m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Saturday, March 31, 2012

Azmi meninggalkan ofis

Sebulan lepas Azmi bagi surat kat Kamal kata dia dah nak resign dari company. Anggota ofis kami makin menyikitlah nampak gayanya. Dulu Abou, kini Azmi. Pergi dua A, masih tinggal 3 A lagi kat ofis - Adi, Ahmad dan Azni. Azmi nak buat umrah bulan April ni dengan keluarga besarnya. Lepas tu dia akan mula bekerja kat tempat baru. 

Biasanya kalau ada staf nak tinggalkan ofis, kami akan buat makan-makan. Ofis yang belanja makan. Tapi kali ni dah tukar trend sikit. Oleh kerana ofis dah agak kekeringan, maka Azmi pulak yang belanja kitorang makan. Kami okay aje. Orang nak belanja makan, kami terima dengan hati terbuka. So, lepas solat Jumaat, kami semua makan kat restoran sup utara. Azmi tak kata pun dia nak belanja. Tapi bila time bayar, dia kata, "Tauke! Hari ni saya belanja semua orang. Satu kedai saya belanja!" Terima kasih daun keladi. Lain masa belanja lagi.

Azmi ni seorang yang warak dan rendah diri. Sanggup kerja sampai pagi buta kalau nak habiskan kerja yang urgent. Kira satu kehilangan besar jugak bagi ofis kami. Semoga Azmi akan menemui kejayaan yang lebih hebat selepas pulang dari mengerjakan umrah nanti. Dan kalau ada rezki, mungkin Azmi boleh join balik dengan team ofis ni satu hari nanti. Terima kasih, Azmi.

Wednesday, March 28, 2012

Cuti di Melaka - Syahmie nak balik MRSM

Bahagian 12 (Akhir)

Hari Ahad, kami kena hantar Syahmie balik Gemencheh. Check-out dari Philea Resort kira-kira jam 12.30 tengah hari. Kereta aku menghala ke Gemencheh. Kereta kakak aku menghala ke Kajang. Mak aku dah terlebih dulu balik dengan adik aku selepas sarapan pagi.

Kami ikut jalan dalam untuk ke Gemencheh. Jadi kami taklah meredah highway Plus. Sepatutnya ini jalan pintas dan lebih dekat. Kami terpaksa meredah jalan yang bengkang bengkok, lalu kebun getah, kebun sawit, paya bakau, bukit bukau, semak samun, hutan belantara dan gua-gua di pergunungan. Itu pada dasarnya tak jadi masalah bagi kami. Barulah kira perjalanan yang mencabar. Tiba-tiba mata aku tertengok pada meter minyak kereta. Alamak! Dah E! Dalam hati aku berbisik. Tak apa, belum blink-blink lagi lambang minyak tu. Tak lama lepas tu, lambang minyak tu dah mula blink-blink. Alamak! Kali ni memang betul-betul menyuspenkan, dan dada aku berdegup kencang pasal takut terkandas kat tengah hutan. Bila sampai aje sebuah pekan kecil, aku tanya budak kedai tu. "Dik, sini kat mana ada pam minyak?" Budak tu menjawab, "Kena pergi Batang Melaka. Lebih kurang 10 kilometer dari sini". Alamak! Jauh tu 10 km. Boleh sampai ke kat destinasi sebelum minyak habis?

Aku terus redah jalan sempit menuju pekan kecil Batang Melaka. Sambil mulut kumat-kamit berdoa agar perjalanan dimudahkan. Cukup 10 km, sampailah kami ke destinasi. Dan dengan lapang dada aku mengisi minyak full tank kat stesen minyak Esso. Barulah perjalanan terasa lebih lapang.

Kedai gunting rambut yang kami pergi di Gemas.
Jarak Batang Melaka dengan Gemencheh sebenarnya tak berapa jauh. Kami cari tempat makan di Gemas. Lepas tu potong rambut Syahmie kat kedai di Gemas. Cuma ada satu aje kedai potong rambut India yang bukak. Tukang guntingnya cuma satu orang aje. Aduh! Kena beratur panjanglah pulak. Yang tukang gunting tu pulak gunting dengan kadar slow motion. Mungkin dia pun dah kepenatan sepanjang hari menggunting rambut orang. Akhirnya tiba jugak giliran Syahmie. Kejap aje dah selesai. Selepas solat asar, kami cari barang keperluan Syahmie sebelum menghantarnya kembali ke asrama penuh di MRSM Gemencheh. Dan lepas tu kami terus menghala ke Kuala Lumpur. Cuma singgah di beberapa gerai tepi jalan untuk membeli ole-ole sebelum meneruskan perjalanan. Syukur. Semua berjalan lancar dan selamat.

