m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, August 23, 2015

5 Syawal 2015 - Sarapan di rumah jiran

21 Julai 2015 - Jika pada hari semalamnya, jiran kami datang beraya di rumah kami, kini pada pagi ini, mereka pulak yang menjemput kami untuk bersarapan di rumah mereka. Ini kira macam sarapan sambil berayalah. Best jugak datang beraya pada awal pagi. Maka pada pagi tu kami biarkan perut kami kosong seketika. Bila sarapan telah disiapkan, maka jiran kami tu, Azizah pun berteriaklah sekuat hati, "Di sana! Di sini dah siap masak. Boleh datang makan!!!" Maka kami pun terus serbu rumah Azizah dengan membawa perut yang kosong dan kontang.

Azizah sedang menghidangkan pelbagai juadah kepada kami. Farid dan Yana pun turut ada bersarapan di sana.
Semua orang tengah makan dengan sangat khusyuk sekali.
Yana ambil nasi lemak lauk ayam goreng.
Kami dijamu dengan pelbagai juadah yang enak-enak. Antaranya adalah nasi lemak, roti canai, bihun goreng, ayam goreng serta kuih-muih. Dan pekena pulak dengan  teh-o panas. Memang sangat kaw. Bertambah-tambah jugaklah kami makan. Aku sendiri bagaikan tak segan silu dan bagaikan tak tau malu kerana sanggup menghabiskan isi pinggan mangkuk di atas meja. Puas hati aku dapat makan kenyang-kenyang. Kepada Hairi dan Azizah, terima kasih banyak-banyak kerana telah menjemput kami makan breakfast raya secara eksklusif. Tahun depan boleh jemput lagi.

Nasi lemak ini memang sangat sedap.
Syahmie jugak makan bertambah.
Lepas ni kita tapau pulak mana-mana makanan yang tak habis tu.

Friday, August 21, 2015

4 Syawal 2015 - Majlis tahlil dan nasi Arab di rumah Kak Timah

20 Julai 2015 - Kalau di sebelah siangnya, ramai orang yang datang beraya ke rumah kami, pada sebelah malamnya pulak, kami telah ke rumah Kak Timah. Ada majlis tahlil. Selain untuk mendoakan roh-roh ahli keluarga, turut mendoakan roh ayah kepada sahabat kami dari Yaman - Brother Muhammad. Kami pergi ke rumah Kak Timah selepas solat maghrib. Bila azan isyak berkumandang, sama-sama kami melangkah ke surau berdekatan untuk solat isyak berjemaah. Selepas solat, kami cepat-cepat kembali ke rumah Kak Timah. Sekejap lagi orang surau akan datang. Dan kami perlu bersedia.

Amier sedang bergurau dengan Pak Andaknya.
Faiisal dan sebahagian ahli surau.
Syahmie pun ada datang jugak.
Tok Imam dah ahli surau yang lainnya.
Menanti isyarat untuk memulakan majlis.
Antara hadirin yang datang.
Sedang bertahlil beramai-ramai.
Berdoa bersama-sama.
Tak lama menanti, maka tibalah satu rombongan ahli surau dengan menaiki bas pesiaran besar dua tingkat ke rumah Kak Timah. Kami jemput kesemua mereka untuk masuk ke dalam. Para jemaah dan ahli keluarga telah sama-sama duduk kat ruang tamu. Dan majlis tahlil pun bermulalah. 

Setelah habis tahlil dan doa, para jemaah dijemput makan. Maka masing-masing terus menuju ke arah sebuah meja di ruang tamu yang terhidang kacang pol dan roti. Tok Imam dan ahli jemaah yang lain bagaikan separuh bersemangat mengambil pinggan untuk mendapatkan juadah yang terhidang. Tetiba Kak Esah membuat satu pengumuman yang mengejutkan, "Kalau tuan-tuan nak makan nasi Arab, ada terhidang kat luar, ya".

