m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, October 30, 2011

Tenis Deepavali

Deepavali lepas tatkala ada yang sedang asyik makan maruku perasa kari yang pedas, aku telah ke Tasik Titiwangsa untuk bersama geng-geng tenisku. Sebelum tu aku ke kedai Mak Jah kat Ampang Jaya beli sarapan. Sesampai di sana, geng abang Said ajak aku main tenis dengan diorang pasal tak cukup lagi sorang untuk main tenis. Lalu aku pun join-lah mereka. Aku partner denan Prof Egypt. Dah lama aku tak main dengan Prof.

Prof memang punyai karaktor yang suka bising bila bermain. Masa dulu-dulu aku main tenis dengan dia, sering jugak aku kecil hati dengan dia. Tapi lama-lama dah faham karaktor dia, dan dia pun dah faham karaktor aku, maka kami jadi rapat dan selalu bergurau dengan dia. Gurau Prof agak kasar. Tapi aku dah lali sebab Prof memang seorang yang kelakar. Prof jugak pemain tenis yang sangat hebat. Team kami ketinggalan 1-4. Tapi kami tak putus asa dan terus berjuang sehingga kami akhirnya menang 6-4. Prof Egypt punyalah happy sampai dia bagi aku 15 sen. Ya. 15 sen aje, bukan RM15. Main dengan geng diorang memang cukup memenatkan. Pasal diorang semua terer-terer belaka dan sangan konsisten. Tak macam group aku yang selalu buat mistake dan rally pun tak panjang. Patutlah Prof Egypt beralih geng dari kumpulan kami masuk pulak kumpulan Said dan Kamal.

Prof Egypt jugak penat lepas menang 6-4 partner dengan aku.
Lepas main dengan geng terer, aku ke court sebelah, iaitu geng aku sendiri. Main satu set aje pasal dah agak penat. Macam biasa aku partner dengan abang Hj Nordin dan kami menang lawan Syed dan Bob. Aku pulak dah semakin serasi bila partner dengan abang Hj Nordin. Aku ingat lagi. Kalau tahun lepas, susah benar aku dan abang Hj Nordin nak menang bila partner berdua. Sekarang sebaliknya pulak yang berlaku. Dan aku sangat happy dengan pertukaran ini.

Bob dan abang Halim.

Saturday, October 29, 2011

Majlis Muhaimin menjadi sultan satu hari jer

Ahad lalu pada 23 Oktober, kami ke Assam Jawa, Kuala Selangor. Bukan untuk beli asam jawa, tapi pasal memenuhi undangan perkahwinan sepupuku Muhaimin dengan pasangannya. Pakcikku Wak Ros yang memang dikenali orang seluruh kampung telah menjemput ramai tetamu untuk bertandang. Seperti dijangka, memang ramai sungguh orang yang datang mengalahkan Jom Heboh TV3.

Tetamu yang datang memang sangat ramai.
Lepas bersalam-salaman, kami terus duduk makan. Masakan kampung merupakan menu pilihan kali ini. Ada ikan keli salai masak lemak. Dengar cerita dekat 300 kilo ikan keli yang dijadikan korban jamuan pada hari itu. Ikan keli yang dipilih semuanya mempunyai misai yang melenting agar lebih menyerikan majlis yang serba meriah itu. Selain ikan keli, ada pulak kulit lembu yang dimasak lemak jugak. Kulit lembu dipilih dari kalangan lembu-lembu tempatan yang mempunyai lidah jawa, agar rasanya menepati selera tetamu yang majoriti berketurunan jawa (termasuk Jerman sekali). Memang masakan yang sangat unik. Patutlah sepanjang jalan ke rumah pengantin aku nengok banyak lembu-lembu di jalanan yang dah togel takda kulit. Rupanya kena kupas buat lauk kenduri.

Wanie makan penuh selera.
Aku makan pun penuh selera.
Ikan keli salai dan kulit lembu pembuka selera.
Aku terpaksa bedal nasi dua pinggan pasal Amier tak nak makan.
Wanie terkejut pasal ikan keli tu masih bergerak-gerak.
Tiga pinggan semuanya. Sangat-sangat kenyang!
Amier lebih banyak termenung.
Syahmie join Amier termenung jugak.
Wanie happy pasal dah kenyang.
Amier dan Syahmie termenung memikirkan nasib ikan keli yang disalai.
Kami makan dengan berseleranya. Amier aje yang tak makan pasal dia baru bangun tidur. Mungkin seleranya belum ada. Moody aje dia sepanjang dia duduk kat rumah pengantin. Bila dah nak balik barulah aku nampak pengantin dengan baju ala Inggerisnya. Muhaimin yang memang merupakan tukang jahit baju profesional dan berkebolehan men-design baju telah mereka dan menjahit baju pengantinnya sendiri. Memang matching husband and wife. Barulah aku tau yang konsep wedding pada hari itu ialah Jawa-Inggeris. Jadi kami pun kenalah speaking Javanese English untuk menepati konsep pada hari itu.