Tukang gunting yang bercakap loghat negeri sembilan.
Syahmie tengah gunting rambut.

Cuti di Melaka - Food review: Muara Sg Duyung

Bahagian 11

Malam hari Sabtu di Melaka, kami makan kat suatu lokasi yang berbeza. Kali ni adik aku pulak yang bagi cadangan. Dia ajak kami makan ikan bakar jugak, tapi kat Muara Sungai Duyung. Menggunakan GPS pada handphone wife aku, kami redahlah malam menuju ke destinasi. Jaraknya agak jauh jugak dari tempat penginapan kami. Lokasinya juga agak terpencil, duduk di sebelah muara yang penuh dengan jeti dan sampan-sampan nelayan. Aku memang suka betul dengan pemandangan macam ni. Tapi pada waktu malam, tak berapa nampak sangat sungai dan kapalnya.

Depan restoran.
Kat tempat ni, walaupun jauh dari jalan besar, namun cukup ramai orang yang berkunjung. Aku dan Farid kena parking jauh jugak kat kegelapan pasal parking kat tempat terang lagi dekat dah penuh. Aku beratur dengan adik aku untuk pilih lauk dan membuat pesanan. Kami ambil ikan siakap, jenahak, kerapu, sotong, ketam dan kupang satu kilo. Masakannya, orang kedai tu yang bagi idea.

Aku dan adikku sedang memilih lauk.
Farid turut membantu memberikan idea pemakanan sihat.
Lepas pilih lauk, kami pun tunggulah kat tempat duduk sebelah sungai. Cantik pemandangan, walaupun malam. Kalau siang mesti boleh nengok ikan berenang-renang, penguin menggelongsor dan anjing laut berjemur. Terasa jugak sesekali angin laut menampar muka, dush, dush, dush, aduh! Kuat benar kau tampar muka aku sampai merah pipi!

Wanie gembira pasal kejap lagi dia boleh makan.
Nasi lemak pun ada kalau nak makan.
Menanti dengan ceria.
Sayur kailan terhidang. Tapi kami tak habis makan pun.
Berlatar belakangkan kapal nelayan.
Pemandangan yang cantik.
Okay, order dah nak sampai.
Setelah beberapa ketika, makanan pun sampai. Mula-mula sampai sayur kailan ikan masin. Tapi rupa dia tak memberangsangkan. Dan rasanya... rasanya pun tak berapa kaw. Tapi bila sampai lauk pauk, huh! Terangkat rasanya! Ikan kerapu masak tiga rasa - sangat hebat. Siakap bakar cili - haw liaw! Kupang masak cili - menangis! Ketam masak cili - aduhai terduduk! Jenahak bakar cili - marvelous! Sotong goreng tepung - superb! Pokok pangkalnya semua sedap. Cuma sayurnya aje yang agak kurang. Tapi memang restoran ni pakar lauk, sebab tulah lauk dia power!

Aduh! Sedapnya makanan ini!
Kupang masak cili ni memang hebat.
Semua lauk-pauk dia fresh-fresh belaka. Ikannya bagaikan baru dipancing dari sungai bersebelahan. Ketamnya jugak bagai baru ditangkap dari lubuk sesaat tadi. Malah masa aku nak makan ketam tu, aku siap kena beradu tenaga dengan ketam yang dah dicilikan. Siapa yang kalah akan jadi habuan yang menang. Nasib baik aku menang. Jadi akulah yang dapat makan ketam tu. Isi ketam tu sangat fresh, lemak dan manis. Seolah-olah siapa yang makan isi ketam tu akan kena kencing manis.

Banyak betul lauk pauk.
Boleh ke habis semua ni?
Semua orang makan banyak walaupun dah kenyang.
Nak makan perlu ada fokus.
Ketam cili yang tewas di tanganku. He he he...
Malam ni kami makan memang sangat puas. Masakannya dahlah lazat, kuantitinya pulak dahlah banyak. Memang dah nak meletup perut kami dibuatnya. Malam tu kami berbelanja RM300 lebih. Tapi semua adik aku yang belanja. Syukur. Balik nanti tinggal tidur ajelah. Next time kalau ada rezeki, boleh datang lagi...

Habis! Tinggal sampah aje.
Perut dah nak meletup.

