m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, February 28, 2011

Badminton: 28 Februari 2011

Malam semalam yang hadir untuk main badminton cuma 5 orang je: aku, abang Zai, abang Zahid, Kois dan Faridz. Maknanya kami boleh main sepuas-puasnya sampai letih longlai. Tapi malangnya semalam permainan tangkis aku sangat mengecewakan. Siapa yang geng dengan aku mesti kalah. Malah kehebatan abang Zahid pun tak dapat membantu pasukan kami. Tapi kami main sampai lencun dan kuyup seluruh badan aku. Macam baru lepas menyelam dalam kolam. Lepas main kami ke kedai mamak minum-minum. Semua orang melainkan aku pekena telur rebus setengah masak sorang 2 bijik. Enjoy sungguh malam semalam.


Saman oh saman

Heboh satu dunia orang bercakap pasal bayar saman trafik. Aku pulak masih duduk di bawah tempurung, tak tau kisah yang tarikh 28 Februari tu merupakan tarikh terakhir bayaran boleh dibuat dengan mendapat diskaun hingga 50%. Pada Sabtu lepas wife aku ingatkan aku pasal benda ni. Aku tanya macamana nak check? Lalu diberi tahu caranya dan aku pun check-lah pakai sms. Alangkah terkejut bercampur gembiranya aku kerana mendapati aku ada 2 saman yang perlu dijelaskan.


Lalu pada Isnin tadi aku pun meluangkan sedikit masa untuk menyemak saman dan membuat bayaran di Balai Polis Trafik Ampang. Sesampai di lokasi aku nengok sangat ramai orang beratur. Ada orang muda lelaki dan perempuan, ada orang tua, ada orang tempatan, ada orang international, malah orang utan pun ada jugak yang beratur nak bayar saman. 

Aku nampak ada dua barisan. Lalu aku tanya seorang pemuda, "Line kiri untuk apa? Line kanan untuk apa pulak?" Kata pemuda itu, "Kanan untuk check. Kiri untuk bayar". Lalu aku pun ke barisan kanan. Dan aku pun berjalanlah menuju ke hujung barisan untuk beratur membuat semakan. Tapi setelah berjalan 3 hari 3 malam tanpa bekalan air dan makanan, aku masih tak jumpa-jumpa jugak penghujung barisan itu kerana terlalu panjangnya barisan yang telah terbentuk. Lalu seorang pakcik lebai menasihati aku, "Kalau kamu jalan kaki, seminggu pun belum tentu kamu boleh sampai. Elok kamu naik kapalterbang Air Asia je. Sekarang ni pun tengah ada offer RM10.00 satu trip ke hujung barisan." Aku setuju dan berterima kasih kepada pak lebai tadi. Lalu aku dengan sepantas kilat membuat online booking dan terus ke Subang menaiki Air Asia. Oleh kerana tiada airport di kawasan Ampang, maka kapalterbang itu terpaksa mendarat di Subang jugak setelah berpusing-pusing di angkasa beberapa pusingan. Dari Subang aku menaiki Airport Limo dengan bayaran RM50.00 untuk ke hujung barisan di Balai Polis Ampang. Akhirnya tiba! Oh, betapa leganya aku.


Setelah beratur berjam-jam lamanya, tibalah giliran aku menyemak saman. Dan aku dapati rupanya ada 3 saman yang belum dijelaskan. 2 saman kereta Wira, dan 1 saman kereta Nissan Sentra lamaku yang dah pun dijual. Saman Sentra bertarikh 1999 sebanyak RM30.00 sahaja. Oleh kerana terlalu penat dan banyak lagi urusan lain yang nak aku bereskan, maka aku tak sempat membayar saman-saman tersebut. Lain kali jelah, bisik hatiku. Masalahnya diskaun tu masih ada lagikah? Harap-harapnya pihak polis akan berlembut dan menambah diskaun kepada 70% pulak. Amin.


Mesyuarat tergempar yang menggemparkan!

Petang Sabtu lalu kami kumpul kat rumah Ayah Atan. Kami datang lambat pasal nak tunggu kereta di-repair di workshop. Sampai di rumah ayah mentuaku, rupanya masih ada lagi yang tak sampai. Mungkin ada urusan lain yang tak dapat dielakkan. Oleh kerana tak cukup korum anak-beranak, maka mesyuarat tak dapat disempurnakan. Cuma sekadar sembang-sembang aje. Sebarang keputusan tak dapat diambil. 

