut lagi mengerikan serta dahsyat dan ganas. Servis yang menjadi kegilaan gadis-gadis jelita dan teruna-teruna tampan. Jom kita saksikan.

Bersambung...

Bersedia untuk membuat servis maut.
Bola dilempar ke angkasa yang terbentang luas.
Alamak! Dah hilang pulak bola tadi.
Hilang macam MH 370.
Aaaaaarghhhh!!!! Hantam sajalah Labuuuu!!!

Monday, April 23, 2018

TTC Friendly: Lawan siapa ya?

Bahagian 1

22 April 2018 - Sehari sebelum kejadian, aku contact Faizal. "Weekend ada hitting session?" tanya aku dalam whatsapp. Faizal jawab, "Ada, Bang. Ada friendly." "Lawan siapa?" tanyaku. "Entah. Tak ingatlah. Datang ajelah. Kita lawang!" balas Faizal. Ok set. Aku pun jadi bersemangat. Al-maklumlah, dah lama aku tak main game double. Sejak beberapa minggu yang lepas, aku dok sparring dengan anak sulung aku, Syahmie. Main sampai lembik. Pukul bola pun main asal kena aje. Tapi bola pergi tak tentu arah.

Faizal sedang mengira duit untuk belanja kawan-kawan selepas game nanti.
Awee sedang buat warm-up. Lihatlah wajah Awee yang sangat serius itu.
Penuh konsentrasi yang mendalam.
Madi dengan aksi bersahaja.
Pukulan paduan tiga benua disalurkan ke reket dan seterusnya ke bola.
Pada sebelah pagi, aku ajak Syahmie teman aku. Aku kata, kalau ada friendly game, Syahmie kena duduk jadi penonton ajelah. Boleh jugak dia belajar-belajar teknik pukul bola daripada pemain-pemain profesional yang bakal beraksi di gelanggang nanti. Sesampainya di gelanggang, aku tengok dah ada beberapa geng TTC sedang warm-up sesama sendiri. Antaranya ialah Faizal, Ashraf, Eman, Awee, Madi dan beberapa orang lagi. Aku terus letak beg di tangga, dan capai kamera aku. Biasanya kalau ada game friendly, aku punya turn main mesti hujung-hujung. Tapi kali ni Ashraf kata, aku main untuk double yang keempat. Aku okay aje. Tapi suspen jugak. Tengok semua orang dok buat warming-up dahsyat-dahsyat pukulan mereka. Setiap pukulan tak kurang dari 750 km  per hour.

Bersalam-salaman sebelum game bermula.
Eman berpasangan dengan Cikgu Azhar.
Masing-masing konfiden untuk menang pada persaingan ini.
Madi berpasangan dengan Awee menentang Team UKM (kalau ikut tulisan pada bajulah).
Masing-masing dah tak sabar nak berentap.
Awee dah mula serius. Maknanya dah in character lah tu.
Sampai hari ni aku masih tak tau Team TTC lawan dengan team mana. Aku tengok ada yang pakai baju UKM. Ada yang pakai baju GSD. Ada yang pakai baju macam-macam. Memang aku tak dapat merumuskan team apa yang kami lawan pada hari tu. Aku cuma kenal tiga orang aje dari pihak lawan - Akemal, Safuan Pok Wang, dan Coach Hardy. Oleh kerana semua pakai baju tak seragam dan dari latar belakang yang berbeza-besa, maka aku buat andaian bahawa pada pagi itu Team TTC berentap dengan Pilihan Malaysia. 

Team TTC mula-mula menurunkan Madi yang berpasangan dengan Awee. Walaupun pada asalnya down 0-4, namun di penghujung permainan, Team TTC menang dengan kiraan 6-4. Dahsyat sungguh semangat juang Madi dan Awee. By the way, masa ni Awee memang tak gelak langsung. Tumpuan yang diberikan pada permainan sampai 200 peratus! Perlawanan kedua, Team TTC diwakili oleh Cikgu Azhar dengan Eman. Sengit sungguh mereka berentap. Akhirnya Team TTC menang 7-5. Tahniah kepada kedua-dua pasangan ini.

Baru main, game dah habis. Awee-Madi menang 6-4.
Semangat kesukanan diutamakan.
Lega setelah menamatkan perlawanan.
Madi dan Adrian. Madi dah lega. Adrian masih menanti dengan debar.
Bendahari Ikrami dan Safa.
VP Azril sedang bingung menguruskan perlawanan.
Azril dan Ashraf sedang memanaskan badan.
Pada edisi kali ini, Presiden TTC - Ashraf sempat jugak membuat demonstrasi cara-cara untuk memukul bola secara santai tetapi menghasilkan pukulan kencang bak halilintar dan ribut petir yang bakal menggerunkan pihak lawan. Teknik ini diperolehi oleh Ashraf setelah membuat pertapaan di Gua Tengkorak selama beberapa bulan secara bersendirian. Cuma bertemankan cengkerik dan unggas-unggas di hutan. Saksikanlah kehebatan beliau ini:

Bersambung...

Standby mode.
Gaya menslais (men-slice) bola.
Lentok sikit badan bagi menambahkan ketampanan.
Jangan lupa untuk follow thru'.
Sekarang teknik pukulan forehand pulak.
Kuda-kuda perlu dipasang secara mantap.
Mata jangan lari tumpuan dari melihat bola. Jangan sekali-kali berkelip.
Lepas pukul bola, kena buat muka eksyen sikit untuk menggerunkan pihak lawan.