m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, January 31, 2012

Abou akan kerja di tempat baru

Semalam sorang lagi staf ofis aku yang bernama Abou berhenti kerja. Dia dah dapat tawaran pekerjaan kat tempat lain yang lebiih baik. Semoga Abou lebih cemerlang dan maju kat tempat barunya nanti. Aku sedih jugak bila Abou kata hari tu dia nak berhenti. Pasal dia antara staf yang komited dengan kerjanya dan kira bagi kerja apa pun dia boleh bikin. Biasanya kalau ada staf nak berhenti, kami akan buat farewell lunch untuk dia. Tapi kesian pulak kat Abou, time ni masing-masing tengah kering, malah ofis kami pun tengah kering. Seriously! Jadi paling-paling pun ofis cuma boleh belanja Abou minum air suam ajelah kat pantry. Apa-apa pun semoga yang terbaik mengiringi Abou dalam dunia ini dan akhirat nanti.


Menghantar Syahmie ke Gemencheh: Baru hantar dah melawat

Bahagian 5 (Akhir)

Baru tiga hari kami hantar Syahmie ke Gemencheh, kami dah pergi melawatnya pada hari Sabtu lepas. Syahmie dua kali telefon kami pakai telefon warden dan telefon senior cakap boleh melawat pada hari Sabtu dan Ahad. Jadi dalam fikiran kami mungkin Syahmie nak kami lawat dia. Maka di kesempatan yang ada, kami pun pergilah lawat dia kat Gemencheh.

Syahmie baru habis satu aktiviti. Kejap lagi ada aktiviti lain pulak.
Syahmie nampak gelap sikit pasal banyak terkena pancaran matahari.
Kami sampai Gemencheh kira-kira jam 2 petang. Sebelum tu kami pergi ke Gemas dulu beli sim card untuk Syahmie dan buat fotostat sikit. Lepas tu barulah kami ke MRSM. Masa kami datang tu, kebetulan Syahmie ada kat luar surau. Jadi kami terus ternampak dan tak payah tercari-cari. Rupanya hari tu aktiviti silaturrahimnya (orientasi) masih belum selesai. Hari tu jadual pelajar tingkatan satu memang pack habis. Dari pagi sampai ke malam ada aktiviti mengenal sekolah dan mengenal warga sekolah. Baguslah macam tu. Tapi dengan jadual yang sebegitu ketat dan mampat, kami cuma dapat jumpa Syahmie sekejap-sekejap ajelah. Yang paling penting kedatangan hari tu ialah untuk memberikan Syahmie sebiji handphone tanpa kamera, tanpa memory card atau gadget-gadget lain agar kami mudah berhubungan. Pengetua dia kata boleh bawak handphone masa taklimat hari tu. Itu yang kami belikan satu untuk Syahmie. Selain bagi handphone, kami jugak bawakkan sedikit juadah dari rumah seperti nasi lemak, karipap bakar dan air mineral sekotak untuk dinikmati di asrama bersama kawan-kawan. Itu tak masuk kelapa muda satu tandan, pisang abu satu tandan jugak, kuali, minyak masak, dapur gas, tong gas, tepung. Manalah tau kalau-kalau lapar bolehlah Syahmie dan kawan-kawan buat pisang goreng kat asrama. He he he. 

Makan tengah hari - nasi lemak dari rumah.
Aku kena habiskan nasi Wanie dan Amier.
Memandangkan Syahmie dan semua pelajar tingkatan satu sangat sibuk, jadi kami pun melepaklah kat kafeteria depan surau sepanjang petang tu sambil makan-makan, minum-minum dan melayan kerenah Amier. Kat kafeteria tu suara Amierlah yang paling kuat sekali. Angin kat kawasan sekolah memang kuat tapi tak kencang. Memang sangat nyaman untuk kami beristirahat. Dan ada kalanya menyebabkan mata mengantuk sebab terlalu nyaman.