Tapi bukan tu yang aku nak cerita sangat. Aku lebih tertarik dengan juadah yang dipersembahkan ke bawah duli tuanku pada malam tu. Aku nampak kepala udang galah sebesar lengan budak. Badannya mesti sebesar betis orang dewasa. Pergh! Rasanya mesti mengancam. Tapi sayang seribu kali sayang, masa kami datang isinya dah tak ada. Itulah udang galah Sungai Timun di Rembau. Tak cukup dengan tu. Ada pulak burung puyuh goreng panas-panas yang sungguh lazat dan berkhasiat. Dipenuhi dengan perisa asli dan kaya dengan zat-zat dan vitamin-vitamin A, B dan C. Dan sesetengah pakar berkata burung puyuh ini jugak mengandungi Vitamin X, Y dan Z, sesuai bagi pelajar-pelajar sekolah menengah untuk mempelajari subjek graf. Terdapat jugak makanan-makanan lain yang tak mampu aku sebutkan, pasal kalau disebut nanti semua orang akan terliur, dan air liur tu pulak akan terjatuh atas keyboard komputer dan boleh merosakkan komputer. Sekarang ni pun aku dah menyesal kerana tak makan burung puyuh tu banyak-banyak sikit. Pergh! Memang menusuk tekak!


Blackie berwajah baru

Blackie, kucing jiran yang selalu lepak kat rumah aku dah pakai collar sekarang ni. Aku rasa tuan dia nak bagi tau kat kitorang yang Blackie tu dah ada tuan. Blackie memang dah serasi dengan rumah kami. Pagi-pagi datang mesti mintak makan. Tak apalah, bagi kucing makan pun dapat pahala jugak. Kalau tuan dia nak datang dan bersembang dan beramah mesra dengan kami pun okay jugak. Biarlah kucing hitam ini menjadi perantaraan keakraban sesama jiran. He he he...


Friday, February 25, 2011

Amier dan klinik air power

Semalam aku dapat MC dari doktor pasal demam menggigil (macam lagu Lefthanded tu). Siang tu aku buat jugak sikit-sikit kerja ofis kat rumah dan terpaksa berhenti bila hujan turun lebat dan kilat sabung-menyabung. Dulu sekali komputer aku pernah kena sambar petir sampai berapi! Bila petang wife aku call ajak minum air power kat Taman Tun Dr Ismail (tempat tuisyen kawan kami Bakar & Erin).

Kami pun ke TTDI dengan meredah jam yang sangat dahsyat. Dikhabarkan banyak kawasan kat KL dinaiki air sampatkan Smart Tunnel pun terpaksa ditutup bagi memberi laluan kepada air yang melimpah ruah. Akhirnya kami sampai jugak ke destinasi dekat nak maghrib. Amier ikut kami walapun dia tak minum air power. Amier cuma minum susu cokelat je yang menjadi kegemarannya.

Sesampai di situ kami terus minum macam biasa dan mengulangi ke tandas berkali-kali macam biasa.  Yang aku nak kisahkan kat sini adalah pasal Amier. Selalunya Amier akan menyampuk kalau orang lain bercakap-cakap dengan mamanya. Tak boleh siapa-siapa berinteraksi dengan mamanya. Mama cuma kena beri perhatian kat dia saja. Tapi semalam Amier lebih sporting dan beramah mesra dengan Bakar, Erin dan Aisyah (anak Bakar & Erin). Siap ketawa-ketawa, sengih-sengih dan sama-sama main I-Pad lagi. Sebelum balik Amier mendapat satu dukungan dari Bakar dan Erin pulak membekalkan setin air soya. Lepas ni lagilah Amier nak datang situ agaknya pasal layanan hebat yang diterimanya. 

Pagi tadi aku rasa lebih segar dan bertenaga dan demam pun dah kebah dan bersemangat datang ke ofis menyudahkan kerja-kerja yang tertangguh.