Mendengarkan ini, Tok Imam dan para jemaah yang lain bergegas ke bahagian luar rumah. Berlari-lari, berkejar-kejaran untuk mendapatkan nasi Arab yang disajikan. Kali ini, dengan sepenuh semangat yang membara, mereka beratur mendapatkan nasi Arab lauk ayam yang sangat enak dan hebat itu. Nasib baik tak ada kambing. Kalau ada kambing, sudah tentu makin berasak-asak para jemaah berebut untuk mendapatkannnya.

Masa untuk makan nasi Al-Arabia.
Tok Imam sangat happy dapat makan nasi Arab kegemarannya.
Tok Imam sedang memilih ayam.
Para tetamu sedang mengambil juadah.
Semua para tetamu kelihatan sangat-sangat heppi.
Sebahagian brader dari Yaman.
Abang Khalid bersama pemain simpanan Team Liverpool FC.
Menu nasi Arab ini sangatlah laris.
Brader Arab makan nasi Arab.
Tok Imam dengan seorang sahabat kami.
Semua sedang menikmati nasi Arab.
Juadah kacang pol yang tak kurang enaknya.
Setelah puas makan dan berborak-borak, kesemua jemaah surau telah minta diri untuk pulang. Terpancar di wajah mereka akan suatu kepuasan yang tidak terhingga kerana dapat makan nasi Arab. Setelah ahli surau pergi, kaum keluarga yang tak sempat makan telah mula mencedok makanan untuk makan malam. Dan aku pulak mengambil sedikit masakan kacang pol untuk dimakan bersama roti. Setelah makanan surut ke dasar perut, barulah kami pulang ke rumah. Sewaktu kami pulang, masih terdapat banyak lagi makanan yang tertinggal untuk dimakan oleh ahli keluarga.

Faiisal dan Syahmie sedang makan.
Wanie dan Intan.
Koas dah kenyang. Masa untuk rehat pulak.
Koas dan Abang Leman sedang berehat.

4 Syawal 2015 - Kunjungan Rahmawati dan Shahrol

20 Julai 2015 - Pada hari ini, agak ramai jugak orang yang datang bertamu di rumah kami. Bermula dengan keluarga Kak Ana, kawan-kawan ofis wife aku, dan akhir sekali jiran kami. Kira-kira jam 6 petang, seorang lagi kawan wife aku datang beraya. Rahmawati datang dengan husband dia, Shahrol dan dua orang anak perempuannya.

Anak bongsu Rahma dan Shahrol.
Bersedia untuk makan.
Kunjungan keluarga Rahma tak begitu lama. Tapi sempat jugaklah dia bersembang-sembang dengan ibuku, dan sempat jugaklah seluruh keluarga makan dan minum sampai puas. Terima kasih kepada kawan kami ini. Tahun depan boleh datang lagi. Rumah kami pun bukannya jauh sangat. Selamat hari raya.

Shahrol sedang makan sotong. Maksud aku makan soto.
Rahmawati bersama puteri bongsunya.
Rahmawati dengan kedua-dua anaknya.

4 Syawal 2015 - Jiran dekat bertamu

20 Julai 2015 - Pada sebelah siangnya, Kak Ana sekeluarga dan kengkawan ofis isteriku telah datang ke rumah. Bila dah petang sikit, jiran yang duduk berdekatan dengan rumah kami pulak yang datang beraya. Mereka adalah Hairi dan Azizah serta dua orang anak mereka - Haziq dan Hakimi.

Jiran kami - Azizah dan Hairi.
Hairi bersama ayahku.
Haziq sedang makan soto tanpa kuah.
Hakimi sebaya dengan Sabriena.
Abang dan adik.
Kami duduk di ruang tamu bersama keluarga Hairi. Sambil makan-makan, kami bersembang pasal 1MDB, 2MDB, 3MDB, 4MDB dan 5MDB. Tidak terhenti setakat itu saja, kami jugak turut berbincang pasal 1ABC, 2DEF, 3GHJ, 4KLM dan 5NOP. Perbincangan berlarutan sehingga kesemua makanan kat rumah kami habis dimakan oleh kami semua. Biskut kering kat tin pun habis kami makan. Ini merangkumi gula, susu, serbuk kopi dan teh, semua licin kami kerjakan tatkala kami bersembang panjang tadi.