Duduk kat kafeteria ni memang nyaman.
Kami makan nasi lemak yang kami bawak dari rumah kat kafeteria tu. Lepas makan nasi, Amier mulalah dengan aktiviti melukisnya. Gambar kegemaran Amier ialah gambar dinosaur. Berhelai-helai kertas yang digunakan Amier untuk melukis.

Amier dapat ilham nak lukis gambar dinosaur.
Bergelas-gelas air minuman habis.
MRSM Gemencheh ni merupakan satu-satunya MRSM yang ada sungai dan tasik kat dalam kawasan sekolahnya. Sebenarnya tasik tu ialah kolam tadahan atau kolam limpahan air hujan (retention pond). Pelajar-pelajar memang tak dibenarkan mendekati tebing kolam atas alasan apa sekali pun. Bentengnya pun sangat tinggi dan curam. Sekeliling kolam tu dipagari dengan pagar dawai. Tapi dari bahagian atas, aku sempat menengok secara fokus akan persekitaran kolam itu. Memang boleh nampak riak-riak ikan yang besar sedang berenang di dalam kolam. Malah kat suatu sudut kolam, aku boleh nampak kelibat beberapa ekor ikan bersaiz gadang sedang berenang-renang dengan gembiranya. Saiz seekor ikan tu kalau tak salah mata aku memandang, ada sebesar ikan lumba-lumba yang terdapat di lautan Atlantik. Itu yang membuatkan aku jadi geram nak turun memancing kat situ! Entah-entah orang kafeteria tu tangkap ikan kat kolam tu, masak dan jual kat student MRSM. Manalah tau, kan.

Kolam tadahan yang banyak ikan besar-besar.
Kat kawasan bulat merah tu ada ikan jaws yang sebesar bas sekolah!
Setelah solat asar, kami berkesempatan berjumpa dengan Syahmie lagi. Segala bekalan kami berikan kepada Syahmie. Handphone pun kami beri dengan beberapa pesanan. Peraturan sekolah perlu dipatuhi. Kalau tak nanti telefon kena rampas. Lepas bersalaman kami pun tinggalkanlah Syahmie meneruskan aktiviti minggu orientasinya di sekolah. Kali ni kami tinggalkan Syahmie dengan perasaan yang setabil. Tak terlalu sayu macam dulu. Lagi pun kalau rindu, boleh telefon aje Syahmie selepas waktu kelas malamnya. Oh, ya! Minggu depan ni ada cuti Maulidurrasul dan Thaipusam. Pelajar dibenarkan balik cuti empat hari. Yes! Kami plan nak pergi berjalan bersama satu keluarga sebelum masuk balik hari bersekolah dan hari bekerja.

Kawasan sekolah MRSM Gemencheh.

Menghantar Syahmie ke Gemencheh: Makan-makan di Gemas

Bahagian 4

Masa hantar Syahmie ke MRSM Gemencheh, sempat jugak kami makan tengah hari di Gemas. Kami pergi satu restoran, namanya Restoran Nagemas - singkatan untuk Nasi Ayam Gemas. Masakan nasi ayamnya memang agak lain dari yang biasa kita lihat. Nasi dia lain tapi sedap. Ayam dia pun lain, tapi masih sedap. Overall aku memang suka jugak dengan resipi yang dihidangkan kepada kami.

Satu lagi, restoran ni sangat bersih, dari luar sampai ke dapur, sampai ke tandas. Wife aku sendiri saksikan kebersihannya sampai ke bahagian belakang. Kat luar siap ada poster anugerah kebersihan peringkat antarabangsa dan planet galaksi lagi. Sampaikan wife aku kata sup dia ada rasa sabun. Mungkin untuk memastikan perut customer bersih dan bebas dari jangkitan kuman, maka diletakkan sedikit sabun pembasmi kuman ke dalam supnya. Wallahualam. Tapi overall bagi aku, restoran tu memang menyajikan masakan yang hebat. 

Sesi iklan pulak: "Datanglah beramai-ramai ke Restoran Nagemas (Nasi Ayam Gemas) yang terletak di Gemas. Dan rasailah keenakan makanan dan kebersihan kawasan sekelilingnya." Kalau setiap kali promo dapat hasil kan best. Ini tak, hampeh aje...