Wednesday, February 23, 2011

Blackie yang manja

Kucing hitam yang selalu datang rumah kami mintak makan dah semakin manja dengan kami. Blackie datang hampir setiap hari, siang dan malam. Malah kekadang kami bawak dia masuk dalam rumah dan dia pun lepak-lepak atas katil. Kucing terakhir yang lepak atas katil kami adalah Teeno (kucing campuran Parsi dan local milik kami yang dah hilang beberapa tahun dahulu). Nampaknya Blackie dah jadikan rumah kami sebagai rumah kedua dia. Tapi kalau kami selalu layan dia dengan baik, mungkin Blackie akan terus tinggal dengan kami dan menjadikan kami keluarga angkat dia. Meow...

Bencana kuku

Gambar-gambar yang aku tunjukkan di sini agak mengerikan. Bagi mereka yang lemah semangat dan mempunyai sakit jantung dinasihatkan jangan nengok gambar-gambar ini. Takut mengigau pulak pada malam hari. He he he,,,

Kuku kaki aku yang duduk kat sebelah ibu jari kaki (kanan dan kiri) memang selalu mengalami perkara ini. Ia berlaku akibat bermain tenis. Mesti korang nak tau apa pulak kaitan main tenis dengan kuku kaki? Lalu aku pun menjawablah dengan selamba, masa main tenis kena kejar bola ke hulu ke hilir macam orang hilang arah. Dan bila dah dekat dengan bola kena brek dulu sebelum membuat pukulan. Kalau tak brek nanti pukulan tak dapat dibuat dengan sempurna. Selalunya bola akan sangkut kat net. Masa brek tulah kaki aku akan berlaga dengan bahagian depan kasut. Bila dah berlaga nanti akan terbentuk darah beku kat bawah kuku. Kuku jadi merah dan lama-lama jadi hitam. Bila cukup tempoh, ia akan tertanggal sendiri bila kuku baru terbentuk.

Walaupun rupanya agak mengerikan, tapi sebenarnya tak sakit langsung. Ia berlaku secara normal macam ular atau ketam salin kulit. Makna katanya, setiap bulan aku akan dapat kuku barulah. Bagi sesiapa yang nak rasa ada kuku baru, rajin-rajinlah main tenis.


Badminton: 21 Feb 2011

Isnin lalu berkesempatan main badminton lagi. Sebelum pergi tu perut aku masih tak seimbang, tapi aku gagahkan jugak nak turun bermain. Malam tu ramai yang datang: Abang Zai, Abang Zahid, Abang Leman, Faridz, Kois, Abby, Amin, Hidayat, Faiisal & Akid. Jumlah 11 orang. Yang aku rasa puas sikit main masa dua game yang pertama ketika aku partner dengan Kois menentang abang Zahid & Hidayat pasal ada rally sikit. Game yang lain yang aku main macam biasalah - pukul sikit mati, pukul sikit mati. Malam tu minum-minum abang Leman yang belanja kitorang semua. Terima kasih daun keladi.




Monday, February 21, 2011

Tempat minum-minum dikenalpasti

Ingat lagi tak pada episod yang dulu pasal tempat minum air sihat? Siang tadi kami sempat pergi lagi pasal aku pun kebetulan cuti - ada hal nak dibereskan. Aku pergi dengan wife, ayah mentua, mak mentua & kakak ipar. Kali ni aku  pergi time orang makan tengahari. Waaahhh... santai sungguh aku nengok orang-orang yang minum-minum kat situ. Mereka berempat semuanya minum, dan lepas minum masing-masing bergilir-gilir melawat kamar kecik. Aku aje yang tak minum pasal perut aku tak semena-mena meragam. Kalau minum takut terkucil tak tentu arah jadinya.

Aku nengok kat luar kedai ada beberapa orang petugas mengempen orang yang lalu lalang untuk minum air khasiat yang disajikan. "Mari, mari minum air power! Tak payah panggil jin hijau nak mintak Super Power. Masuk ke kedai ini dan minum, anda terus jadi power!" Aku jugak sempat ternampak dua orang India berpelukan dengan seorang petugas Cina ketika keluar dari kedai tu. Teringat aku iklan 1 Malaysia kat tv bilamana seorang Singh, seorang Melayu dan seorang Cina berpelukan kat warung. Macam tulah lagaknya.


