m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Wednesday, February 29, 2012

Kisah ayam dan tukang goreng ayam

Ingat tak pada kisah staf KFC bergaduh dengan pelanggan kat cawangan di Shah Alam? Mesti ingat kan? Aku bukan nak hurai panjangkan kisah yang aku pun tak tau duduk perkara sebenarnya. Yang aku tau memang ada banyak version kisah ni. Versi pelanggan yang kena serang lain. Versi staf KFC lain. Versi pelanggan yang nengok kejadian lain. Versi staf yang tengah termenung kat pintu belakang lain. Versi orang yang lalu lalang dan tak ada plan pun nak beli ayam KFC jugak lain. Versi cleaner bangunan pun lain jugak. Banyak versi sebenarnya. Jadi aku malas nak cerita pasal kejadian tu.

Yang aku nak cerita ni ialah implikasi dari kejadian tempoh hari tu. Nampak gayanya macam sambutan terhadap KFC telah menurun sedikit. Itu pemerhatian aku. Tapi pemerhatian orang lain mungkin lain pulak. Mungkin jugak graf pasaran dia meningkat. Cuma aku aje yang tak tau.

Kebetulan masa aku dan isteri pergi ke KFC Ampang Park waktu makan tengah hari, aku nengok keadaan agak lengang. Selalunya kalau lunch time orang bersesak-sesak nak makan ayam. Tak dapat ayam goreng, ayam hidup pun jadilah. Bertolak-tolak, riuh rendah tu perkara biasa berlaku pada peak hours. Tapi tempoh hari aku pergi memang sangat sunyi dan aman. Bunyi cengkerik berbisik pun aku boleh dengar. Para staf KFC pun nampaknya tak kelam-kabut macam selalu. Siap boleh ada orang jaga pintu, cakap "Selamat datang" dan "Terima kasih" lagi. Semua staf tersenyum lebar sampai ke telinga, dan ada yang sampai ke dahi. Kesian jugak melihatkan keadaan yang sedemikian. Tapi untuk aku memanglah lebih santai kalau tak payah beratur panjang untuk makan ayam.

Nampaknya pihak pengurusan KFC kena buat promosi baru untuk menarik balik minat orang awam membeli ayam goreng yang sangat istimewa ini. Mungkin maskot KFC, Kolonel Sanders boleh turun padang buat promosi sekali. Beli seketul ayam, dapat sekor ayam hidup percuma. Apa pun pendirian orang ramai pasal nak makan atau tak nak makan ayam ni, terserahlah kepada kehendak masing-masing. Natijah dari kejadian ni boleh dijadikan pengajaran bukan saja kepada para peniaga, tetapi kepada kehidupan kita sehari-hari.

Tuesday, February 28, 2012

Melepak di kafeteria Gemencheh

Hari Ahad lepas kami ke Gemencheh lagi. Apa lagi, kalau bukan nak melawat Syahmie. Di perjalanan kami telah singgah di Drive-Thru' KFC kat tol Sungai Besi untuk beli ayam buat makan tengah hari. Jadi nanti bila sampai Gemencheh, kami tak payahlah lagi menggagau nak cari makanan.

Makan ayam goreng beli kat kafe. Memang sedap. Lagi sedap dari KFC!
Berebut makan ayam. Aku cuma beli tiga ketul aje.
Kami sampai di MRSM Gemencheh dekat jam 2 petang kalau tak silap. Masa tu Syahmie tengah tidur lepas solat zuhur. Kawan dia yang kejutkan dia dari lena. Masa Syahmie turun bawah dari bilik asrama nak jumpa kami pun aku nampak rambut dia masih berserabut lagi. Kami tak bawak Syahmie pergi outing. Kami cuma lepak kat kafeteria berdekatan sambil beli makanan ringan dan minuman. Sembang-sembang dengan Syahmie pun kat situ aje. Syahmie nampak letih. Kami datang ni pun nak bekalkan Syahmie dengan supplement kesihatan pasal dia tak berapa sihat seminggu dua ni. 

Sedap hingga menjilat jari!
Lepas makan ayam, makan buah pulak. Tapi Amier tak habis-habis dengan I-Pad-nya.
Wanie tak boleh bukak mata pasal silau matahari, katanya.
Amier kalau tak berlari sana sini memang tak sah.
Bila jam pukul empat lebih, kami pun beredar pergi. Nak biarkan Syahmie rehat sikit sebelum bangun solat asar dan meneruskan dengan aktiviti pembelajaran yang sangat padat. Kami balik pun tak singgah mana-mana. Terus menghala ke Kuala Lumpur. Ada sedikit kesesakan sekitar Seremban. Mungkin sebab hujan kot. Lepas tu perjalanan memang lancar.