Menikmati juadah.
Di luar restoran.
Beginilah rupa bentuk nasi ayam Gemas.
Terharu kami memakannya.

Menghantar Syahmie ke Gemencheh: Menjejak kaki di MRSM Ulul Albab

Bahagian 3

Kira-kira jam 10 pagi kami sampai di perkarangan MRSM Ulul Albab Gemencheh. Kawasan sekolah dikawal ketat oleh pasukan Bomba dan Polis Kadet. Tak berani aku nak memandai-mandai parking kereta sesuka hati aku. Takut kadet polis tu saman aku. Lepas parking kereta kat padang bola, kami pun melangkahlah naik tangga yang sangat cerun dan tinggi. Aku kesian kat mak aku yang termengah-mengah nak mendaki dari bawah sampai puncak. Tapi akhirnya berjaya jugak dia melangkah.

Mendaftar.
Kami terus menuju ke meja pendaftaran. Ya, nama Syahmie memang dah tercatat di dalam senarai. Pengendali meja pendaftaran terdiri dari murid-murid senior. Kami masuk pulak ke dalam dewan. Macam-macam hal kena daftar - kad metrik, tempah baju, ambil gambar, daftar asrama, bayar yuran tambahan dan macam-macam lagilah. Tapi semua berjalan lancar. Lepas tu baru boleh masuk asrama kemas barang. Tapi oleh kerana masa dah terhad, kami cuma sempat sekejap aje melawat asrama. Lepas tu kena kembali ke dewan untuk dengar taklimat dari pihak sekolah.

Pelajar memberi penerangan kat aku.
Sessi bergambar akan dilangsungkan.
Syahmie ketika bergambar.
Penjelasan dari Badan Wakil Pelajar (yang pakai coat hitam tu).
Semua pelajar-pelajar sangat mesra.
Taklimat sekolah diberikan oleh Pengetua dan Yang Dipertua PIBG. Panjang lebar jugak taklimat dia pasal nak bagi mak bapak faham betul-betul hal-hal yang berkaitan dengan peraturan dan misi sekolah ni. Habis dengar taklimat, kami jumpa pulak guru penasihat pelajar masing-masing yang menceritakan lebih detail pasal undang-undang dalam ini sekolah. Kebetulan guru penasihat Syahmie ialah seorang ustaz dan jugak warden asrama. Kira cantiklah tu. Students biasanya memang rapat dengan warden. Senang nak berurusan.

Mendengar taklimat.
Lepas zuhur dan makan tengah hari, kami jumpa Syahmie di asrama. Kemaskan barang-barang dia dalam locker. Repair sikit-sikit locker dia yang dah rosak. Masa tu Amier dengan Wanie sibuk bermain dalam asrama sampai riuh rendah dibuatnya bilik asrama yang memuatkan 8 katil pelajar. Syahmie duduk dengan pelajar-pelajar senior jugak. Kira campur-campurlah. 

Pelajar-pelajar kat sini ramah-ramah belaka. Semua yang kami jumpa menegur dan memberi salam. Yang offer nak tolong angkat barang dan tunjukkan jalan pun ada. Itu tak termasuk yang nak belanja makan lagi, dan yang lebih extreme siap nak tolong basuhkan kereta serta memberi urutan refleksologi secara percuma. Lega sikit rasa hati melihatkan suasana yang macam ini. 