Cuti di Melaka - Food review: Parameswara

Bahagian 10

Malam hari Jumaat kami merancang-rancang untuk makan di mana. Kat tepi-tepi jalan memang banyak gerai-gerai yang buka, menanti pelanggan untuk bertandang dan menjamu selera di premisnya. Isteri aku kata nak makan ikan bakar. Secara sepontan, aku menjawab, "Umbai". Itu ajelah tempat yang aku tau kalau nak dikaitkan dengan ikan bakar. Jadi isteri aku pun google-lah kat internet lokasi dan review mengenai Medan Ikan Bakar kat Umbai ni. Tempatnya agak jauh dari Ayer Keroh. Menghala ke Muar. Dalam satu blog tulisan seseorang yang tak dikenali, dia kata ikan bakar kat Umbai memang hebat! Dia suruh pergi kat kedai yang bernama Parameswara. Tempat nilah yang paling ramai dikunjungi orang. Sepatutnya menyajikan hidangan yang sangat lazat.

Pintu masuk Medan Ikan Bakar Parameswara.
Selepas solat maghrib, kami pun berangkatlah ke Umbai. Bekalan kami ialah peta yang disediakan oleh penjaga kaunter di Philea Resort serta arahan-arahan dari penulis blog akan lokasi medan ikan bakar ini. Aku rasa ada lebih 20km jauhnya dari tempat kami duduk. Akhirnya ketemu jugak lokasi yang kami nak tuju. Cukup lega bila dah sampai. Memang betul kata penulis blog. Orang memang ramai. Nak parking kereta pun payah. 

Memilih lauk pauk.
Kat kawasan Umbai tu ada banyak kedai ikan bakar. Ada kedai Pak Mat Tempe, ada kedai Mak Dara, ada kedai Haji Bakhil, malah kedai Labu Labi pun ada. Tapi kat kedai-kedai tu semua, suasana sangat lengang. Ada kalanya, tauke kedai masak lauk makan sendiri. Tapi, di kedai Parameswara orang punyalah ramai. Mungkin sebab Parameswara ni nama raja Melaka kot. Sampai sesak nafas kalau berasak kat dalam restoran tu. Mesti kedai ni masakannya sangat sedap dan hebat. Pasal tu lah banyak orang berkunjung ke sini. Dari gaya pelanggan yang datang, aku rasa kebanyakannya dah biasa datang ke sini. Kami baru first time. Tapi wife aku dah buat kajian cara-cara nak buat order kat restoran ni. Meh aku kisahkan sikit kaedahnya.

Mula-mula cari meja kosong. Duduk. Kira macam booking tempatlah. Sorang beratur pilih ikan dan lauk, dan bagi tau kat tukang ambil order, masakan apa nak dibuat dengan lauk pauk tu. Ada pilihan bakar, masak tiga rasa, sweet sour, asam pedas, goreng, black pepper dan macam-macam lagi. Kalau tak tau nak masak apa, boleh mintak orang kedai tu suggest-kan. Aku ambil ikan siakap, ikan jenahak, ikan pari, ketam dan sotong. Resipi dia, hentam sajalah. Sayurnya ialah kailan ikan masin.

Lihatlah dunia! Aku menang piala.
Setelah ambil order, kita akan dibagi satu piala kemenangan. Piala tu ialah untuk diletakkan di atas meja makan. Bila pelayan nampak piala yang tertulis nombor tu, dia akan datang dekat dan ambil order air pulak. Lepas tu tunggulah sampai masakan siap dan dihidangkan kepada kita. Sementara tu dia akan bagi otak-otak untuk kita balun dulu. Tapi kena bayarlah.

Yana dan Wanie menanti makanan.
Bilalah agaknya makanan nak sampai.
Syahmie dan ayahku.
Kakakku dah start makan nasi lemak dulu.
Tak lama menunggu, makanan pun sampai. Kami berasak-asak untuk mendapatkan makanan yang kami idam-idamkan sedari dulu. Lauk pauk boleh dimakan dengan nasi putih atau nasi lemak. Mula-mula aku serang sotong goreng tepung dulu. Hmmmm... Okaylah. Aku makan pulak siakap steam. Bolehlah... Aku cuba pulak jenahak tiga rasa. Sedap jugak... Aku bedal ketam masak black pepper. Orait jugak... Dan akhir sekali aku cuba pari bakar kosong. Cam ni aje pari bakar dia?

Baca doa. Jom kita makan!!!
Kami makan dengan semangat sampai habis lauk pauk yang banyak kami order tadi. Secara terus terang aku rasa masakannya average aje. Taklah hebat. Antara semua masakan yang kami jamu, yang paling sedap ialah kailan ikan masin. Betul! Memang kailan dia yang paling sedap. Lauk dia tak seberapa. Dalam erti kata lain pakar ikan bakar ni sebenarnya adalah pakar masak sayur. Masakan lauk pauk kurang menyerlah. Tapi itu ikut lidah akulah. Lidah orang lain, lain pulak rasanya. Ada orang suka makan temboyak. Ada orang tak makan. Ada orang suka budu. Ada orang tak suka. Makna kata orang ramai yang dah jadi regular customer kat situ memang suka benarlah dengan cara masakan dia. Cuma bagi aku, ada lagi kedai yang masak lauk lebih sedap dari ni.