Syahmie nampak letih.
Pekena teh-o.
Sedang menikmati teh tarik yang pekat pelekit.
Masih dengan I-Pad.
Dah kenyang, senang hati.
Memikirkan apa lagi benda yang boleh dimakan.
Wanie dan teh-o.
Amier dan milo.
Dah nak habis.
Kejap lagi nak balik KL.

Kebun bergerak!

Sekali imbas pokok kecil ni nampak macam biasa. Tapi sebenarnya ia tak biasa. Ia luar biasa! Bukan luar tabii! Kalau tak silap aku ini adalah benih limau mandarin yang disemai di dalam kereta aku. Bukan atas tanah, tapi atas karpet kereta aku. Meh aku kisahkan cerita di sebalik pokok yang unik ini.

Kereta Wira aku yang dah berusia sedekad tu dah mula bocor kat lantai dan dinding dia. Jadi kalau hujan, air akan masuk membasahi kawasan yang bocor tu. Aku tak sure sama ada air aircond pun bocor jugak kat dalam kereta atau tidak. Tapi yang aku tau, karpet sebelah penumpang memang memanjang basah. Tak pernah kering. Jadi tapak yang basah tu dah menjadi satu kawasan pertanian yang sangat subur. Apatah lagi bila ada penumpang yang terpijak taik lembu dan masuk ke dalam kereta tanpa membersihkannya dulu. Maka lagi subur makmurlah lantai kereta aku tu. 

Pokok limau ni dijumpai oleh Wanie pada suatu petang. Ini mesti angkara makan limau buang bijik bersepah dalam kereta. Tapi itulah hikmahnya. Aku mendapat penemuan baru! Dan kini aku telah dapat ilham untuk membuat cucuk tanam kat dalam kereta. Mula-mula buat ladang limau (bukan ladang rimau!) Lepas tu boleh tanam durian baka Musang King pulak. Ini adalah satu penemuan terbaru, kaedah pertanian terbaru yang boleh dilaksanakan oleh semua orang. Kalau idea ni dapat diterima pakai kat seluruh dunia, maka bayangkanlah....... (berangan untuk kira-kira tiga hari tiga malam). "Pokcik kayo! Pokcik kayo!! Pokcik kayoooooo!!!!!!!"

Pokok limau yang disemai dalam kereta.

Burger Bakar yang membakar!!!

Memang sebelum ni aku tak pernah dengar nama "Burger Bakar". Yang ini pun aku tau dari wife aku yang menonton rancangan Malaysia Hari Ini di TV3. Dalam rancangan MHI tu dipaparkan betapa hebatnya burger yang dihasilkan hingga menarik berjuta-juta penggemar burger seluruh negara, dan seluruh dunia antara bangsa. Mengikut wawancara kat tv tu, katanya ada orang datang dari Kelang ke Wangsamaju semata-mata nak makan burger terhebat alaf ini. Itu tak termasuk yang datang dari Turkistan, Ivory Coast dan Nicaragua. Tapi kalau aku cerita ada alien dari planet Pluto pun datang berbaris nak beli burger tu, mesti korang tak percaya, kan? Jadi aku tak payah ceritalah.

Banner "Burger Bakar".
Yang kami tau lokasi gerai tu terletak di tepi jalan, Seksyen 2, Wangsamaju. Tapi actual location-nya kami tak tau. Lalu cuba-cubalah kami tanya anak saudara kami, Hafez yang kebetulan duduk kat Seksyen 2. Rupanya dia memang tau, cuma tak pernah try beli pasal selalu barisan nak beratur tu terlalu panjang. Setiap masa! Jadi kami pun redahlah MRR2 menghala ke destinasi. Sesampai di Seksyen 2, Wangsamaju, kami cari gerai burger tepi jalan yang ramai orang. Gerai pertama yang kami nampak macam tak happening je. Jadi kami tau yang itu bukanlah Burger Bakar yang kami cari. Jalan lagi terus ke hadapan. Tiba-tiba kami nampak laluan trafik penuh sesak dengan kenderaan. Kanan kiri kereta parking sampai jalanraya jadi sempit. Siap ada polis trafik lagi dekat sepuluh orang yang terpaksa mengawal lalu lintas. Malah ada pulak pasukan Rela, dan Bomba, dan Bulan Sabit Merah serta beberapa artis K-Pop yang membantu mengawal kesesakan trafik yang sangat luar biasa tu. Kami yakin, mesti inilah lokasi burger idaman se-Malaya.