Lepas solat asar, kami jumpa lagi Syahmie. Bagi nasihat, bagi perangsang, peluk cium dan bergambar sebelum meninggalkan dia di sekolah dengan rakan-rakan yang lain. Aku nengok mata Syahmie pun merah jugak. Wife aku pun sedih. Aku turut terasa saat membiarkan Syahmie bermukim di MRSM. Sepanjang jalan pulang ke Kuala Lumpur, asyik wajah Syahmie aje yang aku terbayang dan teringat. Wife aku pun sangat hiba dan rindu, walaupun baru sementara. Wanie langsung menangis terus-terusan dalam kereta. Sampai kat rumah Wanie masih sedih dan menangis bila teringatkan abangnya. Malam tu di rumah, kami dalam mood murung. Rindu kat Syahmie. Dan aku jugak yakin Syahmie pun rindukan keluarganya di Ampang. Macam tulah. Bagi ibu bapa yang dah pernah melalui saat ini, fahamlah mereka. Bagi yang belum, bersiap sedialah untuk berkorban perasan demi masa depan anak-anak.

Bergambar depan asrama.
Masing-masing tengah hiba.
Syahmie tetap maintain macho.
Kejap lagi kami kena tinggalkan Gemencheh.
Ok, satu lagi family shot!

Monday, January 30, 2012

Menghantar Syahmie ke Gemencheh: Pagi hari sebelum ke sekolah

Bahagian 2

Malam tu kami makan di luar, menghala ke Tampin. Ada satu kedai makan yang paling sedap kat tepi jalan, yang masak masakan siam. Kami order set makanan untuk 5 orang. Dalam set tu siap ada nasi, ikan siakap masak tiga rasa, sayur kailan ikan masin, telur dadar, tomyam campur dan satu jag air. Boleh pilih air sejuk atau panas. Kami pilih teh-o aje. Harganya RM85.00. Kira okay jugaklah untuk makan hidang macam tu.

Amier main straw.
Kami memang lapar. Setiba aje makanan depan meja, masing-masing merodok nasi dan lauk dan disumbatkan ke dalam mulut. Rasa masakannya juga boleh tahan. Tak lama selepas kami berada di situ, lebih ramailah pulak pengunjung lain yang tiba. Nasib baik jugak kami sampai awal. Cuma satu perkara aje yang agak merimaskan, banyak serangga berterbangan dan kerap jugak masuk dalam lauk. Itu yang ada kalanya bila tergigit rasa payau aje tu. Bila dah kenyang kami pun bayar dan tidurlah kat bilik hotel dengan nyenyak. Tapi sebenarnya kami semua tak dapat tidur nyenyak.

Selera sungguh kami makan.
Amier pun makan banyak.
Di koridor hotel.
Esok paginya kami terus bersiap, berkemas untuk check-out pasal kejap lagi nak pergi Gemencheh hantar Syahmie. Barang kami agak banyak. Jadi aku pun call-lah room servis hantar trolley naik ke atas. Orang kaunter kata, bellboy start kerja pukul 9.00 pagi. Alamak! Itu macam ka? Jadi aku terpaksalah turun bawah sendiri, tarik satu trolley naik ke bilik dan letak segala barang atas trolley dan tolak sampai ke bawah. Masa aku tengah tolak trolley tu tiba-tiba ada satu pintu bilik hotel terbuka. Penghuni bilik tu aku rasa warga India. Dia ingatkan aku ni bellboy kerja tolak trolley kat hotel. Lalu dia tanya aku pasal room servis. Terpaksalah aku membuat penerangan panjang lebar mengatakan yang aku tak bekerja kat situ. Hai. Maklumlah, dressing aku pagi tu memang dah macam bellboy-lah pulak.

"Bellboy" in action.
Kami bersarapan di rumah kelab. Makan Breakfast buffet. Bayar agak mahal jugak. Orang kat hotel tu kata tak berapa mahal. Sekali bila tanya kaunter kat club house tu, bergandalah pulak harganya. Tapi nak cepat punya pasal, kami bayar dan sarapan aje kat situ. Sebenarnya semua orang pada pagi tu dah tak berapa selera nak makan. Kami dok terfikir-fikir pasal nak hantar Syahmie. Syahmie pulak terfikir-fikir pasal nak masuk MRSM. Jadi kami semua tak boleh fokus pasal makan. Walaupun mulut mengunyah, otak melayang ke tempat lain. Selepas makan, kami bergegas ke Gemencheh. kena siap daftar sebelum jam 11.30 pagi menurut surat notis yang kami dapat. Dan berlalulah kami dari situ.