Hakimi dan ayahnya.
Hairi melayan Hakimi makan.
Haziq dan ibunya.
Hakimi sedang makan buah tembikai dalam cawan.
Sementara orang-orang tua bersembang panjang, Sabriena sibuk bermain-main dengan Haziq dan Hakimi. Seronok pulak aku nengok anak-anak bermain permainan yang aku pun tak berapa nak faham. Tak kisahlah. Asalkan mereka heppi.

Setelah sekian lama berborak-borak raya, Hairi dan Azizah pun memohon diri untuk pulang ke rumah mereka yang terletak hanya sepelaung Tarzan saja jauhnya dari rumah kami. Terima kasih kepada keluarga Hairi kerana sudi datang ke rumah kami.

Sabriena melayan Haziq dan Hakimi.
Mereka bermain teka-teki sempena hari kemerdekaan negara.
Sabriena sedang mengajukan soalan trivia kepada Haziq dan Hakimi.
Bergurau adik beradik.

4 Syawal 2015 - Kak Ana dan keluarga singgah rumah

20 Julai 2015 - Pada hari yang sama, sebelum kengkawan ofis datang beraya di rumah, sepupu sulungku, Kak Ana sekeluarga, telah terlebih dahulu sampai di rumah kami untuk beraya. Mereka sebenarnya telah balik kampung Abang Mohd Nor di Kelantan. Pada pagi tu mereka bertolak dari Kelantan ke Kuala Lumpur. Sebelum sampai rumah, mereka singgah dulu ke rumah kami. Tahun lepas pun macam tu jugak. Masa mereka sampai, kebetulan kami ada buat masak-masak. Memang selalu langkah kananlah nampak gayanya.

Syafiq melayan baby makan.
Abang Mohd Nor dan semangkuk soto.
Kak Ana sedang memilih soto perasa sup ayam.
Salah seorang menantu Kak Ana dan Abang Mohd Nor warga Bosnia.
Duduk releks dulu sebelum memulakan makan.
Puteri-puteri Kak Ana mengambil makanan.
Syafiq dan baby.
Dua orang menantu Kak Ana dan Abang Mohd Nor.
Abang Mohd Nor sedang khusyuk menjamu soto sehinggalah konsentrasinya diganggu oleh lantunan cahaya flash camera.
Kali ni, keluarga Kak Ana yang datang lebih ramai dari tahun lepas. Masa mereka sampai, tetamu lain masih belum tiba lagi. Jadi keluarga Kak Ana lah yang merasmikan juadah pada hari itu. Kebetulan, Kak Ana memang sangat suka masakan soto resipi ibuku. Maka mereka pun makanlah dengan perasaan senang hati dan gembiranya.

Kak Ana bersama ibuku.
Menikmati kuih-muih raya di balang pula.
Syafiq sedang mencuba untuk memahami apakah itu erti semangkuk soto.
Baby di pangkuan.
Ibuku, adikku dan kak Ana bersembang pasal sejarah asal usul pembikinan soto.
Abang Mohd Nor turut join bersembang dengan ibuku.
Abang iparku bersembang dengan Abang Mohd Nor.
Abang Mansor setelah tetamu beredar.
Setelah makan dan bersembang panjang dengan ibuku, maka mereka pun mengatur langkah untuk pulang. Masa tu kengkawan isteriku telah mula ramai memenuhi ruang tamu. Terpaksa berasak-asak untuk mendapatkan makanan. Jadi keluarga Kak Ana telah membuka ruang untuk kengkawan isteriku pulak menikmati juadah soto istimewa yang dihidangkan. Terima kasih kerana sudi datang, sambil menziarahi ibuku yang tak berapa sihat pada waktu itu. Terima kasih kepada Kak Ana dan Abang Mohd Nor sekeluarga.

Bergambar bersama sebelum pulang.
Yana, Kak Ana dan isteriku.