m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Friday, February 27, 2015

Pakcik Zainor kahwinkan anak di Keramat

16 Ogos 2014 - Salah sorang sepupu mak aku kahwinkan anak kat Keramat. Nama dia Pakcik Zainor. Rumah kami dengan rumah Pakcik Zainor taklah jauh sangat. Jadi kami pergi ke tempat majlis kahwin tu tak perlu makan masa yang lama. Cuma sepenanak nasi beriyani gam kambing Johor aje.

Meninjau lauk-pauk sebelum membuat pilihan yang tepat.
Mencedok "nasi minyak hujan panas kilat sabung-menyabung dan angin kencang" ke dalam pinggan.
Manikmati juadah.
Enjoy-nya Sabriena makan nasi.
Pakcik Banuri dan isteri join meja kami.
Wanie sedang cuba untuk membuat satu suapan yang sangat hebat pada alaf ini.
Anak-anak masih menikmati juadah.
Ayahku jugak makan dengan penuh berselera.
Kami anak beranak pergi dengan ayah aku. Mak aku tak ikut pasal tak berapa sihat. Mak aku masih belum boleh berjalan lagi. Masih duduk kat kerusi roda. Jadi nak lalu atas jalan yang berbonggol-bonggol dan tak rata, dan ada longkang pulak lagi, adalah agak menyukarkan. Jadi mak aku duduk kat rumah ajelah.

Wak Ros dan Wak Bun sedang menikmati cendol.
Happy kerana dapat menikmati cendol.
Menyediakan cendol untuk para tetamu.
Stok dah semakin berkurangan.
Sepupuku, Hakim sedang bagi mesej rahsia kepada seorang kenalan.
Kat tempat majlis perkahwinan, kami jumpa banyak lagi saudara-mara yang lain. Antaranya Pakcik Banuri dan keluarga, serta Wak Ros dan keluarga. Menu pada hari tu sangatlah pelbagai. Ada nasi minyak, nasi beriyani, burger, beef steak, lamb chop, fish and chips, chinese food, nasi arab, dan macam-macam lagi makanan dari seluruh dunia. Tapi itu sekadar cadangan asal tuan rumah. Chef yang telah dilantik tetiba terlupa nak masak semua menu-menu tu. Jadi yang tinggal cuma nasi minyak dan beberapa dessert ajelah. Antara dessert yang enak dimakan sudah pastilah cendol.

Setelah makan dan bersalaman, kami ajak Pakcik Banuri untuk datang beraya kat rumah kami. Oh ya! Masa tu memang tengah bulan raya puasa. Pakcik Banuri tak keberatan untuk ke rumah kami. Dia datang bertiga. Selepas beraya dan ziarah mak aku yang kurang sihat, mereka pun pulanglah ke rumah mereka dengan selamat. Sekian terima kasih.

Ayahku sedang makan cendol.
Isteriku juga sedang makan cendol.
Hakim tak pulak makan cendol.
Berjumpa denga tuan rumah, Pakcik Zainor sebelum berangkat pulang.
Gembira dapat berjumpa sesama sepupu.
Pakcik Zainor yang paling heppi. Hulur tangan ada isi, hulur tangan ada isi. Poket pun dah penuh. Hehehe...

Monday, February 23, 2015

Beraya dengan kura-kura

15 Julai 2014 - Kalau tak silap aku, masa ni tengah raya puasa kot. Kami beraya di rumah Kak Timah. Menu dia aku tak berapa ingat. Yang aku ingat, Abang Haji Khalid ada bawak kambing chop untuk dimasak barbeque. Ini adalah sempena Tahun Kambing mengikut kalendar Cina. Kambing yang Abang Haji Khalid beli telah dipilih dari jenis kambing gunung tanduk besar yang beratnya dekat 1 tan seekor. Diimport dari pergunungan Himalaya.

Tiga sepupu dan sahabat karib sedang menyaksikan game Minecraft di i-phone.
Sabriena nak tumpang sekaki.
Bermain kejar-kejar di porch.
Bergurau di tepi buah nanas.
"Bang! Bang!" kata Saleh kepada Amier.
Sejurus kambing tiba, terus aje Abang Haji Khalid pasang api kat luar rumah untuk memanggang kambing tersebut ala barbeque. Tanpa sebarang perencah dan perasa, daging kambing tadi telah dipanggang dengan menggunakan api yang kecil agar tidak hangus. Sejurus daging kambing itu masak, aku terus aje mengambil secebis dan memamahnya secara perlahan-lahan. Mmmmm... teramatlah sedapnya. Sedap jugak makan kambing barbeque yang tak di-marinate. Rasanya lebih original. Bau kambing gunung tu telah meresap ke segenap tubuh aku. Dan aku berasa sangat teruja dan puas.