Ayahku mengambil sayur kailan ikan masin yang sedap.
Makan dengan penuh konsentrasi.
Banyak lagi lauk untuk dihabiskan.
Yana suka makan. Hari-hari Yana makan.
Makanan suka Yana. Hari-hari makanan dimakan oleh Yana.
Makan malam tu mak aku yang belanja. Dua ratus lebih jugaklah jumlah semuanya. Kami puas hati walaupun tak sebagaimana yang kami harapkan. Lepas tu aku singgah pulak beli kuih bakar Melaka dari gerai kat tepi medan ikan bakar tu. Rasanya boleh tahan jugak. Aku beli tiga ketul dengan harga RM10. Di bilik, kami tidur nyenyak selepas perut kekenyangan meratah lauk yang cukup banyak di Umbai.

Ibuku belanja makan malam tu.
Gerai jual kuih bakar Melaka.

Tuesday, March 27, 2012

Cuti di Melaka - Food review: Warung tepi jalan

Bahagian 9

Masa pergi bercuti, mestilah nak kena makan. Kalau tak bercuti pun kena makan jugak. Jadi sempena episod kena makan ni, maka pada suatu tengah hari, kami pun pergilah mencari tempat untuk makan tengah hari. Kami ikut main road menghala ke bandar Melaka. Pusing punya pusing satu kedai makan pun tak nampak yang bukak. Banyak kedai makan kat sini bukak waktu malam kot. Kami jalan lebih jauh sampai menghala ke Muar. (Tapi tak sampai Muar lah). Dan setelah penat berjalan, akhirnya kami nampak satu kedai makan yang agak besar, kat tepi jalan. Kawasan makannya luas. Ada bumbung atap, dan ada pulak zing. Yang bumbung zing tu panas sikitlah tempat dia.

Semua orang fokus pada makanan pasal perut telah lapar.
Sesampai di sana, kami terus meluru ke tempat ambil lauk. Nengok banyak jugak lauk yang disajikan. Segala jenis lauk ada, termasuklah ikan, ayam, daging, telur dan kambing. Sayur pun ada macam-macam termasuklah ulam-ulaman. Aku ambil sup kambing dan ulam daun tenggek burung. Ayah aku ambil lauk macam-macam jenis. Makan siang tu adik aku yang belanja.

Yana dan Wanie sedang menikmati juadah yang agak pedas.
Farid makan tak sebanyak selalu.
Mari kita makan. Sup kambing dia macam sup utara - ringan dan tak terlalu berempah. Tapi daging dia agak liat sikit. Mungkin tak cukup lama dia masak. Aku juga ada rasa ikan pari masak asam pedas. Okay jugak masakan ini. Ikan pari dia masih menyengat walaupun telah direndam dengan kuah cili berasam. Kakak dan ayah aku ambil burung puyuh goreng tepung. Rasa burung puyuh dia macam burung merak hilang warna. Dan masakan-masakan lain aku tak tau pulak rasanya macam mana. Pokok pangkalnya, mujurlah ada satu kedai ni yang sanggup nak bukak pada waktu siang. Kalau tak, kami semua kena makan roti cecah air mineral ajelah. 

Melayan nasi.
Secara keseluruhan, makanan dia kira average ajelah. Tapi variasi lauk pauk memang banyak. Boleh pilih yang mana suka. Suasana agak santai. Kalau dapat duduk bawak bumbung atap, mesti lebih nyaman dan sejuk berbanding bumbung zing. Aku tak sempat pulak nak ambil gambar signboard kedai ni. Aku namakan kedai ni Kedai Pak Mat ajelah. Terima kasih kepada adikku yang telah belanja makan kami sekeluarga.

Amier mula-mula tak nak makan pasal mengantuk.
Adik aku yang belanja makan.

Cuti di Melaka - Rama-rama pelik

Bahagian 8

Tempat yang paling dekat yang sempat kami lawat ialah kat Taman Rama-rama. Ia terletak kat sebelah Philea Resort aje. Naik buggy pun boleh. Masa ni kebanyakan kami dah agak penat. Mak, ayah, kakak dan adik aku dah penat dan nak rehat kat bilik. Wife aku pun penat dan tak larat jugak. Tapi oleh kerana nak memeriahkan suasana, dia join jugaklah anak-anak semua melawat ke tempat ini. Yang paling excited nampak gayanya Amier, sebab berkali-kali aku cakap kat dia yang kami akan menengok rama-rama kat taman.