Sunday, February 20, 2011

Majlis kahwin paling patriotik

Hari ni ada satu lagi jemputan kahwin di Taman Ibukota. Kami datang agak lambat, dah dekat 3.30 petang baru sampai. Dengan perut kosong tak makan lagi maka sejurus dapat makanan kami pun makanlah dengan gelojohnya. Amier yang dah makan nasi goreng terlalu banyak kat rumah, sejak dari kat kereta tadi dah loya dan muntah. Kat dewan upacara Amier muntah lagi dua kali. Mood dia memang terus swing. Nak bercakap-cakap pun tak berdaya dan takda mood.

Oleh kerana kami datang sangat lambat, maka para penanggah yang bertugas telah mula mengemas-ngemas meja kerana jam menunjukkan hampir 4 petang. Lalu DJ terus membuat pengumuman berikut berkali-kali: "Terima kasih kepada hadirin hadirat kerana datang ke majlis kami pada hari ini. Maka saya bagi pihak keluarga pengantin mengucapkan selamat tinggal dan selamat jalan." Pun begitu hadirin yang tinggal masih duduk aje kat kerusi tak mau berganjak. DJ mengulang lagi kata-kata terima kasihnya (menandakan tetamu yang hadir perlu balik cepat, penanggah nak kemas, tuan rumah nak rehat cepat!) Ikhtiar terakhir dari pihak DJ adalah memainkan lagu Negaraku. Mau tak mau kena berdirilah semua orang. Maknanya lepas berdiri ni jangan lagilah duduk kat kerusi, tetapi terus berjalan balik ke kereta masing-masing. Aku rasa kalau tetamu masih tak nak balik mesti dia akan mainkan lagi lagu Negaraku berkali-kali. Inilah majlis kahwin yang paling patriotik yang kami pernah hadiri.


Memburu lauk di pasar borong Selayang

Selepas solat subuh, aku dan Syahmie meluru ke pasar borong Selayang untuk membeli ikan buat bekalan sebulan. Selalu aku pergi sorang tapi hari ini aku gembira pasal ada yang meneman. Sesampai di pasar aku mengheret trolley dengan Syahmie sambil mencari-cari ikan yang sesuai untuk dibeli. Pagi ni nampak gayanya ikan tak berapa banyak, dan harga ikan pun lebih mahal dari biasa. Mau tak mau aku terpaksa belilah jugak kerana kalau di luar harganya juga pasti lebih mahal. 

 Aku beli ikan tenggiri, cencaru, selar, kembung dan keli hidup. Lepas tu ke bahagian sayur-sayuran termasuklah cili merah yang berharga RM8.00 sekilo. Ketika di pasar borong kami ternampak seekor kertang gergasi sedang meronta-ronta diikat oleh beberapa petugas pasar. Besar sungguh ikan tu dan mengerikan. Mulutnya ternganga luas dan bila aku nengok ke dalam mulut dia, ternampak aku kelibat water scooter yang ditelannya dulu sewaktu dia masih tinggal di dalam laut. Teruja aku dan Syahmie dibuatnya.

Kami pulang tanpa dapat membeli kerang dan udang kerana takda stok pada pagi tadi. Operasi kami tak habis di situ aje, bila balik rumah terpaksa pulak menyiang ikan. Syahmie menggunakan kemahiran keseniannya menyiang ikan menggunakan gunting. Cantik ikan-ikan tu selepas dikerjakan dek Syahmie.

Saturday, February 19, 2011

Kenapa pergi memancing?

Soalan yang kadangkala aku tanyakan pada diri aku adalah sejak bila dan mengapa aku minat memancing. Seingat aku, sejak kecil lagi, sebelum aku kenal erti joran dan mata kail aku telah mendapat mimpi-mimpi indah tentang ikan dan aktiviti menangkap ikan. Bila terjaga dari tidur aje, aku akan merasa sangat gembira, tenang dan hari aku akan menjadi sangat ceria sampailah ke malam.

