m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, April 28, 2014

Majlis perkahwinan Asma dan Syafiq

15 Jun 2013 - Sepupu sulungku Kak Ana kahwinkan salah sorang anaknya tahun lepas. Nama anaknya Asma. Nama menantunya pulak ialah Syafiq. Majlis kenduri kahwin yang ini kami sampai awal. Antara tetamu terawal yang sampai. Majlis dibuat di Felda Villa dekat dengan Jalan Semarak, Keramat. Tempatnya sederhana besar. Best-nya datang awal ialah pasal makanan yang terhidang masih belum terusik lagi. Kira kamilah yang merasmikannya. Nasi dan lauk masih tak berselerak. Selera pun pastinya makin terbuka. Standard caterer D'Saji memang agak sedap. Jadi kami pun makanlah dengan penuh berselera.

Wanie dan mama mengambil makanan yang baru dihidangkan.
Farid juga bersemangat mengambil makanan - fresh from the pots.
Bersama Kak Eli.
Bersama Lin dan Kak Yanti.
Bersama Kak Yanti dan Kak Eli.
Farid dan datuknya menjamu selera.
Ibuku bersama Allahyarhamah kakakku. Rindu rasanya aku pada senyuman dan tawa kakakku itu.
Anak beranak menjamu selera.
Makcik Mini, Lin dan Izhar.
Lepas makan, kami duduk berehat agak lama kat meja bulat tu. Sambil berjumpa saudara-mara yang lain yang turut hadir pada majlis yang meriah itu. Untuk peringatan korang, ini cerita lama. Mak aku masih belum kena penyakit DVT. Masih boleh berjalan tanpa bantuan kerusi roda. Dan Allahyarhamah kakakku masih bersama kami.

Ketika duduk berehat, kami ada ternampak beberapa wajah orang yang ternama yang turut menjadi tetamu. Antaranya adalah Dato' Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan 2, pelakon Rubiah Suparman, dan chef selebriti Chef Sherson Lian (yang menjadi hos rancangan 5 Rencah 5 Rasa di TV3). Aku yang kebetulan ada dekat dengan Rubiah Suparman sempat menegurnya, dan menyapanya mengenai restoran yang pernah aku kunjungi di Brickfields. Restoran itu yang dinamakan Restoran Puteri masih beroperasi macam dulu-dulu.

Pakcik Udin dan Makcik Razmah baru sampai.
Dato' Seri Idris Jusoh dan VIP yang lain.
Komen yang aku berikan pada borang yang disediakan.
Asma sedang menunggu buah hatinya.
Tersenyum bila ternampak Cik Abang sudah sampai di perkarangan villa.
Syafiq baru sampai dan disambut meriah oleh ahli keluarga pihak perempuan.
Syafiq berwajah ceria bagaikan "inner shine".
Bergabung akhirnya.
Pengerusi majlis pada pagi itu.
Bersanding di pelamin ungu.
Masih di pelamin ungu. Bukan warna pink.
Pengapit tak dapat peluang nak duduk kat kerusi pengantin gamaknya.
Syafiq dan Asma - bagaikan pinang dibelah dua.
Setelah seketika menanti, pengantin lelaki pun tiba. Dan mereka beriringan berjalan menuju pelamin ringkas tetapi cantik berhias. Doa dibacakan dan acara selanjutnya adalah makan pengantin. Lepas tu kami pun baliklah pasal dah agak lama sangat kami kat sana. Kami mengucapkan terima kasih kepada Abang Mohd Nor dan Kak Ana kerana menjemput kami. Dan tahniah buat Asma dan Syafiq.

Ayah dan ibu kepada kedua-dua pengantin.
Chef Sherson dan pasangannya.
Duduk di meja VIP.
Tapi masih belum boleh makan lagi.
Baca doa selamat dulu.
Mengaminkan doa yang dibacakan.
Seniwati Rubiah Suparman.
Berpimpin tangan untuk pulang - ibu dan Allahyarhamah kakakku.
Sama-sama berpakaian warna biru.
Sementara menanti aku mendapatkan kereta di tempat parkir.
Menuju keluar.
Jom kita balik.
Wanie menanti di luar Felda Villa.
Selamat pengantin baru - Asma dan Syafiq.

Sunday, April 27, 2014

Kawanku Nik Mat Zain mengahwinkan anak

18 Januari 2014 - Kami ke suatu majlis perkahwinan anak kawan sekolah menengahku, MRSM Pengkalan Chepa. Nik Mat Zain kahwinkan anak. Acai yang bagi tau aku pasal kenduri tu. Jadi kami pun berkumpullah di rumah Mat Zain pada waktu tengah hari untuk makan nasi minyak dan berjumpa dengan kengkawan ku yang lain.