Taman Rama-rama yang menjadi kebanggaan seluruh warga Melaka.
Bayaran yang dikenakan agak murah. Tapi aku tak ingatlah pulak berapa ringgit. Kalau bawak kamera kena charge RM3. Isteri aku oleh kerana dah tak larat nak berjalan, maka aku tolaklah dia pakai kerusi roda. Masalahnya, sepanjang jalan kat taman tu penuh dengan tangga, jalan berbonggol dan tidak rata. Maka isteri aku terpaksalah kejap naik, kejap turun dari kerusi roda tu.

Burung hitam yang menyambut kami.
Masuk-masuk taman kami disambut oleh iguana dan burung. Eh, sepatutnya rama-ramalah yang menyambut kami. Tapi bila kami amat-amati papan tanda dia, tertulis juga perkataan Taman Reptilia. Okaylah. Iguana tu kan reptilia. Dan burung tu pulak barangkali ada sayap macam rama-rama jugaklah kot. Lebih jauh sikit kami berjalan, barulah kami nampak sekumpulan rama-rama sedang hisap manisan yang disediakan. Aku cari jugak rama-rama yang warna warni macam spesis Rajah Brooke yang menawan tu. Tak ada pun. Yang ada cuma rama-rama perisa cokelat aje. Dan tak banyak pulak tu! Ah! Peduliklah. Janji ada rama-rama.

Interaksi pertama dengan rama-rama cokelat.
Rama-rama cokelat sedang hisap manisan buah.
Jambatan berliku.
Landskapnya agak menarik walaupun tak OKU friendly.
Perjalanan kami teruskan. Dan kami nampak ada serangga yang hebat-hebat termasuk jenis yang berbisa. Kemudian kami lalu pulak kat tempat ular. Ada anaconda! Aku memang sangat teruja bila dapat nengok anaconda yang memang menjadi idola aku sekian lama. Siap minta autograf lagi kat anaconda tu. Tapi rupanya ada satu jenis ular yang lagi besar dari anaconda. Ular sawa Burma. Badan dia sebesar batang kelapa. Perut dia gemuk. Aku rasa dia baru tertelan tuan yang bagi dia makan kot. Aku tak dapat ambil gambar pasal terkejut dengan saiz besarnya yang hebat tu.

Yana dan rama-rama jinak.
Cuma Yana sorang yang berjaya pujuk rama-rama untuk hinggap di tangan.
Kami ada mencuba menyuruh rama-rama yang berterbangan untuk hinggap ke atas tangan kami. Tapi nampak gayanya rama-rama kat sini agak sombong sikit. Tak nak dia dekat dengan kami. Atau mungkin jugak tadi kami baru lepas naik kereta lembu yang busuk. Jadi rama-rama tu tak nak dekat kami pasal kami busuk kot. Cuma Yana sorang aje yang berjaya memujuk sang rerama untuk mendarat di lengannya.

Kala jengking raksasa Transformer nak serang kami.
Wanie nengok buaya.
Salah seekor burung yang dipamerkan.
Burung enggang yang hebat.
Selain rama-rama, reptilia, serangga dan burung, ada pulak satu binatang yang aku pun tak tau nak relate macam mana dengan taman ni. Binatang tu ialah harimau bintang. Amier bukan main teruja sangat bila dapat nengok harimau bintang tu pada jarak yang dekat tengah makan daging. Aku rasa rama-rama kat taman tu dah semakin pupus. Jadi pihak penyelia taman tu main belasah ajelah apa binatang sekali pun. Janji ada binatang kat dalam kurungan. Jangan terperanjat, tak lama lagi ada gajah, badak air, kereta kebal, kapal selam dan space ship UFO kat taman rama-rama ni. Tak kisahlah. Asal ada benda nak ditengok.

Amier terkejut melihatkan iguana dinosaur yang hebat.
Dekat sebelah luar, ada pulak monyet pelbagai spesis, kedai cendera hati, dan barang-barang pelik yang dipamerkan. Aku pun tak tau barang apa tu. Satu penerangan pun tak dilampirkan. Mungkin mesin kisar padi kot. Entahlah. Pulang ke bilik dah lewat petang. Kami rehat seketika, sebelum solat maghrib dan nak keluar makan malam pulak lepas ni.

Mesin pelik yang dipamerkan.
Ada monyet kat belakang menengok kami.