Bila aku mula bersekolah rendah, aku sering mendengar pakcik-pakcikku (pakcik Md Shah, paman Sujai & arwah pakcik Basari) bercerita pasal keseronokan pergi memancing. Di luar sekolah ada sebuah pasar basah yang ada menjual mata kail. Kadang-kadang aku ke sana membeli mata kail tersebut tanpa ada perancangan bila untuk pergi memancing. Kali pertama aku memancing bersama-sama 2 orang rakan Cina ku Choong Kai Leong & Lim di sebuah lombong yang tak jauh dari rumahku di Ampang Jaya. Aku dan Lim sekadar memakai tali tangsi dan kail tanpa joran. Kawan-kawanku memperolehi 3 ekor ikan tilapia sedangkan aku tak beroleh apa-apa. Waktu tu aku masih tak tau macamana rasanya ikan menggetu umpan dan macamana pulak rasa tarikan ikan yang telah mengena kail.


Sewaktu balik kampung di Kuala Selangor pada hujung-hujung minggu, aku dan sepupuku Mizul akan bermain di parit-parit air berdekatan dengan rumah datukku memburu ikan pelaga dan ikan lampu (ikan  yang seperti ikan bilis dan terdapat kilauan di kepalanya) menggunakan upih dan pelepah pinang. Dengan peralatan yang serba daif, selalunya kami tak beroleh apa-apa selain kegembiraan bermain di semak dan parit.

Joran pertama yang aku miliki aku beli di Ampang Park dengan harga RM17.00 ketika bersekolah menengah. Dan kali pertama aku memancing menggunakan joran dan kekili berumpankan dedak hong adalah di tasik yang sekarang terletak Hotel Flamingo di Ampang. Aku dan Mizul tak beroleh apa-apa selain basah lencun pakaian Mizul kerana terjatuh dalam air.

Aku ke Lincoln, Nebraska, USA pada tahun 1983 bagi menyambung pelajaran. Selain belajar, aku mula lebih aktif dengan kegiatan memancing ikan. Bermula dengan mengikut rakan-rakan memancing ikan bluegill menggunakan umpan hirisan ikan minnow di tasik Oak Lake. Minat aku mula berkembang pesat macam bandaraya Kuala Lumpur. Aku mula banyak menonton rancangan memancing di tv, membeli buku dan majalah-majalah pancing serta banyak meneroka lubuk-lubuk ikan di tasik-tasik besar di Nebraska bersama rakan-rakan seperti Chaan @ Shahar dan Shamwel. Lama kelamaan aku mula memancing sorang-sorang setelah aku memiliki kereta sendiri kerana aku rasa lebih bebas menjalankan aktiviti kegemaranku. Di Lincoln-lah aku mula membentuk minat yang mendalam terhadap aktiviti memancing. Kalau hujung minggu musim bunga dan musim panas, aku akan pastikan masa terluang banyak di tasik-tasik seperti Pawnee, Conestoga dan Branch Oak Lake. 


Ilmu memancing sebenar aku perolehi setelah aku berkahwin pada tahun 1996. Sifu-sifuku adalah ayah mentuaku, dan abang-abang iparku khususnya abang Khalid, abang Leman dan abang Karim, serta tak ketinggalan isteriku sendiri yang juga merupakan kaki pancing. Itu pun aku rasa baru satu per sepuluh ilmu yang aku pelajari dari mereka. Ilmu pancingan laut dalam, pancingan hulu sungai (bagi menawan kelah & tengas) serta pancingan ikan-ikan brutal seperti toman dan sebarau masih belum aku dalami. Ilmu pancing  ikan kat kolam bayar pun masih tak pass lagi. Selalu jugak aku pulang tangan kosong.

Waktu aku tengah kemaruk nak memancing, aku memang tak boleh tengok ada lopak air, tali air, paya atau apa saja jenis takungan air. Mesti aku akan berimaginasi tentang pelbagai jenis ikan yang menduduki takungan air itu. Selalunya aku akan terbayang ikan haruanlah - game fish kegemaranku.

 

Sekarang aku masih memancing, tetapi kerana komitmen keluarga dan kerja, aktiviti ini dah jauh berkurangan berbanding sewaktu aku masih bujang atau ketika aku masih baru berkahwin. Dulu aku dan isteri biasa memburu tilapia saiz tapak tangan di Tasik Ampang Hilir. Sejak tasik itu dikawal rapi oleh pihak DBKL, peluang memancing bagi kami sudah semakin tipis.  Tapi aku masih membeli majalah-majalah pancing seperti Sirip, Pancing dan Rod & Line bagi mengubat kerinduan untuk pergi memancing. Dan adakalanya aku membeli gewang-gewang yang pelbagai sebagai koleksi peribadi yang aku sendiri belum pasti akan menggunakannya kelak. Kepada semua kaki pancing yang aku hormati, selamat memancing, jagalah solat, jagalah keselamatan, jagalah kebersihan alam sekitar dan pulanglah dengan membawa habuan yang lumayan.