Bersarapan di rumah kelab.
Terpaksa makan walaupun tak berselera.
Wanie dan Syahmie makan sikit pagi tu.
Dah sudah makan pagi.
Syahmie jadi caddy kejap.
Sebelum bertolak di laman rumah kelab.
Bagi ikan makan pellet.
Batu paling besar di A"Famosa.
Di lobi rumah kelab.
Lepas ni baru kami beredar.

Menghantar Syahmie ke Gemencheh: Semalam di A'Famosa

Bahagian 1

25 Januari 2012 adalah tarikh keramat bagi Syahmie. Itu tarikh dia masuk sekolah berasrama penuh di MRSM Ulul Albab Gemencheh, Negeri Sembilan. Itu jugak tarikh dia kena hidup berdikari, berjauhan dari keluarga. Malah tarikh itu jugak merupakan tarikh keramat buat aku sekeluarga, kerana itulah pertama kali melepaskan anak sulung belajar di tempat yang jauh dari rumah. Pokok pangkalnya tarikh tu ialah tarikh keramat untuk kami semua!

Wajah depan A'Famosa Resort.
Replika gerbang A"Famosa.
Kami putuskan untuk menempah bilik di A'Famosa Resort Hotel satu malam. Lokasinya yang terletak di Alor Gajah memang tak jauh dari Gemencheh. Jadi esok paginya tak adalah kami terburu-buru nak bersiap dari Kuala Lumpur. Boleh tenang sikit menghantar Syahmie.

Mendaftar check-in.
Sebelum masuk ke bilik.
Di A'Famosa kami tak buat apa-apa aktiviti pun. Sekadar bersiar-siar di tempat-tempat yang tak perlu bayar dan bergambar. Kalau masuk dia punya Cowboy Town atau Water Park atau Dinosaur Park atau Safari, memang kena bayar mahal. Lagi pun tempat-tempat tu kami pernah pergi dulu-dulu. Memandangkan keadaan kewangan kami yang agak terhad, jadi kami kira round-round kosong ajelah.

Di pintu masuk Cowboy Town.
Di sekitar Cowboy Town yang mula beroperasi waktu petang sampai malam.
Di kereta kuda tanpa kuda.
Kereta kuda paling slow dalam dunia.
Patutlah kereta kuda ni tak bergerak, minyak dah habis...
A'Famosa Resort memang dihias cantik sempena perayaan Tahun Baru Cina baru ni. Malam-malam siap ada pasang bunga api macam kat KLCC. Tapi kami tak sempat nengok pasal masa tu kami duduk kat bilik hotel. Yang turut ikut kami hantar Syahmie ialah ibuku. Amier nampak aktif macam biasa. Sedangkan aku dan isteri aku masih dalam kerisauan memikirkan detik menghantar Syahmie ke Gemencheh esok harinya. Dan apa pulak yang terpendam dalam hati Syahmie, kami pun tak tahu.

Menjenguk ikan di kolam.
Ikan kat kolam ni tersangat lapar. Kami bagi biskut raya, habis dibedal semua.
Di pinggir kolam ikan.
Amier keletihan.
Background kolam ikan.
Sepanjang jalan ada tanglung.
Dari kaca mata cacing.
Di serambi bilik hotel.
Di luar bilik hotel.
Kejap lagi nak bersiar-siar.
Di courtyard hotel.
Berehat sejenak.
Ikan tilapia kat sini besar-besar macam jerung.
Nasib baik ada kerusi. Bolehlah duduk sekejap.
Gaya yang sama. Orang lain-lain.
Mari berurut badan setelah penat berjalan-jalan.
Jalan ke Club House pulak.
Kat sini pun ada tanglung.
Besarnya bunga teratai!
Ada jambatan, tapi takda sungai.
Masih di depan rumah kelab.
Masa untuk balik bilik.
Di luar bangunan hotel.
Syahmie posing bersendirian.
Dalam lif yang banyak cermin.
Di pintu bilik hotel.