Brader yang ambil order ni sangat berbudi bahasa. "Boleh hamba ambil pesanan tuan hamba?"
Setelah kami mendapat tempat parking, aku pun turun beratur untuk membuat order. Barisan dia punyalah panjang macam Tembok Besar Cina. Dekat lima hari aku beratur, barulah sampai giliran aku untuk membuat pesanan. Aku order burger special dia iaitu burger daging ciptaan ramuan tersendiri. Brader yang ambil order tu sangat berbudi bahasa. Jadi orang yang tunggu lama tu taklah rasa tension atau marah. Lepas ambil order dan nombor, kena tunggulah pulak lagi entah berapa lama sebelum pesanan siap disajikan.
     
Pekerja yang berdedikasi membakar segala burger yang ada di warung.
Aku ada buat kajian, kenapa line beratur tu begitu panjang dan lama terpaksa berbaris. Rupanya, banyak jugak yang datang tu orang yang baru pertama kali nak try. Jadi bila sampai giliran mereka, banyaklah benda yang mereka nak tanya. Antara soalan yang popular, pukul berapa gerai bukak? Burger apa yang paling sedap? Berapa harga burger? Ada plan nak buat franchise ke? Kenapa tak buat burger zirafah? Orang sakit kencing manis sesuai tak makan burger ni? Dan macam-macam lagilah pertanyaan yang menyebabkan kami terpaksa beratur lama.

Burger resipi sendiri ni dicampur pulak dengan sos rahsia.
Setelah naik berjanggut muka aku, barulah aku dapat ambil burger yang aku order tadi. Dan setelah bayaran dibuat, kami pun pulanglah dengan leganya. Kat rumah, apa lagi, terus aje kami makan dengan super lahap kerana kelaparan dan kepenatan. Rasanya memang sedap. Lebih kurang macam Burger King jugak. Tapi yang menyebabkan ia berasa sangat sedap ialah pasal kena beratur lama.

Ramai sungguh orang beratur. Ini dah malam buta ni!
Secara overall, gerai Burger Bakar ni dibuka dari jam 7.45 malam hingga 2.00 pagi. Harga dia macam makan kat McDonald's atau Burger King jugak. Aku sampai jam 10.45 malam, dan aku dapat burger jam 12.30 malam. Satu jam empat puluh lima minit aku menunggu. Kalau korang ada banyak masa terluang, tak tau nak buat apa, bolehlah pergi beratur kat Wangsamaju untuk beli burger yang hebat ini.

Nombor giliran aku.

Sunday, February 26, 2012

Mari ber-extreme di Extreme Park

Beberapa minggu lalu geng consultant kami yang buat projek kat Pahang buat lawatan nengok contoh bangunan kat Putrajaya. Bangunan pilihan yang kami lawat ialah Taman Cabaran atau Extreme Park. Encik Saifuddin yang bawak kami ke sana pasal dia pernah terlibat dengan projek ni dulu. Masa aku nak cari lokasi Taman Cabaran ni memang agak konfius jugaklah. Mula-mula nengok Google Map. Dah dapat lokasi lebih kurang, barulah redah highway nak menghala ke arah sana. Tapi bila sampai Putrajaya, aku terus jadi pening mencari arah. Telan Panadol sepuluh biji pun masih tak hilang pening keliru aku.

Aku punya round kat sekeliling Putrajaya tu sampai kena isi minyak full tank tiga kali. Masih jugak tak jumpa. Bila aku jumpa satu jalan yang aku agak konfiden, tiba-tiba jalan tu menghala ke kubur pulak. Memikirkan bahawa tak kanlah Taman Cabaran dia buat dalam kawasan kubur, maka aku pun patah balik-U-turn. Aku terus round-round mencari arah sampailah tersesat ke tempat kuda, ekuestrian. Aku tanya pada beberapa ekor kuda yang sedang makan rumput. Sekor pun tak tau. Lalu aku masuk ke pejabat dia dan tanya pulak kat pekerja front desk. Diorang kata memang kena masuk kubur dulu baru boleh jumpa Taman Cabaran. Macam tu pulak! Okay lah. Aku akan menghala ke kubur sekali lagi. Dan memang benar kata para pekerja di ekuestrian tadi. Tak jauh dari kawasan perkuburan, terlihatlah aku papan tanda menyatakan lokasi Taman Cabaran yang sebenarnya.