Syahmie ambil gambar

Kami anak beranak ke Ampang Point menemani Syahmie mengambil gambar berukuran pasport untuk dilekatkan pada borang calon pelajar menduduki peperiksaan UPSR Agama tahun ini. Sesampai di kedai Foto Zzoom aku menyuruh Syahmie memakai jaket korporat yang lusuh supaya penampilannya kelihatan lebih berkarisma. Syahmie sungguh-sungguh tak mau pakai jaket tu kerana takut ter-over fashioned. Aku mendesak supaya memakainya juga. Akhirnya Syahmie akur. Ketika gambarnya diambil, Syahmie senyum dalam paksa. Okay jugak aku nengok. Ada macam ciri-ciri ustaz sikit-sikit. Gambar siap diproses dalam sekitar 20 minit. Kami membayar RM15.00 untuk 8 keping gambar.


Dikejar dinosaur di Ampang Point

Malam tadi dari kedai gambar Foto Zzoom kat Ampang Point, kami berjalan-jalan di dalam kompleks Ampang Point. Lalu aku ternampak satu gerai yang ada tv yang memaparkan cerita dinosaur. Di depan tv tu ada cermin mata ajaib - kalau pakai nanti akan nampak gambar dinosaur tu macam 3D. Aku, isteri dan anak-anak pun cubalah pakai cermin mata tu. Sejurus pakai aku menjerit lantang' "Lariiiii!!!!!!! T-Rex sedang mengamuk!!!!!" Lalu aku berlari sekuat hati mencari celah-celah kedai untuk menyembunyikan  diri dari dibaham T-Rex yang amat kelaparan itu. Tak lama lepas tu tawkey kedai datang kepada aku. Dia menepuk bahuku, "Boss, lu apa macam lali-lali. Itu dinosaur tutuk dalam tv maaa... Lu apa takut. Hayyyaaa..." Beliau menanggalkan cermin mata yang masih terpakai dimataku lalu beredar sambil menggeleng-gelengkan kepala. Macam tu punya realistik dia punya 3D.


Majlis kahwin di Seksyen 7, Shah Alam

Lepas zuhur kami ke Shah Alam menghadiri jemputan kahwin anak kepada kawan lama emak aku. Kami cari lokasi jamuan menggunakan peta dan GPS. Akhirnya tiba di satu kawasan yang berhampiran dengan UiTM dan dipenuhi dengan rumah-rumah banglo yang besar-besar belaka. Besar macam mansion. Kagum kami melihatnya. Sampai je kat rumah pengantin, kami pun layan dirilah memakan makanan yang terhidang. Sangat berselera kami pasal waktu tu dah pukul 3 petang lebih dan kami memang belum makan tengahari lagi.

Sebelum balik, emak dan wife aku masuk ke dalam rumah nak nengok-nengok keadaan di bahagain dalam. Mak aku kata besar sungguh rumah tu. Ada 7 bilik semuanya. Masuk dalam boleh sesat kalau tak pakai GPS. Dari master bedroom ke bilik yang paling jauh sekali kena naik teksi tambang RM15.00 baru boleh sampai. Kami mintak diri dan mengucapkan terima kasih kepada tuan rumah sebelum beredar dengan penuh kekaguman.


Blackie si pemburu jalanan

Ingat lagi tak pada Blackie, kucing jiran yang kerap bertandang ke rumah kami sambil meminta-minta makanan? Hari ni Blackie datang lagi dan pada perutnya sedang berkumandang lagu keroncong menandakan ia tengah mengalami tahap kelaparan ala-ala rakyat Ethopia. Seperti selalu isteri aku mengambil stok makanan kucing yang masih belum expired dan disuakan kepada Blackie. Blackie makan dengan lahapnya. 

Lepas makan ia masuk ke rumah lepak-lepak dan bermain-main dengan kami. Tak semena-mena lalu pulak seekor cicak yang berlagak macho di depan Blackie. Apa lagi, Blackie pun terus menerkam ke arah cicak itu sampai terputus ekor sang cicak. Tapi Blackie langsung tak terpedaya dengan helah cicak. Tapak kakinya tetap memijak cicak yang malang. Puas Blackie bermain-main dengan cicak tu sampai lembik longlai jadinya.