"Slum mat pank teen bar row. Car bar ray. War ass. Ways monk ant or pour owe wrong? Case sue won't" (Selamat pengantin baru. Kabare. Waras. Wes mangan opo urong? Kesuwon). Yang bermakna, selamat pengantin baru. Apa kabar. Sihat. Dah makan ke belum? Terima kasih. Kami pulang dengan membawa goodies bag sorang satu. Dari jauh kedenganran Hakim sedang mendendangkan lagu karaoke macam nasyid tapi sebenarnya lagu lentok dari kumpulan D'Lyods. Semoga Muhaimin dan isteri berbahagia sampai ke Jannah.

Isteri dan ibuku bersama salah seorang makcik saudaraku.
Kakakku dan Yana. Yana dan tapak harimau bagai tak mungkin dipisahkan.
Dua pupuku, sepupu ibuku, ibuku dan isteriku.
Sepupuku Wadi dan keluarganya. Wadi lupa nak cukur rambut jadi botak pada hari tu.
Pengantin baru.
Bergambar bersama pengantin baru.
Hakim berdendang. Macam lagu nasyid tapi sebenarnya bukan.

Jengah Tasik Chini lagi

Ke Tasik Chini hampir setiap minggu kerana meeting kat tapak dah menjadi rutin baru ku. Rabu minggu sudah ke sana dengan Ahmad Sham dan Hj Airisal naik Alza. Sham jemput aku kat Gombak dan kami meredah Karak Highway dan menuju Chini melalui jalan sempit di Chenor. Tapi Sham bawak laju semacam je walaupun jalannya berombak-ombak. Aku yang duduk depan pun masih merasa sedikit mabuk macam pergi mancing kat tengah laut. Jadi aku perlu lebih banyak diam dari bercakap agar kadar pening lalatku terkawal.

Sg Chini yang bersambung dengan Sg Pahang. Pasti banyak ikan yang kelas A.
Meeting tapak habis agak awal hari tu. Tapi Sham ada satu lagi meeting sebelah petang. Jadi aku kena tunggu sampai Sham habis meeting barulah boleh bertolak ke Kuala Lumpur. Sementara tunggu Sham, aku duduk bersembang panjang dengan Shahrizal pasal macam-macam benda sampai hampir kehabisan modal untuk berborak lagi. Dekat jam 6 petang barulah kami berangkat ke Kuala Lumpur. Sham siap salam-salam dengan semua orang sebab tak lama lagi dia nak berangkat ke UK ikut wife dia sambung belajar buat PhD. Meeting yang Sham hadiri hari tu pun mungkin yang terakhir sebelum dia resign. Kami sempat menjengah ke satu lokasi projek UKM buat benteng penahan Sg Chini. Masa tu air sungai keruh. Tapi lokasi yang baik untuk menjerat ikan sungai. Memang kat belah-belah sini banyak lokasi-lokasi mancing yang strategik. Bagi mereka yang stay overnight memang adakalanya mengambil kesempatan untuk memancing. Tapi aku prefer balik hari je pasal kalau berjalan jauh atau pergi memancing lebih seronok dengan keluarga. Kan wife aku jugak kaki mancing? Balik ke KL kami drive slow aje, pasal takda nak kejar apa-apa.

Shafiq dan Prof Wan Hamidon meninjau tapak projek.

Friday, October 28, 2011

Happy birthday trio

Hari Ahad lepas, 16 Oktober 2011, kami ada buat majlis hari jadi untuk tiga orang anak kami - Syahmie, Wanie dan Amier. Ini lah first time kami buat combined birthday party. Kad jemputan yang simple telah diberi kepada anak-anak kami untuk diagih-agihkan kepada kawan-kawan sekelasnya. Kami siap pasang khemah dekat jalan pasal membayangkan berapa ramainya kengkawan bebudak tu yang akan datang nanti. Kawan Syahmie - 40 orang. kawan Wanie - 40 orang. Kawan Amier - 10 orang. Campur keluarga saudara mara ada dalam 150 orang gamaknya. Itulah yang kami bayangkan. Kami dah siapkan goodies bags untuk budak-budak nanti.

Operasi nak potong kek.
Wanie sedang fikir cara nak potong kek bagi kek rasa lebih sedap.
Akhirnya tibalah saat yang dinantikan. Kawan Wanie yang datang adalah dalam enam atau tujuh orang. Kawan Amier cuma dua orang. Yang sorang tu bawak abang dia, jadi tiga orang. Kawan Syahmie... Cuma Azrul sorang je yang datang. Hmmm... Ada yang tak datang pasal nak periksa minggu depan. Tapi kawan Syahmie semua dah habis UPSR. Mana ada periksa lagi dah. Kami rasa Syahmie tak distribute habis kad jemputan tu, pasal birthday dia dah lepas masa bulan April dulu. Mungkin dia malu dan tak selesa kot. Birthday Amier pulak bulan Februari. Cuma Wanie sorang aje yang birthday-nya bulan Oktober. 31 Oktober sebenarnya.