Abang Haji Khalid sedang memanggang daging kambing gunung Banjaran Himalaya.
Nampak begitu hebat dan enak sekali.
Siti diamanahkan untuk memastikan kambing yang dipanggang itu tidak akan lepas lari.
Sambil jaga, sambil makan.
Hidayat pun tolong tengokkan kambing barbeque jugak.
Saleh sedang asyik memerhatikan kura-kura Galapagos belaannya dengan penuh berselera sekali.
"Pak Andak! Lepas ni barbeque kura-kura ni pulak ya!?"
Pada suatu ketika yang lain, Saleh telah mengeluarkan kura-kura gergasi Galapagos-nya dari dalam besen tepi rumah. Sabriena yang ternampak kelibat kura-kura itu, telah menjerit ketakutan. Lantas Saleh dengan segera telah mengangkat kura-kura tadi dan dijauhkan dari Sabriena. Sewaktu diangkat, kura-kura tadi telah terlihat api barbeque. Dia berasa sangat ngeri dan takut. Khuatir tubuhnya pula yang akan dijadikan lauk barbeque. Dalam keadaan menggeletar dan berpeluh kuyup, kura-kura itu telah berjaya meloloskan diri dari dakapan Saleh, dan terus berlari deras meninggalkan perkarangan rumah Kak Timah tanpa sempat menjamah juadah raya walau sedikit pun.

Ali selaku tuan rumah baru berkesempatan untuk menjamu selera.
Sabriena selesa bertilamkan Dunlop pillow.
Tiga sepupu sedang memikirkan hari muka.
"Eh! Siapa yang datang tu?"

Sunday, February 22, 2015

Belajar mengemas baju di MRSM Gemencheh

12 Januari 2015 - Semalamnya kami hantar Wanie balik ke asrama di Maahad Hamidiah Kajang. Hari ni giliran nak hantar Syahmie pulak kat MRSM Gemencheh. Tapi kali ni aku lebih berminat nak memberi tahu cara-cara nak mengemas pakaian cara Syahmie. Look and learn.

Zip beg dibuka luas untuk mengambil pakaian yang tersimpan di dalamnya.
Syahmie kemas pakaian macam profesional.
"Assalamualaikum!" Bagi salam bila masuk ke dalam bilik asrama. Tak kiralah ada orang ataupun tak ada. Kenalpasti katil dan almari yang telah di-reserve-kan. Buka pintu almari luas-luas. Tengok dari atas sampai ke bawah dan fahamkan sifat dan isipadu ruang almari tersebut. Bila dah puas hati, barulah gunakan imaginasi yang mendalam sebelum menyusun pakaian di dalamnya.

Keluarkan lagi pakaian yang masih banyak di dalam beg.
Banyak lagi rupanya baju dalam beg ni.
Korek lagi isi kandungan beg.
Penuhkan locker dengan pakaian.
Ada lagi tu dalam beg.
Yes! Locker dah nak penuh.
Pintu almari sudah terbuka luas. Kini zip beg pula yang perlu dibuka luas. Keluarkan pakaian satu per satu secara pantas. Dan terus aje masukkan pakaian itu ke dalam almari satu per satu secara pantas juga. Dan kesemuanya boleh selesai dalam masa kurang dari satu minit. Sebijik macam silap mata.

Akhir sekali kemas tilam. Yang ini kami kemas bersama-sama biar tambah berkat sikit. Gotong-royong dengan semangat sepasukan. Lagilah cepat. Kurang 10 saat dah selesai. Nak bagi cadar kemas dan rata, siap pakai timbang air lagi. Bila dah siap kemas seluruhnya, kami bergambar dulu anak-beranak sebelum bergerak pulang ke Kuala Lumpur. Selamat belajar Syahmie!

Dah siap kemas baju dalam almari. Pecah rekod kepantasan.
Mama tolong siapkan katil untuk Syahmie.
Syahmie dah siap nak kunci locker. Maknanya kerja almari sudah beres.
Katil jugak sudah siap dikemas.
Syahmie di samping katil yang akan menemaninya sepanjang tahun.
Bersama mama.
Masih bersama mama.
Bersama papa pulak sebelum kami berangkat pulang ke rumah.