Melihatkan ini aku terpanggil untuk men-train Blackie ilmu memburu kerabat-kerabat cicak termasuklah biawak yang adakalanya berkeliaran di laman belakang rumah aku. Lepas tu barulah ajar cara tangkap tikus pulak yang memang banyak bermastautin di kawasan Ampang Jaya ni.



Amier kembali ke Kidz Cabin

Pagi tadi ada sambutan Maulidur Rasul kat sekolah tadika kakak ipar aku - Kidz Cabin. Masa tu aku tengah tercungap-cungap berlari mengejar-ngejar bola tenis kat Titiwangsa. Wife aku dengan Wanie & Amier ke Kidz Cabin di kawasan UK Heights dengan menaiki teksi. Amier bila diberi tahu nak naik teksi, punyalah dia excited pasal tak pernah merasa naik teksi. Seronok sangat dia nampaknya.

Bila sampai Kidz Cabin Amier macam malu-malulah pulak nak masuk ke perkarangan  kawasan tadika. Setelah dipujuk dan diajak berkali-kali barulah dia masuk. Dan bila dah masuk dan serasi dengan tadika lamanya itu, dia merasa berat pulak nak balik ke rumah bila tiba masanya. Aku datang sewaktu semua acara dah habis. Sempat jugaklah jamu selera serba sedikit sebelum mintak diri untuk beransur.



Tennis @ Ttitwangsa: 19 February 2011

Pagi-pagi lagi aku dah bergegas ke Tasik Titiwangsa. Sesampai di sana aku tengok dah ada 5 orang kat court tenis. Tak dapatlah aku main awal. Kena tunggu set kedua baru boleh main. Hari ni aku tak dapat main quality game. Terlalu banyak kesilapan dilakukan. Nasib baik partner aku, abang Md Nor dapan main dengan konsisten. Kalau tak mesti dah kalah teruk. Bak kata Bob, ada hari main okay, tapi kalau datang hari bodoh, main mesti kelam kabut. Dan hari ini adalah hari bodoh aku gamaknya.


Hari ni aku nampak Bob bermain dengan sangat baik. Forehand top spin-nya sangat teratur dan sangat kurang membuat unforced error. Sementara Sham pulak yang memang hebat, hari ni telah memperlihatkan satu lagi skill yang boleh dibanggakan. Sham boleh buat pukulan kencang sambil berlari. Banyak kali aku terperangkap dengan pukulan seperti ini. Abang Hj Nordin jugak selalu berkata, lebih banyak practice lebih sempurnalah permainan itu. Kawan-kawan tenis aku banyak yang main 2-3 hari seminggu. Sebab tu permainan mereka berkembang cepat. Aku dapat main seminggu sekali pun dah kira okaylah tu. Banyak lagi urusan lain yang lebih penting untuk dibereskan.

Thursday, February 17, 2011

Kawan dari Jerman (oops... Jawa)

Tengahari tadi aku bersolat Jumaat di Masjid KUIS (Kolej Universiti Islam Selangor). Itulah masjid yang paling dekat dengan tempat kerja aku kat Bandar Seri Putra. Kat situ ada satu tasik besar yang nampaknya macam berpotensi untuk memancing. Tapi pentadbiran KUIS melarang keras aktiviti memancing ataupun berenang kat tasik tu. Katanya dah ada kes pelajar lemas. 

Tapi sebenarnya bukan kisah KUIS, masjid atau tasiknya yang nak aku cerita kat sini. Lepas solat tadi tiba-tiba aku dikejutkan dengan sapaan dari seseorang. Katanya, "Psssst! Pssssst! Psssst!" Aku pun memandang ke belakang (walaupun David Teo berkali-kali pesan jangan pandang belakang). Dan ternampaklah satu wajah yang memang aku kenal benar, tapi dah lama tak nampak. Aku pun menegur dia (walaupun David Teo kata jangan tegur). Itulah Fauzi Jawa, kawan ketika sama-sama buat Diploma kat UTM Skudai dulu. Fauzi semakin segak dan tough, dan masih peramah seperti biasa.