Encik Saifuddin memberikan sedikit taklimat mengenai bangunan ini.
Aku sampai lebih awal dari kengkawan yang lain. Jadi aku solat zuhur dululah. Bila Encik Saifuddin, Lily dan Azlee tiba, kami pun mulalah round tengok keadaan sekeliling. Tempat pertama yang kami pergi ialah tempat panjat tembok berhalangan. Wow! Tinggi betul tembok dia sampai mencecah siling bangunan. Tapi pekerja kat sana kata, pernah ada satu perempuan berbadan besar dan montel telah berjaya mendaki sampai ke atas tanpa banyak halangan. Maka kesimpulannya, sesiapa pun sebenarnya mampu untuk mencuba daki tembok yang disediakan. Cerita punya cerita rupanya tempat tu di-design oleh bekas boss aku dulu, Huat Lim. Patutlah design dia spesel dan unik.

Laluan di tingkat atas.
Masing-masing memikirkan bagaimanakah caranya untuk mendaki sampai ke puncak.
Laluan ke bawah.
Tangga unik.
Tembok untuk didaki.
Handrail dari batu tembok.
Bahagian depan bangunan.
Tangga ni pun pelik jugak railingnya. tapi menarik.
Dari tempat panjat tembok, kami pergi pulak ke pusat main basikal, roller blade dan skateboard. Nak menggunakan kemudahan kat sini tak payah bayar apa-apa. Melainkan nak sewa basikal kenalah bayar. Tempat dia memang besar dan luas. Banyak benda yang kami nengok dah boleh ambil ilham untuk design, walaupun sebenarnya kami cuma nak nengok penggunaan batu blok ringan aje. Lepas lawatan tu, kami pun bersurai dan lagu Negaraku pun dimainkan menandakan telah tamat siaran...

Tak ramai orang yang menggunakan tempat ni masa kami datang. Masa hujung minggu baru ramai.
Meninjau seluruh kawasan sebelum pulang.

Friday, February 24, 2012

Masa untuk melawat Syahmie lagi!

Eh! Tup tap tup tap dah hujung minggu. Dah time nak lawat Syahmie kat Gemencheh. Awal pagi kami dah bersiap. Tapi bertolaknya taklah terlalu awal. Pukul 11.00 pagi baru berangkat. Kali ni satu keluarga pergi nak menengok Syahmie. Dalam kereta, kami melayan mengunyah apa-apa yang boleh dikunyah seperti biskut, roti, snek, tayar spare, selipar jepun dan seat kereta. Aku fokus pada driving, memastikan perjalanan lancar. Syukur, keadaan trafik dan cuaca memang sangat nyaman.

Di kedai makan tersohor di Gemas.
Sesampai di MRSM Gemencheh, kami terus sambut Syahmie, bawak dia keluar makan. Ingatkan nak makan nasi ayam Gemas. Tapi tutuplah pulak kedai nasi ayam special tu. Kenalah pulak cari kedai makan yang lain kat Gemas. Pusing punya pusing kami nampak satu kedai yang nampak macam hebat dan ada ramai jugak orang yang makan-makan kat situ. Decoration-nya agak menarik. Nama kedainya ialah Sri Manis. Kami pun masuk ke dalam tanpa segan silu.

Sedang menikmati burung puyuh goreng kunyit yang tak hebat.
Menikmati juadah.
Sejurus di dalam kedai, kami pun membuat order nasi ayam. Orang kedai tu kata nasi ayam dah habis. Terpaksalah kami tukar pesanan kepada benda-benda lain. Kami turut order burung puyuh goreng kunyit tiga ekor. Setelah menunggu beberapa ketika, sampailah pesanan kami. Aku, isteri dan Syahmie makan nasi goreng paprik. Amier makan nasi goreng kampung. Wanie makan nasi goreng pattaya. Masakannya taklah sehebat rupa kedainya. Burung puyuh goreng dia pun tak hebat. Tapi habis jugaklah kami makan. Wanie makan terlalu kenyang sampai muntah balik sebahagain makanan yang telah ditelan.

Amier paling cepat berhenti makan. Tak habis pun makanan kat pinggan.
Lepas makan senang hati.
Restoran Sri Manis.
Lepas makan tengah hari, kami cari pulak kedai sukan kat pekan Gemas. Tali reket badminton Syahmie dah putus. Ingatkan nak suruh orang kedai tu pasangkan tali. Tanya orang tempatan kat mana ada kedai sukan. Dia pun bagi direction. Kami pusing-pusing dan akhirnya kami jumpa satu kedai jam yang jugak boleh pasangkan tali reket badminton. Bayar RM20 dan tunggu satu jam, siaplah reket badminton Syahmie dibereskan oleh tukang kedai.