Yang datang awal lukis-lukislah dulu.
Salleh dan Amier dengan urusan masing-masing.
Siapa yang datang awal kami suruh dia lukis-lukis dan kaler-kaler lukisan. Lepas tu bolehlah makan yang serba sederhana. Cuma ada bihun goreng, nugget, sosej, dan tid-bits yang lain termasuk buah dan minuman. Budak-budak tu aku nengok takdalah nak makan sangat pun. Jadi akulah yang makan dengan sepenuh jiwa raga.

Azrul dan Syahmie.
Tetamu kanak-kanak sedang mendaftar.
Kengkawan Wanie. Semua perempuan.
Alif Hakimi - kawan sekelas Amier.
Sebelum potong kek, kami buat doa selamat dulu yang dipimpin oleh ayah mentuaku. Lepas tu nyanyi lagu happy birthday beramai-ramai dan potong kek. Lepas tu barulah ada game budak-budak yang dipimpin oleh kakak iparku. Budak-budak nampaklah ceria sikit bila buat game. Walaupun orang tak ramai, tapi kira jadi jugaklah. 

Atuk Atan baca doa.
Sedang menunggu saat doa selamat dibacakan.
Macam-macam game yang ada disediakan oleh kakak iparku, termasuklah game poison potato. Game "poison potato" ialah bila siapa makan potato tu dia pengsan, maka dialah pemenangnya. Tak lah! Bola macam kentang tu kena di-pass keliling bulatan sambil muzik dipasangkan. Bila muzik berhenti, nengoklah siapa yang pegang kentang tu. Nanti kena denda buat macam-macam benda seperti nyanyi, shuffle dan lain-lain lagi.

Kawan Wanie dan kawan Syahmie kena denda dalam permainan 'poison potato'.
Anisa - kawan sekelas Amier yang petah berkata-kata.
Ada jugak game musical chair. Aku rasa game nilah yang paling popular pada masa birthday diadakan. Siapa yang last sekali dapat duduk kat kerusi, dialah yang menang. Ada jugak game berdiri atas surat khabar sambil baca berita di surat khabar tersebut. (Tapi kalau tak nak baca berita pun tak apa). Sapa yang boleh bertahan paling lama atas surat khabar yang semakin mengecil tu, dialah dikira pemenang.

Musical chair.
Permainan berdiri atas surat khabar lama.
Lepas tu ada jugak game jangan bergerak bila muzik berhenti, ada senamrobik dan entah apa benda game lagi. Aku nak cadangkan pertandingan "lari menyelamatkan diri dari anjing garang". Tapi dah cari seluruh Ampang, tak jumpa pulak jumlah anjing garang yang mencukupi untuk dibuat pertandingan. Anjing kat Ampang ni nampak gayanya baik-baik belaka.

Kawan-kawan Amier.
Kawan Wanie dapat hadiah.
Lepas main game dan makan, barulah ada acara cabutan bertuah. Bebudak diberikan hadiah yang pelbagai bila nama mereka diumumkan sebagai pemenang. Actually hampir semua budak dapat hadiah cabutan bertuah, pasal hadiahnya banyak, tapi budaknya pulak sikit. Lepas dapat hadiah, masing-masing mula nak mengatur langkah untuk balik. Terima kasihlah kawan-kawan kerana datang ke majlis yang tak seberapa ni. Kepada kengkawan Syahmie, selamat menempuh alam sekolah menengah yang lebih mencabar.

Kawan Syahmie pun dapat hadiah juga.
Anisa pun dapat hadiah.
Kawan Wanie ambil hadiah dari isteriku.
Isteriku dengan kawan Wanie.
Kawan Wanie lagi.
Syura dan Mukamil. Mukamil baru lepas nangis sakit kepala benjol.
Irfan - brother yang cool jaga adik kecilnya-Anisa.

Masih kawan Wanie.
Kamil pun dapat hadiah dari Mak Usu.
Kois tak dapat hadiah, tapi dia tetap gembira.
Bila malam menjelang, ketika semua tetamu dah pulang ke rumah masing-masing, barulah Wanie buka hadiahnya. Dapatlah dia hadiah yang best-best dari semua orang termasuklah beg, buku, patung dan macam-macam lagi. Tapi takda pulak orang yang bagi makanan, sedangkan Wanie memang suka makanan, tak kiralah apa saja makanan. Terima kasih teman-teman kerana bagi Wanie hadiah.

Wanie dengan hadiah-hadiahnya.
Hadiah buku dan beg 'Angry Bird'.