Dia dah jadi full time contractor. Kami bual-bual kejap dan tukar-tukar nombor handphone. Kalau dah 2 org Jerman berjumpa, mesti sesekali terkeluar jugak bahasa Jerman, "Hai Hitler!!!" Aku takleh lama bersembang pasal kawan aku sedang tunggu kat kereta dah lama, dan kena balik ofis cepat pasal kerja terlalu banyak. Tapi yang penting dah dapat nombor kontek maka bolehlah berhubung selalu lepas ni.


Buat homework upah burger


Memang tak mudah nak suruh Amier buat homework. Amier paling dengar cakap mamanya bila dipujuk untuk melakukan kerja yang paling membosankan baginya. Malam ini aku dan wife balik agak lambat dari pejabat kerana kerja yang berlambak-lambak. Lalu Syahmie sebagai abang yang bertanggungjawab terpaksa memainkan peranannya memujuk adiknya menyiapkan kerja rumah. Kali ni Syahmie tak menggunakan kuasa veto dan disiplin askarnya, sebaliknya menggunakan pujukan diplomasi bagi melembutkan hati adik kesayangannya itu. Kata Syahmie, "kalau Amier buat homework, nanti abang Amie masakkan burger untuk Amier". Amier termakan pujukan abangnya. Tawaran yang diberikan tak dapat ditolak. Amier setuju!


Laju Amier buat homework sambil ditemani dan dibantu Syahmie. Sejurus selepas selesai, Amier lantas berteriak, "jom abang Amie, masakkan Amier burger!" Kedua-dua abang dan adik pun meluru ke dapur. Wanie kemudian menyertai mereka dalam operasi masak-memasak. Syahmie menyediakan 3 set burger dan Wanie membuat 2 gelas milo untuk diminum bersama-sama.


Sesudah masak, masing-masing menerpa ke arah burger lalu menikmati kesedapan burger special masakan Syahmie. Aku dan isteri turut menikmati kehebatan makanan yang disajikan.


Wednesday, February 16, 2011

Melayan si kucing hitam

Ini dah masuk kali ketiga kucing hitam yang kami gelar Blackie bertandang ke rumah kami. Isteriku memang pantang jumpa kucing, mesti nak bagi dia makan. Amier pulak nampak gayanya mempunyai minat yang mendalam terhadap Blackie. Keluarga kami pada dasarnya memang suka kucing, cuma Wanie aje yang kadang-kadang agak takut dengan perangai sesetengah kucing yang agak agresif.


Kucing hitam ini dipercayai milik seseorang kerana ia terlalu jinak. Maid kami kata kucing tu jiran kami yang punya. Tapi nampak gayanya ia sangat selesa bila berada di rumah kami. Mungkin sebab selalu dapat makan free, walhal kat rumah majikannya, ia terpaksa keluar duit dari poket sendiri untuk mendapatkan sesuap Friskies. 

Sebenarnya ini bukan kucing pertama yang datang dan berjinak-jinak dengan kami. Dah banyak kali kucing-kucing orang lain datang memberi salam dan bersembang kosong dengan kami. Lalu kami layan mereka sepertimana kami layan tetamu-tetamu yang lain - menjamu mereka dengan makanan apa saja yang ada. Kucing-kucing ini dah mula kenal siapa yang suka dan sayang pada mereka.


architectural cartoons


About more than  two weeks ago, I got an sms from my old pal, Ar Jemi saying that my former lecturer at UTM, Ar Haj was looking for me. I believed he was involved in the publication of the most popular architectural magazine in this country. The publisher wanted to include a comic strip in the magazine - some architectural cartoons which was supposed to be intelligent but cynical. Wow! What a great opportunity I thought, to expand my skill & popularity. Ar Haj wanted me to show some samples of my work. - the ones that are relevant to the subject.  Gosh! That I did not have. But I thought I'd better show something rather than nothing.

So I gathered some of the recent caricatures and strips that I did and emailed to Ar Haj. I didn't expect much, coz I believed the publication committee wanted to see ideas, and not so much of my sketching skills. When I think about it, most of my cartoons are pretty stupid and a bit crazy. Definitely not intellectual. Here I post a not so architectural cartoon for you guys to evaluate. Happy viewing :-)