Banner perkahwinan. Aku tak pasti anak Mat Zain yang lelaki atau yang perempuan.
Bila dapat meja kosong aje, kami pun meneruskan aktiviti makan sampai kenyang.
Wanie jadi juara makan kali ni. Pinggan dia yang paling licin sekali.
Amier dan Syahmie juga seronok dapat makan.
Tiga orang kengkawan Wattopku yang datang awal - Mahzan, JJ dan Pau.
Kami sampai-sampai aje, Mat Zain dah menunggu di depan pintu gerbang sambil berborak dengan beberapa orang tetamu. Aku bersalaman dengan Mat Zain. Dia kata geng-geng lain ada kat tingkat atas. Lalu aku dan keluarga pun segeralah menaiki tangga ke aras atas. Sambil mataku melilau-lilau di sekeliling rumah. Wah besarnya rumah ni. Tiga tingkat dengan ruang dewan yang besar. Aku sangat kagum sampai bagai nak pitam aku dibuatnya.

Mus Boboque, Chud dan Mahzan.
Berkumpul di meja paling hujung.
Chud kata MH370 telah hilang di Lautan Pasifik dekat dengan negara Palestin. (Bunyi cengkerik).
Joe, Seme dan Mazeli sampai agak lewat sikit pasal tertinggal kapalterbang kat airport.
Hazli baru sampai dan menegur semua orang yang ada di sekelilingnya termasuk jiran-jiran Mat Zain.
Di tingkat atas, aku nengok kengkawanku sedang makan sambil berborak sakan. Kami mencari tempat duduk kosong untuk duduk makan. Tapi semua meja penuh. Atas meja pun penuh. Atas lantai pun penuh jugak. Sangat ramai tetamu yang datang pada waktu tu. Agaknya time tu semua tetamu datang serentak gamaknya. Tunggu punya tunggu, akhirnya dapat jugak kami tempat duduk di salah sebuah meja bulat. Kami makan juadah yang terhidang.

Hazli mendengar nasihat JJ tentang teknik menjaga rambut supaya licin menawan - "Pakai Jari Pun Boleh".
JJ dengan gaya posing yang paling hensem. Pasal tu dia buat posing yang sama dua kali berturut-turut.
Rafi membuka rahsia tentang apa yang sebenarnya berlaku kepada MH370. Aku pun tak tau cerita sebenarnya.
Muzmi, Joe dan Seme dengan hal masing-masing.
Muzmi bagi whatsapp kat Joe - "Ko jgn mkn bnyak sngat. Tinggalkan aku sket".
"Paparazzi!! Tangkap dia!!!" jerit Acai.
Selepas makan, aku segera ke meja kawan-kawan ku yang terletak di bahagian belakang sekali. Aku duduk mendengar perbualan mereka. Topik paling hangat diperkatakan ialah pasal kehilangan MH370. Tapi bila aku nengok kalendar, eh, tarikh pada hari tu MH370 masih belum hilang lagi. Tapi kengkawanku telah lebih advance bercerita pasal topik future event. Aku pulak lebih cenderung bercerita pasal kisah-kisah lama. Lalu aku pun membukalah cerita pasal dinosaur dan zaman batu.

Acai dan Pau.
Rafi dengan familinya.
Aku dan Sabriena menempel di celah Mazeli dan Mahzan.
Ketika orang lain tengah khusuk makan, aku dan Sabriena berposing sakan.
Bersama JJ, Pau, Hazli dan Mus Boboque.
Bapak pengantin sorang aje yang pakai baju Melayu.
Mat Jen Kude nak karate cameraman.
Din Sakun yang baru sampai terus join meja kami.
Mat Zain si bapa pengantin baru je dapat sedikit kelapangan untuk bersembang dengan kami semua.
Mat Zain memakan buah oren bagi menambahkan tenaga kerana kepenatan menyambut tetamu sepanjang hari.
Mahzan dan JJ sedang menengok Youtube kejadian yang menimpa MH370 live!
Jenal dan Mat Jen Kude.
Aku gunakan kesempatan berjumpa teman-teman sekolahku untuk bergambar beramai-ramai. Nak bercerita lebih panjang, aku bagaikan tak ada topik, selain dari topik jenis-jenis dinosaur yang pernah wujud di tanah Malaysia. Setelah puas bergambar, aku bersalam-salaman dengan semua kengkawanku yang hadir, lalu mengucapkan terima kasih kepada Mat Zain keran menjamu kami sekeluarga. Tahniah buat pengantin. Tahniah buat Mat Zain kerana menerima menantu.

Rumah yang tersergam cantik yang telah membuat aku nak pitam.
Banner pengantin di luar rumah.
Mat Spring dengan beberapa kengkawan yang aku tak dapat nak cam.
Salam perkenalan.
Makan asap dulu, baru makan nasi.