Di kedai jam yang betulkan tali reket badminton Syahmie.
Sebelum balik pulang, kami singgah solat kat masjid di Gemas, ke supermarket beli bekalan makanan dan minuman untuk Syahmie serta menghantar Syahmie pulang ke asrama. Masa tu dah time asar. Lepas hantar Syahmie, kami terus pulang ke Kuala Lumpur. Jalan masih lengang macam masa kami datang tadi. Sampai rumah pun agak cepat. Tapi badan ada rasa sedikit letih. Besoknya nak pergi kerja.

Di masjid Gemas.
Dah selesai solat.
Masa kat masjid, Amier tak nak bergambar.
Kejap lagi kami nak bertolak pulang.

Sambut birthday dua kali

Hari jadi Amier jatuh pada 7 Februari setiap tahun. Kebetulan tahun ni keluarga kami diserang dengan raksasa bernama Mister Rota @ Rotavirus yang menyebabkan sambutan harijadi dibuat sangat ala kadar sahaja. Pada tarikh berkenaan, Amier baru aje pulih dari sakit, dan baru dikeluarkan dari wad hospital. Wife aku pun sama, baru discharge dari hospital. Mak aku pulak yang menjanjikan nak buat kek cokelat pun masih sakit lagi siki-sikit. Maka tak sempatlah dia nak buatkan kek yang telah dijanjikan.

Kek birthday yang dibeli di kedai berdekatan.
Bersiap sedia untuk meniup lilin.
Amier ada tanya jugak. Kalau hari tu birthday dia, mana keknya? Jadi lepas solat maghrib, aku dengan segera pergi ke kedai kek di Ampang dan membeli satu kek yang kelihatan cantik perasa mangga. Sampai di rumah, kami panggil Amier untuk potong kek. Tapi Amier sebaliknya telah mengarahkan kami untuk menyorok di sudut-sudut terpencil, padamkan lampu, dan bila dia turun tangga, semua orang kena jerit "SURPRISE!" Dan Amier akan buat-buat terkejut. Tak mahu menghampakan permintaannya yang comel tu, kami pun ikutkan saja kehendaknya. Dan bila Amier turun tangga, kami pun jeritlah, "SURPRISE!!!" Happy sungguh Amier. Lalu kami nyanyikan lagu Happy Birthday, Amier tiup lilin dan kemudian potong kek. Tapi lepas potong kek Amier tak berkeinginan pun nak makan kek tu pasal ianya bukan perasa cokelat. Cantik di mata aku tak semestinya cantik jugak di mata Amier. Mak aku, nenek Amier berjanji akan buatkan jugak kek cokelat untuk Amier dalam sehari dua nanti.

Bersama birthday boy - Amier!
Lepas ni baru makan kek.
Ibuku memotong dan mengagih-agihkan kek.
Amier kecewa pasal tak dapat kek cokelat.
Amier nengok aje, tapi tau mau makan.
Syahmie yang pulang bercuti dapat raikan birthday Amier.
Esok harinya, mak aku mengotakan janjinya. Kek cokelat berlapis disiapkan. Atasnya dicurahkan selaput cokelat berkilat metalik. Dan aku decorate kek dengan buah kiwi dan anggur. Ingatkan nak letak burung kiwi, tapi lupa pulak nak pesan kat kawan suruh belikan kat New Zealand. Kemudian aku tuliskan sedikit ucapan kat atas kek menggunakan marker pen. Tapi tak nampak pulak tulisannya, pasal backgroundnya dah sama-sama gelap. Jadi mak aku pun suggest pakai sejenis cream kuih. Dan aku pun tulislah dengan jelas nama Amier atas kek tu.

Ini kek cokelat yang mak aku bikin, dan aku tukang hias.
Macam dulu, Amier nak kami semua buat surprise party untuk dia. Dan lagi sekali kami turutkan kemahuannya. "SURPRISE!!!" lagu dinyanyikan, lilin ditiup dan kek dipotong. Kali ni Amier lebih happy pasal dapat kek cokelat idamannya. Kami semua enjoy makan kek cokelat resipi ibuku yang terhebat di dunia. Lepas makan kek, Amier ajak buat game birthday. Tapi akhirnya dia main game kat I-Pad. Menengokkan Amier happy, kami pun turut happy...

Kali ni Amier lebih gembira, pasal tu dia pegang pisang.
Seronok menyambut birthday untuk second round.
Amier dan famili.
"Terima kasih kepada semua peminat-peminat saya yang telah menyokong saya selama ni".
Makan time!
Terlalu lapar.
Ibuku kepenatan lepas buat kek harijadi.